Monday, 18 May 2009

Puasa Sunat Dan Hari Kedua Exam

Assalamualaikum !

Hari ini hari kedua anak-anak Tahfiz menduduki peperiksaan bertulis. Seperti biasa hari Isnin mereka berpuasa sunat. Jam 11.30 mereka sudah tamat menjalankan peperiksaan untuk hari ini. Oleh kerana mereka berpuasa, mereka bolehlah berehat sebentar sehingga masuk waktu zohor. Selepas zohor mereka akan meneruskan revision mereka.

Cuaca kelihatan redup, kemungkinan hujan turun di tengah hari. Kain cucian di jemuran belum kering. Orang yang dipanggil untuk repair washing machine belum tiba. Rennovation untuk asrama Puteri belum siap. Kepala pekerja memberitahu bahan simen sudah kurang. Harga beras akan naik lagi, dengar khabar naik RM 3.00 bagi setiap kampit 10 Kg. Dana yang adapun tidaklah sebanyak mana. Semua ini serba sedikit merimaskan aku.

Aku cuba harungi semua ini dengan tenang. Aku akan hadapi satu persatu. Semoga Allah akan mempermudahkan urusan kami. Aku mestilah banyak bersabar dan bersyukur. Pertama aku bersyukur 2 hari lepas sebuah syarikat telah mendermakan 500 Kg beras kepada kami. Kedua masaalah kurang tenaga kerja di bahagian dapur sudah diatasi. Ketiga anak-anak Tahfiz yang sedang menduduki peperiksaan semuanya dalam keadaan sihat. Alhamdulillah aku bersyukur!

Makanan istimewa untuk berbuka puasa ialah sphagetti. Menu hari ini rendang ayam, ikan bilis bersama kentang di goreng cilli dan sayur hijau lemak manis.




Kelas teori Memanah




Tekun menulis Al-Quran setiap hari selepas solat Asar





Ini Kadet Tahfiz - Pengambilan Baru sedang menyanyi lagu Negaraku. Minggu hadapan mereka akan memakai pakaian Seragam Kadet Tahfiz dan anda akan lihat perbezaannya.

4 comments:

  1. Assalamualaikum...tak sempat nak jenguk blog ni semalam sebab keletihan. Tadi pun mata dah terpejam & sikecil yang ingatkan. Sama-samalah kita berdoa semuga Allah memudahkan segalanya untuk anak-anak tahfiz ini dan juga mak teh sekeluarga. Tak sabar nak tengok mereka berpakaian seragam kadet.

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  2. Kak Long,

    Insya-Allah semoga dipermudahkan !

    Latihan kawad selepas tamat peperiksaan nanti, mereka akan memakai pakaian seragam kadet Tahfiz. Mereka yang barupun sudah pandai berkawad. Kita tengoklah nanti......
    Insya-Allah anda kakn berbangga dengan pencapaian anak anda setakat ini.

    ReplyDelete
  3. tenang saja tgk wajah bersih anak2 tahfiz ni makteh

    ReplyDelete
  4. Masni Qisrine,

    Alhamdulillah ! Mereka ini anak-anak yang masih bersih rohaninya. Mereka sekarang berdamping dengan al-Quran hampir 5 jam sehari. Ibadah-ibadah sunat mereka jauh lebih banyak dari kita yang biasa-biasa ni.

    Mereka juga tidak di dedahkan kepada TV, cerita-cerita karut dalam akhbar, komik-komik, tulisan-tulisan tak senonoh dan sebagainya.

    Itulah pendedahan, latihan dan kawalan yang mereka dapat di sini.

    ReplyDelete