Showing posts with label My story.. Show all posts
Showing posts with label My story.. Show all posts

Wednesday, 11 March 2009

Balik Kampung! Balik Kampung!

Salam Semua!

Lagi 2 hari sekolah kami cuti. Mulalah terbayang nak pergi jalan-jalan ke utara balik tengok Bonda yang uzur. Apapun mak teh dan Pak haji mesti rehat sehari dua dahulu. Petang ni baru Hilux nak pergi service. Jadi nampaknya hari selasa baru kami boleh bertolak.

Kalau balik Kedah kami selalunya berlabuh di rumah Bonda. Kadang-kadang musim cuti kalau kami balik dan berlabuh di rumah Bonda, orang lainpun balik bercuti juga. So hotel Bonda overbooked, kami pendekkan cuti kami. Dulu kami ada rumah persinggahan di Alor Setar. Rumah itu rumah kepunyaan arwah bapasaudara Pak haji yang tidak di huni berpuluh tahun.

Kami telah tinggal dirumah itu sebagai rumah persinggahan. Kami juga pernah menetap di rumah itu selama 2 tahun. Kami sekeluarga selesa tinggal di rumah itu dan sayang padanya membuatkan kami menyuarakan untuk membelinya. Namun harga yang di minta oleh orang-orang yang mewarisnya menjangkau lebih RM 1 juta. Sudah bertahun pula kami tidak pulang kerumah itu hingga hari ini rumah itu masih kosong. Tidak ada saudara mara lain yang berani tinggal di rumah itu dan rumah itupun masih belum terjual. Setiap kali balik ke Alor Setar aku tidak berani menoleh memandang rumah itu kerana kami selalu merinduinya dan kami percaya rumah yang semakin usang itu juga merindui kami.

Kalau kami ke utara, perlis dan padang besar juga mengimbau kami. Di sebuah kampung di Perlis bersempadan dengan Kedah ada sebuah keluarga yang menjadi rapat hubungan dengan kami walaupun mereka buka pertalian darah dengan kami. Ketua keluarga itu merupakan anak saudara kepada isteri bapa saudara Pak haji. Kami menjadi rapat kerana sama-sama menjaga atau ambil berat emak saudara itu setelah kematian suaminya iaitu bapa saudara Pak haji.

Setiap kali mengunjungi keluarga itu kami akan dihidangkan dengan masakan kegemaranku seperti gulai daging campur rebung dan sambal belacan spesial. Hmmm! Amat menyelerakan! ( sambil taip inipun kecur airliurku. Hehehe! ) Kami juga tidak lepas peluang untuk ke Padang Besar dan melawat Gua Gelam. Aku sangat suka membawa anak-anak melawat Gua Gelam walaupun dah pergi berkali-kali kerana formasi stalactite dan stalagmite nya yang menakjubkan.

Lagi satu perkara yang menarik apabila balik Alor Setar ialah kuih-muihnya yang berbagai jenis murah dan amat lazat. Begitu juga dengan makanan lain yang tidak terdapat di lembah kelang. Salah satu kegemaranku ialah air nira segar, manis dan menyegarkan. Aku juga suka makan laksam utara yang berlainan dengan laksam pantai timur. Cendol dan ais kacang sedap dan mudah didapati. Setiap kali pergi Kedah aku akan angkut bawa balik segala mak nenek terutama, belacan tanjung dawai, asam jawa, dodol, pekasam, bahan-bahan acar buah dan beras pulut.

Percaya atau tidak kain ela lebih murah di Alor Setar berbanding di KL. Oleh sebab itu semua kain untuk pakaian seragam sekolah kami di order dari Alor Setar. Lagi satu perkara yang menarik ialah orang-orang Kedah akan tersenyam apabila terpandang kita walaupun kita tidak mengenali mereka. ( Ini yang aku tak jumpa kat tempat lain! Heheh, jangan marah ya orang-orang yang bukan orang Kedah!)

Kalu dah suka sangat Kedah kenapa tak balik dok Kedah? Mungkin anda bertanya demikian. Panjang ceritanya nanti akan ku cerita di lain entry. Insya-Allah!

Saturday, 24 May 2008

Lebih Setengah Abad Dah Berlalu

Assalamualaikum, Hari ini mak teh nak cerita kisah semalam tarikh 23 Mei .....

Setengah abad yang lalu ( tambah beberapa tahun lagi )lahirlah seorang insan tepat jam 1 a.m ( orang Melayu kata tengah malam buta ). Maka terdetiklah dihati si ibu bahawa bayi yang baru dilahirkan itu akan menjadi seorang yang cekal hati ( keras hati/ degil? ). Namun ibu itu bersyukur kerana bayi itu di lahirkan cukup sifat dan sempurna. Kebimbangan ibu ialah kerana semasa awal mengandung dia tidak tahu bahawa dia sedang mengandung. Dia merasakan badannya macam demam lalu dia telah makan ubat-ubat, akar kayu serta jamu dan mengurut serta menungku perutnya. Apabila dia merasa masih tak sihat dia pun pergi berjumpa dengan seorang doktor muda di Alor Setar ( sekarang mantan Perdana Menteri Malaysia ). Doktor telah memberitahunya dia bukan sakit tetapi sedang mengandung beberapa bulan. Ibu itu terkejut dan berasa nasib baik kandungan itu tidak keguguran.Beberapa bulan kemudian pada tarikh 23 Mei, lahirlah seorang bayi yang agak comelkut? ( Dalam hati ibu, nasib baik bayi ini mukanya tidak kemek ! Mengenangkan apa yang dia telah lakukan semasa mengandung bayi itu, melihat bayi yang begitu sempurna, meyakinkannya bahawa bayi ini bukanlah calang-calang orangnya ! )

Ok, to make the story short, yesterday was my birthday! As early as 1 am there were messages of Birthday Wishes from my children overseas. In the morning there were birthday wishes from the other children. Then I phoned my brother to remind him of the importance of the date and I got birthday songs from the cell-phone. I asked him to convey to my mother my salam and asked for her blessings and forgiveness. Brother informed that mother was in his house and that her health is getting much better. Alhamdulillah!

So that started my busy day on the 23rd of Mei- yesterday. HAPPY BIRTHDAY TO ME! HPPY BIRTHDAY TO ME ( Will continue.... )