Assalamualaikum!
Pagi ini cuaca cerah, kemungkinan akan panas sampai ke petang. Beberapa hari kebelakangan ini cuaca dan udara amat panas. Khabarnya heatwave sedang melanda negara kita terutama Lembah Kelang. Anak-anak Tahfiz tidak dibenarkan keluar bersukan terutama bermain bola. Kementerianpun melarang anak-anak sekolah bersukan dalam keadaan 'heatwave' ini. Mak teh jenis tak tahan panas, alkmaklumlah mak teh seorang puteri iaitu Puteri Lilin. Hehehe!
Anak-anak Tahfiz sedang rehat setelah buat exercise di sebelah pagi, mengulang surah-surah yang telah di hafal dan makan makanan rehat pagi. Anak-anak lelaki dibenarkan tidur sebentar sebelum bersiap nak ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat Jumaat. Minggu hadapan mereka ada exam Al-Quran ( 1 hari sahaja ) kemudian sudah dalam study leave. Minggu seterusnya mereka akan exam subjek akademik dan agama sepenuhnya.
Kami akan mengadakan satu upacara " Passing-out Parade " untuk Anak-anak Tahfiz senior bulan hadapan. Seorang Kenamaan akan di jemput untuk menerima tabek hormat. Ibubapa dan keluarga anak-anak Tahfiz akan di jemput hadir. Anda akan terpegun melihat kesegakkan dan smartnya kawad anak-anak ini. Ibubapa mereka akan tersenyum bangga !
Satu Platoon Berkawad Sakan!
Yang Ini Sedang Study Sakan!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Selamat menjalani peperiksaan to ALL. Nanti nak pergi lawat untuk bagi kata-kata semangat pada anak kesayangan kami.
ReplyDeleteSalam...Kak Long
salam :)
ReplyDeleteadik saya makin tough bile berada di MTAQSA.
alhamdulillah, latihan fizikal dan rohani yang cukup.
Anon,
ReplyDeleteSetelah beberapa bulan bersama kami semua anak-anak ini akan menjadi tough. Mereka exercise setiap pagi kena buat pumping selepas subuh. Mereka juga bersukan dan beriadah termasuk berenang, menanah dan berkawad dan bermain bola.
Pemakanan mereka kami jaga dengan memberi pemakanan seimbang setiap hari untuk pertumbuhan badan fisikal dan juga minda.