Wednesday 25 February 2009

Cerita Bergambar Sekolah Kami

Salam semua! Ini pertama kali mak teh bercerita mengenai sekolah kami siap dengan gambar. Ada anak mak teh ( Ude ) tolong muatkan gambar-gambar berikut:



Ini gambar dihadapan asrama lelaki sekolah kami. Siap dengan bunga matahari yang sedang kembang mekar . Pokok di tanam depan bangunan asrama oleh PaK Haji.



Ini salah seorang pelajar kami di Ting 1 Alia ( Ting 3 ) sedang tekun menulis ayat-ayat suci dalam buku Al-Quran tulis tangan. Selalunya mereka menulis Al-Quran selepas solat Asar.



Ini anak mak teh Zed sedang menunggang kuda " Sicoklat " semasa berlatih di Kelab Ekuistrian. Zed akan melatih pelajar-pelajar kami kelak setelah kelab kami siap di bina.



Ini seorang pelajar kami seorang Ketua Kadet sedang memberi arahan kepada rakan-rakannya Kadet Tahfiz semasa latihan dijalankan. Disebelahnya ialah Jurulatih seorang bekas tentera.



Sekumpulan pelajar sedang bertadarus semasa bulan Ramadan tahun lalu.




Dua orang rakan pelajar banat sedang membuat kerja-kerja sekolah di Asrama Putri.




Pelajar-pelajar banat sedang bergaya di hadapan van yang kami baru terima tahun lalu , sumbangan dari sebuah syarikat ternama yang prihatin terhadap kami.

6 comments:

  1. walaupun tak nampak muka mereka dengan jelas, rasa tenang tengok pelajar-pelajar Mak Teh tu..
    sejuk hati..
    seronoknya dapat berada disekitar anak2 tahfiz..

    ReplyDelete
  2. Betul Neeza, memang seronok bersama anak-anak tahfiz ini terutama apabila mereka ramai-ramai berlumba-lumba menghafal Al-Quran. Kadan-kadang masa mereka berceloteh sesama sendiripun mak teh suka dengar keriangan suara mereka yang masih innocent ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Teh!

    Walaupun tak banyak gambar yang makteh bubuh tapi sedikit sebanyak saya dah dapat gambaran sekolah Mak Teh..

    Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  4. Mr Janggel, Insya-Allah mak teh akan cuba muatkan lebih banyak gambar-gambar. Sedang belajar cara nak muatkan gambar. Orang lama slow sikit!

    Terima kasih kerana menjenguk mak teh.

    ReplyDelete
  5. sejuknya mata memandang ...

    rasa tenang aje...

    cantek betul bunga matahari tu...

    ReplyDelete
  6. Mak lang, Alhamdulillah! Begitulah suasana di rumah mak teh setiap hari. Walaupun kami banyak kerja yang hendak dilakukan, kami diberi ketenangan olehNya.

    Terima kasih menjenguk mak teh!

    ReplyDelete