Assalamualaikum!
Hari ini hari sabtu bermakna aku dan Pak haji akan mula sibuk sangat. Selepas asar petang ini anak-anak tahfiz akan kembali ke asrama. Maka bermulah jadual sibuk aku dan Pak haji.
Semalam Pak haji dan pembantu telah kemaskan asrama lelaki. Semalam juga aku telah ke pasar membeli bekalan segar untuk makanan hari ini. Mengikut pelan kami, seluruh warga sekolah akan berpuasa sunat Enam mulai esok hingga jumaat depan. Maria, pembekal makanan kami untuk makanan sahur telah di beri tahu mengenai pelan kami. Selepas tamat puasa Enam, kami akan membuat majlis hari raya pada hari sabtu malam. Ini telah menjadi tradisi sekolah kami. Selalunya kami sediakan menu ayam panggang istemewa ( B-b-Q resepi kami ). Namun kali ini, orang yang mahir memanggangnya Ally sedang berada di Cairo, Mesir. Jadi belum tentu siapa nak buat kerja membakar itu. Ada beberapa orang tetamu istemewa yang akan bersama merayakan majlis itu bersama kami. Mereka termasuk penderma-penderma, ibubapa angkat anak-anak tahfiz dan jiran-jiran terdekat.
Selepas ini aku akan pergi ke pasar segar, ke kedai borong di kelang dan pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan kami. Tengah hari sedikit aku nak pergi menziarah seorang anak kecil pesakit kanser di sebuah hospital di PJ. Selepas tengah hari ada beberapa pasang ibubapa yang akn datang untuk bertanayakan mengenai sekolah kami. Selepas asar kami tunggu kepulamgan anak-anak tahfiz untuk bertemu ibubapa mereka. Mulai hari ini habislah sesi rehat aku dan pak haji.
Persiapan untuk Sekolah Rendah Tahfiz Al Hanna juga berjalan serentak. Tahun 2009 kami akan mula mengambil pelajar-pelajar untuk Darjah 1, 2 dan 3. Tugas-tugas berkaitan sekolah ini telah di beri kepada Guru Besarnya Puan Wani. Kami membuat sekolah ini kerana permintaan dari ibubapa dan kami berpendapat lebih elok di lentur buluh sewaktu rebungnya. Sekolah ini adalah sekolah harian dari jam 7.30 am hingga 5.00 pm. Format pembelajarannya adalah sama dengan MTAQSA cuma penekanan kepada hafazan Al-Quran itu tidaklah terlalu keras.
Di samping kesibukan di atas, kami juga sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan amal yang akan berlangsung awal bulan disember ini. Aku berdoa semoga semua akan berjalan dengan lancar. Kepada sesiapa yang rasa dia patut di jemput tetapi mak teh tak jemput dia bolehlah hubungi mak teh. Sebenarnya kami akan buat majlis yang sederhana sahaja. Kalau anda tidak termasuk senarai kali ini mak teh ada lagi lapan orang anak yang Insya-Allah kita akan buat majlis seperti itu juga bolehlah menjemput yang ketinggalan kali ini.
Dalam membangunkan sekolah kami masaalah utama ialah dana. Kami belum mendapat apa-apa bantuan besar dan tetap. Oleh itu dari segi kewangan kami sentiasa kekurangan kerana sumbangan dari ibubapa tidak dapat menampung semua kos perbelanjaan. Oleh yang demikian kami memerlukan bantuan orang persendirian dan syarikat-syarikat. Kami ada wawasan untuk pendidikan aliran integrasi tahfiz/agama/akademik ini, namun tak mungkin kami dapat melakukanya tanpa bantuan.
Semoga terbuka hati anda dan ramai lagi untuk membantu kami dengan pelbagai cara dan semoga kita mendapat rahmat Allah SWT. Ameen!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Assalamualaikum kak teh - saya dlm proses survey utk sek anak form 1 tahun depan & berminat dgn MTAQSA. InsyaAllah saya bercadang utk ke sana 25/10 ini kerana saya dari Rusila Trg perlu cari tarikh yg sesuai. Cuma nak tau hari tu free ke tak.
ReplyDeleteTK
salam mak teh.Terima kasih atas kunjungan, Alisa kembali ceria selepas kedatangan Mak teh & saudara-mara hari sabtu tu.Sudah lalu makan dan minum air bertambah-tambah..alhamdulillah. Suami saya sgt gembira, dia kata nampak alisa serasi dgn Mak Teh sebb dia jarang suka@nak kat org lain sejak sakit ni..
ReplyDeleteSalam ukhuwah. Bila sudah selesai urusan kami & keadaan alisa sihat kembali insyaAllah kami akan melawat sekolah & rumah Mak Teh.InsyaAllah.
Semoga usaha MakTeh untuk sekolah Tahfiz ini diberkati Allah.Amin.
Puan Anon, Insya-Allah puan boleh datang berjumpa kami pada tarikh itu. Walaubagaimanapun puan hendaklah call dahulu buat temujanji. Sila buka web kami www.mtaqsa.com untuk maklumat seterusnya.
ReplyDeleteTerima kasih!
Salam mamalisa! Mak teh juga rasa bertuah dapat mengunjung Alisa. Mat teh nampak dia anak yang bijak, tahu akan keadaannya.
ReplyDeleteKalau dia dah keluar ward nanti beri tahu mak teh ye. Semoga anda sekeluarga di rahmati Allah dan di beri kesabaran yang tinggi.
Mak teh berdoa agar Alisa segera semboh dan di ringankan segala penderitaannya. Ameen!