Monday, 25 May 2009

Panas, Puasa Dan Peperiksaan

Assalamualaikum!

Hari ini seperti biasa anak-anak Tahfiz berpuasa sunat hari Isnin. Dalam cuaca yang membahang dan sedang menduduki peperiksaan mereka masih gagah berpusa. Cuma di penghujung petang aku terdengar beberapa orang anak-anak Tahfiz perempuan merayu kepada ustaz Aizad hendak keluar ke kedai sebentar.

Lalu aku bertanya, " Nak pergi kedai nak apa? "

Mereka menjawab " Nak ice-cream ! ". Ada yang berkata " Nak slurpee ! "

Lantas aku menggeleng-gelengkan kepalaku dan memberi isyarat tidak membenarkannya. Dalam keadaan cuaca panas begini memang itulah idaman orang yang berpuasa. Demi kesihatan mereka aku tidak membenarkan untuk berbuka puasa dengan benda-benda yang terlalu sejuk. Nanti kalau lewat malam sikit bolehlah makan ice-cream tapi waktu berbuka tentulah akan memudharatkan kesihatan mereka.

Aku juga telah sediakan makanan berbuka yang istimewa untuk mereka . Menu mereka hari ini ialah daging masak rendang dan sotong masak cili tomato serta sayur campur. Tambahan extra untuk berbuka ialah buah kurma, koay teow spesial dan buah tembikai. Aku kira sudah cukuplah makanan yang disajikan itu.

Hanya ada 3 hari lagi untuk mereka menduduki peperiksaan ia-itu ada 6 subjek lagi. Kesihan juga aku melihat wajah-wajah mereka ( dalam keadaan sedang berpuasa ) semasa menjalani peperiksaan siang tadi. Selalunya aku tidak ke dewan peperiksaan sebab sudah ada guru yang bertugas. Hari ini aku telah pergi menjenguk sebentar sebab ada subjek BM kertas 1 & 2 untuk Ting 1 & Ting 2. Esok mereka akan menduduki subjek BI kertas 1& 2. Hari akhir peperiksaan mereka ialah hari Khamis ini.

Nampaknya anak-anak Tahfiz kami sudah mendapat budaya study hard untuk peperiksaan. Harap-harap mereka akan meneruskan tabiat rajin belajar ini sentiasa bersama mereka bukan saja sewaktu peperiksaan. Insya-Allah,anak-anak yang ada dengan kami ini adalah anak-anak yang pandai ( melainkan beberapa orang sahaja ada yang kurang sikit ). Jadi kalau mereka rajin dan mahu belajar, mereka akan mencapai tahap excellent ! Sama-samlah kita lihat nanti pencapaian mereka.

Sekian dulu, selamat beristirehat!





Contoh Sebuah Bas Idaman Kami




Seronoknye berlatih main Bola Jaring...... Lepas exam nak main lagi !




Ini Pasukan Bola Jaring MTAQSA ...... sesiapa nak lawan bolehlah...

4 comments:

  1. sedapnya juadah berbuka anak-anak tahfiz..
    nak jadi student sekolah tu boleh ke mak teh?? hehee..

    ReplyDelete
  2. Boleh ! Insya-Allah di masa hadapan kami akan buka kelas ini untuk orang dewasa yang ingin merasai menjalani sekolah bersama anak-anak ini untuk 1 minggu.

    The most 2 dewasa person at one time in a class supaya tak mengganggu anak-anak ini. Hehhehe! Mak teh belum bawa perkara ini ke mesyuarat Lembaga Sekolah.

    Bukan Neeza sorang minta, dah ramai orang lainmenyuarakan begitu. It is possible, you will be known as non- graduating sudent.

    ReplyDelete
  3. moga2 semuanya lulus dengan cemerlang..

    sampaikan salam maklang kat OO..rindu kat dia..lama tak berbicara ...harap dia dan Mak teh semuanya sihat aje ye..

    ReplyDelete
  4. Mak Lang,

    Alhamdulillah kami dalam keadaan sihat walaupun sibuk mengendalikan peperiksaan !

    Insya-Allah saya akan sampaikan salam Mak Lang kepada OO aka Cikgu Wani.

    ReplyDelete