Assalamualaikum !
Jam 4.30 pagi, Pak haji sudah mengejutkan anak-anak Tahfiz lelaki di asrama mereka. Anak-anak Tahfiz Puteri telah juga bangun dan bunyi mereka bergerak di tingkat bawah masuk ke telingaku yang masih tidur. Selalunya sebelum jam 5.00 pagi akupun akan bangun mandi dan bersiap untuk ke masjid Negeri. Namun pagi ini aku sangat keletihan dan tidak turut bersama-sama anak-anak Tahfiz. Habis apa jadi dengan mak teh? Jawabnya, solat bersendirian kat rumah, dapatlah tidur lebih sikit.
Pernah kalau aku tidak bersama anak-anak ini ke Masjid, kawan sesaf akan menegurku kemudiannya apabila bertemu, " Subuh tadi nampak anak-anak awak ramai di masjid, tetapi ibunya tidak kelihatan ! "
Aku hanya tersenyum dan menjawab, " Terlalu keletihan ! " Nak kata malu orang tegur begitupun tidak juga kerana betul kadang terasa keletihan yang amat sangat. Almaklumlah badanku tidak seperti 10 tahun yang lalu.
Setelah menunaikan solat subuh ( ada sujud sajaddah di pagi Jumaat ) mereka akan pulang ke asrama membaca surah Yassin. Kemudian mereka bersarapan pagi. Sarapan pagi hari Jumaat dan Sabtu istimewa sedikit. Mereka di sajikan roti jam dan butter dan tuna atau roti bersama peanut butter, susu segar bersama bijirin. Di pagi hari lain mereka di hidangkan roti bersama jam and butter dan telur cincang setiap hari.
Setelah sarapan mereka akan buat exercise, berjogging mengelilingngi bukit seksyen 3 kawasan kami. Kemudian mereka akan membaca dan menghafaz al-Quran dari jam 8.00 am hingga 9.30 am. Jam 10.00 hingga 11.00 am mereka akan pergi ke kelas khat ( hari ini tak ada kerana mereka on study leave ) Kelas tulisah khat sangat penting kerana mereka perlu membentuk tulisan yang cantik apabila menulis ayat-ayat Al-Quran di dalam buku tulisan al-Quran mereka.
Jam 11.00 pagi anak-anak Tahfiz Puteri di hantar ke perpustakaan Negeri. Mereka di sana hingga jam 3.00 petang. Selalunya mereka akan buat sendiri dan pack sedikit sandwiches. Nampaknya anak-anak Tahfiz baik lelaki maupun perempuan amat gemar ke perpustakaan. Harap mereka menggunakan masa di Perpustakaan dengan sebaik-baiknya.
Bagi boys pula, jam 11.00 hingga 12.00 mereka dibenarkan tidur atau berihat sebentar sebelum bersiap-siap untuk ke Masjid Negeri untuk bersolat Jumaat. Mereka akan di hantar ke perpustakaan dan berada di sana jam 3.30 hingga jam 5.30 petang.
Balik dari perpustakaan barulah mereka mengemas kawasan asrama dan bilik mereka. Girls akan tidur sebentar setelah pulang dari perpustakaan. Kemudian merekapun mengemas asrama dan bilik mereka.
Jadual mereka sebelah malam adalah seperti biasa pada malam-malam lain. Boys ada kelas taranaum pada malam ini. Kadang-kadang pada malam yang sesuai Pak haji akan membuat aktiviti jalan malam sambil melihat angkasa.
Begitulah anak-anak Tahfiz kami tidak sunyi dari pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jadual mereka padat setiap hari, namun mereka tidak pernah menunjukkan keletihan atau jemu. Wajah mereka sentiasa kelihatan ceria.
Cerita untuk si kecil hari ini ialah kakak makan bihun sup untuk makanan 10.30 pagi dan menu kami malam ini ialah ikan kembung goreng dan sotong masak sambal tomato beserta sayur lemak campur.
Bukan Mudah Nak Jadi Al-hafiz sampai tertidur mencium Al-Quran ! ( Ibubapa anak ini kalu datang berjumpa mak teh mesti tangannya tak pernah kosong ! )
Sedang tekun menghafaz al-Quran ( Beginilah keadaan mereka setiap malam selepas maghrib. Masing-masing akan cari satu sudut untuk menghafal )
Girls sedang belajar taranaum dari Ustaz Nizam ( kelihatan dalam gambar di belakang, baju berwarna putih ada seorang tu dah berumurpun tak mau lepas peluang, nak belajar taranaum juga )
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
seronok nya melihat anak anak ini
ReplyDeletesemoga tumbuh menjadi mukmin yg cemerlang
dunia & akhirat
Masni Qisrine,
ReplyDeleteBegitulah juga doa kami dan ibubapa mereka. Ameen!
Semalam gambar angah joging, hari ni gambar angah taranum bestnya dapat tengok angah. Angah, periksa buat betul-betul tau!
ReplyDeleteAlhamdulillah masa mereka dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah...sebab tu kami tak pernah risau. Untunglah mak teh dapat ikut kelas taranum mereka, never too late to learn anything.
ReplyDeleteSalam...Kak Long
Yang tertidur tu anak kawan baik kami. Budaknya baik dan pandai. Bapaknya pulak pandai mengaji dan punya suara yang sedap didengar serta seorang yang pemurah.
ReplyDeleteSalam...Kak Long
Kak Long,
ReplyDeleteBetul kawan anda itu pemurah sangat dan dia tolong pergi cari dermawan untuk sekolah kami. Kalaulah ramai ibubapa macam ini cepatlah maju sekolah ini. Insya-Allah!
Banyak perkara yang anak-anak tu belajar yang mak teh sendiripun tak ahu kerana kita tidak pernah belajar atau diajar. Hehehe!
Padat jadual anak2 tu, taklah mereka bosan dek tak de aktiviti.Selamat maju jaya buat semua.
ReplyDeleteSelamat Hari Guru !!
Sarina,
ReplyDeleteTerima kasih ! Insya-Allah, berkat sokongan dan doa semua orang anak-anak Tahfiz dan sekolah ini akan berjaya.
Ada tak orang mengajar Al Quran untuk dewasa ?
ReplyDeleteMak Teh,
ReplyDeleteSelamat Hari Guru!!
Insaflah !
ReplyDeleteBuat masa ini tidak ada. Di masa hadapan Insya-Allah .
Elisa,
ReplyDeleteThank you ! Seronok dengar Elisa nak balik Malaysia. Nanti kita jumpa ya !