Monday, 7 April 2008

Syarat Masuk Sekolah Kami

Assalamualaikum! Ada kawan-kawan blogger bertanya apakah syarat-syarat masuk sekolah kami? Hari ini mak teh nak terangkan.

Sebenarnya syarat yang paling utama ialah minat mendalam anak itu terhadap Al-Quran dan suka untuk menghafalnya. Syarat inilah yang paling susah kerana kalau anda tidak dedahkan anak-anak, memberi perangsang, memberitahu idea anda nak dia menghafal Al Quran dari sejak dia kecil lagi, apabila tiba masa kami interview anak itu dia akan menampakkan air muka tidak berminat. Kami tidak akan terima anak-anak seperti ini walaupun dia mendapat keputusan UPSR 5A.

Next syarat penting ialah keputusan peperiksaan mestilah mendapat 3A,4A, or 5A. Keputusan cemerlang ( mumtaz) Sekolah Agama kalau UPSR kurang memuaskan akan membantu. Selalunya kalau anak itu mendapat keputusan yang baik kedua-duanya akan cemerlang juga.

Kemudian anak itu akan kami uji bacaan al-Qurannya. Bacaan hendaklah lancar dan bertajwid. Kebolehan menghafal surah-surah lazim amat membantu.

Hendaklah anak itu boleh menulis dan membaca jawi serta kebolehan menulis khat adalah bonus marks.

Untuk ibu-bapa yang ingin membuat booking kemasukkan anak-anak ke sekolah ini hendaklah mula mendidik anak-anak dari sekarang. Usahakan memberi dorongan patuh pada didikan agama dan cintakan Al-Quran. Jangan terlalu memanjakan anak-anak ( menunjukkan kasih sayang tidak salah ). Memanjakan anak-anak hingga tidak ada ketegasan dari pihak ibu-bapa mendidik anak itu adalah tidak wajar. Anak-anak tidak akan tahu apa kebaikan untuk dirinya, sehingga mereka dah dewasa kelak. Kalau kita tidak tegas, kita tidak dapat mendidik mereka kearah kebaikan ini dan penyesalan dibelakang hari adalah tidak berguna.

Oleh itu kami juga wajib menginterview ibu-bapa bersama anak-anak mereka supaya dapat kami menilakan perkara ini. Dari pengalaman kami akan dapat menilaikan samaada ciri keibubapaan yang mantap ada pada mereka atau disebaliknya.

Perhatian ** Sememanglah banyak dugaan keatas ibu-bapa apabila ingin menghantar anak kejalan ini kerana syaitan amat tidak suka perkara yang baik ini kita lakukan iaitu nak menempah tempat di Syurga. Dia tahu bahawa dia akan menempuh banyak kegagalan dalam menjalankan usahanya mengheret manusia ini ke neraka. Banyak kes (dugaan kepada ibu-bapa ) yang telah kami lihat , nanti masa hadapan mak teh akan ceritakan, Insya-Allah.

6 comments:

  1. Menghafal Al Quran bukan semua insan dapat lakukan .Kalau bukan dengan anugerah otak yang pintar dan kemahiran dalam membaca dan menghafal memang akan lalui jalan ynag sukar. InsyaAllah pelajar yang terpilih akan dapat menghabiskan hafazan dalam jangka waktu yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info Mak Teh. Neeza ingat sekolah ni ada budak sekolah rendah jugak.

    Kalau macam anak neeza yang sekolah international school masa sekolah rendah camana pulak ye? Agak sukar lah kot nak masuk situ...

    ReplyDelete
  3. Risau juga memikirkan anak2 kami ni agak sederhana dalam akademik mereka, Alhamdulillah KAFA school tu depa maintain.

    Al-Quran tu kami cuba sedaya mungkin nak bagi depa minat dan ajar (insya-Allah) dgn bacaan bertajwid. Mudah2an nanti Allah izinkan anak2 kami menjadi hafiz/hafizah.

    ReplyDelete
  4. Sarina, betul juga kata you tu. Tetapi sebenarnya Allah dah bukakan hati orang yang mahu menghafal dan kalau akademik dia kurang baguspun dia akan dapat menghafal juga.

    ReplyDelete
  5. Neeza, bagi students yang from overseas kami relax sedikit syarat-syaratnya. Tetapi yang penting budak itu berminat.

    Sekarang kami ada students dari Brunei, USA, Sarawak, Langkawi, Kedah, Johor, Pahang, Melaka, Selangor, Perak, WP dan Trengganu.

    ReplyDelete
  6. OO, jangan risau sangat hal tu sebab anak-anak anda masih kecil lagi. Guide them in their studies and instill their interest in religion and Al-Quran.

    Di samping itu sentiasa memohon kepada Allah, insya-Allah akan tercapai hajat anda.

    ReplyDelete