Salam Semua!
Kami sampai di Kampung Kuantan jam 8.30 malam. Keaadaan sekeliling agak gelap melainkan lampu jalan dan kawasan parking. Masa bas baru saja berhenti untuk parking driver beritahu, " Gerimislah! "
Semasa membeli tiket untuk lawatan ini, kerani di Pusat Pelancongan Selangor di Shah Alam telah memberitahu, " Kalau hujan tak boleh pergi lihat kelip-kelip. Simpan tiket boleh guna hari lain."
Mendengar itu aku telah berkata dalam hati, " Takkanlah kami nak pergi dua kali untuk lawatan itu. Sekarang musim hujan petang dan malam, mintalah jangan hujan. Tawakkal jelah!"
Aku dan Pak haji turun dari bas dan dapati hujan sedang rintik. Lalu aku naik semula ke bas dan membuat pengumuman, " Hujan baru mula rintik, kamu semua doakan hujan berhenti!" Dengan pengumuman itu aku turun dari bas dan berjalan dengan Pak haji menuju kaunter tiket dan kawasan jetty. Sambil berjalan itu aku menadah tangan berdoa, " Ya Allah, kau Maha berkuasa, Kau hentikanlah hujan ini untuk hajat anak-anak tahfiz ini."
Kemudian aku membuat urusan tiket di kaunter dan lupa mengenai hal hujan yang rintek tadi. Alhamdulillah pergerakkan kami lancar, anak-anak beratur masuk kawasan jetty dan memakaikan jaket keselamatan. Mereka turun ke dalam sampan 4 orang bagi sebuah sampan. Kami menggunakan 15 sampan dan aku bersama Pak haji membawa Ilai anak tahfiz darjah 2 bersama sampan kami. Perahu di dayung oleh seorang pendayung, satu persatu keluar ke arah hulu.
Tidak berapa lama kami sudah dapat melihat cahaya kelip-kelip di pokok-pokok tepi air. " Tengoktu cantiknya! " kataku berbisik kepada Ilai." Macam pokok Chrismaskan? "
Tadi di jetty kami telah di beritahu tidak boleh mengambil gambar guna flash. Jadi Pak haji tidak mengambil gambar. Bebrapa minit kami diam, terpegun melihat kearah pokok yang berkelip-kelap sambil sampan di kayuh perlahan. Pokok-pokok itu umpama di letakkan lampu letrik hiasan yang bercahaya dalam kegelapan malam.
Sambil perahu di dayung perlahan kami bertanyakan macam-macam kepada pendayung itu. Barulah aku tahu kelip-kelip itu hinggap di pokok bernama pokok berembang yang tumbuh liar di tepi sungai. Makanannya daun berembang, hidupnya 3 bulan, bertelur di atas tanah lumpur tepi sungai. Setelah menetas anak kelip-kelip hidup dalam lubang lumpur bila dewasa baru terbang hinggap di daun berembang. Kelip-kelip betina dan jantan mengeluarkan cahaya itu dari badannya tetapi kelip-kelip jantan lebih terang cahayanya.
Kami sempat menangkap kelip-kelip itu dan melihat cahayanya dalam tangan kemudian melepaskannya semula. Pendayung telah berpesan, " Boleh tangkap tapi tak boleh bawa balik! " Betullah , kalau tidak di buat peraturan begitu, semua orang ambil satu bawa balik lama-lam pupuslah unggas itu.
Agak-agak 20 minit mendayung ke hulu mungkin 1 km pendayung perahu akan buat pusingan berpatah balik. Aku sempat bertanya kepada pendayung, " Ini sungai apa? "
" Sungai Selangor ". Nampak sungai itu lebar juga agak-agak 40 meter?
" Dalam tak sungai ini?"
" 15 kaki"
" Kita menghala ke mana? "
" Ke hulu "
" Kampung apa di hulu sana ?"
" Di hulu sungai ini ialah Kuala Kubu. Di belakang kita ialah Kuala Selangor."
" Ooooo ! " , sekarang aku baru faham geografi dan juga faham sejarah.
Seronok yang aku rasa dari pengalaman ini bukan saja melihat cahaya kelip-kelip itu, tetapi perasan seronok berdayung dalam perahu dalam sungai dalam kesuyian dan kegelapan malam yang hanya di terangi oleh cahaya samar-samar bulan yang kecil ( awal bulan )dan di lindungi awan.
Aku juga dapat membayangkan keadaan transportation nenek moyang zaman dahulu, aku juga bayangkan Hang Tuah membawa lari Tun Teja naik perahu di malam hari sebegini dalam kegelapan malam. Hehehe! aku juga dapat bayangkan macam mana pendatang haram datang mendarat masuk ke negara kita. Macam-macam dapat aku bayangkan. Bukankah nenekmoyang aku dulu juga orang-orang pahlawan! Mereka juga telah mengguna sungai ini dari Kuala Selagor hingga ke Kuala Kubu. Sekarang aku faham sikit-sikit apa yang mereka telah lalui.
Setelah mendarat dari sungai itu, rezeki menanti anak-anak tahfiz kami. Ibubapa Ar dan Ak ( anak mereka Ar dan Ak adalah pelajar kami, rumah mereka lebihkurang 5 km dari situ ) telah menyediakan makanan bihun goreng, kueh karipap dan kuih kasui serta 2 flask air teh. Semua hidangan itu masih panas lagi. Alhamdulillah! Kenyanglah anak-anak tahfiz kami makan malam itu.
Kami gembira melihat anak-anak tahfiz kami seronok mendapat pengalaman yang unik itu. Pada malam itu juga aku telah mendapat ilham akan membawa mereka melawat satu tempat lagi 3 bulan lagi selepas pepereksaan pertengahan tahun.Kami bertolak pulang jam 10.30 malam dan sampai di asrama hampir jam 12.00 malam.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
laaa.. tak boleh ambik gambar ke? agaknya takut kelip-kelip tu terkujat nanti kan Makteh.. langsung dia cari habitat lain pulak..
ReplyDeleteseronoknya jadi anak-anak tahfiz.. dapat pergi lawatan, dapat makan sedap..
nak jugaklah jadi anak tahfiz!! hehee..
Neeza,
ReplyDeleteBoleh ambil gambar tetapi tak boleh pakai flash. Kami tak pandai teknik ambil gambar tak pakai flash jadi tak ambillah. Ada juga pelancong lain yang melanggar peraturan mereka gunakan flash, tetapi kata Pak haji gambar itu tak akan jadi elok, tak akan nampak cahaya kelip-kelip itu.
Salam Mak teh..Yup memang best tengok kelip-kelip..saya dah kesana 3 kali!
ReplyDeleteSaya cadangkan Makteh bawak anak2 tahfiz ke Taman Alam Kuala Selangor. Aktiviti mengenal alam kiranya... Memang menarik
Salam Mr. Janggel! Betul Taman Alam Kuala Selangorpun menarik. Mungkin suatu hari nanti kami ke sana pula.
ReplyDeleteLepas ni mak teh cadang nak bawa mereka naik bukit yang tingg dan sejuk sikit tu.
Terma kasih meninggalkan komen.