Thursday 19 February 2009

Rambutpun Tak Sama Hitam, Inikan Pula Hati Manusia

Assalamualaikum!

Hidup di dunia ini ramai yang berpura-pura hingga kita pula mudah terpedaya. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan pelbagai gelagat manusia. Aku dan juga ahli keluargaku pernah beberapa kali terpedaya dan pengalaman lalu membuataku lebih berhati-hati.

Kes pertama aku di tipu oleh 2 orang 'arab' nampak macam orang timur tengah meminta bantuan nak tukarkan duit US kepada duit Malaysia. Kononnya mereka baru sampai dari luar Negara dan tidak mempunyai duit matawang Malaysia. Malaslah pula nak cerita panjang-panjang, cukuplah aku katakan disini apabila mereka ambil duit dari tanganku, dia seolah bagi balik tetapi hakikatnya duit itu telah lesap. Mujurlah aku separuh sedar dan menarik balik wang yang kuhulur kepada mereka. Aku hanya kehilangan rm 50 iaitu kepingan duit rm 50 yang telah di pengang dalam tangannya.

Kes kedua ialah ibuku telah ditipu (pukau ) oleh seorang salesman ( India ) yang datang ke rumahnya menjual barang. Dia membawa hadiah saru barang dan berjanji esoknya akan membawa barang jualan yang dikatakan itu. Ibuku telah berkata yang dia tidak mempunyai wang. Namu si penjual itu menunjukkan kepada gelang emas yang dipakai ibu. Katanya ibu boleh membayar harga barang itu dengan memberi gelangnya. Ibu tanpa banyak soal telah melucutkan gelang dari tangannya lalu memberi kepada penyangak itu. Setelah orang itu pergi barulah ibu sedar apa yang telah dilakukannya.

Kisah mak long jadi mangsa penjahat pula baru berlaku bulan lepas. Rumah mak long telah didatangi oleh seorang lelaki India yang mendakwa dia di panggil untuk membaiki paip air ( plumber ). Mak long tinggal seorang diri, jadi dia amat berhati-hati tidak membuka pintu gatenya. Mak long beritahu orang itu bahawa mak long tidak panggilnya untuk buat kerja tersebut. Orang itu kata " O.k " tetapi dia minta segelas air kerana terlalu dahaga. Mak longpun memberikannya segelas air, dia minum dan pergi. Seminggu kemudian orang itu datang lagi, mendakwa perkara yang sama. Mak longpun menjawab yang sama, namun orang itu berkeras mengatakan rumah mak long yang panggil dia kalau tak percaya tengok nombor telefaon dan alamat yang call dia. Mak longpun pergi dekat gate untuk membaca apa yang di tunjukkan itu. Apabila mak long datang dekat orang itu tarik baju dan rantai mak long. Mak long melawan dan meronta akhirnya orang itu dapat sebahgian dari rantai emas mak long yang putus dalam pergelutan itu. Kasihan mak long!!

Kes keempat, suatu masa dahulu aku telah mengiklankan keretaku untuk di jual. Datang seorang lelaki cina ke pejabatku menyatakan minatnya untuk membeli keretaku. So dia minta nak test drive kereta itu. Aku telah bersetuju tetapi telah meminta dia meninggalkan kad pengenalannya. Dia pura-pura betanyakan harga yang aku minta dan hendak menelefon bosnya dahulu. Selepas itu dia telah berkata bosnya tidak setuju dengan harga itu terlalu tinggi dan dia pun tidak perlu test drive keretaku. Selepas dia pergi aku tersedar bahawa dia itu seorang conman. Besar kemungkinan dia rancang untuk melarikan keretaku.

Berhati-hatilah terhadap seseorang jika dia berlaku telalu baik, manis mulut dengan kita. Besar kemungkinan ada sesuatu yang hendak dipancingnya. Kalau seseorang itu apabila berbual dengan kita selalu menggunakan perkataan " to tell you the truth " dia adalah seorang yang selalunya tidak tell you the truth. Begitu juga kalau seseorang itu menggunakan perkataan " frankly speaking " , maka besar kemungkinan dia tidak frank.

Lagi satu perkara kalau anda terima panggilan telefon atau SMS menyatakan anda menang wang puluhan ribu ringgit, janganlah anda terus percaya. Banyak scam atau rancangan pembohongan sedang berlaku setiap hari. Ada-ada saja kepala hotak penyangak-penyangak cari jalan nak memperdayakan kita. Begitu juga dengan SMS pada sekali lalu nampak bagus dan tidak menyalahi apa-apa kerana mereka gunakan unsur-unsur agama. Sebenarnya itu adalah skim SMS berantai yang kalau anda turut arahannya SMS kepad 10 otang lain umpamanya, di suruh pula dalam masa 10 minit berbuat demikian, maka penjana msej itu akan mendapat keuntungan besar! Jadi awaslah!

Semoga kita di beri Allah kebijaksanaan men'detect' perkara-perkara muslihat penipuan dan semoga Allah sentiasa melindungi kita dari fitnah Dajjal!

3 comments:

  1. salam ziarah buat mak teh ..
    membaca cerita mak teh , saya teringat , saya pun pernah terkena .. rambut tak sama hitam hati lagi lah ...

    ReplyDelete
  2. salam Makteh..

    kami pun banyak kali kena.. yang latest ni, kawan husband nak pinjam duit.. sebelum dapat, bukan main manis lagi mulut dia. Janji macam-macam, nak bayar lebih la (walaupun husband tak harap pun). Sekali bila dah dapat duit, senyap aje. Sampaikan husband call dan make sure dia dapat tak duit tu. Dapat rupanya.. tapi kan.. dah dekat 8 bulan, janji nak bayar, tak bayar jugak.. amaun bukan sikit Makteh.. kalau orang dengar pun terkejut.. tapi disebabkan percaya yang kawan tu memang perlukan pertolongan sebab susah, bagi jugak.. tapi takpelah.. Allah maha adil kan Mak teh..

    ReplyDelete
  3. kes2 macam ni akan jadik lebih biasa lagi mak teh..nak2 musim gawat kan...

    hmm..mintak2 Allah lindungi kita seme dari benda2 tak baik ni kan...

    ReplyDelete