Sunday 15 February 2009

Suaranya Merdu, Bacaannya Bagus !

Assalamualaikum!

Malam semalam kami buat sedikit makan untuk anak-anak Tahfiz. Kami juga menjemput guru-guru, ibubapa yang kebetulan menjenguk sehari dua sebelun majlis dan jiran-jiran terdekat. Majlis makan itu ialah untuk kesyukuran diatas kesihatan yang Allah berikan kepada kami terutama kepada Pak haji yang kini beransur baik pemulihannya selepas pembedahan tempoh hari. Majlis juga sempena menyambut hari lahir dalam bulan Februari untuk amal dan isterinya, bisan kami bapa mertua amal dan juga Pak haji ( ramainya! jadi borong jelah semua sekali) Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan yang penting anak-anak Tahfiz kami puas menjamu selera. Anak-anak Tahfiz telah membantu kami dalam persiapan tersebut dan mereka jugalah yang membaca doa. Semoga Pak haji di kurniakan Allah kesihatan yang bagus dan umur yang panjang. Ameen!

Pada petang Khamis lalu, seorang pelajar lelaki telah datang memohon untuk masuk sekolah kami. Pak haji menemuduga pelajar itu dan dia telah memberitahu bahawa dia sangat berminat untuk membuat aliran Tahfiz. Selama sebulan dia belum daftar masuk mana-mana sekolah kerana dia tidak dapat tawaran sekolah tahfiz kerajaaan yang diharapkan. Pelajar ini tidak mendapat keputusan UPSR yang cemerlang ( 2A, 2B, 1C ). Keputusan PSRA dia mendapat Jaid jiddan ( 88% ). Oleh kerana keputusan yang tidak cemerlang sangat tak hairanlah dia tidak dapat tawaran dari sekolah Tahfiz kerajaan.

Selalunya kami tidak menerima masuk pemohon yang ada dapat C dalam UPSR. Dari perawakannya nampak budak ini seorang yang bersungguh-sungguh dan attentive. Kemudian tibalah giliran mak teh pula untuk test bacaan Al-Qurannya. Kembang telinga mak teh mendengar bacaan ayat-ayat suci oleh pelajar itu. Tidak pernah mak teh dengar suara yang merdu dan bacaan yang sebagus itu sejak 4 tahun mak teh menemuduga pelajar-pelajar untuk masuk ke sekolah mak teh!

Selesai saja dia membaca, Mak teh menoleh kepada Pak haji dan terus berkata. " Alhamdulillah bacaannya sangat bagus! Saya boleh terima dia masuk."

Pak haji diam sebentar sambil merenung mak teh dan mak teh mengangguk kepala perlahan-lahan, " O.k ! Kami terima!" kata Pak haji kepada bapanya yang ada bersama.

Mendengar itu Si bapa menghela nafas lega dan tersenyum lebar. Setelah berbincang dipersetujui pada malam itu juga pelajar baru itu daftar masuk asrama sekolah kami. Maka bertambah lagilah bilangan anak-anak Tahfiz kami. Alhamdulillah!

2 comments:

  1. kalau telingat mak teh boleh kembang dengar.. telinga neeza apatah lagi..
    neeza sebak bila dengar anak-anak kecil mengaji dengan baik..
    rasa malu dengan diri sendiri.. dah tua-tua ni baru nak belajar..

    ReplyDelete
  2. Neeza, pasal belajar membaca al-quran ini kita tidak perlu malu, walaupun umur kita selanjut mana. Kalau tak belajar kita bukan boleh tahu sendiri bacaan yang betul! Jangan malu teruskan belajar.

    ReplyDelete