Assalamualaikum!
Sekarang di bumi Shah Alam sedang mengalami musim hujan. Ada sebuah peribahasa berbunyi ' mana bumi tak di timpa hujan ' yang bermaksud tiap manusia mesti menghadapi dugaan dalam hidupnya. Begitulah juga dalam hidup kami dugaan sentiasa ada.
Di pendekkan cerita Pak haji kurang sihat sejak hari Jumaat lepas. Dia mengadu sakit dada dan lenguh leher hingga ke rahang. Mula-mula aku sangkakan angin dari perut yang kosong sebab dia sedang berpuasa ketika mula mengadu sakit. Apabila makan ubat angin masih tidak hilang sakitnya maka kami telah menhantarnya ke hospital SMJC. Setelah melakukan ECG ada sedikit pembacaan di carta menunjukkan kemungkinan masaalah jantung. Mereka hendak melakukan second test dan hendak wardkan Pak haji.
Oleh kerana Pak haji adalah pesakit yang telah berdaftar dengan IJN, kamipun minta nak di bawa ke IJN. Kami pulang ke rumah dengan harapan Pak haji tidak akan jadi bertambah teruk. Kami tak terus ke IJN sebab malan sabtu ada majlis berhariraya kami. Malam tadi kami telah membawa Pak haji ke IJN dan telah di masukkan ke ward pada jam 2.00 am. Pak haji tidak mahu di temani kerana kami semua banyak kerja masing-masing.
Hari ini selepas aku mengajar aku akan ke IJN untuk menjenguk Pak haji. Amal dan Kin telah mengambil cuti agar dapat membantu pergerakkan kami di rumah dan hospital. Kami doakan semoga Pak haji akan sembuh dan sihat semula.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Assalamualaikum,
ReplyDeletesemuga tak ada komplikasi yang berkaitan lagi dan semuga PakHaji cepat sembuh.
SALAM SEJAHTERA,
ReplyDeleteALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR.ALLAH AKAN MENGUJI ORANG YG DIA KASIH,KERANA ALLAH RINDU PADA KEKASIHNYA YANG MERAYU PADANYA.SEMOGA UJIAN INI TERAMPUN AKAN DOSA KITA,MENAIKKAN LAGI DARJAT KITA.
DARI DIA KITA DATANG,KEPADA DIA KITA KEMBALI.
ALLAHWALLAM
Neeza doakan semoga Pak Haji segera sembuh...
ReplyDeletemakteh tenang dan sabar ya...