Assalamualaikum!
Alhamdulillah! Pak haji telah selamat menjalani pembedahan coronary by-pass pada hari khamis ( dua hari lepas ). Pembedahan mengambil masa 4 jam setengah merangkumi 4 pintasan 'flyover'. Pak haji di sorong ke OT jam 7.30 pagi, kami di fahamkan proses surgery akan bermula jam 9.00 am. Selepas itu kami sekeluarga menunggu di bilik menunggu di Tingkat 1 IJN dengan keresahan di hati sambil berdoa atas keselamatan orang yang di kasihi. Jam 1.30 aku mendapat panggilan dari ketua nurse OT memberitahu bahawa pembedahan sudah selesai dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kelegaan yang kami rasakan tidaklah terkata hanya aku melafazkam kesyukuran kepada Allah SWT. Kami di benarkan masuk melihat Pak haji di dalan ICU jam 2.15 petang. Sedih melihat Pak haji dalam keadaan tidak sedar lagi di lekatkan dengan beberapa talian saluran ubat, darah, pernafasan dll dengan mesin alat pemantau di sebelah kepala katil. Namun aku telah tabah bersedia akan keadaan begini kerana tahun lepas aku juga telah menghadapi major surgery bagi anakku Lia.
Keadaan Pak haji bertambah baik, petang semalam dia telah di bawa keluar dari ICU ke wad HDU di wad Cempaka. Dia telah sedar sepenuhnya tanpa talian yang ada semalam. Hanyan talian alat pernafasan kecil sahaja yang di lekatkan ke hidungnya. Pak haji dapat berbual perlahan dan minum sedikit air. Di sebelah petang dia boleh sit up untuk makan makanan malam. Kami sekeluarga amat bersyukur melihat pulihnya Pak haji dari pembedahan yang major itu.
Aku percaya berkat doa dan solat hajat ramai orang termasuk anak-anak tahfiz kami, beratus-ratus kawan-kawan anak-anak kami di Syubro dan rumah Selangor di Mesir, para jemaah masjid negeri dan sahabat handai dan kawan-kawan bloggers juga, Allah telah perkenankan laluan yang cepat dan mudah untuk Pak haji. Semua urusan berjalan dengan pantas dan lancar, Alhamdulillah! Semuga Allah berikan kesihatan dan panjangkan umur Pak haji. Ameen!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Salam Mak Teh,
ReplyDeleteShukur Alhamdulilah, lega rasanya membaca berita yang Pak Haji dah selamat menjalani pembedahan dan dah sedar sekarang. Memang benar Allah SWT akan sentiasa berada bersama orang yang selalu mengingati Dia seperti Pak Haji, Mak Teh dan keluarga. Kami juga sentiasa mendoakan agar Pak Haji akan cepat sembuh dan keluarga Mak Teh kembali gembira. Akan call Mak Teh bila Mak Teh tak begitu sibuk nanti.
salam sejahtera.syukur pada tuhan yang memudahkan urusan pembedahan ini.nampaknya,tahun ini pak haji kena kurangkan aktivitinya(m.c) dengan mtqsa.
ReplyDeletesemoga mak haji akan dapat menguruskan sekolah ini.mungkin sudah sampai masanya mak aji mencari seorang pengurus untuk mengurus mtqsa.pak haji dan mak haji hanya memantau sahaja.biarlah masa pak haji dan mak haji banyak berehat ditumah.
allahhuallam
Alhamdulillah Pak Haji dah selamat... semoga bertambah sihat.
ReplyDeleteNeeza cukup takut bila dengar orang yang Neeza kenal (walaupun tak pernah jumpa) akan jalani pembedahan macam ni...
Semoga Makteh selalu ceria untuk menceriakan Pak Haji ya.. :)
alhamdulillah...!
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SYUKUR!
ReplyDeleteIs Pak Haji ready for visitor(s)?
salam makteh dan keluarga.
ReplyDeleteAlhamdulillah segalanya berjalan lancar.Semoga Pak Aji segera sembuh .Amin.
syukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteThank you Mazz! I know you are busy too.
ReplyDeleteSalam Ludang Paku. Ya Pak haji akan ambil m.c. (mak teh yang kasi hehe) selama 2 bulan. Selepas tu rasanya dia akan kembali aktif semula cuma dia tak bolehlah buat kerja-kerja berat sererti berkebun ( hobby dia ).
ReplyDeleteBuat masa ini MTAQSA di urus oleh mak teh dan Zed bahagian Admin, Cikgu Wani dan Ustaz Nizam bertanggungjawab bahagian akademik.
Mak teh dan Pak haji jenis tak boleh duduk saja kat rumah.
Neeza, Elisa, Onde, Sarina dan Nurazzah, Alhamdulillah Pak haji dan bertambah pulih dari pembedahan itu. Terima kasih kepada kalian semua yang mendoakan keselelamatan dan kesihatan Pak haji. Allah sahaja yang akan membalas keikhlasan dan kebaikan anda semua termasuk kawan-kawan bloggers lain.
ReplyDelete