Salam Semua!
Hari ini sedang orang lain bersantai kami akan berkerja kerana sekolah kami hari Ahad merupakan hari pertama bekerja setiap minggu. Mak teh ada 2 kelas hari ini, BM Ting 3 dan Ting 1. Jadi awal-awal lagi nanti mak teh akan kepasar dahulu. Selepas itu masuk mengajar.
Sebenarnya aku lebih suka mengajar kelas BI, lebih mudah untuk mengajarnya. Sudah 1 tahun kami mencari guru untuk mengajar BM tetapi belum berhasil. Kalaulah ada guru pakar BM yang dah pencen, sudi-sudilah datang membantu kami. Kami mengalu-alukan sokongan dan sumbangan tenaga terutama dari guru-guru pakar yang dah bersara. ( Ada elaun yang kami berikan.)
Dari segi subjek-subjek lain kami dikira lebih bernasib baik. Untuk tahun hadapan, bekas guruku yang di sayangi, Datin FA, pakar bidang akaun telah mempelawa dirinya untuk mengajar matapelajaran Prinsip Akaun. Sebenarnya beliau penyokong kuat kami sejak sekolah ini mula ditubuhkan.
Untuk matapelajaran Sains juga kami akan mendapat khidmat seorang guru pakar muda , anak kepada mak angkat Aly ( kenalan kami orang kelantan sudah menjadi seperti keluarga sendiri). Bagi matapelajaran Metamatik pula anak saudarku seorang pensyarah di sebuah Universiti tempatan sedang memberi khidmatnya kepakarannya. Alhamdulillah beruntunglah anak-anak tahfiz kami!
Walaupun anak-anak tahfiz sulung kami baru di Ting 3, kami sudah mula menarik perhatian mereka untuk mensasarkan kepada pencapaian cemerlang SPM pada tahun 2011. Berdasarkan pengalaman kami tidaklah terlalu awal untuk berbuat demikian. Lagipun semua orang sedang menunggu untuk melihat pencapaian SPM sekolah kami kelak. Jadi dari sekarang kami sudah mula mengaturkan persediaan! Diatara langkah-langkah yang akan diambil ialah di samping tenaga pengajar yang sedia ada kami akan menggunakan khidmat guru-guru pakar dalam setiap mata pelajaran penting.
Dari sekarang juga doa kami adalah untuk mencapai kecemerlangan itu. Motto sekolah kami juga berbunyi, " Success Here And Hereafter " Semuga kami, sekolah kami dan anak-anak tahfiz kami akan berjaya. Ameen!
Anak-anak tahfiz sedang tekun menghafal sebelum majlis tilawah hafazan
Anak-anak Tahfiz selepas Majlis Tilawah Hafazan peringkat Negeri
( Kiri Tas wakil Petaling dan kanan Cik Su )
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
seronoknya tengok anak-anak tahfiz pergi tilawah hafazan..
ReplyDeletebesar sungguh pahala mereka... dan mak ayah mereka..
dan juga guru guru mereka.. Subhanallah..
Neeza,
ReplyDeleteDalam kesiriusan ( serious ) mereka menghafaz al-Quran, kami juga memberi kepada mereka keseronokkan alam persekolahan. Neeza boleh lihat wajah ceria mereka apabila bermain sukan, bernasyid dan sebagainya! Insya-Allah, Sekolah kami mengimbangkan dunia dan akhirat.
salam kpd mak teh skeluarga n kpd sluruh warga thfiz..first,blh sy tau pe nama sklh thfiz mak teh tu?sy kgum dgn corak dan cara mak teh bersama p.cik bukhori mendidik remaja kearah kecemerlangan dunia dan insyaAllah diakhirat kelak..sy jgk brasal dr sbuah sklh thfiz y ckp sy syangi ttp sygnya skg ini sklh ini diambang kehancuran dr segi kecemerlangan akademik dan semestinya dr segi akhlak disbbkn sikap pengendali y terlalu ghairah utk menaikkan nama sklh tanpa mempedulikan akhlak pljar y smakin teruk..syabs skli lg kpd mak teh,p.cik bukhori n semua
ReplyDeleteSalam hamdi,
ReplyDeleteKalau hamdi perhatikan dari entry mak teh selama ini mak teh cuba nak selindung siapa kami sebenarnya. Kalau orang dah kenal kami dari sumber lain tidak mengapa. Di blog mak teh lebih suka di kenali sebagai mak teh sahaja dan suami mak teh Pak haji. Sekolah kami di kenali nama singkatannya MTAQSA. Nak tahu lebih layarilah web kami www.mtaqsa.com.
Alhamdulillah! kami cuba mendidik anak-anak tahfiz kami sebaik mungkin dari pengalaman dan ilmu yang ada pada kami. Pelajar-pelajar kami adalah anak-anak angkat kami yang kami bela, didik dan latih seperti anak-anak kami sendiri.
Terima kasih diatas pandangan dan harapan baik anda terhadap apa yang kami sedang lakukan.