Saturday, 6 December 2008

The Excitement Begins

Assalamualaikum!

Today, I woke up early in the morning with feeling of excitement in the air. The house soon start to buzz with activities. This in the first weekend where all the children are at home ready to do chores with their father and me. Yes! we are stepping up our preparation for the Big Day, akmal's wedding which will be on the 12th December for the Akad nikah and 13th December, reception on girl's side and 14th december reception on our side.

Lia flying back from Jordan will arrive in Klia at 2.30 pm today and Yanna from Cairo will arrive at 9.00 pm today. We are a little bit sad that Ally is not able tobe with us, he is in Cairo attending to his studies. Yanna reported that Ally was feeling down when he realized he could not come back for amal's wedding. Nevertheless I had promised him that after his exam in late January, he may come back to be with us for 2 weeks.

Meantime I have assigned duties to all my children. That has been the way with our family when facing with important events. Zed will fetch Lia from tha airport, Amal will fetch Yanna. Zed is incharge of housekeeping and presentation, amal will take care of the sign boards and lightings. Kin and Ude will take care or Barang Hantaran and the Pelamin and bridal chamber, bunga telur ang clothings for all members of the family. My duty will be the guests list, the canopy and the food. Pak haji's duty due to his present health condition, will be the Director and chief-supervisor for all activities. You could hear his voice now and then directing us to do this and that! Not that we follow everything he says! Hehehe!

Today starting at 10 am, we are expecting applicants to arrive for the interview for our school new intake for year 2009. I do not know how many will turn up but I do expect quite a number. So I must go and get ready now before they turn up. Bye for now.........

Thursday, 4 December 2008

Maaf ! Lama Tak Blog

Assalamualaikum! Sudah agak lama mak teh tak blog. Terlalu banyak perkara yang harus dilakukan, terlalu banyak hal yang hendak di fikirkan. Anyway petang rasalah ada mood sikit nak ber blogging. Walaupun anda tak nampak kelibat mak teh dalam blogging world, mak teh sentiasa ditemani oleh member bloggers melalui SMS.

Berita dari mak teh ialah pak haji sudah bertambah sihat dan kuat, Alhamdulillah! Esok pertamakali dia akan ke IJN setelah keluar hospital itu selepas operation. Bekas luka didadanya yang di bedah hanya kelihatan satu line yang bersih dan cantik tidak ada bonjol-bonjol. Bekas jahitan di kakipun kelihatan lukanya sudah sembuh. Namun parut panjang di kaki kirinya ada sedikit gelembung.

Majlis perkahwinan atau menyambut menantu bagi pihak mak teh akan berlangsung tidak lama lagi. Kesibukan agak terasa tetapi kebanyakan perkara yang perlu di uruskan telahpun dibuat. Ada beberapa perkara lagi yang aku perlu lakukan. Pertama baju mak pengantin belum siap, baru nak hantarkan kain ke tailor. Kedua bunga coklat yang akan menggantikan bunga telur belum di bungkus. Ketiga aku nak masak sendiri acar buah utara untuk hidangan di majlis nanti, esok baru nak carikan bahan-bahannya. Ada satu jenis lagi lauk yang akan di hidangkan bukan dari caterer. Mula aku cadang nak masakannya, tetapi kemudian jiran-jiran pula offer nak bantu tolong masakkan. Alhamdulillah kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan! Hehehe, untung juga ada jiran yang baik hati.

Sekolah kami telah mula bercuti pada 1 Disember. Itulah sebabnya mak teh, pak haji dan tenaga pekerja kami dapat berehat sedikit. Sekolah kami akan buka semula pada 1 Januari 2009 untuk pendaftaran pelajar-pelajar baru. Dalam pada itu sejak kebelakangan ini Pak haji dan aku tak putus-putus menjawab panggilan telefon dari mereka-mereka yang berminat akan memohon untuk masukkan anak-anak mereka ke sekolah kami. Kami menetapkan hari Sabtu dan Ahad untuk interview pemohon dan ibubapa mereka. Kami amat bersyukur kerana ramai diantara pemohon-pemohon dari kalangan yang mendapat 4A dan 5A UPSR. Namun kami juga bersetuju menemu duga pemohon-pemohon yang amat berminat untuk menghafal dan mempelajari ilmu al-quran walaupun keputusan mereka hanya 3A, 2B atau 2A, 3B. Kami juga akan menemuduga pemohon-pemohon yang ada C English sekiranya mereka datang dari sekolah luar bandar dan memenohi criteria yang lain.

Sekian dahulu, selamat bercuti mak teh ucapkan kepada yang sedang bercuti dan Selamat Hari Raya Haji kepada semua muslimin dan muslimat.

Saturday, 15 November 2008

Apa-apa Aja!

Assalamualaikum!

Mak teh tak mahu cerita lagi mengenai kesibukan mak teh. Macamlah orang lain tak sibuk! Walaubagaimanapun mak teh dah selesai tanda 2 set kertas BI paper 1 dan 2 set kertas BM paper 1. Nampaknya anak-anak muridku mendapt markah memuaskan untuk keseluruhan paper I BI dan BM. Hanya 1 orang yang gagal English paper 1. Paper 2 aku belum tanda lagi.

Pagi tadi aku temuduga 2 orang pelajar yang memohon masuk ke sekolah kami. Setelah temuduga pelajar-pelajar tersebut dan ibubapa mereka, aku bersetuju menerima mereka masuk. Kedua-duanya mendapat keputusan yang baik untuk UPSR dan PSRA. Semalam aku telah menerima seorang dan minggu lepas ada 4 orang yang telah di terima. Esok ramai lagi yang akan datang untuk temuduga. Alhamdulillah atas sambutan terhadap sekolah kami. Kami juga akan menerima masuk 6 orang adik-adik kepada pelajar-pelajar kami.

Ramai kawan-kawan anak-anakku yang mengikuti blogku. Di antaranya ada seorang kawan Kin yang meminta mak teh menulis bagaimana menjaga perhubungan dengan ibu mertua atau bagaimana nak membawa diri apabila pulang ke rumah ibu mertua. Susah juga nak menulis perkara ini sebab pertama aku bukanlah expert dalam hal ini. Kedua aku takut nanti apa kata bakal menantu aku, nanti dia ingat aku hendak mengajar dia pulak.

Namun adalah aku menasihat anakku berdasarkan rungutan-rungutan yang aku dengar dari jiran, mak long, mak ngah mak su mengenai menantu mereka. Hehehe! Anda ingin tahu apa rungutan mereka? Jiranku berkata, " Bukan sahaja saya kena kejutkan anak saya untuk subuh, menantupun saya kena kejutkan!" Baik punya menantu, fikir mak teh.

Mak long pula merungut kerana menantu lelakinya menyepahkan ruang tamunya, dengan baju, tie, coat dan laptop apabila pulang ke rumahnya. Menantunya juga suka memasak dan apabila menantunya menggunakkan dapurnya penuh bersepah-sepah. Jadi mak long telah merungut dia tidak suka menantunya menggunakkan dapurnya yang bersih dan kemas itu.

Cukuplah setakat ini nanti aku akan sambung lagi.

Thursday, 13 November 2008

Peperiksaan dan Persiapan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum!

Hari ini sudah masuk hari keempat pelajar-pelajar kami menduduki peperiksaan. Kertas bagi subjek yang aku ajar juga berakhir hari ini ia-itu BM kertas 2 untuk Ting 2. Nampaknya kebanyakkan mereka boleh membuat peperiksaan tersebut dengan baik. Insya-Allah nanti kita tengok apabila kertas-kertas itu di tanda.

Anakku yang ke-8, Alan juga sedang menduduki peperiksaan SPM. Alan seorang anak yang bertuah lain sedikit dari anak-anak yang lain. Aku sentiasa berdoa agar dia dapat melakukan peperiksaannya dengan baik. Namun aku percaya bahawa Allah SWT amat penyayang akan setiap hambanya, jadi aku tidak terlalu bimbang akan masa depannya, rezeki Alan tentunya ada, Insya-Allah!

Hari ini juga keputusan UPSR akan keluar. Ramai pelajar-pelajar yang memohon untuk masuk ke MTAQSA menanti keputusan ini untuk terus berurusan dengan kami. Kami akan menerima pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 3A dan 2B. Permintaan untuk di tempatkan ke sekolah kami semakin meningkat termasuk untuk sekolah rendah. Alhamdulillah, ramai ibubapa muda telah sedar akan kebaikan sekolah jenis aliran integrasi ini.

Dari sudut persediaan untuk perkahwinan amal pula, kad jemputan akan mula di edarkan hari ini. Order untuk pemasangan khemah dan katerer makanan telah di uruskan. Cuma order untuk cenderahati ganti bunga telur belum siap lagi. Dari awal aku bercadang tidak mebuat bunga telur kerana aku nampak ia-nya satu pembaziran. Jadi aku bercadang menggantikannya dengan sesuatu yang orang akan makan dan tidak membuangkannya. Namun untuk tidak terus mengabaikan adat aku akan buat bunga telur untuk bunga pahar hiasan di pelamin. Aku telah fikir perkara ini masak-masak sebab aku juga menganggap diriku seorang budayawan.

Pak haji sudah beransur pulih, cuma kudratnya belum kuat dan suaranya masih perlahan. Selain dari itu dia sudah boleh berjalan melewati empat buah rumah jiran dan kemudian berpatah balik. Kasmi lakukan senaman berjalan ini awal pagi dan petang.

Lia yang sedang buat clinical ( medic ) di Irbid, Jordan sudah bersiap-siap untuk pulang bercuti untuk hari raya haji dan kenduri perkahwinan amal. Yanna dan Ally di Cairo masih meninjau-ninjau tiket yang murah untuk pulang juga. Aku tidak berjanji kepada mereka tetapi kalau ada rezeki insya-Allah dapatlah mereka bersama kami di hari raya haji dan kenduri amal. Tiket pergi balik mereka mungkin mencecah rm 4,000 seorang. Semoga Allah murahkan rezeki kami. Ameen!

Friday, 7 November 2008

Kelamkabut

Assalamualaikum!

Telah sekian lama mak teh tidak menjenguk blog. Ini adalah kerana mak teh amat kesuntukan masa dan juga ada masaalah dengan streamyx. Hari ini ada sedikit masa lapang dapatlah mak teh menjenguk kawan dan membuat posting ini.

Berita baik dari kami ialah Pak haji telah seminggu berada di rumah sejak keluar dari IJN hari khamis lalu. Keadaan Pak haji beransur pulih, sudah boleh makan, berjalan dan ke tandas sendiri. Dia juga sudah bolih bangun dan tidur sendiri. Sebelum ini mak teh atau anak-anak terpaksa membaringkan dan mendudukkannya di atas katil. Luka-luka pembedahan Pak haji di kaki dan di dada nampak mula sembuh. Alhamdulillah ! Pak haji tidak lagi mengadu sakit kepala, cuma pergerakannya masih lemah dan aku tidak boleh membincangkan perkara-perkara berat dengannya. Maka terpaksalah aku memikirkan dan melakukan sendiri banyak perkara.

Anak-anak tahfiz sibuk menyediakan diri untuk peperiksaan akhir tahun. Tiap waktu lapang mereka di hantar ke perpustakaan untuk mntuk mencari maklumat atau mengulang pelajaran masing-masing. Peperiksaan mereka akan bermula pada hari Isnin ini 10hb November dan akan berakhir pada 26 hb November. Mereka akan pulang bercuti pada hujung bulan ini.

Persiapan untuk kenduri perkahwinan amal sedang berjalan walaupun kami dalam keadaan kelamkabut sedikit. Aku sentiasa berdoa agar kenduri itu berjalan dengan lancar, sederhana dan memuaskan hati. Semua anak-anak tahfiz dan ibubapa mereka kami jemput untuk kenduri ini, namun kad jemputan hanya akan di beri kepada mereka yang mengesahkan akan hadir.Kad untuk semua telah di lekatkan di papan kenyataan di asrama lelaki dan perempuan. ( Nak jimatkan kad. Hehe! )

Lagi sekali mak teh ucapkan kepada semua rakan dan kenalan bloggers yang telah sama-sama mendoakan kesihatan pak haji dan kesejahteraan keluarga kami. Allah SWT sahaja yang akan membalas kebaikan anda!

Monday, 27 October 2008

Pemulihan Setelah Pembedahan

Assalamualaikum!

Oleh kerana hari ini cuti umum Deepavali, sekolah kamipun bercuti. Pelajar-pelajar berada dalam asrama mengulangkaji untuk peperiksaan mereka yang akan bermula pada 12 November ini. Nampaknya mereka sedang tekun mengulangkaji. Sejak Pak haji sakit ni, anak-anak tahfiz tidaklah menunjuk kenakalan mereka. Merekapun telah banyak melakukan solat hajat untuk Pak haji. Zed kata mereka berkelakuan baik dan mudah di kontrol.

Pagi ini dapatlah aku rehat sedikit kerana Kin dan Cik Su bertugas menjada Pak haji di hospital malam tadi hingga ke tengah hari ini. Mak teh akan mengambil alih tugas itu dari tengah hari hingga jam 10.00 malam. Shif tugas begini telah kami jalankan sejak Pak haji di masukkan ke wad selepas keluar dari ICU. Shif begini sesuai dengan aku yang tak tahan sejuk malam ( air-cond ) dan di pagi hari aku mengurus hal-hal sekolah.

Semalam Pak haji sudah boleh bangun berjalan perlahan-lahan dalam bilik ke tandas di temani ( tak boleh lepas sendirian bahaya takut jatuh ). Dia masih mengadu sakit kepala yang agak kuat ( di beri panadol ) Kata doc ini perkara biasa selepas operation. Sejak selepas pembedahan suhu badan menunjukkan dia demam sedikit, juga perkara biasa kata doc dan juga doc peribadi dari Jordan ( Dr Lia ). Alhamdulillah semalam lapuran medical Pak haji lebih baik, suhu badan sudah normal, tekanan darah bagus, hertbeat normal, gula dalam darah 9 dan oxygen dalam darah bagus! Gembiranya Dr Lia mendapat lapuran itu dari nurse pribadai Pak haji ( mak teh lah ). Yang masih ada ialah sakit kepalanya, aku suruh dia bersabar sajalah sambil beristighfar.

Ramai sahabat handai dan ibubapa pelajar telefon ingin melawat Pak haji. Aku berterima kasih kepada keprihatinan dan niat baik mereka,namun aku meminta mereka supaya datang menziarah apabila Pak haji kami bawa pulang ke rumah. Ada dua sebab kenapa aku meminta demikian, pertama kami takut jangkitan kuman kerana Pak haji masih lemah, kedua kerana Pak haji perlu rehat dan tirak sesuai menerima pelawat. Lagi beberapa hari dia boleh pulang dan barulah sesuai menerima pelawat. Aku harap kawan-kawan dan sahabat handai faham akan keadaan ini.

Pak haji amat bersyukur dan berterima kasih atas semua solat-solat hajat dan doa yang di lakukan oleh semua orang. Setiap kali aku memberi tahunya ada kumpulan itu atau ini yang telah melakukan solat hajat untuknya Pak haji akan menunjukkan wajah seperti hendak menangis kerana menahan sebak di dada dan kelihatan sebutir dua air mata keluar dari kelopak matanya! Ramainya orang yang prihatin dan mengasihi Pak haji ( dia tidak sangka ! )

Sekarang aku nak masak makanan pukul 10 untuk anak-anak tahfiz. Kemudian aku akan ke pasar basah, kemudian nak memberi kerja latihan untuk pelajar-pelajar ting 1 & 2. Selepas itu mak teh akan ke IJN menjaga Pak haji. Oh ya! IJN telah menjadi seperti rumah kedua kami. ( Kan beberapa bulan lalu mak teh masuk IJN dan 3 tahun lepas Pak haji juga telah masuk IJN ). Di sana aku ada ramai anak-anak angkat yang memperdulikan hal kami. Pertama ada Dayana , ketua nurse OT kawan Zed yang sangat mengambil berat hal Pak haji dari mula masuk hingga pembedahan hinggalah pemulihan. Kedua kami ada nurse Ju kawan Lia ( dulunya selalu melepak atau study dengan Lia kat rumah kami di Alor Setar) yang selalu menjenguk dan ambil tahu pemulihan Pak haji. Ketiga aku ada Syima ( front office )yang sentiasa menyambut kedatanganku dengan senyuman manis dan sapaan mesra. Keempat aku ada En Zan pegawai perhubungan yang sentiasa mendengar akan masaalahku apabila di IJN.

Saturday, 25 October 2008

Di PermudahkanNYA

Assalamualaikum!

Alhamdulillah! Pak haji telah selamat menjalani pembedahan coronary by-pass pada hari khamis ( dua hari lepas ). Pembedahan mengambil masa 4 jam setengah merangkumi 4 pintasan 'flyover'. Pak haji di sorong ke OT jam 7.30 pagi, kami di fahamkan proses surgery akan bermula jam 9.00 am. Selepas itu kami sekeluarga menunggu di bilik menunggu di Tingkat 1 IJN dengan keresahan di hati sambil berdoa atas keselamatan orang yang di kasihi. Jam 1.30 aku mendapat panggilan dari ketua nurse OT memberitahu bahawa pembedahan sudah selesai dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kelegaan yang kami rasakan tidaklah terkata hanya aku melafazkam kesyukuran kepada Allah SWT. Kami di benarkan masuk melihat Pak haji di dalan ICU jam 2.15 petang. Sedih melihat Pak haji dalam keadaan tidak sedar lagi di lekatkan dengan beberapa talian saluran ubat, darah, pernafasan dll dengan mesin alat pemantau di sebelah kepala katil. Namun aku telah tabah bersedia akan keadaan begini kerana tahun lepas aku juga telah menghadapi major surgery bagi anakku Lia.

Keadaan Pak haji bertambah baik, petang semalam dia telah di bawa keluar dari ICU ke wad HDU di wad Cempaka. Dia telah sedar sepenuhnya tanpa talian yang ada semalam. Hanyan talian alat pernafasan kecil sahaja yang di lekatkan ke hidungnya. Pak haji dapat berbual perlahan dan minum sedikit air. Di sebelah petang dia boleh sit up untuk makan makanan malam. Kami sekeluarga amat bersyukur melihat pulihnya Pak haji dari pembedahan yang major itu.

Aku percaya berkat doa dan solat hajat ramai orang termasuk anak-anak tahfiz kami, beratus-ratus kawan-kawan anak-anak kami di Syubro dan rumah Selangor di Mesir, para jemaah masjid negeri dan sahabat handai dan kawan-kawan bloggers juga, Allah telah perkenankan laluan yang cepat dan mudah untuk Pak haji. Semua urusan berjalan dengan pantas dan lancar, Alhamdulillah! Semuga Allah berikan kesihatan dan panjangkan umur Pak haji. Ameen!

Tuesday, 21 October 2008

Operation - By-pass

Assalamualaikum!

Semalam awal pagi aku telah mendapat panggilan dari IJN. Mereka hendak aku segera kesana kerana Dok telah periksa Pak haji dan menasihatkan agar Pak haji segera menjalani Engiogram. Aku dan Kin bergegas ke hospital. Kami membuat urusan pembayaran pembayaran wang perlu yang di minta oleh pihak hospital. Pada jam 2.00 pm Engiogram di lakukan ke atas Pak haji. Kami tunggu di luar operation theatre. Sejam kemudian Dok panggil aku masuk kedalam untuk menerangkan results Engiogram itu.

Kelihatan gambar scan itu banyak blockages, jadi Doc explain apa yang harus dilakukan. Aku faham dan mengangguk-ngangguk. Pendek cerita Pak haji mesti melakukan operation By-pass. Sekejap lagi aku akan ke IJN. Kami semua melakukan solat hajat dan berdoa agar Pak haji selamat menjalankan pembedahan ini.

Nanti later aku akan cuba update.

Monday, 20 October 2008

Bumi Di Timpa Hujan

Assalamualaikum!

Sekarang di bumi Shah Alam sedang mengalami musim hujan. Ada sebuah peribahasa berbunyi ' mana bumi tak di timpa hujan ' yang bermaksud tiap manusia mesti menghadapi dugaan dalam hidupnya. Begitulah juga dalam hidup kami dugaan sentiasa ada.

Di pendekkan cerita Pak haji kurang sihat sejak hari Jumaat lepas. Dia mengadu sakit dada dan lenguh leher hingga ke rahang. Mula-mula aku sangkakan angin dari perut yang kosong sebab dia sedang berpuasa ketika mula mengadu sakit. Apabila makan ubat angin masih tidak hilang sakitnya maka kami telah menhantarnya ke hospital SMJC. Setelah melakukan ECG ada sedikit pembacaan di carta menunjukkan kemungkinan masaalah jantung. Mereka hendak melakukan second test dan hendak wardkan Pak haji.

Oleh kerana Pak haji adalah pesakit yang telah berdaftar dengan IJN, kamipun minta nak di bawa ke IJN. Kami pulang ke rumah dengan harapan Pak haji tidak akan jadi bertambah teruk. Kami tak terus ke IJN sebab malan sabtu ada majlis berhariraya kami. Malam tadi kami telah membawa Pak haji ke IJN dan telah di masukkan ke ward pada jam 2.00 am. Pak haji tidak mahu di temani kerana kami semua banyak kerja masing-masing.

Hari ini selepas aku mengajar aku akan ke IJN untuk menjenguk Pak haji. Amal dan Kin telah mengambil cuti agar dapat membantu pergerakkan kami di rumah dan hospital. Kami doakan semoga Pak haji akan sembuh dan sihat semula.

Saturday, 18 October 2008

Hari Raya Puasa Enam

Assalamualaikum!

Hari ini adalah hari raya warga MTAQSA. Semalam kami tamat berpuasa enam, sunat Syawal. Untuk mendapatkan bonus pahala berpuasa setahun kami galakkan semua warga MTAQSA melakukan puasa ini. Tak habis-habis kisah hari rayakan? Namun mak teh nak ceritakan kisah hari raya kami kerana kami akan jadikan puasa enam dan majlis berhari raya ini sebagai tradisi kami setiap tahun. Malam nanti selepas maghrib kami akan merayakannya.

Aku telah pergi ke pasar membeli barang-barang perlu. Selepas tengah hari nanti kami akan mula memasak. Menu kami termasuk ayam panggang ( B-b-Q ), coleslaw, kentang putar, nasi beriyani, darca, daging masak hitam, mee kuah MTAQSA spesial, blue berry muffin dan sirap limau. Selepas ini mak teh nak marinate ayam dahulu sebanyak 10 ekor. Tugas-tugas lain telah di bahagikan kepada anak-anak dan anak-anak tahfiz.

Anak-anak tahfiz banan akan mengemaskan halaman dan mendirikan khemah serta mengatur meja dan kerusi. Anak-anak tahfiz banat berebut-rebut nak membantu di dapur menyediakan coleslaw dan kentang putar. Menyediakan muffin pula akan di juarai oleh Ude dan 2 orang anak-anak tahfiz. Mereka juga akan mengangkat dan menghidangkan makanan. Ayam panggang akan di bakar oleh anak-anak banan. Kalau mereka tak pandai bakar kami akan goreng sahaja bersalut tepung special. Rasanya nanti lebih sedap dari yang di beli dari outlet makanan segera ayam yang terkenal tu.

Tugas mak teh pula adalah memasak nasi beriani, darca, kuah mee MTAQSA spesial dan marinate ayam. Kelihatan mudah dan sedikit sahaja kerja mak teh kan! Itu lah beruntangnya mak teh kerana mempunyai anak-anak yang ramai. Kami akan menyediakan makanan untuk 100 orang termsuk untuk kami semua dan tetamu yang di jemput.

Semalam Pak haji tidak berapa sihat. Hari ini mak teh tak benarkan dia buat apa-apa kerja berat. Tapi dia masih sibuk juga membuat kelas tambahan dengan pelajar-pelajar. Aku tak boleh nak kata apa sebab jenis Pak haji ni tak boleh di larang. Pak haji juga akan menemu duga seorang ustazah untuk diambil sebagai tenaga pengajar kami.

Setakat ini dahulu mak teh dah terpaksa nak masuk dapur. Nanti tak manjadi pula masaka-masakan tu. Hehehe!

Wednesday, 15 October 2008

Kisah Kami Dan Anak-Anak Tahfiz

Assalamualaikum!

Termasuk hari ini telah empat hari warga MTAQSA berpuasa sunat syawal. Kami akan berhari raya pada hari sabtu ini. Pada malam Jumaat ini selepas berbuka puasa kami akan berhari raya bersama staf masjid negeri di halaman kuaters mereka. Ada lagi rezeki anak-anak tahfiz kami. Pada hari sabtu pula Cik Gu Tengku yang pernah mengajar di sekolah kami pada tahun lalu telah menjemput anak-anak ini ke rumahnya untuk jamuan hari raya. Pada malam sabtu pula kami akan adakan majlis hari raya selepas puasa enam mengikut tradisi sekolah ini.

Petang ini cuaca di Shah Alam hujan lebat bersama ribut petir. Sebahgian rumahku di masuki air hujan. Keadaan di rumahku tak dapat nak di ceritakan. Di dapur sibuk menyediakan makanan untuk berbuka. Aku baru saja lepas membantu pembantuku ( hehehe ) di dapur memasak sedikit juadah untuk kami berbuka. Pelajar perempuan sedang menulis Al-Quran sebelum menghafalnya malam nanti. Pak haji baru sahaja keluar menghantar makanan ke asrama lelaki.

Sejak 3 hari lepas kami mula membuat laundry sendiri, di belakang rumah 2 buah mesin basuh sedang berhempas pulas membasuh pakaian. Pakaian yang di basuh semalam telah kering tetapi yang sedang dalam proses cucian ini tidak cukup tempat untuk di sidai. Lagi pulak hari sedang hujan dan malam akan menjelang. Keadaan begini lah menyebabkan aku rasa nak sangat beli mesin pengering baju. Kalau nak beli mesin pengering kegunaan rumah ianya tidak mahal sangat RM 2000 sudah dapat jenama yang bagus. Namun ia hanya boleh memproses 6 kilo cucian sahaja. Nak beli mesin pengering yang komersial boleh memproses 20 kilo cucian sekali gus tetapi harganya rm 10,000. Kami baru mendapat sumbangan rm 2000 untuk tujuan tersebut. Nampaknya kami kena banyak-banyak bersabar.

Anak-anak tahfiz kami sedang bersungguh-sungguh belajar kerana peperiksaan akhir tahun akan di adakan awal bulan hadapan. Dari segi pencapaian hafazan mereka keseluruhannya agak memuaskan. Ada yang prestasi bagu dapat menghafal 2 mukasurat sehari. Ada yang sederhana atau biasa dapat menghafal 1 muka surat sehari. Ada juga beberapa orang yang lambat sedikit tahap hafazannya. Perkara ini tidak merisaukan kami asalkan mereka bersungguh-sungguh mahu belajar.

Keseluruhannya anak-anak tahfiz kami nampak sihat dan ceria. Alhamdulillah mereka telah dapat di disiplin untuk membentuk perwatakan yang baik. Dalam mendisiplinkan mereka Pak haji amat tegas dan adalah juga yang terpaksa di hukum atas kesalahan-kesalahan mereka. Namun aku, Pak haji dan anak-anak kami mengambil berat terhadap mereka ini seperti ahli keluarga kami sendiri.

Hujung minggu ini ada beberapa orang yang akan datang temuduga untuk kemasukan sesi 2009. Minggu lepas kami telah confirmkan tempat untuk 4 orang pelajar sesi 2009, mereka merupakan adik-adik kepada pelajar-pelajar kami. Pertanyaan mengenai sekolah ini datang bertali arus sejak kebelakangan ini. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami. Ameen!

Saturday, 11 October 2008

Kembali Ke Asrama

Assalamualaikum!

Hari ini hari sabtu bermakna aku dan Pak haji akan mula sibuk sangat. Selepas asar petang ini anak-anak tahfiz akan kembali ke asrama. Maka bermulah jadual sibuk aku dan Pak haji.

Semalam Pak haji dan pembantu telah kemaskan asrama lelaki. Semalam juga aku telah ke pasar membeli bekalan segar untuk makanan hari ini. Mengikut pelan kami, seluruh warga sekolah akan berpuasa sunat Enam mulai esok hingga jumaat depan. Maria, pembekal makanan kami untuk makanan sahur telah di beri tahu mengenai pelan kami. Selepas tamat puasa Enam, kami akan membuat majlis hari raya pada hari sabtu malam. Ini telah menjadi tradisi sekolah kami. Selalunya kami sediakan menu ayam panggang istemewa ( B-b-Q resepi kami ). Namun kali ini, orang yang mahir memanggangnya Ally sedang berada di Cairo, Mesir. Jadi belum tentu siapa nak buat kerja membakar itu. Ada beberapa orang tetamu istemewa yang akan bersama merayakan majlis itu bersama kami. Mereka termasuk penderma-penderma, ibubapa angkat anak-anak tahfiz dan jiran-jiran terdekat.

Selepas ini aku akan pergi ke pasar segar, ke kedai borong di kelang dan pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan kami. Tengah hari sedikit aku nak pergi menziarah seorang anak kecil pesakit kanser di sebuah hospital di PJ. Selepas tengah hari ada beberapa pasang ibubapa yang akn datang untuk bertanayakan mengenai sekolah kami. Selepas asar kami tunggu kepulamgan anak-anak tahfiz untuk bertemu ibubapa mereka. Mulai hari ini habislah sesi rehat aku dan pak haji.

Persiapan untuk Sekolah Rendah Tahfiz Al Hanna juga berjalan serentak. Tahun 2009 kami akan mula mengambil pelajar-pelajar untuk Darjah 1, 2 dan 3. Tugas-tugas berkaitan sekolah ini telah di beri kepada Guru Besarnya Puan Wani. Kami membuat sekolah ini kerana permintaan dari ibubapa dan kami berpendapat lebih elok di lentur buluh sewaktu rebungnya. Sekolah ini adalah sekolah harian dari jam 7.30 am hingga 5.00 pm. Format pembelajarannya adalah sama dengan MTAQSA cuma penekanan kepada hafazan Al-Quran itu tidaklah terlalu keras.

Di samping kesibukan di atas, kami juga sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan amal yang akan berlangsung awal bulan disember ini. Aku berdoa semoga semua akan berjalan dengan lancar. Kepada sesiapa yang rasa dia patut di jemput tetapi mak teh tak jemput dia bolehlah hubungi mak teh. Sebenarnya kami akan buat majlis yang sederhana sahaja. Kalau anda tidak termasuk senarai kali ini mak teh ada lagi lapan orang anak yang Insya-Allah kita akan buat majlis seperti itu juga bolehlah menjemput yang ketinggalan kali ini.

Dalam membangunkan sekolah kami masaalah utama ialah dana. Kami belum mendapat apa-apa bantuan besar dan tetap. Oleh itu dari segi kewangan kami sentiasa kekurangan kerana sumbangan dari ibubapa tidak dapat menampung semua kos perbelanjaan. Oleh yang demikian kami memerlukan bantuan orang persendirian dan syarikat-syarikat. Kami ada wawasan untuk pendidikan aliran integrasi tahfiz/agama/akademik ini, namun tak mungkin kami dapat melakukanya tanpa bantuan.

Semoga terbuka hati anda dan ramai lagi untuk membantu kami dengan pelbagai cara dan semoga kita mendapat rahmat Allah SWT. Ameen!

Tuesday, 7 October 2008

Rezeki Anak-anak Tahfiz Kami



Assalamualaikum!

Alhamdulillah ketenangan masihku rasakan di Aidil Fitri ini. Aku dan Pak haji cuba berjemaah di masjid terutama Isya' dan Subuh. Oleh kerana anak-anak tahfiz masih bercuti kami dapat berbuat demikian. Aku juga pergi ke pasar dan ke pasar raya sesuka hatiku, tidak perlu terkejar-kejar. Anak-anak tahfiz akan masuk semula pada hari sabtu ini ( lagi 3 hari ). Kami mesti gunakan masa yang sedikit lapang ini sebaik mungkin. Jadi selain ke masjid kami banyak berehat di rumah. Kami tahu apabila sekolah buka semula ahad ini kami akan ligat seperti gasing.

Kami ada berita baik! Sebelum hari raya minggu lepas, kami telah mendapat sebuah van Hi-ace yang di janjikan iaitu sumbangan dari sebuah syarikat multinasional. Alhamdulillah, senanglah kami membawa anak-anak tahfiz kami ke masjid, perpustakaan dan lawatan-lawatan berdekatan. Kami amat bersyukur diatas rezeki ini kerana telah sekian lama anak-anak tahfiz kami di muat dalam Hilux dengan cara yang tak boleh di ceritakan disini ( terpulang pada imaginasi anda ). Nanti apabila tulisan-tulisan perlu telah di letakkan pada badan van ini mak teh akan cuba muatkan gambarnya. Kalau nak beli van ini berharga lebih RM 100,000 di pasaran. ( Bukan mudah nak dapat duit banyak tu kan? ).

Pagi ini Pak haji telah keluar awal untuk bertemu kawan lamanya ( GM sebuah syarikat besar ). Tujuan Pak haji bertemu kawannya itu untuk meminta sumbangan berupa katil ( 30 unit double decker ) dan tilam & bantal ( 60 unit ) untuk pelajar-pelajar baru pengambilan sesi 2009. Semoga berhasilah nanti dan di permudahkan urusan kami. Kami juga memerlukan 30 unit almari besi untuk tahun hadapan ( yang ini belum target mana pihak lagi ).

Perkara yang agak mencabar sekarang ialah bagaimana kami nak uruskan laundry sendiri. Sudah puas berurusan dengan kedai dobi, macam-macam masaalah telah timbul. Jadi kami mengambil keputusan nak buat laundry sendiri. Harga alat-alat laundry jenis kommersial itu yang kami telah pergi tinjau mencecah Rm 30,000. ( washing machine rm 16,000, dryer rm 10,000, iron & ironing board rm 4,000 ). Keewangan untuk membelinya alat-alat tersebut belum mencukupi. Kami baru dapat sumbangan Rm 2,000 untuk tujuan tersebut. Nampaknya, buat jangka masa pendek, kami terpaksa menggunakan 2 buah washing machine yang kami ada ( kegunaan rumahku ) dan kena jemurkan kat jemuran matahari.

Kami juga perlu pekerja-pekerja pelbagai peringkat untuk membantu kami. Mak teh dah warwarkan keperluan ini di serata kampung yang mak teh ada kontek tetapi belum berhasil. Manalah pergi nya orang kita yang mahu buat kerja ? Bukanya kerja sukarela, nak beri gajipun tak ada orang yang mahu bekerja. Takkan nak import dari luar negeri kut? So kalau anda tahu ada sesiapa yang iklas mahu bekerja bolehlah hubungi mak teh melalui blog ini.

Semoga anda sentiasa ceria dan banyak-banyaklah bersyukur di hari raya ini.

Saturday, 4 October 2008

Berhari Raya di Shah Alam

Assalamualaikum!

Hari ini hari raya keempat. Kami telah berhari raya di shah alam. Alhamdulillah terasa ketenangan berhari raya di tahun ini. Keadaan yang sunyi dan tenang di kawasan ini kembali seperti biasa hari ini apabila kedengaran jiran-jiran telah kembali ke rumah masing-masing setelah beberapa hari berada dikampung mereka.

Dengan ini telah sepuluh tahun kami berhari raya di shah alam. Ada beberapa perkara yang menguntungkan berhari raya di shah alam. Pertama kami tidak perlu berebut-rebut untuk pulang ke kampung dan tidak perlu mengalami kesesakan jalan raya. Kedua kami dapat melakukan solat tarawih sehingga tammat 30 malam ( kalau balik ke kampung selalunya kami tidak dapat berbuat demikian ). Ketiga kami menghidupkan tradisi Shah Alam sebagai kampung kami di mana anak-anak dan cucu akan balik berhari raya. Sudah ramai juga jiran-jiran seperti kami yang berhari raya disini ( dalam deretan jalan kami sahaja ada 10 buah rumah yang berhari raya disini )

Anda tentu ingin mengetahui apa istemewanya berhari raya disini. Kami bersolat Hari Raya di masjid Negeri jam 8 pagi. Namun kami selalunya telah berada di masjid sebelum jam 7.30 pagi. Seawal jam 7 pagi masjid sudah penuh di banjiri umat Islam jelasnya warga asing. Kebanyakkanya adalah warga Indonesia, Bangladesh dan India. Ada juga beberapa orang warga Timur Tengah. Sebagai warga Shah Alam, ( orang lama ), aku merasa bertanggungjawab menjadi tuan rumah. Jadi akupun melantiklah diri sendiri mengatur saf-saf jemaah wanita. Aku juga beraksi seperti seorang pengawas sekolah, ( teringat zaman persekolahan di mana aku adalah seorang pengawas ) menyuruh mereka ( jemaah wanita asing ) mengenakan telekung menutup aurat ( kerana kebanyakkan mereka datang dengan pakaian cantik-cantik mereka tidak menutupi aurat, ada juga yang bermake-up penuh ), menyuruh mereka mematikan telefon bimbit mereka. Ada juga yang aku terpaksa minta duduk kat luar masjid kerana mereka tidak akan bersolat. Kadang-kadang ada juga perasaan kurang toleransi terhadap perangai mereka ini, namun seketika itu juga aku teringat anak-anakku yang sedang di perantauan. Maka akupun cuba berlaku baiklah terhadap mereka-mereka ini.

Setelah selesai solat sunat Aidil Fitri, kami pulang ke rumah untuk makan juadah istemewa yang telah di sediakan. Untuk tahun ini aku masak nasi beriani, dalca, rendang, ketupat palas, nasi impit dan kuah kacang berayam. Aku rasa puas kerana sudah boleh memasak makanan-makanan istimewa tersebut. Kalau semasa aku muda-muda dahulu, aku tidk pandai memasaknya, jiran-jiranlah yang akan memberi sumbangan hidangan istemewa tersebut setiap kali kami berhari raya di shah alam. Zaman muda dahulu aku akan menangis kalau tidak berhari raya di kampung. Sekarang zaman itu telah berlalu, aku sudah bersedia menjadi tunggak kepada keluargaku sendiri.

Selepas rehat sebentar kami keluar menziarahi keluarga Mak Su dan Pak su. Mereka merupakan saudara kami yang rapat walaupun kalau nak dikira pertalian persaudaraan mereka adalah dua pupu Pak haji. Di rumah Pak Su kami bersembang kisah-kisah saudara-mara sambil menjamu selera. Kemudian kami akan beredar kerumah Imam dan sahabat-sahabat orang masjid. Sepatutnya selepas itu kami kerumah Imam Besar, tetapi tidak jadi pada hari raya pertama. Kemudian kami juga ada jemputan untuk ke rumah sahabatku seorang Datin dan lagi seorang, Puan Seri. Namun kami belum juga pergi mengunjungi mereka itu.

Tahun ini aku rasa malas nak bergerak, mungkin kerana faktor umur yang dak meningkat.
Namun pagi tadi aku telah pergi melawat seorang insan istemewa, seorang blogger yang ramai mengetahui kisahnya. Seronoknya dapat bertemu beliau yang dengan ramah mesra telah menerima kunjunganku. Alhamdulillah terasa terpautnya satu ikatan persahabatan yang InsyaAllah akan berkekalan. Aku berdoa semoga insan istemewa ini sentasa di rahmati Allah SWT. Ameen!

Thursday, 25 September 2008

Kami Dah Mula Bercuti Hari Raya

Assalamualaikum!

Semalam sekolah kami telah bermula cuti. Anak-anak tahfiz pulang untuk berpuasa dan berhari raya dengan keluarga masing-masing. Mereka akan masuk semula pada 11 Oktober ( berjumlah 17 hari bercuti ) Semalam aku dan Pak haji dapat rasa relax sedikit namun ada lagi perkara yang kena di uruskan. Pasukan yang bertaddarus di Istana masih belum pulang kerana malam ini iaitu malam 25 baru majlis khatam al-quran serta istiadat berkaitan akan berlangsung di Istana Kelang. Anak-anak tahfiz kami akan memakai baju Melayu berwarna biru lengkap dengan sampin songket dan songkok ( tentunya mereka akan kelihatan segak dan bergaya ) Di majlis itu nanti mereka akan di raikan dan juga akan mendapat peket hijau sebagai sagu hati. Pak haji di jemput menyetai majlis itu. Mak teh boleh je kalau nak ikut tetapi mak teh ni jenis kurang minat majlis yang berprotokol.

Oleh kerana mak teh telah bercuti , jadi mak teh dah rasa suasana nak berhari raya. Anak-anak mak teh nak buat kueh dan biskut sendiri. Biarkan merekalah, mak teh tak kisah pun ada kueh banyak ke tak ada ke. Tetapi mak teh telah beli sebuah oven baru untuk mereka kerana yang lama telah rosak. Yang suka berbaking ni ialah zed, amal ( anak lelaki ) dan Ude.

Selepas hari Raya kami akan mula bertemu dengan ibubapa dan anak-anak yang memohon untuk masuk ke sekolah kami bagi kemasukkan sesi 2009. Kami target seramai 50 orang murid tingkatan I ( 2 kelas sahaja )dan 25 orang murid darjah 1, 2 and 3 ( setiap kelas ). Kami gembira kerana ramai di antara pelajar-pelajar yang ada sekarang, adik-adik mereka akan masuk ke sekolah kami. Ada sebuah keluarga itu akan menjadi 3 beradik di sekolah ini. Ini menunjukkan kepercayaan ibubapa terhadap program MTAQSA dan terhadap kami. Oleh kerana sekolah ini sekolah akan menjadi sebuah sekolah elit, kami akan mengutamakan pemohon yang telah ada abang atau kakak di sekolah ini.

Pada tahun ini persiapan untuk menerima pelajar-pelajar baru kami buat lebih awal kerana dari pengalaman lalu kami selalu kesuntukan masa untuk berbuat sesuatu. Dari sekarang kami telah mula order barang-barang yang perlu. Umpamanya kami perlu 30 set katil double decker, 60 unit tilam dan bantal, 30 unit almari besi. Kami juga dah ambil keputusan nak buat laundry sendiri kerana sangat bermasaalah apabila laundry di buat oleh kedai dobi. Jadi kami juga akan memesan sebuah mesin basuh, sebuah dryer dan iron dan iron board jenis kommersial. Harga keseluruhan alat laundry itu hampir RM 30,000. Kami sangat mengalu-alukan sumbangan dan derma iklas atau zakat dari semua pihak.

Sekiranya ada apa-apa cadangan untuk memajukan MTAQSA, kami amat megalu-alukanya. Kami bercita-cita dan berdoa agar sekolah ini dimasa hadapan akan menjadi sebuah sekolah yang boleh di banggakan kerana dapat mengeluarkan manusia yang berjaya dunia dan akhirat!

Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua pembaca blog mak teh, yang telah komen, yang seyap tak komen dan yang komen secara lain-lain. Maaf Zahir Batin !

Sunday, 21 September 2008

Siapa Yang Teruk Ni?

Assalamualaikum!

Nampaknya lagi mak teh tua lagi banyak perkara yang merimaskan mak teh. Mungkin anda akan kata mak teh ni orang tua cerewet. Sehingga pada suatu hari mak tehpun terdiam bermuhasabah diri sendiri. Betul ke aku ni? Teruk sangatkah? Am I too critcal? Macam-macam yang aku nampak tak kena, macam-macam yang aku nak tegur kesilapan orang lain. Teruklah aku rasa dan bertanya pada diriku akukah yang teruk ni atau orang-orang itu?

Misalnya aku tak boleh degar jiran punya bibik dok tengking tuan dia. Aku pernah menyuarakan perkara ini kepada jiran tetapi tidak nampak hasilpun. Sekarang kalau aku dengar bibik itu menjawab tuannya dengan suara tinggi aku rasa nak pergi marah bibik itu. Tetapi nanti apa kata tuannya pula kepada aku!

Tiap hari aku lalu di depan rumah seorang jiran ( bukan jiran dekat rumah tapi tak le jauh sangat ). Si jiran ni selalu menyidai kain basuhannye di atas pintu pagar depan rumahnya. Maka setiap kali dia buat begitu, adalah sehelai dua seluar dalam dia yang saiz XXL tu terpampang di sidai kat situ. Aku malu tengok benda tu kat situ. Dia tak malukah? ( orangnye educated juga takle sampai kat degree kut, rumahnya bunglow besar! )

Minggu lepas aku pergi menziarah orang kematian. Rumah aku pergi tu rumah orang besar juga ( gaji dia lah ). Aku terkejut melihat tetamu yang datang menziarah dan baca tahlil duduk di atas lantai tanpa alas tikar atau apa-apapun. Kasihan aku lihat tetamu terpaksa duduk diatas lantai simen ( marble? ) yang sejuk tu. Dari kecil aku di latih tidak boleh berbuat demikian. Aku terdiam hingga tak terkata, kemudian itu aku bermuhasabah diriku.

Apabila pergi ke masjid, aku ternampak macam-macam kesalahan orang. Bukan aku sengaja pandang-pandang orang nak cari kesalahan, tetapi di takhdirkan orang yang duduk sebelahku atau depan aku sahaja. Mula suatu mala itu duduk di sebelah kiriku, seorang yang mengikut label " malasie dalam tulisan jawi" di telekungnya, telah pulang dari menunaikan hajilah. Perlakuan solatnya Ya Allah amat tidak betul terutama ruku' dan sujudnya. Rasa janggal nak menegurnya dan tidak ada peluang sesuai berbuat demikian sebab tamat sahaja 8 rakaat tarawih dia cabut. Hari berikutnya aku berhati-hati tak mahu duduk tepi dia tetapi aku tak nampak dia lagi ( telekung yang ku tahu dia pakai lah )

Aku rasa lega kerana ingatkan dapatlah aku bersolat dengan tenang dan khusyu'. Namun Allah mendugaku lagi kali ini jemaah yang di tepi akau itu memakai anak tudung sebagai anak telekung dan ada lace berjuntai menutup dahi. Mau tak mau rasa tugas aku kena explain kat dia tak boleh pakai macamtu sebab dila sujud dahi mesti kena tempat sujud. Dia mengucapkan terima kasih padaku. Kemudian solatpun berlansung, jemaah depan aku asyik kaki dia terkeluar saja dari kain telekung ynag pendek. Dia tidak memaki stokin, jadi tugas aku juga kena beritahu dia bahawa itu membatalkan solat. Dia tak peduli dia teruskan solat hingga selesai tarawih lapan rakaat. Orang depan sebelah dia belah setelah tamat lapan jadi aku naiklah ke saf hadapan itu. So aku berbisik pada dia supaya esok pergilah beli stokin untuk solat, rugi macamtu solat asyik nampak kaki sahaja. Dia diam tak berkata apa-apa dari wajah nampak umurnya belasan tahun. Kemudian aku teruskan bersolat tarawih hingga selesai 23 rakaat ( termasuk solat witir 3 rakaat tu ). Setelah memberi salam dan selesai berdoa dan berzikir akupun toleh ke kanan bersalaman dengan jemaah yang sejak tadi sangat khysyu' bersolat. Seketika itu juga aku ternampak rambutnya terkelur dari celah anak telekungnya. Maka aku berkata dalam hati tak kuasalah aku nak memberitahu yang ini. Banyak kes yang rambut terkeluar semacam ini kerana mereka tidak memakai anak telekung yang khas yang mengikat rambut kemas, mereka hanya memakai anak tudung yang lembut dan tidak kemas. Apabila solat terutama tarawih yang panjang itu pergerakan kita akan menggerakkan anak tudung itu dan rambut akan keluar.

Tak cukup dengan kes-kes diatas, ada lagi seorang jemaah itu ( malam lain ) guna telefon sedangkan orang dah nak mula solat Isya'. Aku rasa macam nak cuit dia supaya tidak berbuat demikian. Kemudian aku nampak juga gadis muda setelah selesai solat menyelak telekungnya keatas dan kelihatan baju yang dia pakai T-shirt tangan pendek!

Hai, cerewet sungguhlah orang tua ni! Tapi kalau tak tegurpun rasa bersalah. So macam mane? Teruk sangatkah mak teh ni? So nak buat macam mane ye?

Thursday, 18 September 2008

Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga ( Bahagian Ke- 2 )

Assalamualaikum!

Pagi ini mak teh nak sambung mengenai adab sopan dan budi bahasa orang Melayu. Minta maaflah kalau ada di antara anak-anak buah mak teh yang tersinggung. Bukan tujuan nak menyinggung perasaan sesiapa tetapi ingin memberitahu beberapa perkara mengenai adab sopan bangsa kita turun temurun. Perkara-perkara ini telah di praktikkan dalam masyarakat kita tetapi tidak ada tertulis di mana-mana agar anak-anak buah mak teh dapat mempelajarinya.

Jadi di sini mak teh tuliskan beberapa perkara yang telah menarik perhatian mak teh bahawa ada perkara-perkara yang anak-anak tidak tahu mengenainya:

1) Apabila tetamu datang kerumah kerana kenduri, menziarah orang sakit atau kematian, yang memerlukan tetamu itu duduk di atas lantai maka hendaklah lantai itu di alaskan dengan tikar atau permaidani. Janganlah biar tetamu duduk atas lantai walaupun lantai anda bersih dan diperbuat dari marble Italy. Kadang-kadang rumah kita tidak ada tikar bagus atau permaidani, maka pergilah beli tikar plastikpun ok.

2) Sekiranya ada tetamu menziarah kita tiba di waktu makan hendaklah bertanya samaada dia dah makan atau belum, sekiranya belum hendaklah berusaha memberinya makan dengan apa saja yang ada.

3) Sekiranya tetamu datang bukan waktu makan, hendaklah di hidangkan minuman dan sesuatu makanan, kalau tidak ada apa-apa makanan hendaklah berkata " Maaf saya hidangkan air bujang sahaja ! "

4) Kadang-kadang tetamu yang datang membawa makanan, maka hendaklah di hidangkan juga makanan itu kepada tetamu.

5) Sekiranya semasa tetamu ada di rumah kita telah masuk waktu solat, maka hendaklah di pelawa tetamu bersolat dan di beri kemudahan untuk melakukannya.

6) Sekiranya tetamu datang dari jauh hendaklah juga kita mempelawanya bermalam di rumah kita. Zaman sekarang terdapat banyak hotel, jadi besar kemungkinan dia akan menolah pelawaan itu.

7) Menghidang makanan hendaklah di alaskan dengan kain alas ( dahulunya kain ini di panggil sapera ) Zaman sekarang meja makan sudah ada kain alasnya tetapi boleh juga di alaskan lagi ( lebih manis ).

8) Menganggkat hidangan dan minuman ke meja di ruang tamu hendaklah menggunakan dulang, tiap cawan dan gelas hendaklah di gunakan piring lapiknya.

9) Kalau makanan yang di hidangkan memerlukan guna tangan untuk makan maka sediakan tempat air basuh tangan dan kain tuala tangan nya sekali atau tissu sudah mencukupi.

10) Apabila tetamu hendak pulang ( terutama saudara-mara dari jauh ) seeloknya berikan sesuatu sebagai hadiah atau buah tangan.

Wednesday, 10 September 2008

Kisah Membesar Anak-anak Seterusnya

Assalamualaikum!

Sekarang ni aku sedang sibuk mengaturkan rancangan majlis perkahwinan amal. Perkara-perkara yang aku sedang aturkan aku tidak suka nak ceritakan. Aku hanya berdoa majlis nanti akan berjalan dengan teratur, sederhana dan memuaskan.

Dalam pada itu teringatlah aku banyak kisah anak-anakku semasa mereka kecil hingga meningkat remaja. Susah senang membesarkan mereka, perkara-perkara yang berlaku dalam keluarga, tabiat unik masing-masing dan bakat yang ada pada setiap mereka adalah berlainan dan berbeza. Pak haji dan aku cuba mengenali dan memahami setiap mereka supaya kami dapat menggalakkan atau mengalirkan ke jalan positif bakat yang ada pada mereka.

Misalnya semasa kin kecil dia suka bernyanyi, malah telah masuk tv bernasyid bersama kumpulan sekolahnya. Dia juga telah masuk pertandinga menyanyi kanak-kanak dan menang peringkat Shah Alam. Maka setakat itu sahajalah kami membenarkan dia menunjukkan bakatnya itu. Selepas itu kami tarik perhatian dia ke arah lain seperti membaca banyak buku-buku cerita. Kemudian kami menghantar Kin ke sekolah menengah berasrama di Alor Setar untuk menerapkan nilai-nilai murni orang Kedah ( hehehe! sekolah mak teh dululah yang terkenal di Alor Setar tu )

Amal yang telah bersekolah di Sekolah Menengah Alam Shah, mendapat markah bagus dalam subjek sains pada mulanya kami mengharapkan dia akan mengambil bidang kedoktoran. Namun apabila naik tingkatan 4 terus dia menyatakan akan mengambil bidang architecture. Maka kamipun beri galakan kepadanya untuk melakar lukisan-lukisan.

Anak ketiga Zed, mudah tersenyum dan ada perwatakan yang di senangi orang, maka kami alirkan kelebihannya ke bidang hospitality industry. Dia telah masuk UiTM dan setelah mendapat Masters in Buisness Management sedang membantu kami.

Anak keempat ialah Ude, semasa kecilnya ude suka dreaming atau lebih tepat suka tidur. Dia seorang yang kreatif, pandai melukis dan buat sendiri baju-baju anak patung barbie. Kelihatan jelas dia akan ke fashion design atau modelling kalau tak di tarik perhatiannya ke arah lain. Kemudian kami telah menghantarnya belajar ke sekolah yang sama di Alor Setar. Dengan cara berhati-hati Pak haji telah berjaya mengalirkan bakatnya ke arah architecture. Sekarang dia telah mendapat degree dan berkerjaya dalam bidang architect interior.

Anak kelima, Lia mempunyai perwatakan yang tegas. Dari darjah 4 dia telah berkata hendak menjadi seorang doktor. Dia suka mengambil berat kesihatan orang, ahli keluarga mahupun rakan-rakannya. Kami juga telah menghantar dia bersekolah ke utara, sekolah yang samalah dengan kakak-kakaknya. Malangnya pada masa itu ada seorang pelajar yang sama nama dengan Lia ( anak saudara P.......) bersaing dengannya. Maka pelbagai perkara berlaku menyebabkan kebolehan Lia tidak di beri galakan ). Masa itu aku dan Pak haji tidak menyedari hal itu sehinggalah Lia selesai SPM nya. Untuk pendekkan cerita Lia sekarang di Jordan mengambil bindang yang dia suka sangat... kedoktoran. ( Alhamdulillah! Semoga tercapai cita-citanya )

Keenam dan ketujuh ialah Yanna dan Ally, merka dari kecil menunjukkan minat dan perwatakan baik dari segi agama. Bermula dari kelahiran Yanna, Pak haji telah menjadi seorang Pak haji. Telah mendapat taufiq dan hidayah dari Allah SWT. Telah berkata kedua-dua anaknya ini mestilah di sekolahkan jalan agama. Hendaklah mereka di alirkan menjadi alim ulama'. Akkupun dalam hati tersenyum lega kerana itulah kehendakku, tetapi kalu aku menyuarakan tentu tidak dapat berbuat begitu. ( Nanti akau akan menulis sebuah buku mengenai pendidikan Yanna dan Ally ini sebab ceritanya panjang ) Alhamdulillah sekarang mereka sedang berada di Mesir menuntut di University Al Azhar.

Kelapan ialah Alan, anak yang sedikit istemewa dari yang lain-lain. Alhamdulillah sedang dalam Ting 5 akan menduduki SPM. Hanya doaku sentiasa bersamanya, usaha yang kuat adalah dari Pak haji. Bakatnya ialah musik yang juga kami beri galakkan agar dapat membantunya dimasa hadapan. Dia ahli penting band pancaragam sekolahnya dan bermain alat saxaphone. Doaku semoga Alan akan berjaya dalam SPMnya dan dapat masuk school of music UiTM.

Kesembilan ialah Cik Su, di kurniakan Allah SWT minda yang cerdas. Sedang dalam Ting 1 sekolah kami minatnya agama dan sain terutama bidang astronomy. Kami telah memberi ruang kepadanya boleh membuat apa bidang yang dia suka asalkan dia menamatkan hafazan Al Quran dan menjadi seorang Al Hafizoh.

Semoga Allah makhbulkan doa kami agar anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen!

Monday, 8 September 2008

Anak-anakku Semasa Kecil

Assalamualaikum!

Oleh kerana anak-anakku ramai, Pak haji dan aku ada cara tersendiri mendidik dan membesarkan mereka. Diantarnya adalah seperti berikut:

1) Kalau nak pergi berjalan atau kemana-mana, mereka di ajar berdikari dengan cara mereka di latih pack bag mereka sendiri. Hanya anak yang belum masuk sekolah sahaja baragnya di pack oleh pengasuhnya. Mereka di latih membuat list barang-barang perlu dibawa untuk berapa hari yang kami akan di kampung atau tempat percutian. Jadi kalau anak itu lalai dia akan menerima padah sendiri misalnya tak cukup underwear ke atau baju main, baju tidur etc. Jadi semasa packing mereka akan ingat mengingati sesama sendiri. Tiap seorang dari mereka mempunyai beg luggage sendiri.

2) Kalau nak keluar shopping atau keluar ke bandar, mereka di latih seoarang yang besar menjaga seorang adik. Anak yang kecil sekali dan yang kedua kecil akan di jaga olehku dan Pak haji. Namun aku akan sentiasa membilang mereka supaya tidak ada yang ketinggalan apabila kami bergerak. Apabila melintas jalan mereka akan tunggu arahan Pak haji untuk melintas, tiap orang akan memegang tangan adik dalam jagaannya. Tabiat ini melekat pada mereka sehingga sekarang. Kata anakku Ude sampai sekarang dia akan memegang tanagn kawannya apabila hendak melintas jalan.

4) Apabila order makanan mereka tidak order sorang satu malahan semua jenis makanan itu di kongsi diantara mereka walaupun order itu mengikut prefrence seseorang dari mereka. Begitu juga dengan minuman.

5) Kalau keluar untuk membeli pakaian raya, kami keluar semua orang nak ikut. Jadi janji hari ini beli pakaian untuk anak perempuan sahaja, hari lain untuk anak lelaki pula. Cara ini mengelak pening kepala semua orang nak beli yang dia punya serentak.

6) Kalau makan buah-buahan umpamanya jenis epal, orange dan pear, mereka tidak di benarkan mengongong sebiji seorang. Buah itu hendaklah di potong-potong kongsi makan untuk semua orang. Begitu juga kalau minum air botol, mereka mesti berkongsi walaupun kami beli beberapa botol.

7) Apabila keluar untuk shopping beli buku cerita ke, barang mainan atau sebagainya ( bukan barang keperluan atau pakaian ), tiap seorang dari mereka hanya boleh minta satu barang sahaja setiap kali keluar.

8) Mereka tidak boleh mengambil barang orang lain di antara mereka tanpa kebenaran tuan punya barang berkenaan.

9) Apabila seorang dari mereka demam maka yang lain hendaklah tolong merawat si pesakit itu misalnya tolong lapkan badan pesakit dengan air untuk menurunkan suhu panas, tolong ambilkan ubat, membancuh air minuman dan glucose dsbgnya. Aku dan Pak haji akan rasa peritnya apabila ramai atau semua mereka demam bergilir-gilir atau serentak.

10) Mereka di latih tidak boleh mengikut kami ke majli kenduri kalau di dalam kad jemputan hanya di sebut suami dan isteri tanpa perkataan sekeluarga.

11) Mereka juga di latih untuk memberi pakaian mereka yang sudah tidak muat kepada si adik. Dan si adik di ajar mahu memakai pakaian second hand yang di turunkan dari abang atau kakaknya.

12) Mereka di latih mencium ibu dan bapa setelah selesai solat berjemaah atau apabila hendak ke sekolah.

Alhamdulillah dengan latihan sedemikian mereka boleh membawa diri apabila keluar makan di restoran atau hotel, apbila berkunjung kerumah orang atau apabila tetamu datang. Semoga apa yang kami didik mereka akan di pegang berterusan sehingga mereka membina keluarga sendiri dan mereka pula akan mendidik anak-anak mereka.

Saturday, 6 September 2008

Anak-anak Tahfiz Berbuka Puasa Di Hotel 5 Bintang

Assalamualaikum!

Pada hari ketiga berpuasa anak-anak tahfiz kami di raikan untuk berbuka puasa oleh sebuah hotel Lima Bintang di Shah Alam. Anak-anak banan di jemput oleh 2 buah van hotel tersebut pada jam 6.20 pm. Pak haji membawa aku dan dan anak tahfiz banat naik Hiluxnya. Kami di sambut di pintu Hotel oleh pegawai hotel persis orang-orang VIP dan terus di bawa naik ke tingkat 2 yang menempatkan surau.

Sementara menunggu azan maghrib, anak-anak tahfiz membaca surah yassin dan doa selamat. Selepas azan maghrib kami berbuka puasa dengan minuman dan makanan ringan yang di sediakan di luar surau. Setelah solat maghrib kami di jemput ke dewan makan di tingkat bawah. Segala jenis makanan ada di sediakan untuk berbuka seperti yang terdapat di hotel Lima Bintang lain di Lembah Kelang ini. Makanan yang di hidangkan itu sangatlah mewah terutama bagi anak-anak tahfiz kami. Ramai tetamu lain yang ada bersama sedang berbuka di Dewan makan yang gemilang itu. Aku perhatikan anak-anak tahfiz kami makan sepuas hati dengan tertib dan sopan. Mereka tentu gembira di raikan menikmati sajian mewah dalam suasana hotel lima bintang.

Sebelum datang, kami telah memberi briefing kepada mereka bagaimana membawa diri dalam jamuan nanti misalnya mereka kena makan dengan senyap tanpa membunyikan sudu dan garfu, mereka hendaklah ambil makanan satu jenis sahaja dam memakannya sehingga habis, kemudian mereka boleh ulang mengambil makanan lain, mereka tidak boleh meninggalkan sisa makanan berlebihan . Aku dan Pak haji terasa syukur dan riang melihat mereka dengan tertib menikmati sajian mewah itu.

Setelah masuk waktu isya kami naik ke surau semula dan melakukan solat isya dan di teruskan dengan solat terawih. Apabila selesai solat terawih pihak hotel memberi hadiah paket hijau ( duit raya ) dan sebuah goodies bag tiap seorang. Kemudian kami di beri makan lagi menyambungkan makan hidangan yang masih banyak di dewan makan sedangkan tetamu lain sudah pulang.

Sewaktu pelang anak-anak bersalaman dengan pegawai hotel dan anak-anak kami mengucapkan " Terima kasih daun keladi " kepada pihak Hotel yang bermurah hati menjemput kami. Kelihatan anak-anak tahfiz kami tersenyum kepuasan apabila di hantar pulang ke asrama mereka.

Itulah di antara rezeki yang di berikan Allah SWT kepada anak-anak tahfiz kami dan kami juga menikmatinya bersama. Semoga di tahun hadapan mereka tidak akan lupa menjemput kami lagi.

Tuesday, 2 September 2008

Pemerhatianku Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!

Di dalam bulan Ramadhan ini dan juga yang lepas-lepas, aku memerhatikan beberapa perkara yang inginku berkongsi dengan anda. Ada perkara yang seronok dan ada perkara yang kurang seronok.

Pertama, perkara yang seronok berlaku di Shah Alam ni ialah ramainya orang pergi ke masjid hingga berlaku traffic jam di Persiaran Masjid terutama sebelum masuk waktu isya'. Masjid Negeri dan kawasannya terang benderang dan kelihatan meriahnya suasana dalam masjid. Orang ramai datang berduyun-duyun untuk melakukan solat maghrib, isya dan solat sunat Tarawih, termasuk orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Pak hajipun berulang aliklah mengangkut kami, serta anak-anak tahfiz banin dan banat ke masjid bermula jam 6.30 petang kerana mereka juga berbuka puasa di sana.

Kedua banyaknya jemputan yang kami terima dari sebelum masuk Ramadhan hinggalah ke Hari Raya nanti. Tersenyum anak-anak tahfiz kami mendengar berita jemputan yang datang bertali arus. Alhamdulillah itu rezeki mereka, mereka yang bersungguh-sungguh mendampingi Al-Quran di muliakan Allah di dunia lagi! Masy-Allah ! Aku perhatikan besarnya rahmat yang di dapati kerana mereka mencintai dan menyanjungi Al-Quran.

Di samping keseronokkan di atas, ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan aku. Pertama ada terdapat orang-orang yang kurang pengetahuan mengenai adab di masjid dan ada yang kurang ilmu apabila melakukan ibadah solat berjemaah. Perkara yang aku ternampak dan ambil perhatian adalah seperti berikut:

1) Membawa anak kecil ke masjid, anak yang tidak boleh di kawal menganggu solat akan menganggu ketenteraman ( tidak khusyu') orang bersolat.

2) Membawa anak yang belum mumaiyyiz dan berkeras mahu anak solat disisinya. Ini selalu berlaku di kalangan jemaah wanita. Mereka tidak faham bahawa anak yang belum mumaiyyiz itu akan mengakibatkan putus saf. Ini perkara yang tidak kena sebab dalam solat berjemaah saf hendaklah berterusan ( tidak boleh diputus-putuskan). Hendaklah anak itu di tempatkan di saf kanak-kanak di belakang sekali atau di hujung saf. Ramai ibu-ibu muda tidak faham perkara ini.

3) Tidak mahu atau tidak pandai merapatkan saf. Tangan atau bahu kita hendaklah bersentuh tangan atau bahu orang bersebelahan.

4) Bercakap-cakap di dalam masjid terutama yang rehat setelah solat terawih 8 rakaat sahaja.

5) Membaca surah mengikut Imam dengan surah yang jelas kedengaran. Ada hadith melarang berbuat demikian, kita hanya boleh mengikut bacaan surah oleh Imam itu di dalam hati.

6) Tidak memakai pakaian yang sesuai untuk ke Masjid, umpamanya memakai baju rumah atau jenis baju atau seluar tidur di dalam telekung. Bahagian yang nampak di bawah telekung itu sangat janggal. Ada juga saya pernah nampak seorang gadis pakai telekung agak jarang serta kelihatan baju dipakai di dalam tidak berlengan!

7) Pergerakan yang tidak seperti jemaah lain umpamanya terlalu cepat atau ruku' yang terlalu kebawah.

8) Memakai telekung yang berwarna warni umpamanya purple, pink, hijau dan biru. Walaupun paerkara ini tidak salah ianya tidak sesuai. Bukankah Imam Syafie telah menyarankan kita memakai pakaian solat berwarna putih.

9) Mulut atau badan yang berbau busuk

10) Tidak mematikan telefon bimbit.

Sekian dulu untuk renungan kita bersama. Semoga kita tidak melakukan perkara-perkara seperti diatas. Selamat merebut peluang beribadah sebanyak mungkin.

Saturday, 30 August 2008

Menghadapi Kehidupan Sebagai Warga Emas

Assalamualaikum!

Wahai ibu-ibu muda, bersedialah menghadapi masa hadapan apabila anak-anak anda meningkat remaja dan dewasa mereka tidak akan sentiasa berada bersama anda. Misalnya pada hari ini sepatutnya adalah beberapa orang anakku dirumah. Namun apabila aku bangun pagi, tengok semua orang dah ada program masing-masing.

Maka apabila aku kesaorangan mulalah teringat kepada anak-anak yang jauh di perantauan. Anak-anakku berjumlah 9 orang. Lia, Yanna dan Ally ada di Luar Negara, jadi tinggal 6 orang bersama-samaku menghuni di rumah. Selepas subuh Ude sudah keluar ke Kelab Ekuin STC untuk latihan menunggang kudanya 2 kali setiap minggu. Sekarang Ude semakin serius membuat latihan sebab dia akan menyertai pertandingan Dressage di Terengganu awal Oktober nanti.

Selepas itu Zed keluar untuk mengajar ahli-ahli kelabnya memanah. Zed adalah presiden dan instructor Kelab Memanah MTAQSA. Dia melatihkan ahli-ahlinya setiap sabtu dan ahad. Sekarang ahli kelabnya mencecah 80 0rang pelajar-pelajar sekolah kami dan sekolah rendah dan menengah berdekatan.

Kemudian Kin dan Amal pula keluar untuk menghadiri majlis kenduri kawan masing-masing. Alan anak yang ke 8 ada aktiviti sekolah, dia termasuk seorang ahli band sekolahnya yang akan membuat persembahan malam ini untuk menyambut kemerdekaan esok. Anak yang bongsu, Cik Su pula menghuni asrama banat sekolah kami. ( Sebenarnya sebahgian dari rumah kami telah di jadikan asrama pelajar perempuan). Namu cik Su tidak boleh selalu menjenguk balik kerumahnya melainkan bila perlu sahaja.

Maka tinggallah aku, the maids dan pets, Polly the parrot dan kucing-kucing dalam sangkar masing-masing. Aku tidak mahu tinggalan kesaorangan di rumah. Pak haji akan membawa anak-anak tahfiz ke majlis membaca Yassin dan doa selamat di sebuah rumah di BJ. Jadi aku akan ikut samalah sebentar lagi. Nasib baik kami ada banyak lagi anak, iaitu anak-anak tahfiz yang 40 orang lagi tu. Mereka itu lah yang membuat aku dan Pak haji tersangat sibuk setiap hari.

Namun kesibukan jenis ini adalah kesibukan yang kami cari dan suka. Kata sesetengah orang " Tak ada kerja cari kerja ". Hehehe! Bagi aku dan Pah haji biarlah kami buat kerja ini sehingga akhir hayat kami. Semoga di berkati Allah SWT segala usaha kami dan di permudahkan segala urusan kami.Ameen!

Thursday, 28 August 2008

Kalut Sedikit

Assalamualaikum!

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 0gos ini dan pada malam itu juga kita akan tengok anak bulan Ramadhan. Tanpa aku sedari Hari Kemerdekaan dan Ramadhan datang serentak dan itu juga bermakna hari kelahiran anak sulungku akan menjelma iaitu pada 1 september. ( Nampaknya kali ini tak buat sambutanlah untuk Birthday Kin ).

Aku dan Pak haji juga sedang sibuk dengan hal-hal sekolah. Kekalutan kami di tambah pula dengan beberapa orang anak tahfiz kami sakit dan demam sejak mereka masuk kembali dari percutian sabtu lalu. Tiga orang sudah di jemput pulang oleh keluarga mereka, hanya tinggal anak sarawak dan anak cilik yang masih di asrama. Aku tidak suruh mereka pulang kerana suhu mereka tidak tinggi. Insya-Allah mereka akan pulih esok.

Ditambah kepada kesibukan itu, kami telah mendapat banyak jemputan makan untuk anak-anak tahfiz. Jadi sibuklah nak tunaikan jemputan-jemputan itu. Namun kami sangat bersyukur kerana masyarakat sudah sedar akan kewujudan kami sebagai sebuah sekolah tahfiz. Jadi adalah terasa masyarakat menhargai usaha-usaha kami dan anak-anak tahfiz kami serta masyarakat nampaknya berkehendak kepada golongan tahfiz ini.

Esok aku kena bawa anak-anak tahfiz ke tailor kami untuk menempah jubah baru bulan ramadhan dan sepasang baju melayu untuk mereka yang akan bertaddarus di Istana. Setiap malam mereka akan pakai jubah putih namun pada hari 23 puasa nanti akan ada majlis khatam al-Quran dan majlis itu akan di hadiri oleh Duli Tuanku atau Adindanya, maka protocol menghendaki mereka berpakaian baju melayu lengkap dengan kopiah dan sampin. Warna baju melayu sekolah kami ialah biru sedang dan sampin songket biru.

Terlalu banyak perkara yang aku nak ingat dan fikirkan sehingga banyak perkara yang aku lupa. Pertama aku lupa tempah baju raya untuk kami sekeluarga kerana asyik memikirkan tempahan baju-baju kami semua termasuk baju pengantin untuk majlis perkahwinan Amal nanti. Bila fikirkan perkara-perkara yang mesti dibuat untuk majlis itu aku rasa tidak ada banyak masa lagi. Insya-Allah majlis kami akan berlangsung pada awal Disember nanti. Tetapi aku jenis tak mahu gelabah. Aku cuba take it cool sahaja. Kerja yang perlu di buat telah di bahagi-bahagikan kepada anak-anakku. Aku perlu confirm menu dengan katerer dan cari khemah-khemah dan confirm guests list sahaja. Perkara-perkara yang anak-anak buat mereka kena tunjuk atau beritahu untuk mendapat persetujuanku.

Kepada semua pembaca blog mak teh di ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!
Semoga Allah SWT akan panjankan umur kita dan di beri kesihatan supaya dapat beribadah pada bulan ramadhan ini dengan berpuasa di siang hari dan bertarawih serta bertaddarus di malam hari. Ameen!

Sunday, 24 August 2008

Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum!

Semalam dan hari ini cuaca mendung dan hujan menyebabkan udara sangat sejuk terutama di malam hari. Mak teh dan warga sekolah kami bersedia menyambut bulan Ramadhan. Esok merupakan hari isnin last berpuasa sunat sebelum masuk Ramadhan.

Dalam bulam Ramadhan anak-anak tahfiz kami akan buat lebih banyak aktiviti ibadah dan mereka akan di rehatkan dari aktiviti ko-kurikulum. Pertama mereka akan di bangunkan pada jam 4.30 am untuk bersahur. Kemudian mereka akan terus bersedia untuk solat-solat sunat dan menghafal Al-Qurqn sebelum masuk waktu subuh. Setelah solat subuh mereka akan melakukan exercise ringan. Seterusnya mereka akan ke sekolah. Jadual sekolah akan berjalan seperti biasa. Jam 200 petang mereka pulang ke asrama.

Selepas itu mereka akan tidur rehat seperti biasa diantara 3.00 hingga 4.00 pm. ( pada bulan Ramadhan hingga 4.30 pm. kerana mereka dah bangun awal ) Setelah bangun mereka akan menulis Al-Quran sehingga Asr. Selepas itu mereka akan bersiap sedia untuk pergi ke Masjid Negeri. Mereka akan berbuka puasa, melakukan solat maghrib, solat Isya dan solat Tarawih. Kemudian kumpulan yang di jemput bertaddarus di istana akan melakukan solat Tarawih 8 rakaat sahaja dan terus pergi ke Istana untuk bertaddarus. Kumpulan yang tidak ada mana-mana jemputan akan solat tarawih hingga 20 rakaat. Setelah selesai semua solat mereka akan makan 'moreh' dahulu sebelum pulang ke asrama. Di asrama mereka akan bertaddarus hingga jam 11 malam.

Lain-lain persiapan ialah pakaian jubah untuk ke masjid mestilah yang putih bersih. Begitu juga untuk anak-anak banat, mereka di suruh membeli telekung yang putih dan baru. Merka akan di beri penerangan untuk menjaga pemakanan semasa berbuka supaya tidak mudah dapat penyakit.

Selalunya di dalam bulan Ramadhan, rezeki anak-anak tahfiz kami sangat murah. Ada-ada saja makanan untuk berbuka yang di hantarkan orang, buah kurma, kueh-muah dan sebagainya. Alhamdulillah! Sekarangpun kami menerima rezeki berupa beras sedekah, wang sedekah jariah, beras fidiah dan bahan makanan. Terima kasih kepada penderma-penderma termasuk dari University berdekatan dan sahabat handai sekelian. Jazakallah. Anda yang telah memberi adalah orang-orang yang faham dan prihatin akan keadaan kami dan tahu akan ganjaran besar yang di janjikan Allah SWT. Semoga Allah SWT akan memberi taufiq dan hidayahNYA kepada anda semua. Ameen!

Saturday, 23 August 2008

Percutian Ke Terengganu

Assalamualaikum!

Hari Rabu lalu aku dan Pak haji pergi bercuti ke Terengganu. Kami bertolak jam 5.00 am. Sampai di stesyen pertonas yang nak masuk karak tu kami berhenti solat subuh dan bersarapan. Kemudian kami terus perjalanan ke Kuantan. Di Kuantan berjumpa dengan parent anak tahfiz kami. Dia belanja kami makan nasi kerabu.

Kemudian kami teruskan perjalanan sampai kemaman. Di sana dengan panduan Sarina melalui fon kami sampai di rumahnya jam 12.00 tengah hari. Disitu kami temuduga seorang pelajar dengan ibunya sekali. Sarina hidangkan kami dengan spheggeti dan bubur kacang. Seronok bertemu Sarina dan anak-anaknya kerana Sarina dan keluarga merupakan kenalan baik Lia sewaktu di Jaordan ( dunia ni kecilkan? )

Jam 2.00 petang kami meninggalkan rumah Sarina menuju Kerteh. Di sana pula dengan panduan fon kami sampai ke rumah mak lang jam 3.00 petang. Pertemuan dengan mak lang juga seperti bertemu kawan lama. Kami berborak sambil mak lang jamukan kami roti jala dan kek cokolat. Kerana Pak lang tiada di rumah Pak haji berehat di taman mak lang sahaja. Mak lang juga memberikan hadiah kepadaku. Ternyata mak lang ni pemurah orangnya.

Selepas rumah mak lang kami mencari rumah anak tahfiz kami seorang lagi. Dari panduan melalui fon juga kami jumpa rumah yang di cari terletak tidak berapa jauh dari rumah mak lang dan parent anak tahfiz inipun kenal akan mak lang dan Pak Lang.
Kami di sambut mesra dan sambil berbual panjang kami di hidangkan pula dengan hidangan keropok lekor dan pisang goreng. Kami terasa seolah-olah bertandang kerumah keluarga sendiri.( Sememang keluarga anak-anak tahfiz kami dan menjadi seperti keluarga besar kami ) Setelah rehat, mandi dan solat di sini kami bertolak ke Kuala Terengganu.

Kami sampai di Kuala Terengganu selepas maghrib sebab dalam perjalanan itu kami telah singgah makan malam dahulu. Oleh kerana musin cuti dan musabakah antarabangsa sedang berjalan di Kuala Terengganu, tidak ada bilek kosong di hotel 4 bintang yang dahulunya tempat kebiasaan kami menginap. Akhirnya kami dapat bilik di sebuah hotel baru yang tak ada bintangpun. Kerana hotel itu masih baru maka aku rasa bolehlah tahan menginap di situ. Harga bilik rm 110.

Keesokkan harinya kami pergi meronda Kuala Terengganu. Pertama pergi cari tukang yang nak peterikan pahar tembaga yang kami beli darinya banyak tahun yang lalu. dua kali pusing baru jumpa orang tersebut. Dua buah pahar yang patah kaki itu selamat dipeterikan harga rm 15 sahaja. Harga pahar jenis yang aku dah beli tu sekatang rm 140. Dulu aku beli harga rm 70 sahaja. Selamat aku dah beli 13 pahar bertahun yang lalu. Hehehe, kiranya dalam perkara ini aku berpandangan jauhlah.

Kemudian kami pergi tengok Trengganu Equestrian Resort ( TER ) tempat Ude akan memasukki pertandingan Berkuda Dressage di jadualkan selepas raya nanti. Kami juga pergi melihat masjid Kristal. Hari kedua kami pergi pasar Payang. Aku tak tahan panas, jadi hanya sempat beli buah. gula melaka dan 2 helai kaftan sahaja. Songket yang aku cari tidak ada yang berkenan kerana tukang-tukang tenun songket telah membawa hasil kraf mereka ke Kuala Lumpur untuk pameran di Kompleks Kraftangan Conlay. Nampaknya aku dah silap langkah kenalah balik semula ke KL nak cari songket istimewa untuk pengantin. Di sebelah petang kami pergi ke tempat yang selalu di adakan Pertandingan berkuda Endurance. Agak jauh tempat itu namanya Lembah Bedong dan semasa kami melawat itu sangat sunyi ( kerana tidak ada apa-apa aktiviti ) hanya ternampak seekor kucing dan seorang pekerja. ( lengannya umpama padang arafah di luar musim haji )

Keesokkan paginya kami bertolak pulang jam 8.00 pagi setelah pekena nasi dagang kat tepi jalan selepas jambatan sugai tu. Aku agak hampa sebab nasi dangang yang dulunya kegemaranku tidak sesedap yang diharapkan! Berasnya terasa keras macam kurang masak je! Mungkin mereka telah gunakan beras yang lain kualitinya. Alhamdulillah! Kami selamat sampai rumah jam 2.00 petang.

Monday, 18 August 2008

Ketenangan Di Pagi Isnin

Assalamualiakum!

Hari ini susana di luar nampak tenang ( tiada angin yang menggoyang pohon-pohon ) dan aku rasa juga hatiku dipagi ini setenang suasana di luar sana. Selepas tengah hari ini anak-anak tahfiz akan pulang kepada ibubapa mereka dan akan kembali semula pada petang sabtu nanti. Jadi aku dan Pak haji akan bercuti sehingga hujung minggu ini. Cadangan esok aku dan Pak haji berdua sahaja, (orang lain tak mau ikut ) nak pergi ke pantai timur. Insya-Allah akan bertemu blogger Mak lang dan Silver sarina.

Hari ini aku tak perlu ke pasar dan tak perlu terkejar-kejar. Kalau tidak pagi-pagi lagi mukaku dah ada kat pasar. Semua orang pasar seksyen 6 tu dah kenal aku. Akupun dah malu nak minta di kurangkan harga barang. Kerana kenaikkan harga barang yang terlalu tinggi aku buatlah penjimatan cara sendiri. Misalnya dahula harga ayam rm 6.00 sekilo, sekarang rm 7.00. Orang pasar beri aku harga rm 6.80. Bagi masakkan yang kami sediakan memerlukan 15 ekor ayam seminggu lebihkurang 30 kg, ( tak termasuk bagi masakkan yang di sediakan oleh Maria Caterer yang membekalkan makanan tengah hari setiap hari ). Oleh itu di hari yang menu utama ayam, kami sedilah menu kedua yang lebih ringan seperti, telor, ikan bilis, udang dicampurkan ke sayur. Kebiasaannya menu kami ialah nasi bersama 1 masakan lauk utama, 1 jenis lauk kedua, dan sayur dan air sirap.

Untuk hidangan waktu rehat selalunya kami sediakan makanan yang mengeyangkan seperti bihun goreng, mee kuah, cucur udang, roti jala, nasi goreng, nasi lemak, koay teow. Jadi untuk menyediakan jenis kuah, kami selalunya menggunakan seekor ayam. Sekarang untuk penjimatan kami gunakan separuh ayam sahaja ditambah dengan rebusan stok ayam.
Cara begini tidak mengurangkan keenakan masakan.

Sayur-sayuran juga adakalanya sangat mahal. Jadi aku akan bertanya kepada penjual, sayur jenis manakah yang murah sedikit berbanding yang lain pada hari itu. So aku adjust menu mengikut harga sayuran. Menu daging hanya seminggu sekali sebab aku beli daging fresh, harganya rm 20 sekilo ( tak suka daging kotak ). Harga ikan juga sangat mahal. Jadi aku berjimat dengan cara kalau ikan yang biasa di hidangkan ialah kembung sedang, rm 10 sekilo. Dua kali seminggu ikan jenis mahal sangat iaitu, siakap, bawal hitam, tenggiri, kerapu, kami potong kecil atau tak potong mereka share sehidang. Untuk masakan kari aku belikan bahagian ekor ( rm 10 sekilo )dari ikan jenis mahal kalau isinya rm 30 sekilo. Aku tidak pernah membeli ikan jenis murah sedikit iaitu ikan sadin dan ikan keli kerana tidak sesuai untuk makanan anak-anak tahfiz kami.

Untuk menjaga pemakanan yang seimbang dan bagus, kami berikan susu fresh untuk sarapan seminggu sekali. Roti, butter, kaya, telur dan kismis di beri setiap pagi, kurma di beri untuk tiap berbuka puasa. Minuman adalah teh, fresh juice dan sirap dan kami tidak pernah memberi kordial murahan ( tidak sesuai kerana kordial murahan mengandungi perasa dan pewarna tiruan.)

Begitulah sedikit sebanyak usaha kami untuk menjaga dan mendidik anak-anak tahfiz agar mereka sihat dan dapat menimba ilmu yang banyak supaya menjadi manusia yang pertumbuhannya sihat dan seimbang ( mental, rohani dan jasmani ). Kami sentiasa doakan semoga anak-anak tahfiz kami akan menjadi manusia baik untuk diri dan keluarga, agama dan negara serta mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Ameen!

Sunday, 17 August 2008

Beri Peluang Kepada Mereka

Assalamualaikum!

Hari ini hari ketiga anak-anak tahfiz yang belum pulang bercuti membuat kelas Al-Quran tambahan mereka. Kadang-kadang aku rasa penat juga dan menyoal kenapa Pak haji nak buat kelas tambahan untuk budak-budak ni? Akupun nak rehat, biarlah mereka pulang bercuti. Namun Pak Haji dan Ustaz Nizam ada jawapan masing-masing.

Pak haji mahu anak-anak tahfiz ini tamat hafazannya awal, kalau boleh di akhir Tingkatan 3 mereka dah tamat, walaupun mengikut sukatan mereka akan tamat di akhir Tingkatan 4 ( 6 juzu' ting 1, 8 juzu' ting 2, 8 juzu' ting 3, 8 juzu' ting 4 ). Di akhir Tingkatan 3 kami bercadang akan mula 'step up preparation' iaitu akan mula pecut untuk SPM. Kalau boleh kami nak anak-anak tahfiz kami score semua As dalam subjek yang mereka akan ambil nanti.

Bagi Ustaz Nizam pula, beliau mahu semua muridnya lulus subjek Al-Quran. Katanya, oelh kerana sekolah ini core subjeknya ialah Al-Quran, maka mereka harus diberi peluang untuk lulus subjek ini. Yang demikian, beliau sanggup tunggu anak-anak yang lambat sikit ni sehingga mereka mencapai tahap yang di kehendaki. Beliau nampak puashati dengan usahanya apabila ada yang boleh hafaz ( tasme') 2 muka sehari semasa kelas tambahan ini. Jenis yang macam ini adalah jenis yang boleh hafaz tetapi tidak serius atau tidak tekun melakukannya. Ada juga yang jenis slow sikit tu dah dapat menghafaz 3/4 muka sehari. Anak dari Sarawakpun sudah boleh membaca al-Quran dengan lancar. Namun yang bagusnya ada yang telah capai lebih dari sukatan tetapi tak mau pulang sebab nak 'pulun' supaya meningkat cepat, jenis inilah patut tabik untuk dia.

Sebelum ini ada juga ibubapa yang tidak faham matlamat kami. Mereka upset ( tak suka ) kalau anak mereka di arahkan pulang lewat masa time cuti. Mereka tidak mahu ambil tahu bahawa performance anak mereka itu slow. Ada juga jenia ibubapa yang ingat anak mereka pandai, hanya ingin menyalahkan sekolah apabila anak mereka tidak menunjukan prestasi yang bagus. Maka tanpa berbincang atau memberitahu kami mereka menarik anak mereka ke sekolah lain. Alhamdulillah! Berkuranganlah beban kami kerana sememangnya anak itu tidak sesauai dengan sekolah kami dari segi dia lemah dalam pelajaran atau dia tidak boleh di disiplinkan.

Apapun, kami membela dan mendidik anak-anak ini seperti anak-anak kami semdiri. ( Adalah juga rasa sakitnya kalau di rentap oleh ibubapa macam itu ) Kami juga sentiasa berdoa semoga anak-anak sekolah kami dan ibubapa mereka adalah jenis orang yang 'berbaloi' segala pengorbanan kami keatas mereka. Allah SWT jua yang amat mengetahui.

Pengalaman telah banyak mengajar kami. Jadi untuk kemasukan 2009, kami bersedia lebih awal. Bagi calon yang datang lebih awal menunjukkan minat mereka, maka priority akan diberi kepada mereka. Kami akan confirm tempat untuk mereka yang datang temuduga awal dari sekarang dengan membawa keputusan peperiksaan percubaan UPSR. Mereka harus menunjukkan minat terhadap AL-Quran dan berpotensi mendapat As dan Bs untuk UPSR.

Bagi Sekolah Rendah Tahfiz Al Hanna pula, kami bersama gurubesarnya,Cik Gu Wan sudah mula sesi temuduga anak-anak dan ibubapa dari sekarang. Sekolah rendah ini akan di tempatkan di seksyen 3 Shah Alam. Format pembelajarannya adalah sama dengan sekolah menengah kami ( MTAQSA ) bersesuaian dengan tahap dan subject mengikut kurikulmnnya. Anak-anak akan didedahkan lebih awal kepada ilmu Al-Quran, hafazan dan agama dengan lebih mendalam dari sekolah biasa tanpa meninggalkan akademik. Target hafazan mereka ialah Juzu' 30 dan surah-surah amalan. Namun mereka boleh terus meningkat ikut prestasi sendiri.

Semoga dengan membaca blog ini anda akan terbuka hati untuk membawa anak-anak ke jalan ini. Berilah kepada anak-anak kita pembelajaran ilmu dunia dan akhirat yang secukupnya. Ini adalah pelaburan yang amat bagus dimana hasilnya juga dapat anda kecapi di dunia dan akhirat. Walau apapun pendapat anda dalam hal ini, berdoalah kepada Allah SWT kerana apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Saturday, 16 August 2008

Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum!

Cuaca dipagi ini kelihatan mendung. Hari ini ada jemputan kahwin untuk kami dan anak-anak tahfiz. Alhamdulillah jadi tak payah lah kami sediakan makan tengah hari. Namun ada perkara yang membuat hatiku berkocak. Patutkah aku tunaikan jemputan ini. Yang menjemput anak-anak tahfiz kami kawan baik anakku. Kad menjemput untuk aku dan Pak haji telah 2 minggu kami terima. Anda tentu hairan kenapa aku berkeadaan begini sedangkan anak tuan rumah itu kawan baik anakku!

Kisahnya begini: Lebih 10 tahun yang lalu aku sedang menjalankan tugas di pejabatku. Ada panggilan telefon , orang yang memanggil itu marah-marah padaku menggunakan bahasa agak kesat dan menuduh-nuduh yang bukan-bukan. Akupun menjawab dengan menjemputnya ke pejabatku kalau ada perkara yang dia tidak puas hati. Namun dia tidak muncul ke pejabatku hanya menarik balik kerja ( yang aku telah selesai lakukan tanpa membuat apa-apa bayaran ) dengan alasan tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatanku. Sejak dari peristiwa itu kami tidak lagi bertegur sapa.

Masa berlalu ditakhdirkan Allah SWT anak-anak kami pergi belajar ke sekolah yang sama. Mereka menjadi kawan rapat, walaupun mereka tahu ibubapa mereka tidak bertegur sapa, mereka sentiasa saling berkunjung. Kami ibubapa buat tak tahu sahaja. Aku kasihan melihat si-anak itu kalau malam rayapun ikut bertakbir bersama anakku di kawasan kami. Masa bercutipun akan ikut bercuti bersama anakku. Sedangkan si bapa tidak pernah datang meminta maaf padaku, si emak pula walaupun tidak bergaduh denganku, tidak pernah tegur mesra bila bertemu. Adalah sekali disuatu ketika ( mungkin tahun lepas ) di masjid si bapa datang bersalaman dengan Pak haji.

Oleh kerana yang menjemput anak-anak tahfiz kami adalah kawan baik anakku, mak kami akan tunaikan undangan itu. Bagi diri aku pula buat masa ini aku masih tidak dapat buat keputusan akan memenuhi jemputan itu atau tidak. Pak haji tidak pergi kerana ada majlis lain yang memerlukan kehadirannya. Jadi aku kenalah buat keputusan sendiri. Tengoklah nanti, apabila jiran datang mengajakku pergi, kalau pada masa itu hatiku tenang, maka aku akan pergi. Kalau pada masa itu hatiku masih berkocak maka eloklah aku tidak pergi. Aku ini jenis orang yang tidak boleh bermuka-muka. Kalau manis dalam hatiku bolehlah aku senyum kalau masih kelat bagaimana nak senyum?

Kalau aku berdosa kerana tidak menunaikan jemputan ini aku pohon keampunan dari Allah SWT. Aku hanyalah manusia biasa!

Friday, 15 August 2008

Rehat Sedikit

Assalamualaikum!

Hari ini aku dan Pak haji boleh rehat sedikit sebab Yanna dan Ally sudahpun terbang dan selamat berada di bumi Mesir. Anak-anak tahfiz pula sebahgiannya sudah pulang bercuti semalam. Ada separuh yang tinggal untuk kelas Al-Quran tambahan akan pulang bercuti pada petang Isnin ini. ( Mereka yang buat wajib buat kelas tambahan ini adalah yang tidak mencapai target mengikut sukatan. Namun ada juga beberapa orang yang dah lebih dari sukatan tetapi tidak mahu pulang kerana nak pulun lagi!) Anak-anak yang bekerja sudah pergi kerja dan Alan anak yang second last dalam Ting 5 pun sudah ke sekolah. Ini yang menyebabkan aku boleh rasa relax sedikit.

Aku dan Pak haji terasa nak pergi bercuti setelah penat berhempas pulas setiap hari. Mungkin pada hari selasa ini kami akan pergi ke Pantai timur. Kalau jadi pergi nanti mak teh akan konteklah blogger silver sarina dan Mak Lang.

Pada pagi ahad dan isnin kami lapangkan masa untuk bertemu ibubapa dan anak-anak mereka. Ada yang nak datang untuk temuduga nak mendaftarkan anak mereka masuk sekolah kami untuk sekolah rendah dan Tingkatan 1. Ada juga yang datang untuk consultation kemana dan bagaimana nak menjurus anak mereka dalam pendidikan ini. Ada yang setelah membaca blog ini kisah Yanna telah belajar di Mesir sejak umur 14 tahun lagi ingin mencontohi Yanna mengambil jalan itu. Namun aku tidak menggalakan mereka berbuat demikian. Memandangkan kesusahan yang Yanna dan kami lalui untuk pembelajaran Yanna, maka kami telah membuka sekolah ini yang mana kurikulumnya berdasarkan kurikulum Al-Azhar untuk hafazan Al-Qurann dan matapelajaran Agama. Lebih cantik lagi di sini kita ada subjek akademik dan pelajar dapat mengambil peperiksaan SPM. Aku juga tidak yakin orang lain akan 'tough' macam Yanna.

Oleh kerana kami membuka sekolah ini maka anak kami yang bongsu, Cik Su tidak di hantar ke Mesir. Sebelum ( buka sekolah ) ini memang dalam perancangan kami nak hantar Cik Su ke Mesir seperti kakaknya, tambahan pula kakaknya dah berada di sana. Namun dalam perancangan itu aku dan Pak haji juga harus berpindah ke sana. Sekarang nampaknya tak jadilah dan aku juga setelah pergi melawat Yanna dalam tahun 2006 merasakan tidak berapa sesuai dengan cuaca di sana.

Dalam pengalaman aku dan Pak haji, kami dapati ramai ibubapa yang berhasrat murni hendak menjadikan anak mereka seorang tahfiz. Namun ramai yang tidak tahu jalannya, maka mereka membawa anak kesana sini merata-rata, sehingga anak itu yang telah meningkat umur tidak lagi dapat di masukkan ke sekolah yang mempunyai akademik. Ada juga yang menumpukan hafazan sahaja sehingga pelajaran agamapun diabaikan. Di sekolah kami, tekanan adalah kepada hafazan dan ilmu Al-Quran, seterusnya di integrasikan Dinniah Al-Azhar dan kurukulum KBSM. Matlamat kami ialah memberi pembelajaran yang seimbang untuk dunia dan akhirat ( An all rounded education for here and hereafter ).

Kepada yang berminat sila layari web kami www.mtaqsa.com.

Wednesday, 13 August 2008

Sudah Terbang

Assalamualaikum!

Semalam kami bersama 1 bas anak-anak tahfiz kami pergi menghantar Yanna dan Ally ke KLIA. Kami bertolak jam 5.30 petang. Sampai sana jam 6.30 petang, Yanna dan Ally terus check-in. Alhamdulillah semua barang cek-in untuk kargo selamat di terima masuk 65 kg.

Sementara itu. anak-anak tahfiz di lepas bebas berkumpulan dalam kawasan balai berlepas. Seronoklah mereka boleh bebas merayau-rayau disitu. Kemudian kami berkumpul untuk solat maghrib di surau Ally menjadi Imam. Bergema bunyi suara anak-anak kami mengaminkan bacaan dalam solat di dalam surau KLIA itu. Selepas itu kami beramai-ramai menghantar mereka ke pintu sekatan masuk ke kawasan gate berlepas. Alhamdulillah jam 9.30 malam mereka selamat berlepas dengan pesawat Negara jiran.

Selepas melambaikan Ally dan Yanna aku pergi mengambil 23 biji burger yang telah ku pesan lebih awal tadi. Oleh kerana burger ini jenis yang mahal maka aku hanya boleh memberikan mereka seorang separuh burger. Setelah makan burger kami menaikki bas untuk pulang. Di dalam bas bekalan kami nasi goreng di edarkan sekotak seorang. Anak-anak yang kelaparan terus makan. Aku yang keletihan terlena sekejap dalam deruman enjin bas dan bunyi tenteram celoteh anak-anak. Kami tiba di asrama hampir jam 11.00 malam.

Pada masa ini aku sedang menanti SMS dari Yanna memberitahu mereka selamat sampai di bumi Mesir. Jadi aku berhenti di sini sekejap hingga aku dapat berita tersebut.....

..... sambung .... Alhamdulillah pada jam 1.20 tengah hari tadi aku telah dapat SMS dari Yanna memberitahu mereka telah selamat sampai ke Cairo. Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kediaman mereka di Haiyyu 'Asyir, Madinat Nasr ( seksyen 10, Bandar Nasr ) Aku melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT. Aku dan Pak haji sentiasa memohon kepada Allah untuk keselamatan anak-anakku yang jauh di bumi ambia' ( termasuk Lia yang di Jordan ), memohon kesihatan mereka, juga tidak lupa memohon dipermudahkan segala urusan mereka dan juga memohon agar mereka sabar dan kuat iman serta mereka dapat belajar dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang.

Aku harap mereka sihat dan tidak demam sebab siang semalam sebelum bertolak, aku telah membawa Ally pergi berjumpa Dr Lee. Dr Lee telah memberi Ally 4 jenis injection. Pertama suntikan untuk melindungi dari penyakit Hepatitis A dan B, injection kedua untuk typhoid , suntikan ketiga mencegah penyakit meningitis, keempat suntikan dari penyakit kancing gigi ( anti titinus ). Kemudian Dr Lee suruh aku panggil Yanna datang untuk mendapatkan suntikan-suntikan tersebut. Dr Lee sangat prihatin tentang kesihatan anak-anakku. Katanya Cairo tempat yang sangat bahaya kerana persekitaran yang kotor, jadi risiko mendapat penyakit tersebut sangat tinggi.

Yanna yang sedang buat last minute shopping terpaksa datang juga kerana di panggil oleh Dr Lee walaupun aku tahu dia tidak kerana sangat takut akan suntikan. ( dari awal lagi dia cuba mengelak ). Yanna kemudian di beri 3 jenis suntikan kerana suntikan Hepatitis A and B dia telah buat 2 tahun lalu. ( suntikan itu tahan 5 tahun ) Oleh kerana semua suntikan tersebut dan 1 puff untuk Ally aku telah membayar rm 780.

Di sebabkan kesibukan mendapatkan semua barang-barang yang mereka nak bawa maka aku tak sempat menggoreng 'mee mamak ' salah satu permintaan Yanna. Namun aku puas hati kerana semua permintaanya yang lain telah dapat aku tunaikan!

Selamat belajar untuk Ally and Yanna.

Saturday, 9 August 2008

Persediaan ke Luar Negara

Assalamualaikum!

Kesibukan membuat aku tidak dapat update blog selalu. Kebelakangan ini bukan saja sibuk kerana sekolah kami tetapi juga sibuk mempersiapkan anak-anakku yang akan melanjutkan pelajaran ke Al Azhar. Yang nak berangkat kali ini ialah Ally dan Yanna. Bagi Ally yang akan baru mula menuntut kesana persediaan nya lebih sedikit. Kami telah siapkan passport, visa dan tiket kapalterbangnya. Kemudian kami pergi buka akaun dengan bank H*** untuk mempermudahkan urusan masuk dan keluar duit. Ally merupakan anakku yang ke 7 membuka akaun dengan bank ini untuk tujuan urusan pengeluaran duit di luar negara. Memang bank ni bagus untuk tujuan itu. Kalau ibubapa tanya memang aku rekomen bank itu. Selalunya apabila anak-anakku di luar negara meminta duit dalam masa kurang 1 jam dari aku memasukkannya di ATM disini, mereka boleh mengeluarkannya disana.

Kemudian bapanya telah menempah baju kot baru berwarna hitam bersama sepasang seluar ( sedondon )sebagai hadiah untuk pemrgiannya. Dia hanya perlu beberapa helai baju kemeja and kemeja T dengan 2 pasang seluar slack dan 2 pasang jeans. Dia juga memerlukan sepasang kasut jalan yang tahan lasak dan sepasang sliper. ( Kasut dan sliper tidak ada yang bagus di Mesir ). Ada lagi satu persiapan pakaian yang perlu untuk ally iaitu baju dalam untuk musim sejuk bernama 'long john'. Baju ini amat perlu kerana musim sejuk di Mesir akan bermula bulan September dan suhunya amat sejuk. Angin sejuk di sana menggigit hingga ke tulang. Kalau tak ada baju ini pelajar kita disana selalunya memakai berlapis-lapis baju. Baju ini boleh dibeli di sebuah kedai jual pakaian winter di jalan TAR. Harga nya untuk yang cotton ialah rm 100 lebih sepsang. Yang nylon murah sikit tetapi yang cotton itu lebih bagus.

Selain dari itu Ally perlu berjumpa dengan Dr Lee Subang Jaya Medical Centre( paediatrician semua anak-anakku sejak mereka lahir lagi ) untuk mengambil bekalan ubat puff dia dan untuk suntikan yang perlu untuk menghindari penyakit Hepatitis A, B, C ( aku pun tak tau tapi tahu ianya perlu ). Ally juga telah pergi dentist repair semua giginya ( disana dentist kurang bagus ). Sepasang cermin mata baru juga perlu dibuat disini.

Akhirnya bekalan yang perlu di bawa Ally ialah 1 periok kecil eletrik masak nasi, 1 blender, 1 set plug adaptor, dan 1 set multiple sockets. Sedikit barang-barang dapur yang perlu pula ialah chili kering, rempah ratus, udang kering, ikan bilis, sup kimball tepung, santan kering , milo 3 in 1, mee segera, pes nasi goreng, pes tom yam, rempah kari pelbagai dll. ( antara barang-barang yang susah dapat disana )

Lagi barang yang perlu ialah personal toiletaries, ubat ubatan seperti panadol, minyak angin, minyak panas,( minyak kapak ke harimau ke ), other personal medication. Beberapa alat tulis juga elok dibawa. ( misalnya ballpen kita lebih bagus, di sana tak ada jenis yang bagus )

Bagi Yanna pula tidak perlu banyak persiapan kerana dia sudah hampir 5 tahun berada disana. Peralatan dapur Yanna sudah lengkap termasuk kuali besar, periuk besar, periuk pengukus, lesung batu tumbuk dll. Yanna telah pergi ke Mesir semasa umurnya 14tahun. Dia telah melalui pendidikan arab sepenuhnya di Bouuth iaitu sekolah menengah Al Azhar untuk orang luar( bukan orang Mesir ). Insy-Allah, September ini Yanna akan ke Universiti Al Azhar mengambil bidang Usuluddin dan Ally akan mengambil bidang Al-Quran ( Qiraat ). Yanna telah membeli segala barang dapur, toiletaries dan ubat-ubat yang dia nak bawa. Hanya akau perlu siap serondeng daging, acar buah dan goreng kering ikan bilis petai. Harap aku dapat siapkannya dalam masa dua, tiga hari ini. Hehehe!tak banyak kan?

Friday, 1 August 2008

Yang Kurik itu Kundi, Yang Merah itu Saga

Pernahkah anda mendengar serangkap pantun lama ini yang berbunyi:

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Ini adalah sebuah pantun lama mengenai budibahasa. Walaupun nampak mudah dan ringkas ia mempunyai maksud yang luas dan mendalam. Sebagai orang lama mak teh ingin memberitahu sedikit sebanyak mengenai adab sopan dan budibahasa dalam budaya masyarakat Melayu. Di zaman sekarang, ramai anak-anak muda kurang arif tentang perkara ini. Mak teh tidak menyalahkan mereka kerana tidak ada pihak yang mengajar dan mendidik mereka tentang perkara ini. Mak teh dahulu telah dididik oleh nenek dan orang tua-tua di dalam masyarakat kami. Diantara perkara-perkara penting adalah seperti berikut:

1) Hendaklah tegur sapa dan bersalaman dengan saudara-mara atau tetamu yang datang kerumah kita ataupun orang yang kita kenali apabila bertemu.

2) Apabila bersalaman dengan orang yang lebih tua dari kita ( yang perlu kita hormati ) hendaklah mencium tangannya atau membongkokkan badan dam menundukkan kepala tanda hormat.

3) Janganlah berpakaian tidak sopan seperti memakai housecoat, baju tidur sahaja apabila tetamu datang bertandang.

4) Jangan mengeluarkan atau menggunakan penyapu apabila ada tetamu. Menggunakan penyapu dihadapan tetamu adalah tidak sopan dan pantang besar dalam budaya Melayu. Adalah di anggap sial jika terkena penyapu yang seseorang sedang menggunakanya.

5) Apabila membersihkan tangan janganlah renjis airnya hingga terkena orang lain.
Hendaklah menggunakan tuala tangan untuk mengeringkannya.

6) Jangan menggunakan kaki apabila menunjukkan sesuatu kepada seseorang. Anak-anak kita apabila bermain jangan dibiarkan menggunakan kaki ( sepak tendang )

7) Janganlah menggunakkan bahasa kasar atau kesat apabila bercakap. Ini adalah di anggap biadab.

9) Pantang lalu dibelakang seseorang di anggap tidak sopan tanpa minta izin terlebih dahulu ( bagi orang Kedah )

10) Jika melintas di hadapan seseorang dalam rumah atau majlis, hendaklah membongkokkan badan sambil tangan kanan di hulurkan kebawah menunnjukkan laluan.

11) Jangan meludah jika ada orang sedang lalu. Di anggap menghina seseorang
sekiranya kita meludah dihadapannya.

12) Jika duduk dihadapan orang janganlah duduk yang kaki terkangkang atau duduk bersila panggung iaitu kaki bersilang diatas kaki. Kita juga tidak boleh menggedikkan atau menggoyangkan kaki. Cara begini di anggap tidak sopan.

13) Apabila berjalan di pekan atau di bandar sewaktu hujan atau ada jalan berlopak air jangalah menarik kain hingga ke lutut menampakkan kaki dan betis. Kelihatan sangat tidak manis dan sekali gus menampakkan anda datang dari kampung atau pendalaman atau dari kawasan banjir.

14) Apabila tetamu datang berkunjung hendaklah kita menghidangkan makanan dan minuman sesuai mengikut keadaan dan masa.

15) Apabila tetamu hendak pulang, seeloknya berikan sedikit hadiah atau makanan terutama tetamu atau saudara-mara yang datang dari jauh dan jarang datang kerumah kita.

16) Kalau kita berkunjung ke rumah saudara-mara atau sahabat handai eloklah bawa sedikit buah tangan sesuai dengan keadaannya. Sesekali hulurkan sedikit wang kepada orang tua ( emak saudara, neneksaudara ) atau anak-anak buah kita.

17) Ucaplah terima kasih apabila menerima sesuatu pemberian atau pertolongan dari seseorang.

18) Memberi senyuman kepada sesama kita walaupun kita tidak kenal adalah budaya orang Melayu terutama bagi masyarakat di Kedah.

19) Tolong menolong apabila kapada orang dalam kesusahan atau yang memerlukannya adalah budaya masyarakat kita.

20) Janganlah bersuara dengan kuat apabila bercakap kuat apabila menggunakan telefon di khalayak ramai.

Semoga anak-anak dan anak buah mak teh dapat mempelajari dari apa yang mak teh catatkan di sini. Kalau ada respond nanti mak teh akan tambah lagi.

Wednesday, 30 July 2008

Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Al - Azhar

Assalamualaikum!

Rancangan kami untuk berkhemah pada 2 hb ogos ini terpaksa dibatalkan. Kami kesuntukan masa kerana banyak aktiviti yang akan di jalankan. Pada hari tersebut kami hendak membuat sedikit makan dan doa selamat untuk Yanna dan Ally yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti Al-Azhar, Cairo. Mereka akan bertolak pada 12 Ogos. Pada 10 Ogos sekolah kami akan mengadakan Kejohanan Memanah. Itulah sebabnya kami amat kesuntukan masa.

Kami bercadang membawa anak-anak Tahfiz ke KLIA untuk menghantar Yanna dan Ally nanti. Terpaksalah kami sewa sebuah bas untuk tujuan itu. Aku berpendapat dengan menghantar Yanna dan Ally anak-anak Tahfiz ini akan memberi semangat kepada mereka berdua untuk belajar dan juga anak-anak Tahfiz ini akan bersemangat untuk belajar bersungguh-sunnguh kerana hendak melanjutkan pelajaran mereka ke luar Negara.

Hari ini pak Haji dijemput ke Syarikat Gergasi yang akan mendermakan sebuah van kepada sekolah kami. Akhirnya urusan surat menyurat untuk semua permohonan telah selesai. Alhamdulillah beberapa hari lagi kami dapatlah menggunakan kenderaan tersebut. Memandangkan perkembangan sekolah ini di tahun hadapan kami terpaksa mendapatkan sebuah bas pula. Bagaimana caranya akupun tidak tahu, Allah SWT sahaja yang mengetahui.

Syukur! Dalam menghadapi zaman kesusahan ini kami dapat serba sedikit pertolongan dari hamba-hamba Allah yang pemurah dan prihatin. Beberapa hari lepas kami dapat 2 kampit beras yang di letakkan di depan asrama kami. Kami juga telah mendapat sumbangan dari orang kita yang merantau jauh di Negara padang pasir. Walaupun mereka kata sumbangan mereka tak seberapa ia-nya sedikit sebanyak amat membantu kami dalam operasi sekolah ini. Jazakallah!

Sunday, 27 July 2008

Hujung Minggu Yang Sangat Sibuk

Assalamualaikum!

Hujung minggu kami ialah hari Jumaat dan Sabtu. Namun hujung minggu adalah waktu-waktu yang sibuk bagi anak-anak tahfiz kami. Bermula petang Khamis malam Jumaat
sesudah solat maghrib, mereka membaca Surah Yassin dan selalulunya disetai majlis tahlil atau solat Hajat di atas permintaan sesiapa yang berhajat. Selesai solat Isya mereka belajar Taranaum ia-itu bacaan Al-Quran berlagu dari Uatas Nizam.

Keesokan paginya Pak haji kejutkan mereka seawal 4.30 pagi untuk bersiap sedia ke Masjid Negeri. Pak haji mengangkut mereka termasuk pelajar perempuan ke masjid berulang-ulang sehinggalah semua berada dimasjid seawal jam 5.30 pagi. Sementara menunggu waktu mereka melakukan solat-solat sunat dan menghafal surah-surah. Solat subuh Jumaat amat istemewa sebab Imam akan membaca Surah Assajjadah di rakaat pertama dan Surah Al-Insan di rakaat kedua. Dalam rakaat pertama apabila imam membaca Surah Assajjadah, tiba pada akhir suatu ayat itu, imam dan makmum akan melakukan sujud yang dinamakan sujud sajjadah.

Lalu di dalam sujud itu kita lafazkan pujian kepada Allah SWT yang berbunyi ....... " Sajadawajhi yalilladzi kholakhohu wasauwarohu wasyakkhosam'ahu wabasorohu bihaulihi waquwwatihi, fatabarakaallahu ahsanul kholiqeen" yang bermaksud " Ku sujudkan wajahku pada Mu ( ya Allah )yang menciptakan rupa parasku, yang memberi pendengaran padaku, yang memberi penglihatan padaku, dengan KekuasaanNya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."

Anak-anak tahfiz kami kesemuanya telah menhafal Surah Assajjadah ini, malah inilah Surah yang pertama wajib mereka hafal setelah masuk ke sekolah kami. Selepas itu mereka di suruh mempelajari maknanya. Oleh itu fahamlah mereka mengapa sujud itu dilakukan dan kalau ada yang faham lebih mendalam akan tersentuh hatinya dan akan mengalirkan air mata.

Selesai solat subuh mereka kembali keasrama untuk bersarapan pagi. Setelah bersarapan mereka akan menghafal Al-Quran. ( Dua jam setipa pagi merupakan jadual yang wajib mereka ikuti menghafal Al-Quran walaupun dihujung minggu ).

Kemudian mereka membersihkan bilik mereka dan kawasan asrama. Selepas itu mereka bergegas salin pakaian untuk ke kelas Khat. Jam 11-12.00 tengah hari mereka makan dan berehat sebentar serta bersiap untuk ke Masjid Negeri. Tepat jam 12.00 Pak haji muncul dengan Hiluxnya untuk mengangkut mereka sekali lagi pergi ke Masjid Negeri untuk menunaikan Solat Fardu Jumaat.

Mereka berehat sebentar dari jam 3.00 hingga 3.30 kerana selepas itu mereka akan di bawa ke Perpustakaan Negeri dan berada di sana hingga jam 6.00 petang. Solat Asar mereka lakukan di surau Perpustakaan.

Pada hari sabtu pula mereka ada aktiviti memanah yang diwajibkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Kemudian mereka ada kelas tambahan atau tusyen bagi mata pelajaran yang mereka lemah. Pada petang hari Sabtu mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah mereka ataupun menunggu ibubapa mereka yang akan berkunjung 2 minggu sekali.Itulah lazimnya aktiviti mereka setiap minggu.

Namun pada hari hujung minggu ini, ada sedikit kelainan. Mereka telah mengadakan aktiviti perkemahan, merupakan salah satu aktiviti di bawah Pasukan Kadet Tahfiz ( kalau sekolah kebangsaan di panggil Pasukan Kadet Remaja ). Nampaknya anak-anak ini sangat teruja dan seronok dengan aktiviti ini. Buat permulaan mereka berkhemah di kawasan lapang belakang asrama mereka. Pelajar banat ( perempuan ) hanya berkhemah di halaman asrama mereka. Selepas solat Jumaat mereka sudah mula bersiap membersihkan tapak khemah, kemudian memacak dan mendirikan khemah masing-masing. Pada malam itu mereka tidur dalam khemah. Ada 8 pasukana kesemuanya. Mereka memasak makanan sendiri untuk supper malam itu dan menyediakan sarapan keesokan pagi. Mereka kemudian berkawad galas bag haversack memanjat Bukit seksyen 3. Kuat bersemangat bunyi suara mereka berkawad. Markah-markah di beri kepada semua aktiviti mereka oleh Komandan pasukan. Jam 3.30 petang mereka selesai berkhemah dan pulang ke asrama dengan amat keletihan. Maka tidak hairanlah mereka tertidur hingga jam 5.00 petang di kejutkan oleh Pak haji untuk solat Asar. ( Menyedari keletihan mereka, aku telah berpesan kepada Pak haji agar jangan memarahi mereka bangun lewat untuk solat Asar hari itu.)

Malam tadi kami telah mengarah mereka tidur awal untuk bersedia ke sekolah pagi ini hari Ahad ia-itu hari pertama minggu ini untuk sekolah kami. Minggu hadapan kami bercadang akan membawa mereka berkhemah ke dusun kami di Ulu Langat. Walaupun kami benarkan aktiviti sebegini, mereka terus gigih berlumba-lumba menghafal Al-Quran. Umpannya, kalau tak dapat tasme' ( meperdengarkan hafalan depan ustaz ) semuka surat sehari, untuk mereka yang cepat dan 3/4 muka surat sehari untuk yang lambat, maka mereka tidak akan di bawa serta untuk aktiviti perkhemahan yang di rancangkan!

Semoga dengan pendedahan kepada aktiviti sebegini akan membina semangat jatidiri dan membentuk peribadi kepimpinan dalam anak-anak tahfiz kami. Ibupapa sila perhatikan perubahan positif yang berlaku kepada anak-anak anda setelah berda di sekolah kami.