Tuesday 30 October 2007

Hari Raya Puasa Enam

Alhamdulillah hari ini kami dan pelajar-pelajar sekolah kami merayakan Hari Raya Puasa Enam. Maka tamatlah enam hari mereka berpuasa sunat dibulan syawal ini setelah kembali keasrama selepas pulang dari cuti berhari raya. Nampaknya pelajar-pelajar kami amatlah tabah dan suka berpuasa. Sepatutnya mereka selesai berpuasa enam padahari ahad kerana kami telah mula puasa hari selasa iaitu hari ketiga mereka belajar semula. Alkisah ada orang telah menjemput kami makan kenduri pada hari sabtu, jadi kamipun taklah berpuasa hari itu. Jadi hari inilah baru kami beraya. Pelajar-pelajar diberi makanan agak istemewa sewaktu rehat jam 10.30 pagi tadi iaitu kek, ice-cream, coklat dan bihun bersama minuman teh tarik istimewa. Pelajar-pelajar kami telah diberi tahu keistimewaan puasa enam iaitu Sesiapa yang berpuasa sebulan bulan ramadhan ditambah pula dengan berpuasa sunat 6 hari dibulan syawal akan mendapat ganjaran pahala seolah-olah telah berpuasa setahun. Oleh itu sewajarnya lah Hari Raya puasa Enam ini mereka diraikan seadanya. Segala amalan sunat seperti berpuasa sunat, bersolat tarawih, bertadarus serta majlis khatam al-Quran, bersolat jamaah subuh hari jumaat di masjid Negeri untuk sujud sajaddah, bersolat sunat yang pelbagai, adalah amalan warga sekolah kami sepanjang masa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah kami sila layari www.mtaqsa.com. Terima Kasih.

4 comments:

  1. I cant access the website somehow, but nevermind.
    Masya-Allah what a nice school you run, to be able to have your students complete puasa 6, that is so wonderful!
    Congratulations and Selamat hari Raya :)

    ReplyDelete
  2. Oleh kerana bendera merah dah ditayang seawal raya ke 3 dan tempohnya pulak lama, maka saya baru hari ke 3 berpuasa hari ni dengan niat puasa qadha..mudah2an sempat habiskan qadha 11 hari dalam bulan syawal, insyaAllah....

    ReplyDelete
  3. Dear elisa, thank you for your very gracious comment. It is a joy to see such comments which make our work more pleasant. Syukran!

    Dear OO, previously could not comment on your and other entries due to some computer 'blinking' problem! Thank you for your continous interest in my blog.

    ReplyDelete
  4. Dear elisa, thank you for your very gracious comment. It is a joy to see such comments which make our work more pleasant. Syukran!

    Dear OO, previously could not comment on your and other entries due to some computer 'blinking' problem! Thank you for your continous interest in my blog.

    ReplyDelete