Salam Semua !
Maaf lambat sikit mak teh update blog hari ini. Ini disebabkan mak teh sibuk pergi membeli barang-barang untuk pekerja yang sedang melakukan renovation untuk Asrama Puteri. Dari pagi mak teh dan Pak haji keluar pergi beli bahan-bahan cat, sinki, tombol pintu, kunci accessories toilet ( thanks to penderma duit untuk toilets ). Hampir jam 2.30 pm baru mak teh dan Pak haji sampai rumah.
Hari ini seperti biasa, anak-anak Tahfiz berpuasa sunat hari Isnin. Menu istimewa untuk mereka hari ini ialah cucok udang kuah kacang berayam. Lauk mereka ialah ayam masak merah dan telur mata kerbau serta sayur sawi manis di goreng bertumis bawang.
Setelah maghrib selepas berbuka puasa anak-anak Tahfiz riuh berceloteh sebentar tidak seperti biasa terus menghafal al-Quran. Kenapa mereka dok sembang-sembang dan kenapa pula mak teh dan pak haji tidak marahkan mereka ??
Haa! Jawapannya ialah mereka sedang relax sekejap melepaskan tension kerana mereka baru lepas habis menghadapi oral exam ( Syafawi ) Al-Quran siang tadi. Jadi kami biarlah mereka relaxlah sidikit setelah selesai oral exam yang kira susah gak tuu! So esok hingga sabtu ini mereka dikira dalam study leave. Ada kelas extra yang mana guru nak adakan mereka boleh attend, kalau tidak ada kelas mereka study sendirilah di dalam kelas masing-masing atau di dalam surau.
Mulai hari Ahad depan, mereka akan menghadapi exam subjek agama dan akademik sepenuhnya ada 23 subjek. Ramai orang bertanya bolehkah mereka ini menanggung semua subjek itu? Dari keputusan peperiksaan yang lalu ada 30 % mendapat markah A untuk majoriti mata pelajaran. Ada beberapa orang yang mendapat semua mata-pelajaran A. Kami menganggarkan tahun ini angka-angka itu akan meningkat. Insya-Allah! Ini adalah kerana Ting 1 tahun ini kami dapat pelajar-pelajar yang amat berpotensi.
Sekian dulu, esok mak teh akan ceritakan mengenai permohonan-permohonan dari luar negara untuk masuk belajar di MTAQSA. Adakah mak teh dan Pak haji bersedia untuk membuka sekolah ini kepada orang luar? Tujuan kami pada asalnya adalah untuk mendidik anak-anak bangsa kita. Sekarang kami berdepan dengan permohonan saudara muslim dari luar negara. Bagaimana?? Adakah kami mahu jadikan sekolah ini International ? Apakah tindakan yang harus kami ambil apabila mereka merayu meminta ihsan kita agar mengambil anak-anak mereka masuk MTAQSA atas alasan mereka adalah orang-orang Muhajirin?
Lawatan ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. Yang Berjalan Depan Kanan Sekali Barisan Puteri Tu Anak Siapa ?
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Wah! Angah makan cucok udang kuah kacang buka puasa hari ini...sedapnyaaaaaa! Angah senyum lebar aje dalam gambar tu.
ReplyDeleteFrom: Adik-adik Ai
Semoga anak kami dapat menjawab exam siang tadi dengan baik. Haaa... yang itu puteri kami!
ReplyDeleteSalam...Kak Long
Salam Keluarga Ai,
ReplyDeleteHmmm! Memang sedap cucok udang kuah kacang berayam ! Kalau teliur nanti mak teh kasi resepi Mak Ai boleh buatkan.
Alhamdulillah, dia nampaknya gembira di sini. Doakanlah dia berjaya menjadi Al hafizoh kelak dan keputudsan SPM dia nanti akan membanggakan!
sayur sawi manis goreng.. dengar macam sedap je tu Mak Teh.. kena rasa nih.. hehehh...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. ada penderma lagi ya.. murah betul rezeki anak-anak tahfiz kan Mak Teh..
Neeza,
ReplyDeleteSawi ada 2 jenis, satu yang biasa tu daunnya atau pokoknya agak besar. Jenis kedua sawi manis, pokoknya separuh dari saiz yang biasa warna daunya lebih hijau. Ianya manis, memang sedap masuk goreng bertumis bawang, masukan sos tiram sedikit. Hmmm, sedaap!!
Alhamdulillah, penderma sentiasa ada. Semua rezeki datang dari Allah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami.
Salam Masni Qisrine,
ReplyDeleteOops! your comments telah tersalah tekan rejected. Tolong postkan semula. Thank you.
o0o0o..yeke? hehehe...xapa
ReplyDelete