Salam Semua !
Semalam mak teh pergi ke kedai barang dapur ( grocery ) kat Kelang. Nya yang selalu melayan mak teh mengucapkan ' Selamat Bercuti ' kepadaku. Pagi tadi semasa pergi membeli barang-barang segar kat pasar, tauke gerai sayurpun mengucapkan ' Selamat Bercuti ' kepadaku.
Setelah pulang dari Pasar tadi aku segera masak mee goreng basah untuk makanan jam 10.30 pagi. Teringat pula bahawa anak-anak ini telah biasa dengan makanan yang teratur masanya setiap hari. Jadi malam tadi semasa perjumpaan dengan anak-anak Tahfiz Puteri, aku telah berpesan bagaimana untuk menjaga pemakanan mereka apabila mereka pulang kerumah masing-masing nanti. Aku berpesan agar mereka jangan makan mee segera atau makanan yang di beli dari gerai-gerai sebarangan. ( Ini bagi kes dimana ibu-ibu sibuk bekerja ). Aku telah berpesan supaya mereka sentiasa ada bahan seperti susu, roti, telor dan tuna di rumah mereka.
Bagi anak-anak yang mempunyai ibu seorang surirumah tentunya si ibu akan memberi makanan dari masakan ibu yang sedap-sedap dan istimewa. Alhamdulillah, dapatlah mereka merasa nikmat tinggal bersama keluarga tersayang. Sekiranya mereka pergi bercuti aku juga berpesan agar tidak minum banyak air gas atau air batu. Kebiasaan yang terjadi apabila si ibu kurang prihatin mengenai perkara ini, kesihatan anak-anak akan terjejas. Apa yang berlaku ialah semasa anak-anak kembali keasrama selepas bercuti, kami dapati ada yang demam atau sakit.
Anak-anak Tahfiz kesemuanya sedang mengemas asrama dan beg pakaian mereka untuk pulang. Aktiviti anak-anak Tahfiz lelaki selain berkemas ialah berkebun. Ada juga kelihatan pagi tadi Pak haji mencukur, merapikan rambut anak-anak yang hendak pulang bercuti. ( Pak haji ni, dia buat semua anak-ank itu seperti anak-anak dia sendirilah ! )
Bagi anak-anak Tahfiz Puteri mereka akan membuat kek dan muffin petang ini. Kalau mereka buat banyak selalunya aku suruh mereka bawa pulang 1 paket untuk keluarga mereka. Dengan cara ini, mereka akan merasa bangga menunjuk kepandaian mereka kepada keluarga.
Sekian dulu, dengan ini mak teh mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua orang! Sekiranya ada terkasar bahasa mak teh pohon di maafkan. Almaklumlah manusia tidak sunyi dari kesilapan!
Wassallam !
Semua berwajah ceria kerana dah habis exam dan nak bercuti
Anak siapa nii?
Ini anak Tahfiz kami yang termuda berumur 5 tahun ...... sudah menghafal beberapa surah Juzu' 30 . Boleh menulis dan membaca English, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Dia juga sudah belajar metamatik dan sains. Bak kata pepatah " Melentur buluh hendaklah dari rebungnya "
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
makanan menjadi darah daging kan mak teh.. sebab tu lah kita kena jaga apa yang kita makan..
ReplyDeletebestnya mereka dah mula bercuti..
Neeza,
ReplyDeleteThey need the rest, begitu juga mak teh dan Pak haji dan anak kami Aizad dan juga orang-orang pembantu di dapur dan pencuci kain baju. Hehehe!
Salam Mak Teh..
ReplyDeleteSaya mmg selalu singgah sini .. cumanya tak tinggalkan jejak... Mak Teh kena pasang CCTV baru nampak sapa yg dtg hihihi
Salam Umie kakyong,
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih kerana selalu jenguk mak teh. Yes, nak juga pasang jejak visitors and the counter tunjuk visitors datang tapi tal pandai. Hehehe!
Assalammualaikum wrt wbt ...
ReplyDeleteTumpang tanya, sekolah mak teh ni kat mana ye ?.
mekasih
Ahliahnizam,
ReplyDeleteWaalaikumussalam ! Sekolah kami terletak di seksyen 3 Shah Alam. Untuk mengetahui lebih lanjut layari www.mtaqsa.com.
Terima kasih kerana berminat terhadap sekolah kami.