Tuesday, 7 October 2008

Rezeki Anak-anak Tahfiz Kami



Assalamualaikum!

Alhamdulillah ketenangan masihku rasakan di Aidil Fitri ini. Aku dan Pak haji cuba berjemaah di masjid terutama Isya' dan Subuh. Oleh kerana anak-anak tahfiz masih bercuti kami dapat berbuat demikian. Aku juga pergi ke pasar dan ke pasar raya sesuka hatiku, tidak perlu terkejar-kejar. Anak-anak tahfiz akan masuk semula pada hari sabtu ini ( lagi 3 hari ). Kami mesti gunakan masa yang sedikit lapang ini sebaik mungkin. Jadi selain ke masjid kami banyak berehat di rumah. Kami tahu apabila sekolah buka semula ahad ini kami akan ligat seperti gasing.

Kami ada berita baik! Sebelum hari raya minggu lepas, kami telah mendapat sebuah van Hi-ace yang di janjikan iaitu sumbangan dari sebuah syarikat multinasional. Alhamdulillah, senanglah kami membawa anak-anak tahfiz kami ke masjid, perpustakaan dan lawatan-lawatan berdekatan. Kami amat bersyukur diatas rezeki ini kerana telah sekian lama anak-anak tahfiz kami di muat dalam Hilux dengan cara yang tak boleh di ceritakan disini ( terpulang pada imaginasi anda ). Nanti apabila tulisan-tulisan perlu telah di letakkan pada badan van ini mak teh akan cuba muatkan gambarnya. Kalau nak beli van ini berharga lebih RM 100,000 di pasaran. ( Bukan mudah nak dapat duit banyak tu kan? ).

Pagi ini Pak haji telah keluar awal untuk bertemu kawan lamanya ( GM sebuah syarikat besar ). Tujuan Pak haji bertemu kawannya itu untuk meminta sumbangan berupa katil ( 30 unit double decker ) dan tilam & bantal ( 60 unit ) untuk pelajar-pelajar baru pengambilan sesi 2009. Semoga berhasilah nanti dan di permudahkan urusan kami. Kami juga memerlukan 30 unit almari besi untuk tahun hadapan ( yang ini belum target mana pihak lagi ).

Perkara yang agak mencabar sekarang ialah bagaimana kami nak uruskan laundry sendiri. Sudah puas berurusan dengan kedai dobi, macam-macam masaalah telah timbul. Jadi kami mengambil keputusan nak buat laundry sendiri. Harga alat-alat laundry jenis kommersial itu yang kami telah pergi tinjau mencecah Rm 30,000. ( washing machine rm 16,000, dryer rm 10,000, iron & ironing board rm 4,000 ). Keewangan untuk membelinya alat-alat tersebut belum mencukupi. Kami baru dapat sumbangan Rm 2,000 untuk tujuan tersebut. Nampaknya, buat jangka masa pendek, kami terpaksa menggunakan 2 buah washing machine yang kami ada ( kegunaan rumahku ) dan kena jemurkan kat jemuran matahari.

Kami juga perlu pekerja-pekerja pelbagai peringkat untuk membantu kami. Mak teh dah warwarkan keperluan ini di serata kampung yang mak teh ada kontek tetapi belum berhasil. Manalah pergi nya orang kita yang mahu buat kerja ? Bukanya kerja sukarela, nak beri gajipun tak ada orang yang mahu bekerja. Takkan nak import dari luar negeri kut? So kalau anda tahu ada sesiapa yang iklas mahu bekerja bolehlah hubungi mak teh melalui blog ini.

Semoga anda sentiasa ceria dan banyak-banyaklah bersyukur di hari raya ini.

4 comments:

  1. Salam.... & Salam Pkenalan.

    Sy mengikuti blog Mk Teh seawal januari 2008, dn berasa kagum melihat ksungguhan Mak Teh dlm mmbangunkan MTAQSA.

    MTAQSA juga semakin diberi perhatian dan ramai yg bermurah hati memberi sumbangan.

    Semoga MTAQSA terus melahirkan hafiz & hafizah cemerlang.

    TAHNIAH

    ReplyDelete
  2. salam Mak Teh,

    Terima kasih atas kunjungan ke blog saya.Alisa sekrg berada di ward hospital balik sebab demam sejak balik ke rumah raya kedua haritu. Hari ni demamnya dah kebah.InsyaAllah jika darah dia ok, esok akan start chemo ke-4.kami akan berada dihospital dalm seminggu ini.Kalau sudi nak melawat kami di ward P6,tingkat 11, Menara Utama,PPUM@Hospital University PJ. Nama pesakit = Nurul Alisa. Siang saya kerja Alisa dijaga oleh Nenek. Kalau nak dtg lebih baik Mak Teh dtg pada hujung minggu atau diwaktu malam masa tu saya ada di ward.

    Minta didoakan kesihatan Alisa semoga bertambah baik.Salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  3. Mak Teh,
    Semoga MTAQSA akan jadi sebuah sekolah yg cemerlang dan gemilang satu hari nanti insyaalah...
    Kalau nak cari pekerja biar la org tempatan yer tak...?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum Mak Teh,ini kali pertama Mak Teh disini,terstumble dari Mak Lang,how do I help?I'm not anywhere near you..financially?I'm not that stable myself.I salute you for doing such a great job.tahniah,semuga MTAQSA berjaya.amin.

    ReplyDelete