Wednesday, 13 May 2009

Pemohon-pemohon Dari Luar Negara

Assalamualaikum!

Jam 10 pagi, 2 orang ibu dan 3 orang anak lelaki mereka tiba di surau sekolah seperti yang dijanjikan. Kulit mereka berwarna gelap, jelaslah mereka berasal dari salah sebuah negara di benua Afrika. Mereka adalah pelarian dari negara sendiri sudah beberapa bulan berada di Malaysia. Selepas berkenal-kenalan Pak haji dan mak teh menginterview anak-anak yang ingin masuk ke sekolah kami itu.

Rupa-rupanya anak-anak ini fasih berbahasa Inggeris sebab mereka telah dilahirkan di Australia. Untuk interview bahagian pertama kami rasa boleh menerima mereka. Namun mereka kena datang untuk interview kali kedua sebab kami ingin melihat prestasi akademik mereka. Mereka sedang menuntut di salah sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur dan akan menghadapi exam minggu hadapan. Jadi kami bersetuju untuk menunggu keputusan peperiksaan itu sebelum menerima mereka. Dari segi kelakuan nampaknya mereka tidak kasar dan boleh dibentuk. Kalau kami bersetuju menerima mereka, mereka akan masuk bulan Julai nanti.

Ada lagi 2 orang adik-adik perempuan mereka yang juga pohon untuk masuk sekolah kami tetapi belum dibawa untuk interview. Allah Maha Kaya, baru minggu lepas kami dengan sedihnya telah keluarkan 2 pelajar dari sekolah kami oleh kerana sebab-sebab tertentu, hari ini di gantiNya dengan 5 orang pelajar baru. Apabila ditanya bagaimana mereka tahu mengenai sekolah kami, mereka sebenarnya tidak tahu. Dua hari lepas mereka hendak pergi ke sebuah sekolah di Kelang tetapi mereka tiba di Shah Alam. Maka dari cerita mereka jelaslah Allah yang mendorong mereka kemari. Kami selalu berdoa kepada Allah, " Ya Allah, hantarlah kepada kami pelajar-pelajar yang cintakan Al-Quran dan ingin mempelajarinya keranaMu ! "

Ini bukanlah kali pertama orang dari luar Negara memohon untuk belajar di sekolah kami. Kami pernah ada pelajar dari Brunei, dari U.S.A ( sudah pindah ke lain negara )dan pemohon-pemohon dari Negara Cina dan Negara-negara timur tengah. Masa itu kami dapati pemohon-pemohon itu tidak sesuai untuk di terima masuk.

Untuk adik-adik kecil, cerita hari ini ialah makan jam 10.30 pagi ialah bihun goreng dan menu makan malam ialah ayam goreng bersalut tepung berempah, sotong masak cilli dan sayur sawi manis. Aktiviti hari ini ialah boys pergi berenang sementara girls buat gardening bersama Pak haji. Khabarnya mereka telah menanam banyak pokok-pokok bunga renek.

Laporan baru diterima nasi dan lauk tidak mencukupi untuk 5 orang lagi ( boys ). Inilah pukulan pergi berenang membuat mereka lapar so mereka makan banyak sehingga tidak mencukupi makanan yang disediakan!





Sebelum Sesi Exercise Bermula

9 comments:

  1. sekolah Mak Teh dah international ni...
    Alhamdulillah.. nanti boleh la anak2 tahfiz speak English dengan accent luar negara bila bercampur dengan mereka tu.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Wah! dah nak jadi sekolah international pulak nampak gaya ni..Tahniah!

    Seringkali pulak baca cerita tak cukup makanan budak-budak ni....agaknya makteh masak sedap sgt kot..tu yg asyik nak bertambah jer..sesekali cuba bagi makan nasi dengan ikan kering jer mak teh..biar belajar bermujahadah anak-anak ni..bukan nak dera..latihan menghadapi saat susah,biar jiwa kental..hehehe..

    tapi dulu saya duduk kat asrama,makan apa pun semua sedap..makan ramai-ramai memang seronok!

    ReplyDelete
  3. Neeza,

    Insya-Allah! kami akan terima atas dasar membantu sesama Islam sekiranya mereka ada kelayakan minima yang kami perlukan. Kami juga memerhati perwatakan mereka.

    ReplyDelete
  4. Mak Teh masak memang sedap kot sebab anak kami pun nampaknya dah berisi sikit.

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  5. Kak Long,

    Sedap tu memang sedap sebab mak tehpun rasa sedap ! Hhehe puji diri sendiri. Actually bukan semua mak teh masak. Ada pembantu yang boleh diharap. Cuti ni dia akan pulang ke kampungnya. Mak teh berdoa dia akan kembali bekerja. Kalau tak susahlah mak teh!

    Semua anak-anak tu put on weight. Pertama mereka sedang membesar. Kedua sememangpun tujuan kami membina fizikal , otot dan tenaga mereka dengan memberi pemakanan yang seimbang. Kalau tidak macam mana mereka nak menarik bow dan buat lain sukan. Ketiga menghafal menggunakan otak yang memerlukan banyak sumber bahan pemakanan untuk menjana kuasa yang perlu untuk membuat sel-sel otak bertemu.

    ReplyDelete
  6. Pinatbate,

    Tak boleh! Mak teh tak boleh beri mereka makanan yang tak berkhasiat. Kami sedang mendidik anak-anak istimewa. Allah sayangkan mereka dan kamipun sayangkan mereka. Mak teh bela macam anak-anak mak teh sendirilah. Insya-Allah kami nak jadikan mereka top students, top atheletes dan top in everything. Selalunya rezeki mereka sangat murah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah gembira saya dengar sekolah makteh dah semakin dikenali dan kini melangkah ke arah menantarabangsakan sekolah. Bab makanan tu kena masak lebih sebab rasanya anak2 tu dah semakin membesar dan aktif jadi memang mereka akan makan lebih dari biasa tambahan pulak menu hariannya memang sungguh 'menjilat jari ' , yummyyyy .

    ReplyDelete
  8. Sarina,

    Alhamdulillah! Allah benarkan kami memainkansedikit peranan dalam meningkatkan tahap ummah.

    Tentang masakantu, memang kami dah masak lebih nampaknya kena masak lagi lebihlah! Hehehe! Takpe itu rezeki anak-anak Tahfiz, merek kuat menghafal dan beribadah dan berkelakuan baik, kami dengan senang hati memberi mereka pemakanan yang baik dan mencukupi. Tak sampai hati kalau tahu mereka lapar atau tak makan.

    ReplyDelete
  9. mmg ptt pon diorg makan bnyk..makteh masak sedap sgt..

    for girls student 2..mmg ptt pon srh diorg b'cucuk tanam..kn lumrah perempuan dgn pkok bng..<3

    ReplyDelete