Thursday 30 April 2009

Anak-anak Tahfiz Bermain Bola

Salam semua !

Petang hari Selasa adalah masa bermain bola bagi anak-anak Tahfiz kami kalau tidak hujan dan padang tidak becak ( hujan malam semalam ). Oleh kerana sukan bola sepak merupakan aktiviti kegemaran nombor 1 bagi kesemua mereka, maka anak-anak Tahfiz akan berdoa pada hari itu agar hujan tidak turun. Makhbulnya doa anak-anak tahfiz ini selalunya hujan tidak turun pada petang itu namun adakalanya mereka tidak dibenarkan turun padang ( oleh Pak haji ) kerana padang becak.

Jadi pada hari yang mereka dibenarkan bermain, melurulah mereka ke padang selepas solat asar dan selepas menulis ayat-ayat suci al-Quran. Mereka di latih oleh 2 orang coach terlatih setiap kali mereka di benarkan bermain.

Lihatlah gambar-gambar di bawah ini bagaimana bersemangatnya mereka berlatih. Setelah mereka selesai bermain akan nampak kepuasan di wajah masing-masing. Kadangkala mereka bermain juga di padang yang sedikit becak. Pada masa itu kalau tengok pakaian mereka amatlah comot dan kotor sesuai untuk iklan serbuk pencuci sahaja ( iklan sebelum cuci ).
































Wednesday 29 April 2009

Aktiviti Anak-anak Tahfiz Kami

Salam semua !

Hari Jumaat lepas mak teh jumpa ibu kepada pelajar kami Ai selepas solat subuh di Masjid Negeri. Kata ibu Ai, " Nampaknya anak saya suka sangat di sekolah. Setiap kali kami pergi melawatnya dia akan tersenyum sahaja. Kadang kami terfikir apa ya, yang menyebabkan dia suka sangat kat sekolah tu."

Komen-komen seperti ini dari ibubapa membuat hati mak teh dan Pak haji kembang. Sebenarnya kami menjaga anak-anak itu seperti anak-anak kami sendiri. Apa saja yang mereka suka dan ingin kami cuba memberikannya. Misalnya mereka suka pergi berenang dan jadual berenang 2 kali sebulan. Maka kami usahakan agar mereka dapat pergi berenang mengikut jadual. Begitu juga anak-anak lelaki suka bermain bola, sedangkan anak-anak perempuan suka bermain bola jaring, maka kami adakan coach untuk setiap latihan mereka mengikut jadual. Tiap pasukan mempunyai 2 coach terlatih dan bayaran untuk coach ini ialah rm 40 setiap kali turun padang. Jumlah coach yang kami ada untuk semua aktiviti ialah 12 orang.

Lihatlah sebahgian dari aktiviti anak-anak Tahfiz kami di rakamkan di bawah ini. Tentu sekali mereka gembira melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.






Pasukan Bola Jaring MTAQSA ( Yang lengan berbelang adalah coach )






Seronok sunggoh berlatih main bola jaring nampaknya!







Pak haji mula memperkenalkan berkawad mengikut rentak pukulan drum






Nampak segak dan bergaya semasa berkawad mengikut rentak drum ( Ini Squad Cilli Padi )






Pak haji memeriksa padang pertandingan memanah di Stadium KKB sebelum pertandingan bermula






Kontingen Petaling Perdana dalam pertandingan memanah peringkat Negeri Selangor di KKB ( Yang berkemeja T kuning adalah penyokong-penyokong dari Kelab Memanah MTAQSA )






Wira-wira kami sedang beraksi di medan pertandingan






Kontingen Daerah Hulu Langat menunjukkan kehandalan mereka ( Kami berazam tahun hadapan kami akan membariskan peserta-peserta handal dari MTAQSA- Insya-Allah )


News flash : Kontingen Prtaling Perdana ( termasuk 2 orang peserta anak-anak tahfiz kami ) dalam acara berpasukan kami mendapat Pingat Gangsa ! Alhamdulillah kami bersyukur.

Saturday 25 April 2009

Warkah Kepada Gadis-gadis Melayu Di Irbid Jordan

Salam Semua!

My entry today is meant especially for those young Malaysian ladies in Irbid Jordan, who are studying in Jordan University of Science and Technology ( J.U.S.T ).

Hello girls ! I am informing you that the SPM superscorer with 19 A1 and 1 A2 is coming your way. I hope you senior gilrs would not be too envious of her. Do take good care of her since she will be one of the new arrivals there soon.

Pagi tadi Mak teh terbaca dalam akhbar tempatan kisah Nik Nur Madihah telah memilih untuk belajar di sebuah universiti di Jordan lebih tepat di J.U.S.T. Pada pandangan Mak teh, bagus pilihannya tu tambahan pula dia ingin mempelajari bidang Physics Islam. Nasib baik dia tidak memilih untuk belajar di negara Baratkan? Rasanya sebuah negara Islam seperti Jordan lebih sesuai untuk anak gadis ini.

Khabarnya di Negara-negara Timur Tengah orang Arab sudah mengenali orang Melayu yang mempunyai sifat-sifat murni maka mereka beri gelaran " Insan yang Baik " dalam bahasa Arab " Khairul Insan ? " Jadi selepas ini nanti biarlah orang Arab akan mengenali kita orang Melayu sebagai " Insan yang Genius " pulak. Hehehe! Boleh ke??

Minta perhatian ! Harap janganlah kau orang cakap seperti ini kepada Mek Klate tu, " Mu Klate make buduh sebab tu ceredik ! "

Hehehe! Sebenarnya tak salahpun cakap begitu sebab orang Kelantan dan Trengganu terutama anak-anak nelayan makan banyak makanan berasaskan ikan. Kau orang bakal doktor tentu tahu bahawa pemakanan berasaskan ikan mengandungi banyak protein dan zat mineral sepeti Omega 3. ( mak teh hentam saja ni, tak tahu sangatpun ). Apapun tentu saja pemakanannya mengandungi bahan-bahan yang membuat sel-sel otaknya aktif, yang membuat neutron sel otak itu kerap berhubung sepeti bateri di charge sepenuhnya.

Maka mak teh teringatlah satu iklan susu, " Pembelajaran hanya berlaku apabila sel-sel otak berhubung.......... " So kau orang kat sana tu makanlah banyak pemakanan yang akan mengchargekan sel-sel otak. Mak teh tahu di Irbid tu takde banyak ikan. Makanan laut mahal. Mak teh ingat nak kargokan kepada kau orang belacan, budu, ikan bilis, cencalok, sardin dan sebagainya. Kalau mahu nanti mak teh kargokan segera.

Dah ada kemudahan nak terbangkan barangan Malaysia pada kau orang, janganlah pula nak minta, mee, laksa, koay teow, roti canai segera, murtabak segera, sambal belacan, kicap, chilli sos dan sebagainya. Masa kita buat kargo haritu ada orang minta mak teh kargokan roti canai segera !

Sekian dulu selamat makan dan berehat ! Maasalamah !





Pemandangan di Negara kita semasa kami dalam perjalanan ke Kuala Selangor





Sebahgian dari pelajar kami yang akan pergi menuntut di Jordan kelak. Yang cilik di hadapan itu ialah Ilai Ketua Pengawas Junior

Friday 24 April 2009

Ada Kematian Dan Kawan Lama

Salam semua!

Hari ini keletihan yang amat sangat. Hampir maghrib baru sampai rumah dari K.L. Aku pergi ke PWTC siang tadi untuk melakukan dua perkara, sambil selam sambil minum air. Pertama aku nak pergi beli beberapa buah buku yang aku tak sempat beli hari yang kami pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Sabtu lalu. Kedua aku nak jumpa kawan lama aku Datuk K ( tidak ada kena mengena dengan orang lain punye Datuk K ).

Apabila anak-anak Tahfiz Puteri dengar aku nak ke PWTC, merekapun merayu nak ikut sama. Mereka menyatakan ada beberapa buku yang mereka tak sempat beli hari itu. Kami bertolak jam 3.00 pm dan sampai jam 4.00 pm. Aku terus pergi mencari buku yang aku hendak beli sambil membeli 3 naskah bukuku yang nampaknya ada beberapa naskah sahaja lagi. Kemudian aku mendapat panggilan dari Datuk K memberitahu dia sedang menungguku di Riverside Cafe.

Sebaik bertemu kawan lamaku ini, kamipun berpeluk-pelukan ( kami sama-sama perempuanlah ! Hehehe ). Memang rindu sangat dan suka sangat dapat bertemu kawan lama. Di kampus dulu, Datuk K macam aku juga naik motor kesana kemari. Apa lagi bertemu kawan seperjuangan yang dah lama sangat tak jumpa ( hampir 30 tahun kami tak pernah berjumpa, telefon pernah le masa dulu-dulu dah lama dah kami tak berhubung )maka bersembanglah kami mengenai segala perkara.

Punya seronok bersembang tak rasapun jam dah 5.30 p.m. Tadi dah janji nak jumpa anak-anak yang mengekor tu jam 5.30 untuk pulang. So akupun minta diri untuk berpisah dengan sahabatku itu. Ok, it was a pleasant meeting, Datuk belanja minum dan makan kami tadi dan aku telah hadiahkan dia senaskah bukuku. Aku harap dia ada masa nak membacanya.

Eh, bukan sebab tu saja yang mak teh menjadi letih. Awal pagi bangun jam 4.00. Bersiap untuk ke Masjid Negeri membawa bersama anak-anak Tahfiz kami. Solat subuh berjemaah di masjid disubuh Jumaat di kira sangat spesial sebab ada sujud Sajaddah. ( Dulu mak teh dah pernah tuliskan mengenai sujud sajaddah ).

Selesai solat subuh kami ke rumah seorang jiran kerana ibunya telah meninggal dunia semalam. Anak-anak Tahfiz membaca Yassin dan Tahlil untuk arwah. Sejuk hati melihat dan mendengar anak-anak Tahfiz kami membaca sebagai sumbangan mereka kepada masyarakat. ( sebelum kami buka sekolah ini kalau nak mencari orang untuk bertahlil agak susah )

Selepas itu aku menyuarakan kepada tuan rumah yang aku boleh membantu cari caterer menyediakan makanan untuk ahli keluarga dia yang ramai datang dari jauh. Malangnya apabila aku kontek caterer tidak ada yang sanggup nak menyediakan makanan itu dalam masa yang begitu singkat. Jadi tanpa lengah aku terus ke pasar. Akhirnya aku dan pembantu memasakkan separu makanan itu dan jiran sebelah rumahku yang baik hati memasakkan sebahgian besar dari menu yang kami sediakan. Jam 11.30 makanan tersebut telah kami hantrkan kerumah jiran sebelah rumah yang ada kematian itu.

Itulah cara kami berjiran kawasan kami ini, apabila ada kematian jiran-jiran akan membantu menyediakan makanan dan makanan itu akan di hidangkan di rumah jiran sebelah. Setidak-tidaknya tuan rumah diringankan bebannya untuk memikirkan hal makanan dan saudara-mara yang datang berkunjung tidak kelaparan setelah pulang dari pengkebumian. ( Setahu aku ada larangan memasak dan memakan di rumah orang yang ada kematian )

Alhamdulillah ! Semuanya berjalan dengan baik hari ini. Aku rasa bahagia walaupun sangat keletihan kerana kami dapat menyumbangkan sedikit tenaga dan dapat memainkan peranan dalam masyarakat. Ameen!



Sejambak bunga untuk kawanku Datuk K....( Ni bunga Pak Haji tanam di taman Asrama )





Anak-anak Tahfiz semasa ada jamuan di rumahku






Anak-anak Tahfiz Puteri di malam jamuan di rumahku

Thursday 23 April 2009

Nasibnya Baik

Assalamualaikum!

Mak teh baru balek dari bank H**$, pergi masukkan duit dalam akaun Ally. Dua hari yang lalu Ally telah mesej bahawa duitnya tinggal beberapa geneh ( sebutan bagi wang Mesir )saja lagi. Mak tehpun mesej Yanna, adakah dia memerlukan wang bolehlah dimasukkan sekali. Jawapannya dia masih ada wang cukup sehingga hujung bulan. Anak-anakku yang dua orang itu akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Mengenangkan anak-anakku yang jauh di rantau itu, maka terfikirlah aku betapa bertuahnya anakku yang sorang ini ( Cik Su ). Dia sekarang di dalam Tingkatan 2 sekolah kami. Sekiranya kami tidak membuka sekolah ini sudah pasti dia sekarang akan berada di Mesir bersama kakak dan abangnya. Itulah rancangan kami pada masa dulu ia-itu beberapa tahun yang lalu sebelum kami membuka sekolah ini.

Beruntungnya Cik Su sekarang dia mempelajari agama mengikut silibus Maahad Al-Azhar, dia menghafaz al-Quran mengikut silibus Al-Azhar juga dan mengikuti matapelajaran akademik mengikut silibus KBSM ( kerajaan Malaysia ). Dia tinggal di asrama penuh, asramanya merupakan sebahgian dari rumah kami. Namun Cik Su tidak mahu makan makanan-makanan yang di sajikan di meja makan kami. Semangat setiakawannya cukup kuat, dia hanya memakan apa yang dihidangkan kepada Anak-anak Tahfiz Puteri. Jika ada makanan extra yang aku hulurkan kepadanya dia akan bawa kepada kawan-kawan untuk dinikmati bersama.


Aku teringat kakaknya Yanna yang telah merantau belajar ke Mesir sejak dia berumur 14tahun seperti umur Cik Su sekarang. Memang bertuah sangatlah anakku yang satu ini. Yanna di umur Cik Su sekarang telahpun pandai membasuh kain sendiri, memasak makanan sendiri, berebut-rebut naik bas pergi ke Maahadnya seorang diri. Ternyatalah Yanna seorang yang tabah. Sehingga hari ini sudah 6 tahun Yanna berada di bumi Mesir. Yanna akan pulan ke Malaysia (tamat belajar ) 3 tahun lagi dan kami berharap dia akan menjadi tenaga pengajar di sekolah kami. Ally pula akan tamat belajar 2 tahun lagi dan kami juga berharap dia akan menjadi peneraju sekolah kami. Lia di Jordan pula akan Insya-Allah 2 tahun lagi dan kami berdoa dia akan mendapat gelaran seperti yang orang di Jordan memanggil dia, Dokturah Nur !

Aku dan Pak haji berharap Cik Su dapat menggunakan peluang baik dirinya ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Cita-cita Cik Su nak mempelajari bidang Astronomy Islam.






Anak bongsu Mak teh, Cik Su dalam uniform Kadet Tahfiz





Anak-anak Tahfiz Puteri sedang mendengar taklimat






Seorang anak Tahfiz sedang menikmati makanan " masakan Mak Aji "

Wednesday 22 April 2009

Habis Licin Semuanya !

Salam Semua!

Semalam mak teh sudah beli bahan nak buat laksa untuk makanan rehat jam 10.30 anak-anak Tahfiz. Kebanyakkan bahan-bahan untuk menbuat laksa seperti bihun laksa 24 peket 500 gm, ikan kembung 3.5 kg, timun, daun salad, daun kesum, kunyit hidup, serai, lengkuas dan limau kasturi sudah di beli semalam.

Jadi pagi tadi mak teh pergi ke pasar untuk membeli santan segar, satu lagi bahan penting untuk membuat laksa. Mungkin ada yang bertanya, " Laksa apa ni pakai santan ? "

Haa! mak teh nak masak laksa Kedah kuah lemak, yang mana lebih sedap kalau pakai santan segar. Kami jarang-jarang sajikan menu laksa ini kepada anak-anak Tahfiz kerana pembantuku kata ianya kerja yang leceh. Dia merungut kerana banyak bahan yang perlu disediakannya. Kuahnya akulah yang kena masakkan, pembantu tak berani nak buat kuah laksa ini. Kalau aku suruh juga dia buat dia akan berkata, " Tak mahu nanti tak sedap ibu marah!" Begitulah juga untuk masakan jenis berkuah yang lainpun akulah yang terpaksa menyinsing lengan baju.

Nasib baik hari ini kelas aku bermula jam 11.00pagi. So sempatlah aku memasak kuah laksa yang istimewa ini. Sementara kuah nak mendidih, bau semerbak menjalar hingga ke porch rumah di mana anak-anak Tahfiz junior sedang belajar. Oleh kerana rehat mereka jam 9.30 masuklah Ilai Ketua Pengawas Junior, bertanyakan apa yang kami sedang masak. Kesian! dah laparlah tu, jam 9.45 barulah makanan untuk mereka di hidangkan.

( Warning : Read this at your own risk!....Harap orang yang membaca kisah ini yang di Jordan, Cairo, Cardiff dan lain-lain tempat tidaklah terlalu kecur airliur hingga termimpi-mimpi nak makan laksa pula )

Aku sampai di sekolah jam 10.30, anak-anak Tahfiz sedang beratur untuk mengambil makanan mereka. Seperti biasa akupun berpesan jangan ambil berlebih-lebihan. Beberapa minit kemudian, sedang aku duduk berbual dengan guru-guru datanglah seorang anak Tahfiz melaporkan, " Mak Aji! makanan tidak cukup! Habis licin semuanya ! " Ini laporan yang biasa aku dengar kalau buat hidagan yang istimewa sikit.

" Berapa orang tak dapat? " tanyaku

" 4 orang termasuk saya. Bihun laksa ada sikit, kuah dah habis!" katanya.

Kasihan! Bukan makanan tak cukup, aku dah lebihkan semasa mengira masuk dalam bekas tadi. Ada yang ambil berlebihanlah tu. Selalunya begitulah jadinya. " Ambil laksa itu dan pergi pada kawan-kawan yang mangkuknya bergenang dengan kuah. Pergi syer dengan mereka. Mereka yang ambil bahagian kamu." kataku.

Waktu rehat sudah hampir tamat lalu aku melangkah nak pergi ke kelas. Sambil itu aku menjenguk tong-tong makanan tadi. Memang betul habis licin semuanya. Mereka yang lapur tak dapat tadi sedang makan bersama kawan-kawan lain.

" Sedaplah Mak Aji ! Rasa nak lagi! " kata salah seorang dari mereka.

Aku tersenyum, " Boleh! Nanti kita buka katin noo.....! Siapa yang nak lebih boleh beli lagi semangkuk! hehehe ...." .

Aku masih tersenyum sambil menapak anak-anak tangga naik ke kelas di tingkat 3. Aku merasakan sesuatu kepuasan, rasa berbaloi bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk mereka setiap hari.




Sedang tekun belajar dalam kelas

Monday 20 April 2009

Cerita Biasa-biasa Sahaja

Salam semua!

Hari ini hari Isnin, seperti biasa anak-anak Tahfiz berpuasa sunat. Tiap kali mereka berpusa sunat pening juga kepalaku memikirkan apakah juadah istimewa untuk mereka berbuka nanti. Fikir punya fikir hari ini mak teh buatkan mereka mee kuah muar. Air untuk berbuka pula kami sediakan sirap bandung. Dah kira ok lah tu!

Aku sudah peka, tiap kali hari berpuasa sunat ada-ada saja anak tahfiz lelaki yang jatuh sakit. Bila di selidik, mereka ini sebenarnya yang malas bangun makan sahur. Jadi di siang hari orang lain berpuasa mereka akan demam atau sakit kepala dan sebagainya. Pagi tadi ada seorang yang mengadu lelah kami bawakan ke kelinik. Pada luarannya aku tengok dia tak apa-apapun. Kadang-kadang masa-masa beginilah aku mendambakan seorang doktor di kalangan kami. ( Kami menanti Dr. Lia pulang )

Mungkin anda masih ingat di tahun lalu aku ada menceritakan kisah seorang anak tahfiz yang pada mula masuk sekolah kami selalu mengatakan " Kamek nak balik! " . Selama 2 bulan pertama dia bersama kami hampir setiap hari dia berkata begitu kepadaku. Selepas itu dia tidak mengadu mahu balik ke kampungnya lagi.

Alhamdulillah, sekarang ini anak itu sudah dalam Tingkatan 2. Hafazan Al-Qurannya walaupun lambat sedikit dia telah berjaya menghafaz beberapa juzu'. Pencapaiannya dalam matapelajaran akademik adalah baik dan dalam matapelajara agama boleh dikatakan ok. Tetapi apa yang membanggakan kami seni tulisan khatnya amat berpotensi. Ibubapanya yang sangat bangga di atas pencapaiannya akan membawanya melakukan ibadah umrah bulan hadapan.





" Hey Kapten Izz ! Kamu nak belayar balik Sarawakkah? " Jawab Izz, " Tidak, kamek suka tinggal sini! " Inilah orangnya dulu cakap " Kamek nak balik!"





Pokok bunga di dalam kawasan asrama... hasil peluh Pak haji dan Anak-anak Tahfiz





Ini adalah usaha dan kebanggaan Pak haji





Sebuah bas idaman kami ( gambar hiasan sahaja )

Sunday 19 April 2009

Lawatan Ke Planetarium Dan Pameran Buku Antarabangsa

Assalamualaikum!

Kami bertolak dari asrama jam 7.45 pagi dan sampai di Planetarium Negara jam 8.45 pagi. Planetarium hanya membuka pintunya pada jam 9.30 pagi. Jadi ada 45 minit untuk anak-anak tahfiz meronda di kawasan luar bangunan yang mempamirkan beberapa bahan replica monumen seperti the Stonehenge. Pada jam 9.30 pintu bangunan ke bilik pameran di buka. Kami juga telah membeli tiket untuk menonton tayangan filem di Panggung Sky Theatre. Tayangan bermula pada jam 10.00 pagi.

Keseluruhannya lawatan ke Planetarium kali ini bagiku amatlah mengecewakan! Pertama, bilik pameran sedang dalam pengubahsuaian. Jadi bahan pameran sangatlah sikit dan sempit. Bila ramai pengunjung masuk rasa lemas nak pengsan. Aku segera mengumumkan agar anak-anak yang sudah buat pusingan melihat pameran itu keluar sebentar mengambil udara sambil menunggu tayangan bermula.

Kedua, filem yang mereka tayangkan bertajuk " Legends of The Night Sky " adalah sebuah filem kartun yang tidak bermutu dan amat karut mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah. Menyesal rasanya aku membawa anak-anak tahfiz menonton filem itu. ( Semasa kami telefon sebelum membuat booking, orang di talian itu memberitahu filem yang akan di tayangkan berjudul lain ). Aku terpaksa buat pengumuman dalam bas kemudiannya bahawa filem itu karut dan jangan terpengaruh dengannya. Ketika itu aku rasa tertipu dan ingin membuat komplen kepada pihak yang bertanggung-jawab agar tidak di hidangkan filem karut dan tidak bermutu itu kepada anak-anak sekolah.

Sedang kami beredar dari kawasan itu, ramai lagi pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah datang membuat lawatan mereka ke Planetarium Negara. Bagiku Planetarimu Negara amat mengecewakan ( tidak seperti beberapa tahun dahulu yang aku pernah lawati ) dengan kawasan yang tidak dijaga dan tayangan filem murahan yang amat karut!

Kami makan makanan bekal ia-itu nasi lemak apabila tiba di kawasan parking bas. Itu merupakan makanan rehat jam 10.30 pagi kami. Setelah makan kami beredar menuju ke PWTC pada jam 11.30 dan sampai di sana lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Turun dari bas, aku memberi briefing kepada anak-anak tahfiz. Mereka kami lepaskan masuk ke Dewan Pameran Bangunan PWTC berkumpulan 5 orang satu kumpulan. Mereka bebas pergi melawat pameran tersebut dan hendaklah berkumpul semula pada 1.30 tengah hari untuk datang ke tempat bas berhenti.

Tak perlulah aku ceritakan kegirangan mereka meluru ke gerai pameran yang memang mereka sudah rancang bertujuan membeli buku pilihan mereka. Kami bertemu semula jam 1.30 dan menunggu kedatangan bas. Makanan tengah hari sudah berada di dalam bas di hantar oleh Aizad. Apabila semua orang sudah menaiki bas didapati seorang anak tahfiz tidk muncul. Oleh kerana bas tidak dibenarkan tunggu di situ lama, maka aku suruh Pak haji saja pergi bersama mereka teruskan perjalanan untuk ke Tasik Titiwangsa di mana mereka akan berhenti makan tengah hari. Aku juga mengumumkan aku tidak akan terus bersama mereka kerana badan terasa kurang sihat. So aku berpesan dan bertanya samaada mereka boleh diharap menjaga diri tanpaku. Mereka serentak mengiakan kepastian yang kuharapkan. Pak haji membenarkan aku pulang terlebih dahulu setelah mencari anak yang ketinggalan itu. Mengikut rancangan kami mereka akan kembali semula ke Dewan Pameran PWTC selepas makan dan solat. Mereka boleh teruskan melihat pameran itu sehingga jam 5.00 petang.


Kemudian aku masuk semula ke Dewan Pameran untuk mencari anak tahfiz yang tidak muncul itu. Dipendekkan cerita aku terjumpa dia sedang nak keluar ke lobi bangunan. Maka kami bawa dia pulang menaikki van kami yang sedang menunggu untuk bawaku pulang. ( Van yang di bawa Aizad menghantar makanan tengah hari tadi )

Aku balik keletihan dan tertidur. Aku dengar bas membawa rombongan anak-anak tahfiz kami tiba di depan Asrama Puteri jam 6.00 petang. Keseronokkan mereka jelas kedengaran dari celoteh mereka yang penuh keriangan.

Lawatan ke Pameran Buku Antarabangsa telah menjadi satu aktiviti yang tetap dalam jadual kalendar tahunan sekolah kami. Pastinya anak-anak Tahfiz kami akan menunggu kedatangan Pameran Buku Antarabangsa tahun 2010.

Mereka juga menanti-nanti manakah buku yang aku janji akan terbit! Bayangan ceritanya untuk tiga jodol bukuku telh mereka ketahui ( akulah yang telah warwarkan kepada mereka ). Namun bila ya akan muncul buku-buku itu?? Aku telah beri excuse kepada mereka bahawa aku tidak ada masa untuk menulis kerana sibuk menjaga mereka. Hehehe! Any excuse is a good excuse!





Bergambar bersama Angkasawan Negara





Anak-anak Tahfiz Puteri Berangan nak ke Bulan






Cik Su bergambar bersama Sheikh Muzaffar





Anak-anak Tahfiz Puteri sedang relax dalam Panggung Sky Theatre sebelum tayangan






Beratur..... tak sabar nak pekena nasi lemak Mak Aji Best !






Dalam Dewan Pamiran Pesta Buku Antarabangsa 09 di PWTC ....Seronoknya !






Anak-anak Tahfiz Puteri berposing di hadapan bangunan PWTC .... kelihatan keletihan selepas mengunjung Pameran Buku Antarabangsa 09

Friday 17 April 2009

Persiapan Lawatan Esok Hari

Hari ini cuaca panas tidak terhingga! Seperti biasa pada pagi Jumaat, mak teh telah pergi pasar awal-awal pagi. Kemudian pergi ke kedai borong di Kelang untuk barang-barang makanan kering. Aku juga membeli bahan-bahan makanan tid-bits untuk bekalan anak-anak Tahfiz keluar buat lawatan esok hari.

Esok kami akan keluar seharian untuk membuat lawatan ke Planetarium dan juga ke Pameran Buku Antarabangsa 2009 di PWTC. Anak-anak Tahfiz hari ini di suruh berehat, setelah keletihan dipadang semalam dan juga untuk membuat persediaan untuk lawatan esok hari. Namun solat subuh berjemaah di Masjid Negeri tidak ditinggalkan. Kelas khat mereka pada jam 9.00 pagi juga di adakan. Mereka hanya tidak di benarkan pergi keperpustakaan Negeri.

Anak-anak Tahfiz di suruh mengemas asrama, mencuci pakaian dan membuat kerja-kerja sekolah dan berehat. Pada masa ini anak-anak puteri sedang siapkan bungkusan tid-bits yang akan dibawa sebagai bekalan. Malam nanti mereka akan siapkan bahan-bahan untuk membuat sandwic sebelum subuh esok, juga sebahgian dari bekalan. Sekumpulan dari mereka iaitu ketua-ketua bilik telah keluar ke pasaraya ( di bawa oleh ustaz Aizad ) untuk membeli extra snacks yang mereka hendak tambahkan kepada bekalan yang akan diberi. Makanan jam 10.00 akan di bawa merupakan nasi lemak dalam tong-tong katerer. Makanan tengah hari akan di sediakan seperti biasa dan akan di hantar ke bas di K.L. nanti.

Begitulah selalunya kalau kami nak keluar buat lawatan persiapan rapi akan dibuat. Almaklumlah kami membawa keluar 60 orang anak-anak sekolah sehari suntuk, mereka akan lapar kalau tak disediakan makanan secukupnya. Begitu juga dengan minuman, selain yang mereka bawa dalan botol air mereka, minuman panas dalam flask akan juga di sediakan.

Mungkin ada yang bertanya, " Tak lecehkah membawa ramai budak-budak keluar buat lawatan dengan segala persiapan perlu dibuat? "

Jawapannya, " Mak teh dan Pak haji sudah biasa berbuat begitu kerana kami mempunyai anak yang ramai, yang mana sejak mereka kecil lagi kami telah bawa mereka ke merata-rata tempat setiap ada peluang berbuat demikian."

Setiap perkara yang perlu dibuat telah kami beri arahan kepada seseorang untuk bertanggung-jawab. Keluar membuat lawatam membawa anak-anak seramai 60 orang ini merupakan sambungan dari kerja kami yang pernah kami lakukan. Ia juga merupakan di antara hobi kami! Hehehe!

Setiap kali keluar buat lawatan kami kena sewa bas persiaran. Kami dikenakan bayaran rm 600.00 - rm 800 kalau ke kawasan selangor. Kalau keluar jauh lagi kami kena bayar rm 1200. Begitulah mahalnya sewa bas yang kami kena bayar. So kami berdoa dan bermimpilah akan mendapat sebuah bas seperti di bawah ini. Kami sudah buat permohonan, namun belum ada berita lagi mengenainya.

Thursday 16 April 2009

Alhamdulillah , Kami Menang !

Salam Semua!

Hari ini berlangsung pertandingan memanah peringkat Daerah di Shah Alam. Kami telah menghantar 4 orang ahli memanah dari sekolah kami. Pertandingan bermula dari jam 9.00pagi dan berakhir jam 4.00 petang tadi. Ada ramai peserta dari sekolah-sekolah dalam daerah Petaling Perdana. Pada sesi pagi tadi semua anak-anak Tahfiz kami telah di bawa ke medan pertandingan untuk memberi sokongan moral.

Alhamdulillah, apabila keputusan diumumkan 2 orang peserta dari sekolah kami ia-itu Adz dan Syim telah berjaya untuk mewakili Daerah Petaling Perdana untuk ke pertandingan memanah peringkat Negeri Selangor pada bulan Mei.

Mendengar berita kemenangan kami, Mak teh dan Pak haji segera ke asrama untuk menyambut juara kami pulang dari medan pertandingan. Anak-anak Tahfiz lain segera berbaris di hadapan pintu pagar dan apabila juara kami sampai mereka di sambut dengan lagu kemenangan atau victory song " We Are MATAQSAN " Bukan main gembira dan semangat lagi susana ketika itu. Pak hajipun sibuklah mengambil gambar merakamkan saat itu yang sudah tentunya akan masuk dalam lembaran sejarah sekolah kami. ( Nanti aku akan cuba uploadkan gambar-gambar berkenaan.)

Alhamdulillah, berbaloilah usaha kami dan anak-anak Tahfiz kami. Selepas ini kami akan beri mereka latihan untuk menguatkan stamina mereka. Insya-Allah semoga banyak lagi berita kemenangan anak-anak Tahfiz kami di masa hadapan dalam pelbagai bidang. Ameen!

Matlamat sekolah kami ialah untuk membina anak-anak ini dari semua aspek. Salah satu Motto kami juga berbunyi, " An All Rounded Education For Here And Hereafter " Bagi mak teh dan Pak haji kami boleh berkata, " Give us your child and we will make a champion ( develope some good qualities ) out of him or her, Insya-Allah! "


px;


Barisan Pemanah Kami .... steady dan handsome !






Menyiapkan Peralatan Memanah






Warming-up di Garisan Permulaan






Seorang Pesrta kami beraksi .... Bakal Juara !






Anak panah tercacak di sasaran ........60 meter nun jauh di hujung padang






Pulang dengan kemenangan di sambut depan pintu pagar






Disambut oleh semua warga MTAQSA dengan lagu kemenangan " WE ARE MTAQSAN"

Wednesday 15 April 2009

Keceriaan Mereka Keceriaan Kami

Salam Semua!

Di-atas permintaan ramai mak teh cuba uploadkan gambar-gambar aktiviti anak-anak Tahfiz kami. Lihatlah keceriaan mereka apabila melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah dan juga apabila kami membawa mereka keluar buat lawatan. Di bawah ini adalah gambar latihan kadet dan Lawatan ke Kuala Selangor.




Kadet Tahfiz Pengambilan Baru ... segak bersedia ! ( Anak-anak tahfiz tahun 1 )





Dah buat kesalahanlah tu.... Kena hukum ketuk ketampi !





Anak-anak Tahfiz ceria dalam bas - Lawatan ke Kuala Selangor






Anak-anak Tahfiz Puteri...... Lagi ceria seronok nak jalan-jalan!





Mula Berjalan di kaki Bukit Melawati






Mendaki Buikit Melawati





Macam lama dah tak jumpa sampai berpelukan !





Anak-anak Tahfiz Puteri Gembira di atas Bukit Melawati





Bergambar kanang-kenangan di atas Bukit Melawati