Monday, 13 April 2009

Menyediakan Juara

Assalamualaikum!

Kami sedang menyediakan juara ke pertandingan memanah yang akan berlangsung pada hari Khamis ini. Empat orang telah dipilih untuk mewakili sekolah kami. Kami harap dan berdoa mereka akan berjaya dengan mendapat kemenangan yang diidamkan.

Latihan rapi telah dibuat setiap hari termasuk pumping exercise. Motivasi untuk memberi semangat juang juga telah dijalankan. Sekarang kami sedang memberi kepada mereka pemakanan yang lebih untuk memberikan tenaga dan membina otot-otot mereka. Anak-anak tahfiz kami ini semasa mula masuk sekolah ini, kebanyakkannya berbadan kecil dan kurus serta kurang bertenaga. Kalau diperhatikan setelah setahun bersama kami, fisikal mereka akan tumbuh lebih besar dan otot-otot mereka sudah terbentuk kerana pemakanan dan exercise.

Untuk beberapa hari ini kami memberi kepada mereka sarapan lebih dari hari-hari biasa, iaitu 2 biji telur rebus 3/4 masak, 1 gelas susu segar, 4 keping roti bersama butter, jam , tuna dan peanut butter serta minuman chocolat panas. Supaya anak-anak lain tidak nampak pebezaan menu untuk anak-anak yang akan pergi bertanding ini, mereka diarah mengambil sarapan di rumah Pengetua. ( Anak-anak lain dapat juga makanan yang sama cuma susu segar hanya diberi seminggu sekali dan sajian tidaklah terlalu mewah )

Sekian dulu, sama-samalah kita tunggu dan lihat keputusan pertandingan nanti. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar dan sekolah ini akan melahirkan juara-juara di masa hadapan. Ameen!



Anak-anak tahfiz sedang membuat exercise sebelum menjalankan latihan





Anak-anak Takfiz Puteri sedang menjalankan latihan memanah

No comments:

Post a Comment