Salam semua! Hari ini mak teh sambung cerita bergambar mengenai sekolah kami supaya anda dapat idea yang lebih luas apa yang sedang kami lakukan.
Ini gambar pelajar-pelajar Ting 1 Tajwid sedang mula belajar menulis dalam kelas Khat. Kelas ini di adakan dihujung minggu sebab itu pelajar tidak memakai pakaian seragam sekolah iaitu jubah putih.
Kumpulan Kompang Lelaki. Alat kompang ini telah dibeli dari tempat pembekalnya di Muar, Johor.
Kumpulan Kompang Putri. Mereka berlatih kompang di hujung minggu. Kompang merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum kami.
Ini burung peliharaan kesayangan mak teh. Namanya Polly. Dia menjadi mascot sekolah kami. Semua orang datang akan di tegurnya. Di lain entry mak teh akan ceritakan bagaimana mak teh dapat memiliki Polly.
Polly sedang berbual mesra dengan kawan baiknya Haikal seorang murid Darjah 2 Sekolah Rendah Tahfiz kami. Kelihatan mereka sepadan dan sebaya.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Salam mak teh...
ReplyDeleteSelama ni bila sy baca apa yg mak teh tulis... susah sy nk byg kan skolah mk teh...
Skrg ni mk teh da upload gmbr... menarik jd entry mak teh.
Wajah2 mereka sungguh tenang.
Salam Raihah! Sebelum ini mak teh tak pandai upload gambar. Skrang ni mak teh dah pandai buat sendiri, anak mak teh dah ajarkan.
ReplyDeleteLepas ini banyak lagilah gambar-gambar yang menarik yang akan mak teh muatkan, Insya-Allah.
Terima kasih keran selalu mengunjungi blog mak teh.