Saturday 6 September 2008

Anak-anak Tahfiz Berbuka Puasa Di Hotel 5 Bintang

Assalamualaikum!

Pada hari ketiga berpuasa anak-anak tahfiz kami di raikan untuk berbuka puasa oleh sebuah hotel Lima Bintang di Shah Alam. Anak-anak banan di jemput oleh 2 buah van hotel tersebut pada jam 6.20 pm. Pak haji membawa aku dan dan anak tahfiz banat naik Hiluxnya. Kami di sambut di pintu Hotel oleh pegawai hotel persis orang-orang VIP dan terus di bawa naik ke tingkat 2 yang menempatkan surau.

Sementara menunggu azan maghrib, anak-anak tahfiz membaca surah yassin dan doa selamat. Selepas azan maghrib kami berbuka puasa dengan minuman dan makanan ringan yang di sediakan di luar surau. Setelah solat maghrib kami di jemput ke dewan makan di tingkat bawah. Segala jenis makanan ada di sediakan untuk berbuka seperti yang terdapat di hotel Lima Bintang lain di Lembah Kelang ini. Makanan yang di hidangkan itu sangatlah mewah terutama bagi anak-anak tahfiz kami. Ramai tetamu lain yang ada bersama sedang berbuka di Dewan makan yang gemilang itu. Aku perhatikan anak-anak tahfiz kami makan sepuas hati dengan tertib dan sopan. Mereka tentu gembira di raikan menikmati sajian mewah dalam suasana hotel lima bintang.

Sebelum datang, kami telah memberi briefing kepada mereka bagaimana membawa diri dalam jamuan nanti misalnya mereka kena makan dengan senyap tanpa membunyikan sudu dan garfu, mereka hendaklah ambil makanan satu jenis sahaja dam memakannya sehingga habis, kemudian mereka boleh ulang mengambil makanan lain, mereka tidak boleh meninggalkan sisa makanan berlebihan . Aku dan Pak haji terasa syukur dan riang melihat mereka dengan tertib menikmati sajian mewah itu.

Setelah masuk waktu isya kami naik ke surau semula dan melakukan solat isya dan di teruskan dengan solat terawih. Apabila selesai solat terawih pihak hotel memberi hadiah paket hijau ( duit raya ) dan sebuah goodies bag tiap seorang. Kemudian kami di beri makan lagi menyambungkan makan hidangan yang masih banyak di dewan makan sedangkan tetamu lain sudah pulang.

Sewaktu pelang anak-anak bersalaman dengan pegawai hotel dan anak-anak kami mengucapkan " Terima kasih daun keladi " kepada pihak Hotel yang bermurah hati menjemput kami. Kelihatan anak-anak tahfiz kami tersenyum kepuasan apabila di hantar pulang ke asrama mereka.

Itulah di antara rezeki yang di berikan Allah SWT kepada anak-anak tahfiz kami dan kami juga menikmatinya bersama. Semoga di tahun hadapan mereka tidak akan lupa menjemput kami lagi.

10 comments:

  1. Alhamdulillah..murah rezeki anak-anak Mak Teh...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, murahnya rezeki anak-anak tahfiz ni kan..
    diorang mesti suka.. kalau neeza pun suka gak.. hehee..
    dapat peket duit raya lagi tu..
    hmmmm.. lama dah neeza tak dapat duit raya.. semenjak dah tua ni hehehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum MakTeh,
    seronok baca blog ni. Dah lama dok singgah tapi ni first time tegur puan rumah bahagia ni. Banyak panduan dari catatan di sini. Semuga kita semuanya mendapat ganjaran Ramadhan. Amin.
    MakTeh asal Alor Staq ya. CikMilah org Jitra, la ni dok di Permatang Pauh.
    Salam kenal.Assalmualaikum.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah!!
    Bagus ajar anak2 tertib makan di majlis buffet macam ni.
    Semoga Allah kurnia kan pahala pada mak teh dan pak haji setiap kali mereka praktikkan tertib ini bila besar nanti.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...murah rezeki buat seme ye mak teh....

    ReplyDelete
  6. Mr Janggel Trekker, Alhamdulillah nampaknya begitulah terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Allah Maha Pemurah dan Penyayang akan hambanya.

    ReplyDelete
  7. Neeza, Alhamdulillah, rezeki yang datang dari jauhpun ada. Ada seorang hamba Allah kirim wang dari Dubai dan ada yang kirim melalui orang dari Saudi. Walaupun mereka kata tak banyak tetapi apabila yang memberi itu beberapa orang maka ia amat membantu kami. Syukran dan Jazakallah kepada mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam cikmilah!

    Selamat berkenalan dan selamat datang ke blog mak teh! Insya-Allah kita semua mengharapkan ganjaran bulan Ramadhan dengan melakukan ibadah sedaya kita.

    Yes, mak teh berasal orang Alogh Stagh. Oooo... cikmilah asal Jitra. Baguihlah, mak tehpun ada kenal juga dengan orang Jitra.

    Nak tanya sikit, pasai apa pi pindah dok Permatang Pauh? Banyak buah pauh ke kat sana? Hehehe jangan marah.

    ReplyDelete
  9. Elisa, mak teh dan Pak haji sangat particular adab sopan makan di majlis. So kena didiklah anak-anak mak teh ni supaya tahu adab sopan yang sepatutnya. Thank you for your doa.

    ReplyDelete
  10. Mak Lang, Alhamdulillah! Kami sangat bersyukur. Syukran dan Jazakallah kepada hamba-hambanya yang telah membantu kami. Allah SWT sahaja yang akan membalasnya!

    ReplyDelete