Saturday 31 May 2008

Kisah Hidup Seorang Insan

Assalamualaikum!

Bulan lepas aku telah bertemu dengan sepasang insan yang gaya hidupnya sedikit berbeza dariku. Pertama pasangan ini hidupnya mewah tetapi agak kesunyian kerana tidak mempunyai anak. Allah telah mempertemukan kami dan kemudiannya si suami memberitahu bahawa Pak haji pernah menjadi pensyarahnya. Selepas mendapat tahu kami telah membuka sebuah sekolah tahfiz, mereka dengan sepontan menyatakan ingin mendermakan sesuatu. Lalu kami mempelawakan mereka datang kerumah.

Minggu lepas mereka datang membawa water filter untuk kegunaan di asrama kami.Alhamdulillah Allah telah mempertemukan kami dengan insan-insan yang nampaknya ikhlas dan prthatin. Oleh kerana mereka datang ke rumah hampir waktu maghrib ( sebab mereka tersesat, lama berpusing bawah bukit mencari rumah kami ), kami tidak sempat bersembang panjang. Dengan janji bahawa mereka akan datang lagi, mereka berangkat pulang apabila kedengaran azan maghrib di laungkan.

Semalam si isteri Puan Za menelifonku menyatakan ingin datang kerumahku. Hampir zohor beliau tiba dengan menjinjing beberapa beg plastik berisi barangan. " Apa ini? " tanyaku setelah bersalaman dan mempelawanya masuk.

" Ini kordial buah-bauhan untuk anak-anak tahfiz " katanya. " Adakah mereka boleh minum minuman ini?" Ada 8 botol yang dibawanya dari pelbagai perisa.

" Hmmm, boleh! kalau kordial ini dari jus buah-buahan asli. Kami tidak beri minuman kordial kepada anak-anak tahfiz kami kerana kordial yang murah mengandungi bahan kimia. Kami buat sirap dan air jus limau atau rosell sahaja " kataku.

" Yang ini asli kak di import dari luar negara dan di pek di Malaysia " celahnya.

Sambil membelek barangan itu, menyedari beliau seorang ejen jualan langsung, aku berasa ragu, " Berapa harganya sebotol? " aku bertanya.

" RM X sebotol " katanya, " Berapa botol sebulan kak perlu, nanti saya boleh hantarkan " sambungnya dengan senyuman. Boleh tahan harganya, kalau nak dihidangkan kepada anak-anak tahfiz kami setiap hari pokailah kami fikirku.

" Bolehlah harga tu kalau untuk sesekali beli" kataku, " tetapi kalau untuk tiap-tiap hari tak mampulah. Ni Za nak sumbangkah ? Kalau nak beli saya tak mampu ."

" Ye! Berapa botol yang kak perlu setiap bulan? "

" Kalau sehari setengah botol, sebulan 15 botol. Tak payahlah beri 15 botol banyak sangat 10 botolpun dah cukup." kataku lega.

" Apa lagi yang kak perlu nanti saya boleh hantarkan. Kami nak menumpang buat jariah kak, nak menyumbang pada sekolah ini " kata Za lagi.

" Alhamdilillah! Terima kasih semoga Allah berkati usaha Za dan di limpahkanNya rezeki."

"Mulianya hati orang ini, juga orang yang cerdik sambil berniaga sambil buat bersedekah. " fikirku.

Kami sambung bersembang mengenai bisnessnya yang semakin menjadi, dia dah pakai kereta mewah. Kehidupannya mewah kerana suami juga ahli korporat yang berpendapatan tinggi. Beliau mempunyai rumak besar, ada orang gaji dan boleh saja melancong kesana sini. Namun hidup mereka sunyi kerana tidak mempunyai zuriat. Aku mendengar saja dan tidak bertanya lebih dari apa yang diceritakannya.

Kemudian beliau menyatakan hasratnya, kalau ada anak yatim atau anak orang susah yang nak belajar di sekolah kami, dia nak sponsor dan nak buat anak angkat. Akupun berjanji akan usahakan mencari kalau-kalau ada anak seperti yang dihajatkannya itu.

" Saya bukan nak baby, saya nak yang dah sesuai nak masuk belajar ke sekolah ini. Bila cuti-cuti bolehlah bawa balik ke rumah saya. Kalau boleh kami ingin anak lelaki. " katanya.

Setelah melambainya yang drive keretanya mewahnya berlalu dari depan rumahku, aku berfikir, Sememang Allah itu Maha Adil. Orang yang kaya wang tak ada anak, orang yang kaya anak selalunya tak kaya wang. Sebenarnya sudah 2 orang yang pesan padaku begini, dan 3 orang yang nak sponsor sebahgian yuran sekolah tiap bulan untuk anak-anak tahfiz kami yang sesuai mereka buat anak angkat.

Friday 30 May 2008

Nak Lepak-lepak

Assalamualaikum!

Yehyehyeh! Hari ini kami dah cuti. Rasa lega tak ada tekanan kena rush sana rush sini, aku tak perlu rush kepasar, masuk dapur, pergi ngajar. Pak haji pula tak perlu rush hantar breakfast ke asrama, tak perlu cegat kat pintu surau, tak perlu sibuk itu ini. Hehehe, rasa nak lepak-lepak dengan Pak hajilah hari ini. Nanti nak pergi shopping kompleks nak tengok-tengok je. Nanti boleh singgah makan kat delifrance ke atau makan ice-cream baskin ke. Atau nak pergi beli kek datin ke kat pasar TTDI. Tak tau lagi apa nak buat tapi yang pastinya akan pergi ke rumah mak long.

Kenapa ye kami suka pergi rumah mak long? Kenapa tak pergi rumah mak ngah, rumah mak lang, rumak nak cik, rumah mak njang atau rumah mak su? Rasanya jawapannya ada padaku. Nanti aku kena korek-korek tanya diriku. Oh ya ! Aku tak kerumah mak ngah kerana dia tidak pernah menghubungiku atau mempelawaku kerumahnya. Pernah aku hubungi mak ngah beberapa tahun yang lalu aku memberitahu aku dan pak haji nak kerumahnya, dia bertanya , " Nak datang untuk apa? " Aku terus tergamam tak tahu apa nak jawab, ( sebab tak pernah orang tanya macam tu ). Akupun berkata sesuatu tapi tak masuk akal sangat kut, terus dia berkata sesuatu yang bermaksud tak payah datanglah. Sejak itu aku tak pernah pergi rumah mak ngah lagi.

Begitu juga rumah emak saudara yang lain tu, kalau tak di jemput susah jugak aku nak tonjolkan muka. Maklumlah mereka semua berkerjaya walaupun ada yang dah pencen. Lagi satu perkara mereka ini bukanlah adik-beradik ibuku, mereka adalah saudara sepupu ibuku. Ibu anak tunggal, jadi saudara sepupunya dianggap sebagai adik-beradik sendiri. Mereka dahulu dibawah pengaruh nenekku kerana nenek kakak yang sulung, jadi dalam "clan"nya dialah matriach iaitu ketua keluarga. Namun selepas nenek meninggal, masing-masing dari keluarga besar itu membawa diri sendiri.

Namun aku masih lagi rapat dengan sepupu ibu di kalangan anak-anak Tok Su dan anak-anak Tok Lang. Yang kami kurang rapat ia-lah anak-anak tok cik kerana mereka sendiri menganggap anak-anak ibuku bukan keluarga rapat mereka. Kami hanya mereka anggap sebagai saudara jauh anak-anak kepada saudara sepupu mereka. Buktinya mereka tidak akan menjemput kami apabila mengadakan kenduri atau makan-makan keluarga (bukan majlis kahwin ).

Berpandu dari pengalamanku itu aku selalu juga menjemput anak-anak saudaraku kerumahku. Cuma anak-anak buahku itu jarang datang tanpa di jemput kerana mereka juga sibuk dengan pekerjaan mereka. Namun apabila di jemput mereka akan datang bersama-sama keluarga mereka in full force. So nanti 8 hb Jun aku expect semua anak buahku yang tinggal di lembah kelang akan datang untuk makan-makan B-b-Q yang kami rancangkan.

Thursday 29 May 2008

Cuti Pertengahan Tahun

Alhamdulillah! Hari ini bermula cuti pertengahan tahun bagi sekolah kami. Pelajar-pelajar telah tamat 5 bulan bersama kami. Mereka telah belajar apa yang kami ajarkan pada mereka dan telah menjalni peperiksaan pertengahan tahun. Selepas jam 3.00 pm ini ibubapa akan menjemput mereka pulang. Aku dan pak haji harap dapat berehat sehari dua kemudian nak balik ke Kedah menziarah ibuku.

Selepas itu jadual kami sangatlah padat hingga bulan disember. Pada 7 hb jun Lia akan sampai dari Amman, 8 hb jun kami nak buat sedikit makan-makan B-b-Q kerana Lia pulang dan untuk anak-anak tahfiz kami dan juga nak menjemput BM agar dapat berkenalan dengan saudara-mara sepupu anak-anakku. Sesiapa yang telah di jemput tu silalah datang.

Kemudian pada 13hb Jun kami akan menyambut rombongan Lawatan dari Pusat Tahfiz Singapura seramai 80 orang. Insya-Allah kami akan mengalu-alukan kedatangan mereka dengan beberapa acara. Inilah kali pertama sekolah kami akan dilawati oleh orang luar Negara dan jumlah yang begitu ramai.

Kesibukan kami akan bertambah kerana menyediakan keperluan untuk kemasukkan tahun 2009. Tambahan pula kami telah membuat keputusan akan membuka Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Shah Alam. Alhamdulillah, nampaknya sambutan ada kerana dari sekarangpun booking untuk kemasukan tahun 2009 telah bermula. Tempat yang kami sediakan adalah terhad ia-itu 50 orang untuk ting 1. Untuk sekolah rendah kami akan ambil 25 orang untuk tiap-tiap darjah 1, 2 & 3.

Seterusnya kami akan sibuk dibulan Ramadhan seperti lazimnya pelajar kami akan di jemput untuk bertaddarus di Istana. Pada tahun ini kami juga bersetuju bertaddarus di rumah-rumah persendirian di atas jemputan. Booking untuk tujuan ini hendaklah dibuat 1 bulan sebelum Ramadhan. Kemudian pelajar-pelajar kami akan bercuti hari Raya. Selepas Hari Raya mereka akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Satu lagi perkara yang penting dan akan amat menyibukkan kami ialah acara di akhir tahun 2008 ia-itu majlis kenduri kahwin anakku pada bulan disember! Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kesabaran kepada aku dan Pak haji melalalui hari-hari depan kami dan di permudahkanNYA segala urusan kami. Ameen!

Sunday 25 May 2008

Kesyukuran di Hari Lahir

Semalam mak teh menulis pasal harijadiku. Hari ini mak teh nak sambung apa yang berlaku pada hari itu.

Hari sebelumnya, my good friend Mazz dah buat booking nak bawa mak teh keluar makan. Jadi jam 11.00 am kami keluar makan di Teapot SACC MALL Shah Alam. Sedang makan datang Puan Sri, tuan punye kedai yang mak teh kenal baik. Dia bertegur sapa dengan kami sebentar. Dah makan ayam 1/4 seorang and 1 chicken pie, dapat pula sepotong kek percuma kerana mereka dapat tahu itu harijadiku. Hehehe! Kami enjoy the makan dan borak-borak kisah lama. Mazz dan aku telah berkawan sejak kami di tahun pertama, Universiti Malaya dulu. Aku selalu menumpang kereta Mazz dalam kampus dan dia selalu juga membonceng motorsikal ku. Kami suka keluar tengok wayang berdua di Pawagam Section 17. Hehehe, seronoklah berborak kenangan zaman kami muda dulu. Tak puas borak-borak nak kena balik cepat sebab ada tamu nak datang rumahku. Aku juga mendapat sebungkus hadiah dari Mazz. Thanks Mazz! I really appreciate your friendship! May Allah bless you always!

Kemudian balik rumah masak sikit untuk tamu. Jam 2.00 pm, mereka datang satu kumpulan 8 orang dari sebuah instituisi berdekatan. Mereka di ketuai oleh Blogger friend N8. Mereka bawa sumbangan untuk sekolah mak teh 20 kampit beras. MasyaAllah! Betullah kata Allah " Sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan ". Pertolongan datang kepada kami berupa sedekah beras dan derma khairat keewangan kerana mereka juga membawa sumbangan wang rm 800. Perasaan amat bersyukur kerana hamba-hamba Allah yang perihatin ini dan mendapat semangat kerana support yang mereka berikan. Kepada mereka yang menyumbang kami mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas anda telah menyambut seruan Allah, " Siapakah yang akan memberi pinjaman kepadaKU?, pinjaman yang baik, balasannya di dunia dan juga di akhirat !" ( Nanti nak cari surah dan ayatnya )

Selepas mereka pulang barulah aku dapat membalas SMS mesej ucapan selamat harijadi dari Bakal Menantuku ( BM ) bernama Faz. Rehat sebentar lepas itu kerana aku telah diserang sesak nafas lagi sekali ( sebenarnya sebelum rombongan N8 sampai aku telah di serang sesak nafas ). Mujurlah sekejap saja, semasa merka sampai aku baru pulih. Aku juga telah mendapat SMS dari OO memberitahu ada lagi orang memberi sumbangan kepada sekolah kami melalui OO. Aku membalas mesejnya menyatakan kesyukuran.

Selepas solat maghrib anak-anak pulang membawa sejambak bunga carnations segar. Sememangnya mereka tahu aku sukakan bunga-bunga segar seperti deep red carnations itu. Kemudian mereka beritahu BM akan datang dan mereka juga telah plan celebration kecil untuk ku siap dengan Pizza, ice-cream cake Baskin Robins and carrot & walnut cake with cheese toppings ! BM juga telah menghadiahkan aku selembar kain.

Malam itu aku masuk tidur dengar penuh kesyukuran, Alhamdulillah! dalam kesusahan ada kesenangan! Itulah janji Allah dalam surah Al-Insyirah.

Saturday 24 May 2008

Lebih Setengah Abad Dah Berlalu

Assalamualaikum, Hari ini mak teh nak cerita kisah semalam tarikh 23 Mei .....

Setengah abad yang lalu ( tambah beberapa tahun lagi )lahirlah seorang insan tepat jam 1 a.m ( orang Melayu kata tengah malam buta ). Maka terdetiklah dihati si ibu bahawa bayi yang baru dilahirkan itu akan menjadi seorang yang cekal hati ( keras hati/ degil? ). Namun ibu itu bersyukur kerana bayi itu di lahirkan cukup sifat dan sempurna. Kebimbangan ibu ialah kerana semasa awal mengandung dia tidak tahu bahawa dia sedang mengandung. Dia merasakan badannya macam demam lalu dia telah makan ubat-ubat, akar kayu serta jamu dan mengurut serta menungku perutnya. Apabila dia merasa masih tak sihat dia pun pergi berjumpa dengan seorang doktor muda di Alor Setar ( sekarang mantan Perdana Menteri Malaysia ). Doktor telah memberitahunya dia bukan sakit tetapi sedang mengandung beberapa bulan. Ibu itu terkejut dan berasa nasib baik kandungan itu tidak keguguran.Beberapa bulan kemudian pada tarikh 23 Mei, lahirlah seorang bayi yang agak comelkut? ( Dalam hati ibu, nasib baik bayi ini mukanya tidak kemek ! Mengenangkan apa yang dia telah lakukan semasa mengandung bayi itu, melihat bayi yang begitu sempurna, meyakinkannya bahawa bayi ini bukanlah calang-calang orangnya ! )

Ok, to make the story short, yesterday was my birthday! As early as 1 am there were messages of Birthday Wishes from my children overseas. In the morning there were birthday wishes from the other children. Then I phoned my brother to remind him of the importance of the date and I got birthday songs from the cell-phone. I asked him to convey to my mother my salam and asked for her blessings and forgiveness. Brother informed that mother was in his house and that her health is getting much better. Alhamdulillah!

So that started my busy day on the 23rd of Mei- yesterday. HAPPY BIRTHDAY TO ME! HPPY BIRTHDAY TO ME ( Will continue.... )

Thursday 22 May 2008

Anda Percaya Tak ?

Assalamualaikum! Sekarang baru pertengahan tahun, namun aku dan Pak haji sudah mula memikirkan keperluan untuk kemasukkan sesi 2009. Kami bercadang untuk mengambil dua kelas untuk Ting 1 jan 2009 ia-itu dalam 50-60 orang. Perkara yang paling utama untuk difikirkan ialah rumah asrama unuk menempatkan pelajar-pelajar baru. Aku telah terfikir, alangkah eloknya kalau tuan rumah sebelah rumah asrama sekarang ni menyewakan rumahnya kepada kami. Tiba-tiba 2 hari lepas tuan rumah tersebut memberitahu ingin berjumpa kami. Pak haji pergi berjumpanya dan amat terkejut apabila dia memberitahu hasratnya untuk menyewakan rumaknya kepada kami.

" Masya-Allah! " kata Pak haji, " Baru minggu lepas mak Aji sebut suruh saya tanya tuan mengenai perkara ini."

Minggu lalu memang aku telah suruh Pak haji berbuat demikian. Tetapi Pak haji telah berkata, " Mana boleh! takkan dia nak sewakan, dia baru renovate rumahnya, dia tinggal dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Takkan dia nak sewakan rumahnya kepada kita!"

Bila diberitahu perkara itu jiran, tuan rumah itu memberitahu sebab dia nak sewakan adalah kerana dia hendak berpindah secepat mungkin. Dia juga memberitahu sebab-sebab yang dia nak berpindah itu. Masya-Allah ! Allah tahu keperluan kami dan Allah ada rancanganNYA sendiri.

Jadi kami telah berbincang dengan tuan rumah itu dua hari lalu. Insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar dan dia menerima tawaran kami, kami akan sewa rumah itu yang akan di kosongkan pada awal July. Berikutan itu tahukah anda siapa yang perlu rumah di Shah Alam pada awal bulan July ? Haaa! Anda tekalah sendiri. Member-menber blogger group kita ni tentu dah boleh tekakan ?

Insya-Allah rezeki hamba Allah itu yang ikhlas join kami kerana nak tolong kami nampaknya akan berlipat ganda. Ini semua adalah perkara-perkara dalam ilmu Allah. Namun sudah nampak bunga-bunya bahawa durian akan berbuah. Jadi kita tunggulah bila musim durian gugur nanti adakah sesiapa yang akan mendapat durian runtuh?

Al-kisah ada satu kisah benar ( tengok TV ), seorang hamba Allah yang telah bekerja dengan penuh keikhlasan telah mendapat rezeki yang melimpah ruah yang tak di sangka-sangkanya. Maka orangpun bertanya padanya ( kebetulan dia baru balik dari Haji tahun sebelum itu) " Apakah doa yang di bacanya tatkala bertawaf ? " Dia menjawab bahawa dia hanya membaca tak henti-henti " Subhanallah, Walhamdulillah, Laillahaillah huwallahuakbar " Mungkin kerana itu dia mendapat rezeki itu.

" Kenapa baca zikir itu sahaja" orang bertanya.

Kata Haji itu bahawa dia telah dengar akan satu hadith bahawa Saiditina Aisyah RA telah bertanya kapada Rasullallah SAW, Apakah yang Rasulallah membaca ketika sedang bertawaf ? Rasulallah menjawab bahawa Baginda membaca Subhanallah, walhamdulillah, Laillahaillallahu wallahuakbar ! Kemudian kata Saiditna Aisyah, Kalau baca itu maka waktu mana nak berdoa meminta apa yang kita hajatkan? Jawab Rasulallah, Allah akan makbulkan apa yang orang itu ingin dalam hatinya kerana mulutnya sibuk berzikir tidak masa untuk memohon permintaan." ( Begitulah lebih kurang yang saya dengar dari program TV itu ) Wallahu'alam !

Berbalik kepada kisah kami, sebenarnya banyak lagi keperluan kami. Allah sahaja yang mengetahui. Kami doakan semoga Allah memudahkan segala urusan kami. Ameen!

Tuesday 20 May 2008

Perkara-perkara Yang Berlaku

Assalamualaikum! Maaf, mak teh lambat update sebab banyak perkara kena buat dan perkara yang berlaku. Selepas entry mak teh pasal kekurangan beras haritu, kami telah mendapat 5 peket beras yang dihantar oleh seorang Hamba Allah yang tak mahu beritahu siapa dia. Tapi mak teh dapat teka siapa dia tu dari keterangan yang diberi oleh anak mak teh. Hari berikutnya, kami dapat lagi 3 peket beras yang kami langsung tidak ada idea siapa yang memberinya kerana Hamba Allah itu hantar ke asrama semasa semua orang berada di sekolah. Kemudian pada hari Ahad, ada lagi rezeki kami, melalui Blogger OO ada orang kirimkan rm 300 sebagai derma untuk beli beras. Alhamdulillah dapatlah mak teh beli beras dan stok beras kami bertambah lagi 11 peket. Terima kasih kami ucapkan kepada Hamba -hamba Allah yang prihatin dan pemurah ini. Allah SWT sahaja yang dapat memberi balasan yang di janjikanNYA kepada mereka.

Semalam mak teh pergi sendiri beli barang-barang di kedai borong kat kelang tu. Punyalah bertambun bekalan beras semua jenama ada tetapi harga tiap peket 10 kg dah naik rm 10. umpamanya beras jenama merbuk dulu rm 17 sekarang rm 27, jenama jasmine dulu rm 18 sekarang 28. Eeee! Geramnye mak teh, so mak teh kata kepada tauke Si Che tu,

" Eh, bukankah hargnya naik ke rm 25 saje!? "

" Siapa kata! " jawabnya dengan nada sombong.

" Saya lah tanya, sebab dengar berita kata boleh naik rm 6- rm 8 sahaja " kata mak teh.

" Boleh naik rm 10 beras jenis 5 %, itulah beras jenis 5% lah! " kata tauke Si Che itu. ( Maksud dia beras gred bagus yang beras hancurnya 5% sahaja ).

" Inipun akan naik lagi tau !" sambung Si Che itu.

" Ni kau yang buat untung ke supplier."

" Ni barang wa sudah bayar wang nye dulu. " Sahih dia lah yang telah sorok barang-barang tu dan dialah yang sedang membuat keuntungan yang berlipat ganda!

Lepas tu mak tehpun diam. Pergi tanya kedai lainpun macam tu juga harga dan lain barang naik melambung terutama yang ada kaitan denga beras! Lepas tu mak tehpun balik rumah dengan suhu badan yang panas dan bp yang naik tinggi. Perasaan kesal menyelinap kedalam hati mak teh dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini. " Itulah kalau Pemerintah tidak tegas, orang-orang yang tidak bertanggung jawab berani berbuat sesuka hati" fikir mak teh.

Al-kisah di zaman Khalifah Omar Ibni Abdul Aziz, seorang Khalifah yang sangat tegas, jujur dan amanah dalam pemerintahannya, dikatakan sang serigalapun tidak mencuri makan kambing-kambing pengembala. Dalam kes negara kita sekarang ini bukan saja segala serigala di hutan belantara dan bandar mencuri untuk makan kenyang, orang-orang khalifahpun turut mencuri makan kambing-kambing raayat! Andar fikirkanlah!Wallahu'alam!

Friday 16 May 2008

Kesyukuran di Pagi Jumaat

Assalamualaikum! Alhamdulillah mak teh rasa amat bahagia dan bersyukur dipagi Jumaat ini. Pertama awal-awal pagi lagi mak teh dapat kad ucapan Selamat Hari Guru dari pelajar diikuti dengan text message dari sepasang ibubapa bunyinya begini:

ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU D MTAQSA. SETULUS DOA & HARAPAN DARI KAMI MOGA GURU-GURU D MTAQSA DI BERI KEKUATAN HATI & IMAN UNTUK MENDIDIK & MENGASUH PELAJAR-PELAJAR DI MTAQSA. MOGA DI BERI KESIHATAN SERTA MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT. TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA. IRINGAN DOA DARI KAMI IBU&BAPA F... A...

Setelah membaca text itu kepada Pak haji, aku segera menjawab mesej itu begini:

Waalaikumussalam! Terima kasih di atas ucapan serta doa anda. Alhamdulillah kami amat bertuah di izinkan Allah SWT memainkan peranan dalam mendidik anak-anak yang di pilih Allah ini. Ameen di atas doa anda!

Kedua aku rasa amat bersyukur dan gembira kerana ada 2 orang hamba Allah telah respond kepada permintaan tolongku tempoh hari. Entry pada beberapa hari yang lalu aku tulis Tolong! Tolong Kami Perlu Beras. Rupa-rupanya ada juga yang terdengar jeritan minta tolongku itu. Pertama ada seorang hamba Allah telah memberiku info kat mana nak dapat bekalan beras yang murah atau berpatutan. Dia beri aku nombor telefon suroh aku hubungi. Hamba Allah kedua, DATANG SENDIRI KE ASRAMA KAMI DENGAN MEMBAWA 5 KAMPIT BERAS 10 KG! MASYAALLAH! Betullah beliau faham keadaan kami. Allah saja yang akan membalas padanya dan balasan dijanji Allah mengikut Surah Al-Baqkaroh, Ayat 261 yang bermaksud " Sesiapa yang menginfakkan hartanya kejalan Allah adalah diumpamakan sebiji benih akan becambah 7 tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji " Itulah janji Allah kepadanya. Kami hanya mampu mengucapkan TERIMA KASIH.

Kesyukuranku yang ketiga ialah mengenangkan anak-anak yang sedang mengambil peperikasaan di luar dan dalam Negara. Tahun lalu semua anak-anakku mendapat keputusan yang cemerlang. Jadi aku telah tunaikkan Nazar-nazar kami untuk mareka. Pagi ini telah di tunaikan nazar untuk Yanna. Ada lagi dua nazar yang belum di tunaikan iaitu nazar untuk Cik Su yang telah mendapat 5 A dalam UPSR dan mumtaz dalam Peperiksaan Sek Agama. Ada lagi satu Nazar kenduri kesyukuran sebelum Ally bertolak ke Cairo.

Perasaan Kesyukuran juga terasa pagi jumaat ini, kerana aku semakin pulih dari penyakit yang melanda. Aku lebih segar dan ceria dan aku sedang mengambil iktibar dari semua perkara yang telah ku alami. Mungkin kerana perkara-perkara yang telah ku alami itu yang menyebabkan aku di serang sesak nafas kebelakangan ini.

Perasaan kesyukuran yang seterusnya ialah kami telah mendapat ilham bahawa kami perlu membuka sekolah rendah jenis kurikulum yang kami buat sekarang ini. Jadi dalam sedikit masa lagi kami akan mengumumkan perkara ini. Insya-Allah.

Tuesday 13 May 2008

Cara Menjadi Seorang Jutawan

Assalamualaikum! Selalu kita terbaca atau melihat siaran TV kisah Jutawan-jutawan. Ada yang memperlihatkan kediaman atau cara hidup mewah mereka atau ada juga yang tunjuk beg tangan dan kasut mewah mereka. Hehehe, kadang-kadang nak ketawa tengok gelagat mereka ini. Nak kata jealous tak juga tapi hairan dan kesian tu adalah terutama yang tunjuk koleksi kasut-kasut berjenama. Tapi biarlah kat depa, masing-masing manusia dalam dunia ni ada kepelikkan sendiri. Semua orang tak samakan, kalau tidak masakan habis laku kain sekodi, kata orang tua-tua.

Anyway mak teh teringat hal orang jutawan-jutawan tu mak teh terasa pula nak ajak anak-anak jadi jutawan juga. Mari kita target nak jadi jutawan lain dari yang kita tengok dalam akhbar dan majallah tu. Kita akan jadi atau tidak belum tentu lagi tapi kita kenalah berusaha. Lagi satu perkara jutawan yang jenis mak teh kata ni tak boleh siar nama atau wajahnya dalam akhbar majallah or TV.

Adakah anda berminat untuk berusaha menjadi Jutawan Istimewa ini? Macam mana ya? Kita tak perlu banyak modal, tak perlu pinjam dari bank. Haa, begini caranya:

1) Banyak berzikir dan zikir paling utama ialah membaca Al-Quran.
2) Banyak bersedekah dan sedekah yang utama adalah kepada kaum keluarga ( miskin )
3) Banyak bersolat dan solat yang bagus ialah solat berjemaah.
4) Banyak berpuasa dan puasa yang dapat banyak markah ialah berpuasa sebulan ramadhan serta bersambung dengan puasa enam ( seolah-olah berpuasa sepanjang tahun ).
5) Memberi makan fakir miskin.
6) Mengajar orang ilmu yang bermanafaat.
7) Membantu orang dalam kesusahan .
8) Menderma kepada pelajar dan fisabilillah ( orang yang buat kerja kejalan Allah )
9) Berusaha mendapat pahala malam LailatulQadar suatu malam dalam bulan Ramadhan yang pahala beribadahnya sama seperti beribadah 1000 bulan.
10) Mengumpul pahala dari ibadah-ibadah mudah seperti memberi senyuman, memberi dan menjawab salam, membuang duri, paku atau benda-benda berbahaya dari laluan orang ramai. Berdoa, berzikir, berdiam diri sambil mengingati Allah SWT, menyebut Suhanallah ketiga kagum melihat kejadian Allah SWT.

Kita cubalah berusaha kearahnya, kitaka manusia biasa, banyak kelemahan. Walaupun perkara-perkara yang saya sebut tadi mudah tetapi tidak mudah bagi kita melakukannya, melaikan orang yang mempunyai azam yang kuat ( kuat iman ) untuk melakukannya. Kalau kita tak mula dari sekarang cara berdikit-dikit kita tidak akan dapat mengumpulkan kekayaan ini semasa hayat kita masih ada.

Dan apabila kita telah melakukannya ( mengumpul harta/ pahala ) kita tidak pula boleh memberitahu orang. Semoga kita sama-sama dapat menjadi Jutawan Istimewa ini. Wallahhu'alam.

Saturday 10 May 2008

Tolong! Tolong kami Perlu Beras!

Assalamualaukum! Wahai saudara-saudaraku sekelian, tolong kami, bantu kami, kami perlu beras! Anda terkeju kerana mak teh minta tolong?

Kisahnya begini, mak teh ada 50 mulut nak makan nasi setiap hari. Satu hari kami guna beraspurata 15 kg. Jadi satu bulan mak teh perlu lebih kurang 45 paket yang 10 kg. Selalunya bekalan beras mak teh beli dari kedai borong di Kelang. Kami makan beras jenama Merbuk (lama ) harganya rm 18 sepeket 10 kg. Kemudian 2 bulan lalu harga beras itu naik kepada rm 21, kemudian naik lagi ke harga rm 23. Padi tadi anak mak teh pergi membeli beras keperluan kami, didapati tidak ada bekalan. Yang ada beras kualiti lain dulunya berharga rm 17 hari ini harganya melambung kepada rm 25. Kemudian anak mak teh bertanya yang jenama jasmine, harga melambung ke rm 28.

Mak teh terkejut bila dengar harga beras melambung begitu tinggi. Apa akan jadi dengan bajet kami. Beras naik rm 8 sepeket 10 kg! Berikutan kenaikkan harga beras itu pihak yang tak bertanggung jawab tentu sudah main sorok-sorok. Pihak berkuasa tolonglah bertindak cepat nanti kami tak ada supply beras terpaksa pula beli dari pasar gelap dan harganya sudah tentu berlipat ganda.

Tentu anda juga sudah tahu bahawa semua harga bihun, laksa dan apa saja yang berkaitan dengan beras telah naik 50%. Harga sepeket bihun jenama jasmine dulunya rm 100 di Giant, sekarang rm 150 lebih. Bihun cap bintang pula harganya sudsh naik rm 2.70 sepeket.

Apa sudah jadi dengan harga kawalan? Apa sudah jadi dengan stok beras Negara? Kononnya keadaan harga beras naik melambung ini mengikut pasaran dunia kerana kekurangan stok beras sedunia. Oleh kerana keadaan ini Negara pengeksport tidak mahu eksport ke Negara kita.

Aduhai, kenapa kita tidak belajar dari kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran. Kalau kita prihatin kisah-kisah al Quran sudah tentu kita buat macam nabi Yusuf. Semasa kita kaya makanan (beras) sepatutnya simpanlah stok untuk masa memerlukan. Ini tidak, kita ada Lembaga padi Beras Negara diberi kepada syarikat pula untuk menyimpan dan memperdagangkan simpanan beras kita.

Adoi, tolong! tolong! Heheh mak teh penat.

Friday 9 May 2008

Doa-doa amalan Seharian

Assalamualaikum!

Untuk anak-anak yang di kasihi sekelian, mak teh ingin memberikan beberapa doa untuk amalan seharian. Amalkan sedikit-sedikit lama-lama akan jadi amalan harian anda.

1) Apabila nak tinggalkan rumah bacalah surah Al-ikhlas, seeloknya jangan berpatah balik atau pandang balik kerana kita sudah meninggalkan rumah kita dengan yakin ianya didalam jagaan Allah SWT.

2) Apabila hendak mengidupkan enjin kereta bacalah Bismillahirrohmaanirrahiim.

3) Apabila kenderaan dah berjalan bacalah, " Subhanalladzisakhorolana haazaa wamakunna lahu mukhrineen. Wainnailarobbina lamunngkholibuun."

4) Apabila nak keluar dari kereta, nak masuk pasar ke nak shopping ke bacalah " Laailaaha illallahu wahdahuu laa syariikalah. Lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayummi tu wahuwa 'alaa kullisyai innkhodiir." Akan di pelihara Allah SWT dari segala perkara yang buruk, seperti kena tipu, beli barang ikut nafsu, silap membeli barang dan sebagainya.

5) Apabila nak berjumpa dengan orang, nak temuduga, nak beri ucapan dan sebagainya, bacalah, " Robbisyrohlii sodrii wayassirlii amrii wahlul ukhdatanmillisaani , yafkhohu khaulii." Akan dipelihar Allah lidah kita berkata yang benar dan yang baik-baik sahaja dan orang mudah memahami maksud perkara yang kita nak sampaikan itu.

6) Apabila memulakan perjalanan atau nak keluar rumah bacalah, " Bismillahi tawakkaltu 'allahu wala khaula wala khuwataillah billahil 'aalii yil 'azeem " Akan dilindungi dari gangguan syaitan dan perkara-perkara yang buruk.

7) Apabila nak berjalan jauh atau bermusafir bacalah " Bismillahi majreha wamursaaha inna robbi laghofururrohiim ." Akan dipelihara Allah dari segala kejadian yang tak diingini.

8) Apabila bertemu sahabat atau saudarara muslim kita bersalam, jabat tangan atau peluk cium bacalah solawat atas Nabi Muhammad SAW, " Allahumma solli 'aala saiyiidinna Muhammad wa'alaa aalisaiyidina Muhammad. " Akan mendapat pahala solawat dan diperkukuhkan hubungan sesama saudara islam itu.

Elok juga tahu makna doa ni sekali apabila mengamal bacaannya.

Thursday 8 May 2008

Masa Berlalu, Kehidupan di Teruskan

Assalamualaikum! Susah rasanya nak buat entry kali ini. The last entry was 11 days ago. That was in the morning and then on the same day at about 4.30 pm, i received news that my eldest brother kembali ke Rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihiroojiuun! Kesedihan masih terasa terutama apabila terbayang hari-hari akhirnya bersama kami ( hari-hari terakhir aku menjaganya di hospital ). Berakhirlah riwayat abang yang dikasihi yang telah mengganti tempat seorang ayah kepada kami 8 adik-adiknya sejak aku berumur 12 tahun! Semoga roh abangku ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman. Ameen!

Selesai perkara yang sedih itu, aku sekeluarga segera pulang ke Shah Alam. Ada satu event yang penting pada 1 mei iaitu majlis pertunangan anak keduaku dengan anaknda sahabat kami. Oleh kerana sebulan April kami asyik berulang-alik ke Kedah, aku tidak tumpu perhatian kepada persiapan majlis tersebut. Nasib baiklah anak-anakku Kin dan Ude telah membuat segala persiapan untuk majlis tersebut. Alhamdulillah majlis pertunangan telah berjalan lancar dan rombongan kami telah disambut dengan ikhlas dan mesra. Jadi telah rasmilah aku dapat bakal menantu, Insya-Allah majlis akad nikah dan perkahwinan akan dilangsungkan pada bulan Disember tahun ini.

Alkisah, selepas tarikh itu hari berikutnya, aku ada appoinment dengan Doktor di IJN. Appoinment ini telah lama aku buat kerana aku kekadang diserang sesak nafas. Datuk Dok yang memeriksa aku terkejut mendapati tekanan darahku 260 sehingga alat yang mencatatkan tekanan darah itu tidak dapat merekodkannya yang timbul perkataan ERROR, ERROR. Aku sendiripun terkejut kerana memahami bahaya tekanan darah yang tinggi itu. So dipendekkan cerita aku di masukkan ke wad Anggrek menjadi penghuni IJN selama 5 hari 4 malam. Setelah dirawat di IJN tekanan darah aku turun ke paras yang baik. Mereka buat segala ujian darah, kencing dan scan jantungku, pakar-pakar di IJN berpendapat aku sihat dan tidak ada apa-apa tanda sakit jantung. Aku agak sangsi pendapat itu dan minta dirujukkan ke HUKM.

Selepas pulang dari IJN, aku masih rasa tidak berapa sihat. Aku dapat serangan sesak nafas berulangkali dalam sehari ( terasa berdebar, lemah dan nak pengsan ). So akupun pack barang pergi ke HUKM, masuk melalui bahagian kecemasan. Aku diperiksa dan dilakukan ECG, Xray dan blood test oleh doktor, kemudian didapati aku sihat dan tidak ada masaalah jantung! Perasaanku ketika itu lega kerana tak di masukkan wad dan mereka kata aku sihat. Lagi satu perasaanku pening juga memikirkan penyakit serangan sesak nafas ini. So aku sendiri buat conclusion keadaan kesihatanku ini kerana terlalu sibuk letih dan merana di atas kesedihan yang menimpa. Entahlah! Aku berdoa kepada Allah SWT semoga aku diberi kesihatan yang baik supaya dapat aku meneruskan kerja-kerja yang aku sedang lakukan setiap hari ketika sihat. Dengan kesihatan yang baik aku ingin melakukan kerja-kerja ini sehingga akhir hayatku. Ameen, Ameen YaRobbul'aalamin!