Assalamualaikum!
Ramai orang rasa lapar sebab tak dapat makanan segera kesukaan mereka ( termasuk mak teh ). Telah 2 bulan kami boycot makanan segera dan barangan keluaran syarikat2 yang bersekongkol dengan musuh2 kita. Tapi sekadar rasa lapar saja kerana tak makan makanan tu, jadi mak teh buatlah makanan menggenyangkan perut apabila terasa lapar di kala petang hari atau malam. Kejap lagi mak teh nak masak koay teow sebagai makanan istemewa untuk anak-anak tahfiz yang berpuasa sunat. Sebenarnya mak tehpun terasa lapar nak makan koay teow tu. Hehehe!
Puas juga rasa hati apabila nampak ada kesan boycot yang dijalankan. Namun ada juga lagi orang-orang yang tak mahu boycot. Mereka tidak ambil kisah apa yang sedang berlaku kepada orang lain, seolah-olah tak ada kena mengena dengan merekapun.Mak teh ni jenis penyebuk, jadi bila pergi ke supermarket ternampak orang kita nak beli baranga yang kita boycot mak tehpun cakaplah pada hamba Allah itu supaya cari barang jenama lain kerana yang dia pegang tu dari syarikat yang kita sedang boycot. Ada yang kata " Yekah ? " ada yang buat tak dengar je. Biarkan lah orang macam tu, nanti disuatu hari dia akan ditimpa kesusahan dan kemungkinan tidak ada orang yang menolongnya.
Ok setakat ini dahulu sebab mak teh dah nak kena pi masak koay teow! Sorry, jangan terliur ya!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Makteh, kalau ada rezeki neeza untuk singgah di sekolah makteh, neeza nak request kuey tiow special tu.. boleh ke??
ReplyDeletepernah cuba buat ikut resepi makteh bagi tapi tak menjadi.. bahan2 tak sama..
air tangan neeza tak best agaknya...
Neeza, boleh sangat! Insya-Allah! Bila nak mai? Beri tahulah awal-awal supaya kita orang tunggu. Nak mee kuah muar specialpun boleh, atau laksa johor ke atau laks kedah ke. Hehehe mak teh dah boleh masak semua tu dan kata depa yang dok makan, " seedaaap!". Mailah sini cuba rasa.
ReplyDelete