Assalamualaikum!
Semalam dan hari ini cuaca mendung dan hujan menyebabkan udara sangat sejuk terutama di malam hari. Mak teh dan warga sekolah kami bersedia menyambut bulan Ramadhan. Esok merupakan hari isnin last berpuasa sunat sebelum masuk Ramadhan.
Dalam bulam Ramadhan anak-anak tahfiz kami akan buat lebih banyak aktiviti ibadah dan mereka akan di rehatkan dari aktiviti ko-kurikulum. Pertama mereka akan di bangunkan pada jam 4.30 am untuk bersahur. Kemudian mereka akan terus bersedia untuk solat-solat sunat dan menghafal Al-Qurqn sebelum masuk waktu subuh. Setelah solat subuh mereka akan melakukan exercise ringan. Seterusnya mereka akan ke sekolah. Jadual sekolah akan berjalan seperti biasa. Jam 200 petang mereka pulang ke asrama.
Selepas itu mereka akan tidur rehat seperti biasa diantara 3.00 hingga 4.00 pm. ( pada bulan Ramadhan hingga 4.30 pm. kerana mereka dah bangun awal ) Setelah bangun mereka akan menulis Al-Quran sehingga Asr. Selepas itu mereka akan bersiap sedia untuk pergi ke Masjid Negeri. Mereka akan berbuka puasa, melakukan solat maghrib, solat Isya dan solat Tarawih. Kemudian kumpulan yang di jemput bertaddarus di istana akan melakukan solat Tarawih 8 rakaat sahaja dan terus pergi ke Istana untuk bertaddarus. Kumpulan yang tidak ada mana-mana jemputan akan solat tarawih hingga 20 rakaat. Setelah selesai semua solat mereka akan makan 'moreh' dahulu sebelum pulang ke asrama. Di asrama mereka akan bertaddarus hingga jam 11 malam.
Lain-lain persiapan ialah pakaian jubah untuk ke masjid mestilah yang putih bersih. Begitu juga untuk anak-anak banat, mereka di suruh membeli telekung yang putih dan baru. Merka akan di beri penerangan untuk menjaga pemakanan semasa berbuka supaya tidak mudah dapat penyakit.
Selalunya di dalam bulan Ramadhan, rezeki anak-anak tahfiz kami sangat murah. Ada-ada saja makanan untuk berbuka yang di hantarkan orang, buah kurma, kueh-muah dan sebagainya. Alhamdulillah! Sekarangpun kami menerima rezeki berupa beras sedekah, wang sedekah jariah, beras fidiah dan bahan makanan. Terima kasih kepada penderma-penderma termasuk dari University berdekatan dan sahabat handai sekelian. Jazakallah. Anda yang telah memberi adalah orang-orang yang faham dan prihatin akan keadaan kami dan tahu akan ganjaran besar yang di janjikan Allah SWT. Semoga Allah SWT akan memberi taufiq dan hidayahNYA kepada anda semua. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
salam sejahtera,tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana terpilih untuk bertadarus di istana sekali lagi,tentu seronok anak-anak ini dapat ke istana,kerana tak semua orang berpeluang pergi ke istana.
ReplyDeletealhamdulillah kepada mereka yang menghulurkan bantuan walaupun tak ramai,mungkin lebih ramai orng menderma pada sekolah lain yg lebih memerlukan,memandangkan sekolah mtqsa ini bertaraf elite.
semoga di bulan ramadan memberi keberkatan pada guru,pelajar dan mtqsa.
wallahuwallam
seronoknya nak menyambut ramadhan di sana Makteh.. dapat neeza bayangkan anak-anak tahfiz ni bertadarus.. comel2 semuanya.. maklumlah anak-anak lagi kan..
ReplyDeletesahur pukul 4.30pagi ye? hehehe.. kat sini waktu itu dah lama solat subuh.. kami perlu sahur jam 3 pagi dan subuh 45 minit selepas tu rasanya.. :)
Salam Ludang paku!
ReplyDeleteAlhamdulillah! sememangnya kami bercita-cita nak menjadikan MTAQSA sebuah sekolah elit. Allah SWT sahaja yang membuka hati-hati hambanya menderma kapada kami. Sedikitke banyakke kami redha.
Neeza, memang seronok bulan ramadhan di sini terutama bersolat di masjid negeri. Pendek kata kalau sesiapa rindukan suasana beribadah di Madinah, apabila bulan ramadhan disini adalah rasa sedikit suasana seumpama itu.
ReplyDeleteYes, kami bersahur jam 4.30 ke 5.00 am sebab subuh kami masuk pada jam 5.50 am.
Inilah indah dan nikmatnya RAMADHAN. Rebutlah peluang !
ReplyDelete