Monday, 6 April 2009

Kisah Seorang Yang Pemurah

Assalamualaikum!

Sejak kami menubuhkan sekolah ini ramai juga yang datang menghulur derma ikhlas, niat, zakat, sedekah, sumbangan dan sebagainya. Mak teh tak boleh beritahu nama individu-individu tersebut kerana takut kurang pahala mereka. Namun ada satu kisah yang mak teh ingin ceritakan.

Ada seorang hamba Allah ini, beliau telah beberapa kali memberi makan kepada anak-anak tahfiz kami. Apabila memberi makan dia memberi layanan yang agak istemewa. Dia bukan sahaja menghantar makanan yang istimewa malahan makanan itu datang bersama katerer sekali untuk melayan anak-anak tahfiz. Kami tidak perlu sediakan apa-apapun. Selalunya kalau dia ada hajat meminta anak-anak tahfiz doakan sesuatu hajat untuk keluarganya, dia dan kesemua ahli keluarganya akan datang bersolat, berdoa dan makan bersama-sama anak-anak tahfiz kami. Tahun lepas sudah 2 kali dia berbuat demikian.

Beberapa hari yang lalu aku telah mendapat panggilan telefon dari Hamba Allah ini bahawa dia ingin berjumpa denganku. Rupa-rupanya dia sudah berada di depan pintu pagar rumahku. Setelah di jemput masuk dan berbual-bual seketika, dia mengeluarkan satu sampul surat menyatakan dia ingin menyumbang untuk sekolah kami. Kemudian dia teragak-agak dan minta diri untuk keluar sebentar ke keretanya.

Apabila dia duduk semula di sisiku, dia menjelaskan, " Mula saya nak sumbangkan wang ini, saya rasa terlalu sedikit. Saya tengok ramai anak-anak tahfiz yang puan jaga ni!" Dia menunjukkan kepada anak-anak tahfiz junior yang kebetulan waktu itu sedang berkeliaran bermain sesama mereka ( waktu itu mereka rehat selepas minum petang). Sebelum ini dia hanya tahu anak-anak tahfiz kami di asrama putera sahaja.

" Eh, nak beri banyak manapun tak apa! " aku berkata.

" Jadi saya pergi ambil tambahlah sikit lagi." kata Hamba Allah yang pemurah itu sambil menyerahkan sampul surat berisi wang kepadaku.

" Alhamdulillah! Jazakallah, rezeki anak-anak tahfiz" kataku, " Banyak yang puan bagi ni!" sambungku apabila terasa sampul itu agak tebal.

" Saya dah teringat sejah 2 bulan lalu tetapi sengaja saya tunggu sebab nak beri lebih sikit. Saya bersyukur Allah berikan rezeki yang banyak kepada kami sekeluarga. Saya nak share rezeki yang Allah berikan ini dengan orang yang memerlukannya."

" Alhamdulillah! Puan telah mendapat hidayah dariNYA. Hanya orang yang mendapat hidayah faham kenapa dia nak bersedekah ke jalan Allah. Ganjaran yang Allah beri kepada orang yang menginfakkan hartanya kejalan Allah adalah 700 kali ganda, balasannya di dunia dan akhirat." kataku. Aku terus mendoakan untuk kesejahteraan dia dan keluarganya.

Tergamamlah aku menerima pemberian sedekah itu kerana baru pagi hari aku telah kepasar membeli ikan dan bahan lauk pauk lain yang mahal harganya tetapi seperti kebiasaannya aku telah berkata dalam hati " takpe beli jugak lah "

MasyaAllah! Lihatlah apa yang berlaku dalam waktu yang singkat sahaja Allah telah menghantar rezeki kepada anak-anak ini. Perkara-perkara yang berlaku begini ( bukan sekali, malah sudah banyak kali ) meyakinkan aku Allah amat sayang kepada pelajar-pelajar yang menghafaz al-Quran.

Petang keesokkannya aku dan Pak haji pergi ke kedai stationary membeli alat tulis tambahan yang perlu untuk di edarkan kepada anak-anak tahfiz kami.

Semoga Allah merahmati HambaNYA yang pemurah ini dan semoga kami dapat menjalankan tugas-tugas kami. Ameen!

4 comments:

  1. Alhamdulillah... tak putus2 rezeki anak2 ini. Semoga Allah sentiasa memudahkan usaha Mak Teh & suami. AMin....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Walaupun apa yang kami lakukan tidaklah mudah, macam-macam pertolongan yang kami dapat dari pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semuga rezeki anak-anak tahfiz itu akan terus bertambah. Pasal tasbih dan zikir tu, saya ada tasbih yang diletakkan didalam kereta dan saya selalu berzikir menggunakannya sewaktu dalam perjalanan pergi dan pulang kerja.

    ReplyDelete
  4. Anon,
    Insya-Allah! Nampaknya kami sentiasa menerima berbagai bentuk rezeki, kesemuanya mempermudahkan urusan kami.

    Alhamdulillah, teruskan amalan baik anda dan tingkatkan lagi kepada amalan baik jenis lain. Orang yang sentiasa mengingati Allah, hidupnya berkat.

    ReplyDelete