Tuesday, 7 April 2009

Hadiah Tasbih Bilangan Seribu

Assalamualaikum!

Sekarang ini musim orang pergi menunaikan Umrah. Di kalangan pelajar-pelajar kami sahaja 4 orang telah pergi dan 2 orang lagi akan berangkat tidak lama lagi. Daripada 3 orang yang dah kembali itu mak teh dan Pak haji mendapat berbagai cenderahati. Ada satu hadiah yang mak teh agak tergamam menerimanya ialah tasbih bilangan 1000. Pak haji juga menerima sekalung tasbih bilangan seribu itu.

Pak haji tersenyum menerima hadiah tersebut dan cuba menggunakannya. Aku pula belum berani memegang tasbih itu kerana tidak percaya aku mampu berzikir bilangan 1000 dalam masa sekali duduk ataupun sekali baring pasti aku akan terlena. Aku amat berbesar hati menerim hadiah itu tetapi ia masih tersimpan di dalam almari buku.

Aku tahu berzikir itu amat digalakkan kerana pahala dan fadilatnya amat besar. Setakat ini aku hanya berani menggunakan tasbih biasa bilangan 100. Itupun kalau aku berzikir sambil berbaring sebelum tidur, maka cepatlah aku tertidur dengan tasbih ditangan dan mimpi-mimpi menarik segera membuaikan tidurku.

Kalau di fikirkan berzikir amatlah mudah dilakukan tetapi kenapa berat mulut kita untuk melakukannya. Kalau kita lakukannya dari umur yang masih muda maka dengan tidak kita sedari kita mula mengutip pahala-pahala yang amat mudah diperolehi. Apa yang kita kutip ini akan kekal hak milik kita hingga ke akhirat nanti.

Aku telah melalui zaman muda, mengutip macam-macam benda material. Aku telah mengumpul barang-barang kemas dan exccessories, aku telah mengutip barang-barang antiq, batu-batu berharga semi-precious stones, siput-siput laut, dan macam-macam lagi. Namun selepas beberapa lama minat aku terhadap barang-barang itu hilang dan aku tidak mengahargainya lagi. Selalunya barang-barang itupun turut hilang juga apabila minatku terhadapnya hilang. Kesimpulannya aku tidak mendapat apa-apa faedah dari perbuatn aku mengumpul barang-barang material itu.

Kalaulah masa muda dahulu lagi aku banyak beribadah, banyak berzikir, banyak bersedekah tentulah pahala amalan-amalan itu sudah membukit. Pada hari ini umur aku dan yang mereka yang seangkatan dengan aku boleh dikatakan sudah masuk senja. Masa kami tidaklah panjang lagi untuk mengutip pahala-pahala dan melakukan amalan-amalan yang di anjurkan. Sepatutnya kenalah buat banyak amalan marathon, amalan berpanjangan atau sepanjang masa, sepatutnya sudah boleh berzikir menggunakan tasbih bilangan 1000. Alahai........! sepatutnyalahkan??

So yang masih muda itu bolehlah mula dari sekarang ! Mulalah dengan yang sikit-sikit dan mudah-mudah dulu. Kalau umur dah hampir 40 tahun dan anda belum mula apa-apa lagi, susahlah nanti bila umur lebih meningkat tak semudah itu nak lakukan segala ibadah, amalan-amalan sunat seperti berzikir! Lagilah impossible nak gunakan tasbih bilangan 1000. ( Nota: segala amalan sunat kita tidak boleh memberitahu dan sengaja meununjukkannya kepada orang lain )

Insya-Allah segala niat baik anda dan usaha murni anda akan mendapat ganjaran pahala dan kebaikan. Semoga kita semua berjaya mengutip pahala sebanyak mungkin setiap hari selagi kita masih bernafas di atas dunia ini. Ameen!

6 comments:

  1. alhamdulillah...
    simpan dulu...lepas ni gunalah...

    ReplyDelete
  2. Mak Teh

    saya bukanlah seorang yg amat amat baik.
    kadangkala tersasar juga.
    dari muda saya amalkan tasbih yg tekan tekan tuh
    dulu selalu berazam nak dapat 1k tiap kali berlainan zikir

    Alhamdulillah
    sekarang 1k sekejap je.
    dari KL-Shah Alam saya dapat satu zikir 1k.
    pergi balik pun sama.
    Yg tasbih rantai tuh , selalu tergelecek dari jari. Yg pendek jer yg saya boleh handle.

    Apa hukumnya pakai tasbih yg tekan tekan tuh?
    Saya tau kalau pakai yg rantai tuh banyak pahalanya.

    ReplyDelete
  3. Cikgu math! Salam perkenalan dan selamat datang ke blog mak teh.

    Betul kata cikgu, saya simpan dululah. Kemudian bila bersedia saya akan gunakan.

    ReplyDelete
  4. Vy!

    Terima kasih kerana meninggalkan komen yang panjang.

    Itu amalan yang amat bagus. Teruskan amalan anda berzikir anda di dalam perjalanan ke tempat berkerja.

    Kemudian anda tambah lagi dengan 1 lagi amalan baik umpamanya bersedekah setiap hari Jumaat. Mungkin anda sudah melakukan lebih dari itu. Pentingnya ialah mempertahankan amalan yang ada dan meningkatkan amaln setiap masa.

    Setahu mak teh tidak ada fatwa melarang menggunakan counter tekan itu, teruskankan amalan anda.

    ReplyDelete
  5. Istighfar dan berselawat. Paling mudah.

    ReplyDelete
  6. Abang Long,
    Betul kata anda. Terima Kasih!

    ReplyDelete