Assalamualaikum!
Hujung minggu kami ialah hari Jumaat dan Sabtu. Namun hujung minggu adalah waktu-waktu yang sibuk bagi anak-anak tahfiz kami. Bermula petang Khamis malam Jumaat
sesudah solat maghrib, mereka membaca Surah Yassin dan selalulunya disetai majlis tahlil atau solat Hajat di atas permintaan sesiapa yang berhajat. Selesai solat Isya mereka belajar Taranaum ia-itu bacaan Al-Quran berlagu dari Uatas Nizam.
Keesokan paginya Pak haji kejutkan mereka seawal 4.30 pagi untuk bersiap sedia ke Masjid Negeri. Pak haji mengangkut mereka termasuk pelajar perempuan ke masjid berulang-ulang sehinggalah semua berada dimasjid seawal jam 5.30 pagi. Sementara menunggu waktu mereka melakukan solat-solat sunat dan menghafal surah-surah. Solat subuh Jumaat amat istemewa sebab Imam akan membaca Surah Assajjadah di rakaat pertama dan Surah Al-Insan di rakaat kedua. Dalam rakaat pertama apabila imam membaca Surah Assajjadah, tiba pada akhir suatu ayat itu, imam dan makmum akan melakukan sujud yang dinamakan sujud sajjadah.
Lalu di dalam sujud itu kita lafazkan pujian kepada Allah SWT yang berbunyi ....... " Sajadawajhi yalilladzi kholakhohu wasauwarohu wasyakkhosam'ahu wabasorohu bihaulihi waquwwatihi, fatabarakaallahu ahsanul kholiqeen" yang bermaksud " Ku sujudkan wajahku pada Mu ( ya Allah )yang menciptakan rupa parasku, yang memberi pendengaran padaku, yang memberi penglihatan padaku, dengan KekuasaanNya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."
Anak-anak tahfiz kami kesemuanya telah menhafal Surah Assajjadah ini, malah inilah Surah yang pertama wajib mereka hafal setelah masuk ke sekolah kami. Selepas itu mereka di suruh mempelajari maknanya. Oleh itu fahamlah mereka mengapa sujud itu dilakukan dan kalau ada yang faham lebih mendalam akan tersentuh hatinya dan akan mengalirkan air mata.
Selesai solat subuh mereka kembali keasrama untuk bersarapan pagi. Setelah bersarapan mereka akan menghafal Al-Quran. ( Dua jam setipa pagi merupakan jadual yang wajib mereka ikuti menghafal Al-Quran walaupun dihujung minggu ).
Kemudian mereka membersihkan bilik mereka dan kawasan asrama. Selepas itu mereka bergegas salin pakaian untuk ke kelas Khat. Jam 11-12.00 tengah hari mereka makan dan berehat sebentar serta bersiap untuk ke Masjid Negeri. Tepat jam 12.00 Pak haji muncul dengan Hiluxnya untuk mengangkut mereka sekali lagi pergi ke Masjid Negeri untuk menunaikan Solat Fardu Jumaat.
Mereka berehat sebentar dari jam 3.00 hingga 3.30 kerana selepas itu mereka akan di bawa ke Perpustakaan Negeri dan berada di sana hingga jam 6.00 petang. Solat Asar mereka lakukan di surau Perpustakaan.
Pada hari sabtu pula mereka ada aktiviti memanah yang diwajibkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Kemudian mereka ada kelas tambahan atau tusyen bagi mata pelajaran yang mereka lemah. Pada petang hari Sabtu mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah mereka ataupun menunggu ibubapa mereka yang akan berkunjung 2 minggu sekali.Itulah lazimnya aktiviti mereka setiap minggu.
Namun pada hari hujung minggu ini, ada sedikit kelainan. Mereka telah mengadakan aktiviti perkemahan, merupakan salah satu aktiviti di bawah Pasukan Kadet Tahfiz ( kalau sekolah kebangsaan di panggil Pasukan Kadet Remaja ). Nampaknya anak-anak ini sangat teruja dan seronok dengan aktiviti ini. Buat permulaan mereka berkhemah di kawasan lapang belakang asrama mereka. Pelajar banat ( perempuan ) hanya berkhemah di halaman asrama mereka. Selepas solat Jumaat mereka sudah mula bersiap membersihkan tapak khemah, kemudian memacak dan mendirikan khemah masing-masing. Pada malam itu mereka tidur dalam khemah. Ada 8 pasukana kesemuanya. Mereka memasak makanan sendiri untuk supper malam itu dan menyediakan sarapan keesokan pagi. Mereka kemudian berkawad galas bag haversack memanjat Bukit seksyen 3. Kuat bersemangat bunyi suara mereka berkawad. Markah-markah di beri kepada semua aktiviti mereka oleh Komandan pasukan. Jam 3.30 petang mereka selesai berkhemah dan pulang ke asrama dengan amat keletihan. Maka tidak hairanlah mereka tertidur hingga jam 5.00 petang di kejutkan oleh Pak haji untuk solat Asar. ( Menyedari keletihan mereka, aku telah berpesan kepada Pak haji agar jangan memarahi mereka bangun lewat untuk solat Asar hari itu.)
Malam tadi kami telah mengarah mereka tidur awal untuk bersedia ke sekolah pagi ini hari Ahad ia-itu hari pertama minggu ini untuk sekolah kami. Minggu hadapan kami bercadang akan membawa mereka berkhemah ke dusun kami di Ulu Langat. Walaupun kami benarkan aktiviti sebegini, mereka terus gigih berlumba-lumba menghafal Al-Quran. Umpannya, kalau tak dapat tasme' ( meperdengarkan hafalan depan ustaz ) semuka surat sehari, untuk mereka yang cepat dan 3/4 muka surat sehari untuk yang lambat, maka mereka tidak akan di bawa serta untuk aktiviti perkhemahan yang di rancangkan!
Semoga dengan pendedahan kepada aktiviti sebegini akan membina semangat jatidiri dan membentuk peribadi kepimpinan dalam anak-anak tahfiz kami. Ibupapa sila perhatikan perubahan positif yang berlaku kepada anak-anak anda setelah berda di sekolah kami.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
bersihnya hati anak2 tahfiz ni dapat hafal 1 muka sehari. alhamdulillah.. seronok dengar..
ReplyDeletekalaulah anak2 neeza berpeluang macam tu.. disini takde pula sekolah macam tu..
Salam,
ReplyDeleteSeronoknya anak-anak tu dapat berkhemah dan aktiviti weekend tu akan buat mereka tidak sunyi dan ini akan buat mereka jadi anak-anak yang aktif . Dulu waktu anak saya zaid belajar di Tahfiz al Imam macam tulah pihak sekolah lakukan, kini semua tinggal kenangan manis.
Neeza, Alhamdulillah! Ada juga yang boleh menghafal 2 muka surat sehari.
ReplyDeleteInsya-Allah kalau mereka didik dalam hal agama dan dipupuk mencitai Al-Quran sejak dari kecil, mereka akan dapat melakukannya.
Mak teh bersedia mendidik anak-anak Neeza sekiranya di masukkan ke sekolah kami.
Berita baik ialah kami akan menerima murid sekolah rendah tahun hadapan. Guru Besarnya ialah Puan Cik Gu Wan. Tentu Neeza suka kan? Hehehe!
Sarina, betul kata anda. Segala aktiviti semasa zaman persekolahan akan menjadi kenangan manis buat mereka kelak.
ReplyDeleteMak Teh,
ReplyDeletePuan Cikgu Wan berdebar-debar ni thinking whether she can cope with the challenge or not!!
OO, maaf dah terjawab dalam your blog. Hehehe.
ReplyDeleteneeza ada dapat berita tu dan mengenai pengetua baru tu hehee..
ReplyDeletekalau neeza duduk area sana, memang neeza hantar anak2 neeza kesana. Dah tentu complete dunia akhirat.. Insyaallah...