Saturday 15 November 2008

Apa-apa Aja!

Assalamualaikum!

Mak teh tak mahu cerita lagi mengenai kesibukan mak teh. Macamlah orang lain tak sibuk! Walaubagaimanapun mak teh dah selesai tanda 2 set kertas BI paper 1 dan 2 set kertas BM paper 1. Nampaknya anak-anak muridku mendapt markah memuaskan untuk keseluruhan paper I BI dan BM. Hanya 1 orang yang gagal English paper 1. Paper 2 aku belum tanda lagi.

Pagi tadi aku temuduga 2 orang pelajar yang memohon masuk ke sekolah kami. Setelah temuduga pelajar-pelajar tersebut dan ibubapa mereka, aku bersetuju menerima mereka masuk. Kedua-duanya mendapat keputusan yang baik untuk UPSR dan PSRA. Semalam aku telah menerima seorang dan minggu lepas ada 4 orang yang telah di terima. Esok ramai lagi yang akan datang untuk temuduga. Alhamdulillah atas sambutan terhadap sekolah kami. Kami juga akan menerima masuk 6 orang adik-adik kepada pelajar-pelajar kami.

Ramai kawan-kawan anak-anakku yang mengikuti blogku. Di antaranya ada seorang kawan Kin yang meminta mak teh menulis bagaimana menjaga perhubungan dengan ibu mertua atau bagaimana nak membawa diri apabila pulang ke rumah ibu mertua. Susah juga nak menulis perkara ini sebab pertama aku bukanlah expert dalam hal ini. Kedua aku takut nanti apa kata bakal menantu aku, nanti dia ingat aku hendak mengajar dia pulak.

Namun adalah aku menasihat anakku berdasarkan rungutan-rungutan yang aku dengar dari jiran, mak long, mak ngah mak su mengenai menantu mereka. Hehehe! Anda ingin tahu apa rungutan mereka? Jiranku berkata, " Bukan sahaja saya kena kejutkan anak saya untuk subuh, menantupun saya kena kejutkan!" Baik punya menantu, fikir mak teh.

Mak long pula merungut kerana menantu lelakinya menyepahkan ruang tamunya, dengan baju, tie, coat dan laptop apabila pulang ke rumahnya. Menantunya juga suka memasak dan apabila menantunya menggunakkan dapurnya penuh bersepah-sepah. Jadi mak long telah merungut dia tidak suka menantunya menggunakkan dapurnya yang bersih dan kemas itu.

Cukuplah setakat ini nanti aku akan sambung lagi.

11 comments:

  1. dulu neeza cam tu la.. bangun subuh, mertua kejutkan.. tapi Alhamdulillah, sekarang tak lagi.. susah jugak nak adjust..

    bab masak tu, neeza memang jarang masak bila balik rumah mertua.. ke, tak pernah langsung.. hehee.. sebabnya.. mertua neeza memang suka untuk masak especially untuk anak dia laaa... anak dia (husband neeza) pun memang suka masakan mak dia.. kalau neeza masak, tak dapatlah anak dia makan masakan mak.. jadi neeza rehat.. tolong sesikit aje.. tak tahu lah dia mengata ke tak kat belakang.. hehehee...

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera.syukur pada tuhan pak aji semakin sihat dan cergas.Alhamdulilah,sekolah mak aji mendapat sambutan yg menggalakkan.dan tak lupa juga,selamat menyambut menantu baru.tentang menantu ni,saya teringat cerita kawan ayah.katanya'tujuh menantu aku,tujuh macam ragam nya'bila aku nak kekedai,masing2 sibuk pesan beli s/khbar,tapi duit satu sen tak diberinya.ada yg banyak cakap(naik rimas ipar duai dan biras melayannya),ada yg terlalu bersih melampau(pening kepala dibuatnya),dan mcm2 lagi.dan mak saya pula,ada 10 macam perangai anak menantunya,lagiii pening kepalanya mak aji,belum termasuk cucu(80 orang).
    sekian saja utk kali ini.
    salam sejahtera.

    ReplyDelete
  3. salam,

    Tersenyum baca entry ni.... anggaplah menantu macam anak kita sendiri, buat salah kita tegur, kalau jenis yang tak makan saman tu yang ponin kepalo dibueknyo.

    Ni no hp saya... 0179016648 ... kami mungkin di ruma adik di Shah Alam sebab mak ada kat situ , kalau makteh ada boleh kami raya nanti .

    ReplyDelete
  4. Salam Mak Teh,
    lamanya tak tinggalkan jejak kat sini.. dah nak bermenantu erk..

    pendapat umie la kan..
    umie anggap menantu spt anak2 umie yg lain juga... kalau sama2 kat dapur, suruh jer bantu kita mana yg perlu... sebagai menantu perempuan tak sepatutnya hanya duduk bersimpuh makan minum, kita yg hidangkan... atau duduk terperuk dalam bilik...tanpa membuat apa2.kalau tak tau, tanye...dari situ kita akan memahami diri masing2 dan dapt menyesuaikan dgn keluarga kita... kalau ada yang tak kena. kita tegur dgn baik... budak2 sekarang kita kena ckp terus terang,, kalau cakap berlapik atau berbunga2 dgn kiasan... dia org mmg tak faham...

    ehh terpanjang lebar pulak mak teh.. maaf le.harap Pak Aji sihat hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan Mak Teh,

    Seronok dengar cerita MakTeh dlm Blog ni.. kebetulan kenal dengan ElisaTaufik dan Onde2..

    Saya dan suami sedang merancang nak relocate dari Seremban2 ke Shah Alam, mungkin dlm masa 6 bulan lagi, InsyaAllah. Buat masa ni anak dah cnfm Drjh 1 di sekolah Sri Seremban (Sek. Islam Swasta).

    Jadi saya nak mohon jasa baik Makteh, sekiranya kami berjaya relocate ke SA,apa cara saya boleh daftarkan anak saya ke sek agama yang Mak teh jlnkan ni. Besar harapan saya nak masukkan anak ke sek. agama ni..

    Salam mesra,
    Farida Ismail

    ReplyDelete
  6. Neeza, bertuah neeza dapat mak mertua yang baik. Pandai-pandailah menjaga hatinya.

    ReplyDelete
  7. Ludang Paku. hehehe mak teh boleh bayangkan kalau dah banyak menantu tentu banyak ragamnya!

    ReplyDelete
  8. Sarina, terima kasih atas nasihat itu. Sememangnya mak teh akan buat menantu seperti anak sendiri. Mak teh ni jenis straight forward tak akan simpan dalam hati. Suka ajar orang apa yang mereka tak tahu. I hope my bakal menantus can adjust to me.

    ReplyDelete
  9. Umie, mak teh pun jenis frank. Akan cakap terus terang apa yang patut di cakapkan.

    Alhamdulillah! Pak haji dah semakin sihat.

    ReplyDelete
  10. Farida, selamat berkenalan! Sila hubungi kami apabila berada di Shah Alam. OO ialah Guru Besar Sekolah Rendah Tahfiz Al Hanna .Hehe kami sedia berkhidmat!

    ReplyDelete