Wednesday 30 July 2008

Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Al - Azhar

Assalamualaikum!

Rancangan kami untuk berkhemah pada 2 hb ogos ini terpaksa dibatalkan. Kami kesuntukan masa kerana banyak aktiviti yang akan di jalankan. Pada hari tersebut kami hendak membuat sedikit makan dan doa selamat untuk Yanna dan Ally yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti Al-Azhar, Cairo. Mereka akan bertolak pada 12 Ogos. Pada 10 Ogos sekolah kami akan mengadakan Kejohanan Memanah. Itulah sebabnya kami amat kesuntukan masa.

Kami bercadang membawa anak-anak Tahfiz ke KLIA untuk menghantar Yanna dan Ally nanti. Terpaksalah kami sewa sebuah bas untuk tujuan itu. Aku berpendapat dengan menghantar Yanna dan Ally anak-anak Tahfiz ini akan memberi semangat kepada mereka berdua untuk belajar dan juga anak-anak Tahfiz ini akan bersemangat untuk belajar bersungguh-sunnguh kerana hendak melanjutkan pelajaran mereka ke luar Negara.

Hari ini pak Haji dijemput ke Syarikat Gergasi yang akan mendermakan sebuah van kepada sekolah kami. Akhirnya urusan surat menyurat untuk semua permohonan telah selesai. Alhamdulillah beberapa hari lagi kami dapatlah menggunakan kenderaan tersebut. Memandangkan perkembangan sekolah ini di tahun hadapan kami terpaksa mendapatkan sebuah bas pula. Bagaimana caranya akupun tidak tahu, Allah SWT sahaja yang mengetahui.

Syukur! Dalam menghadapi zaman kesusahan ini kami dapat serba sedikit pertolongan dari hamba-hamba Allah yang pemurah dan prihatin. Beberapa hari lepas kami dapat 2 kampit beras yang di letakkan di depan asrama kami. Kami juga telah mendapat sumbangan dari orang kita yang merantau jauh di Negara padang pasir. Walaupun mereka kata sumbangan mereka tak seberapa ia-nya sedikit sebanyak amat membantu kami dalam operasi sekolah ini. Jazakallah!

6 comments:

  1. Alhamdulillah..melimpah-limpah rezeki anak-anak Mak Teh...

    ReplyDelete
  2. betul tu Makteh.. memang boleh beri semangat untuk anak2 tahfiz.
    neeza ingat masa kecik dulu selalu hantar ayah peri airport utk pergi German - dia kursus aje 2@3 bulan sekali. Ayah bagi tahu, kalau nak pergi oversea, belajarlah pandai2. Ayah nak bawak, tak mampu. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga neeza pergi oversea utk belajar..

    Best of Luck untuk Yanna dan Ally. semoga berjaya membawa pulang segulung ijazah cemerlang buat Ayah dan Ibu. Insyaallah..

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera.
    Allah berjanji,sesipa yang bersusah payah untuk agamanya,pasti akan diberi rezeki dari jalan yang tak di sangka-sangka.
    Jangan kita lihat dengan ujian dan rintangan yg ada disekeliling kita,tapi kita lihat jalan kejayaan yang Allah telah janji untuk mereka yang bersusah payah untuk Nya.
    Saya cadangkan,bawalah anak-anak ini ziarah orang-orang alim,tuan-tuan guru dan syeikh-syeikh agama,dan pusat pengajian tradisinioal.InsyaAllah,pasti dapat memberi manafaat.
    Wallahhualam.

    ReplyDelete
  4. Mr janggel Trekker, Alhamdulillah! Kami amat bersyukur.

    ReplyDelete
  5. Neeza, itulah tujuan yang kami nak buat begitu.

    Terima kasih atas doa dan ucapan kejayaan buat Yanna dan Ally. Itulah harapan kami sebagai ibu dan bapa.

    ReplyDelete
  6. Ludang paku, sememang itulah yang Allah janjikan. Terima Kasih.

    ReplyDelete