Saturday, 9 May 2009

Hari Sabtu Bersama Anak-anak Tahfiz

Salam Semua!

Hari ini hari Sabtu merupakan weekend kami, sepatutnya bolehlah aku relax sikit selepas subuh. Baring-baring sebentar terasa sedapnya macam tak mahu bangun. Kemudian aku paksakan diriku bangun sebab jadual aku kena ke pasar. Akupun mengambil sedikit sarapan dan bergegas mencari Aizad untuk menghantar aku kat pasar. Aku akan mengambil masa 45 minit untuk membeli barang-barang tersebut. Barang yang aku beli akan dikumpul di suatu tempat dan Pak Haji akan mengangkat barang-barang itu apabila dia datang menjemputku.

Pagi hari Sabtu merupakan hari sukan memanah untuk anak-anak Tahfiz kami. Kebanyakan anak-anak Tahfiz berminat sukan memanah yang merupakan Sunnah Nabi ( bermainpun dapat pahala ). Ada 2 orang coach membantu Aizad di padang. Hari ini adalah hari mereka membuat exercise untuk menguatkan stamina mereka. Kabanyakan pelajar yang masuk sekolah kami berbadan kecil dan kurus. Kami perlu membina badan mereka dahulu, menguatkan otot mereka dan menguatkan stamina mereka sebelum mereka boleh menarik bow. Setiap pagi anak-anak ini melakukah exercise pumping dan exercice mengeluarkan suara. Namun hari ini exercise yang di lakukan adalah khas untuk menguatkan stamina mereka. Mereka di suruh berlari-lari anak 4 pusingan keliling sekolah. ( Di kala exercise macam ini pernah ada yang mengeluarkan air mata ! )

Jam 11.00 pagi mereka sudah siap berkumpul di kelas ( extra class ) kerana aku hendak memberi tips untuk menjawab soalan peperiksaan mengikut format soalan peperiksaan KBSM. ( Kertras peperiksaan mereka bukan aku yang siapkan. Kami ambil dari sekolah-sekolah menengah lain agar standard pelajar kami setaraf dengan sekolah menengah kerajaan ).

Sebelum mula kelas setelah memberi salam akupun bertanya, " Semua orang letih setelah buat exercise tadi? "

" Ya! " jawab mereka serentak.

" Semua dah kenyang makan tadi? " Maksud aku makanan rehat jam 10.30, hari ini aku telah masakkan untuk mereka mee kuah Muar.

" Taakk !! Makanan tak cukup !" jawab beberapa orang.

" Haaa! " seruku terkejut, " Siapa yang tak dapat makan? "

Enam orang mengangkat tangan. " Ni sudah melampau ! " Bisik hatiku. Selalunya begitulah akan ada orang yang ambil berlebih kalau mereka nampak makanan yang sedap, atau makanan kegemaran mereka.

Hari ini aku tak layan, aku teruskan saja kelas aku setelah mengarahkan ketua pengawas meletakkan seorang pengawas bertugas setiap kali time makan di asrama dan di sekolah. Habis cerita pasal tak cukup makan tu! Dah tak larat nak layan!




Permulaan Sesi Exercise




Pumping Exercise Perlu Untuk Menguatkan Otot





Mula Belajar Angkat Bow dan Aim





Girls Mendapat Tunjuk Ajar Dari Coach





Pasukan Memanah Puteri MTAQSA, Bakal Juara 2010 - Aim Ready to Shoot !

4 comments:

  1. Gagah nampak anak-anak pelajar tu , memang memanah satu riadah yang bagus.

    Agaknya anak2 tu tunggu je makteh masak , time tu diaorang tak ingat orang lain sebab sedap hingga menjilat jari :)

    ReplyDelete
  2. Sarina,

    Boleh kata selalu sangat makanan rehat jam 10.30 tidak mencukupi. Padahal kami sukat dan bilang setiap pinggan atau mangkuk atau berapa senduk kuahnya setiap orang.

    Sekarang mak teh tak mau layan lagi, biar mereka share apa yang ada. Kalau tak cukup pergi minta pada kawan yang pinggan atau mangkuknya bertimbun tu. Biar mereka tahu kalau ambil lebih ada kawan tak merasa!

    Tapi suka juga tengok mereka sedap sangat makan makanan yang kami sediakan terutama yang mak teh masak sendiri. Heheheh!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....bgus xtvt memanah tu..tu antara sukan yang dituntut dlm islam..selain berenang...kan mak teh?....:)

    sya asal selangor....mmg dekat la dgn sekolah mak teh ni....anak2 sya 3 org-smua lelaki (umur 3,4 dan 5 thn)...skarang tgah usaha utk mgajar anak2 mngaji dan diajar oleh ustaz (imam) dr sri lanka d rumah...alhamdulillah ustaz tu byk mmbntu pengajian asas anak2 saya....sya betul2 berminat ttg sekolah mak teh ni..plannye bila sya balik ke msia nnti...ble la usahakan anak2 ke sekolah tahfiz mcm mak teh....tapi camne ya silibus sekolah d arab saudi ngan msia, tentu berbeza kan?...camne if anak2 sya nnti x ambil UPSR? dan bergantung pada sijil2 agama sekolah dsini?...ble di terima pakai ke utk mlnjutkan sekolah tahfiz d msia?....rasanye sblum anak2 msuk skolah menngah kami dah balik ke msia..insyaAllah....

    sya minta sgt nasihat dan cadangan dr mak teh...syukran jazilan....

    ReplyDelete
  4. Baitijannati,

    Mak teh sangka anda berada di Malaysia. Kalau anda di Arab saudi sudah tentu anak-anak anda akan memasuki International School. Susah sikit nak jawab soalan anda.

    Ok kita semua faham bahawa education system dan silibus di Saudi dan Malaysia tidak sama. Kalau anda balik Malaysia anak-anak nak masuk sekolah menengah di sini, tidak ada masaalah kalau masukkan ke sekolah Kerajaan.

    Yang susah sedikit kalau nak masuk sekolah jenis kami yang top sikit. Pertama kami ambil berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR. Kedua Kami test Al-Quran dia bacaan dan mungkin sedikit hafazan. Kami juga tengok minat anak itu terhadap Al- Quran.

    Kami pernah mengambil anak Malaysia yang telah tinggal di Saudi telah belajar di International school. Masaalahnya pertama, standard pelajaran anak itu rendah banding pelajar Malaysia. Kedua standard English diapun taklah bagus sangat.

    Akhirnya dia minta dipindahkan ke sekolah lain untuk membuat hafazan sahaja kerana dia tidak dapat menanggung semua mata-pelajaran mengikut silibus kami.

    Kalau anak-anak puan jenis yang pandai dan suka belajar, puan ajarkanlah sendiri subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, agama dan lain-lain perkara seperti yang di ajarkan di Malaysia.

    Mengambil seorang ustaz khas untuk mengajar anak-aak puan Al-Quran adalah satu tindakan yang wajar.

    Itu sajalah yang saya boleh terangkan di sini. Kalau balik Malaysia boleh datang jumpa kami. Terima kasih

    ReplyDelete