Assalamualaikum!
Semalam sekolah kami membuat lawatan ke Kawasan Kuala Selangor untuk pergi melihat suatu unggas yang menarik bernama kelip-kelip.
Kami bertolak dari Shah Alam jam 3.30 petang menaiki sebuah bas persiaran yang di sewa khas. Kami membawa bekalan makanan snack, makanan malam dan minuman dan peralatan yang perlu. Bas mengambil jalan ke Kuala Selangor melalui Guthrie Expressway, kemudian mengambil jalan dalam melalui Kampong Ijok dan Batang Berjuntai. Inilah kali pertama aku melalui kawasan-kawasan ini.
Mengikut rancangan perjalanan kami, destinasi yang pertama ialah Bukit Melawati. Kami sampai di kaki Bukit Melawati jam 5.00 petang. Kami mendaki bukit itu mengikut anak-anak tangga yang agak curam dan tinggi. Aku dan Pak haji tercungap-cungap untuk sampai ke-atas sedangkan anak-anak kami telah beberapa ketika menunggu kami di atas. Sebaik saja kami sampai keatas meraka bertepuk tangan. Hai, terasalah diri ini sudah tua!
Di-atas Bukit Melawati tarikan utama untuk mereka ialah melayan monyet-monyet hitam berekor panjang ( tak pasti apa nama spesis ini ) Lama juga mereka melayan memberi makanan dan berposing dengan haiwan yang jinak itu. Setelah puas dengan monyet-monyet itu barulah mereka beralih melihat tapak-tapak peninggalan sejarah di bahagian bukit yang lebih tinggi berhampiran Light House. Malangnya kami tidak dapat memanjat Light House kerana ianya memerlukan kelulusan bertulis.
Pada jam 6.00 petang kami menuruni Bukit dan bersolat asar di sebuah masjid di kaki bukit itu. Setelah itu kami menaiki bas pergi ke masjid Kuala Selangor. Di situ kami mandi, tukar pakaian, makan nasi goreng kampung bekalan yang kami bawa sebagai makan malam yang ringkas. Selepas bersolat maghrib di masjid itu, kami bertolak ke Kampung Kuatan destinasi untuk melihat Kelip-kelip.
Maaf mak teh kena stop sekarang! Agak sibuk pagi ini , nak pergi siap ada ibubapa nak datang jumpa. Kemudian ada orang kahwin tengah hari ni, nak kena pergi majlis kenduri itu di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Insya-Allah mak teh akan sambung cerita lawatan ini bila dah tak sibuk nanti. Anyway kami dan semua anak-anak tahfiz enjoylah trip itu!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
laaa.. kesian Mak Teh.. sibuk betul. Tengah tulis entry sampai kena stop.
ReplyDeleteNanti kalau free sambung lagi ya. Kalau ada gambar-gambar pun best gak...
Neeza pernah pergi Kuala Selangor tapi tak pernah tengok kelip-kelip..
nampak sikit je masa makan kat tepi laut..
apa nama entah tempat tu. Tak ingat dah..
Best Neeza, pi tengok kelip-kelip tu. Bacalah Entry mak teh seterusnya!
ReplyDelete