Saturday 31 January 2009

Asrama Banat Perlu Tambah

Assalamualaikum!

Asrama banat (perempuan) perlu di tambah (diperluaskan) dengan segera! Itulah yang kami( Pak haji, mak teh dan Zed) rumuskan, kerana minggu lepas kami masih menerima permohonan untuk masuk ke sekolah kami. Asrama yang dimaksudkan buat masa ini ialah sebahgian dari rumahku. Ada 1 bilik besar menempatkan 6 katil double-dekker untuk 12 orang dan 1 bilik sederhana, menepatkan 2 katil double-dekker untuk 4 orang. 16 orang pelajar perempuan sedang mendiami asrama yang merupakan sebahagian (sebelah) dari rumahku. Diantara pelajar itu termasuk cik Su, anak bungsuku dan Ilai, penghuni asrama yang termuda ( murid darjah 2 )

Esok ada seorang pelajar perempuan akan datang untuk temuduga. Sekiranya kami menerima dia, maka Cik Su atau Ilai terpaksa keluar asrama, maksudku mereka akan aku bawa tidur kebilik atas yang merupakan bahagian rumah yang dihuni keluargaku. Cik Su sudah menyatakan keengganannya berbuat demikian. Dia tidak mahu diasingkan dari kawan-kawannya. Kasihan pula aku pada Ilai kalau aku renggangkannya dari kakak-kakaknya itu. Jadi terpaksalah kami rennovate bahagian store untuk jadi asrama. Bapa Ilai ( seorang kontraktor ) telah bersetuju untuk memulakan kerja rennovation awal bulan mac nanti. Jadi untuk sementara waktu kami akan tambahkan sebuah katil double-dekker dalam bilik 2 tadi. Kesian anak-anak tahfizku terpaksa berhimpit sedikit. Namun kami bahagia melihat mereka sihat dan ceria belajar bersungguh-sungguh setiap hari.

Tuesday 27 January 2009

Kisah Seorang Yang Sangat Tabah

Assalamualaikum!

Hari ini mk teh buka blog, terperanjat (lebih tepat teruja) melihat ada tambahan kepada pengikut-pengikut blog mak teh. Jadi rasa bertanggug-jawab untuk mencoretkan sesuatu yang berfaedah untuk tatapan pengikut-pengikut blog mak teh.

Ok! cerita mak teh yang pertama ialah kisah mak teh pulang ke kampung hari khamis lalu. Mak teh pulang dengan Zed sahaja disebabkan tidak mahu membawa Pak haji yang sedang beransur pulih ( takut pula gegaran travelling membantut pemulihannya ). Tujuan kami pulang ke kampung menghantar seorang maid yang tamat kontraknya. Peluang balik ke Kedah itu mak teh gunakan untuk bertemu dan menziarahi seorang kawan blogger yang sedang menghidap penyakit barah mulut. Apabila bertemu di wad Hospital Sultanah Bahiyah, mak teh sungguh terharu melihat kawan kita itu seorang yang sangat tenang dan kuat semangat serta kuat imannya. Melihat apa yang beliau alami dan telah lalui, mak teh terasa segala penyakit dan dugaan yang mak teh lalui ini amatlah kecil berbanding dengan apa yang beliau lalui. Setelah berkenalan dan berbual mesra didapati nenek-nenek kami kenal diantara satu sama lain dan keluarga beliau juga berasal dari kampung yang tidak jauh dari kampung asal mak teh. Maka cerita-cerita lamapun keluarlah apabila bapa, ibu dan ayah beliau datang ke wad melawat beliau dan bertemu mak teh. Ayah beliau amat mengenali arwah ayah mak teh. Jadi tak dapatlah mak teh nak berselindung lagi dengan mereka siapa mak teh ni. ( Sebelum ii mereka hanya mengenali mak teh sebagai mak teh sahaja.

Selepas 2 hari berada di kampung mak teh segera pulang kerana bimbang bertembung dengan Jam orang cuti hari raya cina. Kami bertolah pagi sabtu sebelum subuh. Maka sepanjang perjalanan kami tersenyum melihat jam di jalan bertentangan arah. Rasa legalah perjalanan kami tidak mengalami apa-apa kesesakan. Selamat sampai di Shah Alam 10 a.m. Kan bagus kalau rancang perjalanan kita supaya tidak perlu bersesak-sesak dengan umat lain.

Balik rumah mak teh hanya tinggal seorang pembantu rumah. Sudah puas mak teh berpesan kesana-sini nak seorang pembantu tak kisah local ke import ke. Sampai hari ini belum dapat lagi, maka bertambahlah lagi tugas mak teh selain pergi pasar, mengajar, admin tambah lagi jadi penolong bibik kat dapur! Kesian pulak kalau nak biarkan dia sorang-sorang sedangkan mulut nak makan ada lebih 60 orang!

Mak teh nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca-pembaca blog mak teh termasuk kawan-kawan kin yang telah bermurah hati menderma kepada sekolah kami. Ramai yang suruh mak teh masukkan akaun number sekolah ini supaya mereka dapat terus menderma on-line. Mak teh rasa tak sedap nak letak kat sini tetapi kalau ada yang ingin menderma tu silalah layari web sekolah www.mtaqsa.com. Terima kasih, Jazakallah!

Sunday 18 January 2009

Pengalamanku

Assalamualaikum!

Hari ini kami menerima 2 pelajar baru berupakan sepasang kembar. Mereka akan lapur diri di asrama selasa ini. Dengan ini asrama lelaki di kira penuh tahap maksimum! Ada dua lagi tempat yang di researvekan untuk seorang pelajar yang telah daftat tetapi sedang bercuti sakit. satu lagi tempat telah di researve untuk seorang pelajar yang akan balik dari Jepun. Maka selepas ini kalau nak ambil pelajar baru lagi kami terpaksa mencari bangunan asrama yang baru. Bangunan sesuai untuk di sewa telah berbulan kami cari tetapi tidak dapat. Ada satu bangunan yang agak sesuai untuk tujuan asrama kami tetapi ia tidak di sewa hanya di tawar untuk di jual. Dan harga yang di minta ialah Rm 1.2 M . Inilah yang memeningkan kepala kami sekarang, mana nak cari dana yang sebegitu banyak untuk tujuan tersebut.

Jadi kami sekarang mempunyai 2 pasang kembar, 2 pasang adik-beradik dan 3 set 3 beradik. Nampaknya di masa hadapan akan ramai lagi yag datang dari sekeluarga. Kami sudah nampak trend ini akan berlaku kerana ramai adik-adik kepada pelajar yang ada sekarang menyuarkan hasrat mereka untuk datang ke sekolah kami. Alhamdulillah!

Disini ingin mak teh ceritakan mengenai aksi 2 orang ibu apabila mendapati kami tidak dapat menawar tempat di sekolah ini kepada anak mereka. (Mereka datang berasingan ). Kedua-dua anak itu tidak mendapat keputusan UPSR yang bagus dan begitu juga dengan keputusan PSRA. Oleh kerana mereka mempunyai keputusan minima yang boleh ditemuduga, maka mak tehpun bersetuju menemuduga mereka. Namun apabila di test bacaan al-qurannya mereka tidak dapat membaca dengan baik. So apabila mak teh memberitahu tidak dapat menerima anaknya seorang ibu itu terus mengeluarkan air mata. Seorang ibu lagi mula-mula terbeliak matanya kerana tidak menyangka yang kami tidak akan terima anaknya sedangkan dia mempunyai kemampuan untuk membayar semua yuran dan bayaran-bayaran yang perlu. Dia sebelum itu telah menceritakan anaknya seorang budak yang pandai. Dia berkata keputusan anaknya yang tidak berapa bagus itu adalah kerana dia dan suaminya sibuk berkerja dan tidak dapat memantau pelajaran anak itu dengan baik. Dari keadaan fizikal dan air muka anak itu sememangnya nampak anak yang tak di jaga. Sebenarnya mak teh kasihan melihat anak itu. Oleh kerana kasihan naluri keibuan mak teh pada mulanya nak juga mengambil anak itu tetapi apabila di tanya dia berkata dia tidak berminat belajar di sekolah tahfiz iaitu dia tidak berminat kepada al-quran!

Oleh itu mak teh ingin menasihat ibu-ibu muda sekiranya ingin memasukkan anak ke sekolah tahfiz, hendaklah memupuk minat anak-anak terhadap al-quran sejak dari kecil lagi. Kita tidak boleh last minit teringat nak membawa anak ke jalan ini.

Wednesday 14 January 2009

Kisah Sekolah Kami Lagi

Assalamualaikum!

Alhamdulillah hari ini ada masa boleh berblogging! Kebanyakkan urusan sekolah telah mula berjalan dengan lancar. Jadi adalah sedikitmasa sebelah petang begini mak teh mengadap computer.

Tugas mak teh sekarang masih seperti tahun lepas cuma ada perkara yang bertambah dan ada yang ringan sebab ada orang membantu. Tahun ini mak teh mengajar Ting 1, 2 & 3 BI & BM. Hasrat mak teh hanya nak mengajar BI namun kerana tidak dapat guru untuk BM terpaksalah mak teh terus mengajar BM. Perkara yang rasa di ringankan ialah hal pentadbiran dan perkeranian. Dalam perkara itu mak teh di bantu oleh cik gu Wani dan ustazah Nadia. Kemasukkan Zed sebagai kakitangan sepenuh masa amat membantu kami. Tahun lepas Zed telah menolong secara part-time.

Perasaan bersyukur dan seronok dapat mak teh dan Pak haji merasainya ( lebih lagi di tahun ini ) kerana disamping melihat anak-anak tahfiz di sekolah menengah kami begitu tekun menghafaz Al-quran hati kami bertambah kembang melihat si cilik ( darjah 1 & 2, belajar membaca al-quran gan menghafalnya sekali. Mahu rasanya mak teh memanggil ( melaung-laung kepada ibibapa ) mengajak ramai lagi anak-anak kecil supaya masuk ke sekolah rendah tahfiz kami. Namun apakan daya bukan semua orang faham dan suka menyekolahkan anak-anak mereka ke jalan ini.

Walaupun sekolah kami belum ada bangunan yang tersergam indah, walaupun kami ada banyak kekurangan infra-struktur, perisian program sekolah kami amatlah canggih. Ramai orang yang faham apa yang kami sedang lakukan menyatakan kekaguman metreka terhadap program sekolah ini. ( bunyi macam mengangkat diri tetapi adalah benar )

Mak teh terpaksa berhenti kerana azan dah berkumandang!

Monday 12 January 2009

Lama menyepi

Assalamualaikum! Seperti yang anda lihat telah lama mak teh menyepi dari dunia blogging. Terlalu banyak yang mak teh nak ceritakan hingga sukar nak menyusun kata-kata. Jadi kita ikut rentak jari jemari ini apa saja lagu yang nak keluar mak teh keluarkanlah.

Berita utama, pak haji semakin sihat. Alhamdulillah Pak haji telah mula memandu kenderaan kecil di kawasan berdekatan sahaja. Amal yang telah selamat mendirikan rumah tangga telah berpindah tinggal di rumah mertuanya. Tak jauhpun BJ sahaja.

Sekolah kami telah mula sesi persekolahan 09 tarikh pendaftaran pelajar baru pada 1 Januari. Kami juga telah membuat pengambilan pelajar sekolah rendah untuk darjah 1 & 2. Populasi sekolah kami meningkat hampir 60 orang. Kami sedang berusah untuk mendapatkan bangunan untuk asrama kami memandangkan kedua-dua asrama banan dan banat sangat padat. Usaha yang bersegera ialah membuat rennovation kepada asrama banat (perempuan). Usaha kedua ialah untuk menyewa atau membeli sebuah bangunan untuk asrama baru banan (lelaki). Sudah pasti kosnya tidak sedikit, jadi mak teh sedang memikirkan cara untuk mengutip dana untuk tujuan pembangunan sekolah.

Alhamdulillah pada tahun ini kami mempunyai kakitangan yang mencukupi. Mereka berkelayakan dan berminat serta amat berdedikasi. Rasa lapang dada Pak haji dan mak teh awal tahun ini di kurniakan Allah SWT tenaga pengajar sedemikian rupa. ( bukan mudah nak dapat macam tu tau!)

Perkara yang amat menekan mak teh sekarang ialah mengenai nasib Palestin. Mak teh dah berminggu tak berani baca surat khabar, tak sanggup melihat kezaliman yang di buat keatas orang-orang islam terutama kanak-kanak. Maka mak tehpun teringat kisah burung kecil yang menolong padam api yang membakar nabi Ibrahim AS. Si burungkecil takut di tanya Allah apa yang dia buat membantu nabi Ibrahim. Jadi dia telah mengambil air dengan paruhnya dan mencurah ke api yang membara. Jadi sayapun berbuatlah sesuatu yang kecil iaitu berazam memboikot barang-barang keluaran syarikat yang membantu Israel musuh kita itu. Mak teh juga telah membuat salinan yang perlu di boikot itu dan menyebarkannya. Kecil saja perkara yang mak teh buat tetapi nanti apabila Allah bertanya kepada mak teh, InsyaAllah bolehlah jawab. Mak teh harap anda pun sekurang-kurangnya bolehlah buat begitu atau lebih dari itu.