Wednesday, 15 October 2008

Kisah Kami Dan Anak-Anak Tahfiz

Assalamualaikum!

Termasuk hari ini telah empat hari warga MTAQSA berpuasa sunat syawal. Kami akan berhari raya pada hari sabtu ini. Pada malam Jumaat ini selepas berbuka puasa kami akan berhari raya bersama staf masjid negeri di halaman kuaters mereka. Ada lagi rezeki anak-anak tahfiz kami. Pada hari sabtu pula Cik Gu Tengku yang pernah mengajar di sekolah kami pada tahun lalu telah menjemput anak-anak ini ke rumahnya untuk jamuan hari raya. Pada malam sabtu pula kami akan adakan majlis hari raya selepas puasa enam mengikut tradisi sekolah ini.

Petang ini cuaca di Shah Alam hujan lebat bersama ribut petir. Sebahgian rumahku di masuki air hujan. Keadaan di rumahku tak dapat nak di ceritakan. Di dapur sibuk menyediakan makanan untuk berbuka. Aku baru saja lepas membantu pembantuku ( hehehe ) di dapur memasak sedikit juadah untuk kami berbuka. Pelajar perempuan sedang menulis Al-Quran sebelum menghafalnya malam nanti. Pak haji baru sahaja keluar menghantar makanan ke asrama lelaki.

Sejak 3 hari lepas kami mula membuat laundry sendiri, di belakang rumah 2 buah mesin basuh sedang berhempas pulas membasuh pakaian. Pakaian yang di basuh semalam telah kering tetapi yang sedang dalam proses cucian ini tidak cukup tempat untuk di sidai. Lagi pulak hari sedang hujan dan malam akan menjelang. Keadaan begini lah menyebabkan aku rasa nak sangat beli mesin pengering baju. Kalau nak beli mesin pengering kegunaan rumah ianya tidak mahal sangat RM 2000 sudah dapat jenama yang bagus. Namun ia hanya boleh memproses 6 kilo cucian sahaja. Nak beli mesin pengering yang komersial boleh memproses 20 kilo cucian sekali gus tetapi harganya rm 10,000. Kami baru mendapat sumbangan rm 2000 untuk tujuan tersebut. Nampaknya kami kena banyak-banyak bersabar.

Anak-anak tahfiz kami sedang bersungguh-sungguh belajar kerana peperiksaan akhir tahun akan di adakan awal bulan hadapan. Dari segi pencapaian hafazan mereka keseluruhannya agak memuaskan. Ada yang prestasi bagu dapat menghafal 2 mukasurat sehari. Ada yang sederhana atau biasa dapat menghafal 1 muka surat sehari. Ada juga beberapa orang yang lambat sedikit tahap hafazannya. Perkara ini tidak merisaukan kami asalkan mereka bersungguh-sungguh mahu belajar.

Keseluruhannya anak-anak tahfiz kami nampak sihat dan ceria. Alhamdulillah mereka telah dapat di disiplin untuk membentuk perwatakan yang baik. Dalam mendisiplinkan mereka Pak haji amat tegas dan adalah juga yang terpaksa di hukum atas kesalahan-kesalahan mereka. Namun aku, Pak haji dan anak-anak kami mengambil berat terhadap mereka ini seperti ahli keluarga kami sendiri.

Hujung minggu ini ada beberapa orang yang akan datang temuduga untuk kemasukan sesi 2009. Minggu lepas kami telah confirmkan tempat untuk 4 orang pelajar sesi 2009, mereka merupakan adik-adik kepada pelajar-pelajar kami. Pertanyaan mengenai sekolah ini datang bertali arus sejak kebelakangan ini. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami. Ameen!

2 comments:

  1. Bertuahnya anak2 ni. Terang hati. Ada petua tak macamana nak senang hafal? Saya ni, kadang2 nak hafal doa yg pendek2 pun susah... Tak macam masa muda2 dulu. Sigh....

    ReplyDelete
  2. Seronoknya puasa sunat sama-sama, tentu anak-anak tu semua turut teruja dapat mak aji dan pak aji yang sangat sayangkan mereka .... semoga sekolah makteh bertambah maju , InsyaAllah.

    ReplyDelete