Friday, 11 April 2008

Ke Pesta Buku Lagi

Assalamualiakum! Sekarang ini aku rasa letih tak terkira. Hari ini hari kami bermula 4.30 pagi. Itu waktu bangun yang biasa untuk pagi jumaat bagi kami dan anak-anak sekolah kami. Setelah selesai solat subuh berjemaah di masjid Negeri ( subuh jumaat sujud sajaddah ) kami kembali ke rumah/asrama dalam hujan rintik. Syukur hujan itu seketika sahaja dan kami tidak terlalu basah. Sarapan pagi telah tersedia, kerana perutku rasa lapar segera aku mengisikannya.

Sedang sarapan muncul ( anak bongsu mak teh ) Cik Su, " Mak jadikah nak pergi Pesta Buku ?"

" Entah belum fikir lagi macam mana nak pergi." jawabku.

" Ok, bapa boleh hantar mami. " sambut Pak haji.

" Kami nak ikut, boleh? " tanya Cik Su.

" Kan dah pergi Sabtu lepas! " kata Pak haji.

" Kami tak puaslah, ada nak beli buku lagi." bunyinya macam merengek.

'Kami' yang Cik Su maksudkan itu ialah dia bersama lapan orang lagi kawan-kawan seasramanya. Sabtu lepas kami telah membawa semua warga sekolah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 08 di PWTC.

" Macam mana nak ikut tak muat kereta." kataku

Cik Su berlari keluar mendapatkan rakan-rakannya. Mereka bermesyuarat. Seketika dia masuk semula mendapkan kami. " Bolehlah mak, boleh muat, kami pernah masuk semua orang dalam Hilux tu."

Pada jam 9. 13 pagi kamipun bertolak ke PWTC, 9 orang pelajar perempuan, aku dan Pak haji jadi semuanya 11 orang. Kalau anda yang tahu sempit/luasnya compartment Hilux, bayangkanlah sendiri macam mana keadaannya. (you could not imagine? ) Aku juga tak boleh bayangkan. Lucunya pada setiap tol yang kami lalui, ternganga mulut atendan tol melihat keadaan penumpang dalam kereta kami. Alhamdulillah jam 10 pagi selamat sampai ke PWTC.

Aku memang suka pada suasana di setiap Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Aku bertemu ramai peminat-peminat buku dan kenalan-kenalan kalangan penulis dan juga penerbit. Aku juga berpeluang mendapat sahabat-sahabat baru di kalangan peminat-peminat buku dan penulis. Hari ini aku bertemu seorang penulis yang ramai peminat iaitu Faisal Tehrani. Akupun tidak ketinggalan mendapatkan buku-buku karya beliau yang peminatnya rekomen.

Kami berada di Pesta Buku dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Bekalan kami hanya roti arab dan kari ayam. Tanpa 'proper lunch' kami sampai di rumah jam 5. 30 petang sangat kelaparan! Apa lagi aku tidak lengah menghadapi hidangan yang dah tersedia tu. Aku makan sampai penuh perut macam orang kebuluran. Hehe tu yang letih sangat ni.

7 comments:

  1. wahhh.. pergi lagi ye.. mesti syokkan.

    Dah hari tu Neeza nak tanya. Mak Teh tahu ke cara nak buat roti arab tu? pernah beli kat sini. ada yang keras, ada yang lembut.

    Nak try bua la... macam rajin je neeza ni hehehe..

    ReplyDelete
  2. Neeza, mak teh tak pandai buat roti arab. Mak teh beli saja dari kawan kat pasar sek 6 shah alam. Nanti mak teh tanya dia resepi kalau-kalau dia mau berikan. Dia ada kilang keluarkan roti arab lembut. Dia jual kat mak teh murah sikit, yang kecil 70 sen dan yang besar rm1. Sekali mak teh beli 50 biji. Kadang-kadang dia sedekah leftover semalam punya tapi masih elok boleh di makan. Itulah kami ni murah juga rezeki, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Pesta buku memang kalau pergi sekali tak puas.. sure budak2 suka sangat dapat pergi kali ke 2 ....

    mesti sampai ada yang duduk atas riba ekkk ... hihi.

    ReplyDelete
  4. Salam mak teh.
    Thanx for ur autograf.
    baru hari ni ada kesempatan bukak blog mak teh.

    jumpa lagi!^_^
    -Nurhazwani, hamba Allah aka accountancy student,UUM

    ReplyDelete
  5. salam...Mak Teh. Semangat bile saya baca blog makteh..penuh dengan pengalaman berharga! Saya Shahrin... Mak Teh memang tak kenal saya rasanya... tapi saya ada beli buku Mak Teh..tajuknya "101 Malaysian Anecdotes".. and actually kita dah pernah jumpa masa pameran buku di PWTC tu.. Makteh sign autogrf blakang buku and tulis, "ini buku saya yang terakhir dijual" di Pesta Buku PWTC 2008. .. Thanks . saya dah baca buku tersebut dan pengalaman2 Makteh amat berharga.. so keep up ur gud work ya. salam...

    ReplyDelete
  6. Salam Nurhazwani, Bila dah berjaya nanti berilah tahu mak teh. Kalau jumpa pun tegurlah mak teh. Insya-Allah kalau umur panjang kita akan bertemu lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam Shadz! Thank you for dropping in. Mak teh mungkin tak ingat wajah anda tetapi mak teh akan sentiasa ingat ada hamba Allah yang telah membeli last copy buku mak teh di Pesta Buku Antarabangsa 2008! Hehe selalu-selalulah drop in sini.

    ReplyDelete