Assalamualaikum!
Sekarang ni aku sedang sibuk mengaturkan rancangan majlis perkahwinan amal. Perkara-perkara yang aku sedang aturkan aku tidak suka nak ceritakan. Aku hanya berdoa majlis nanti akan berjalan dengan teratur, sederhana dan memuaskan.
Dalam pada itu teringatlah aku banyak kisah anak-anakku semasa mereka kecil hingga meningkat remaja. Susah senang membesarkan mereka, perkara-perkara yang berlaku dalam keluarga, tabiat unik masing-masing dan bakat yang ada pada setiap mereka adalah berlainan dan berbeza. Pak haji dan aku cuba mengenali dan memahami setiap mereka supaya kami dapat menggalakkan atau mengalirkan ke jalan positif bakat yang ada pada mereka.
Misalnya semasa kin kecil dia suka bernyanyi, malah telah masuk tv bernasyid bersama kumpulan sekolahnya. Dia juga telah masuk pertandinga menyanyi kanak-kanak dan menang peringkat Shah Alam. Maka setakat itu sahajalah kami membenarkan dia menunjukkan bakatnya itu. Selepas itu kami tarik perhatian dia ke arah lain seperti membaca banyak buku-buku cerita. Kemudian kami menghantar Kin ke sekolah menengah berasrama di Alor Setar untuk menerapkan nilai-nilai murni orang Kedah ( hehehe! sekolah mak teh dululah yang terkenal di Alor Setar tu )
Amal yang telah bersekolah di Sekolah Menengah Alam Shah, mendapat markah bagus dalam subjek sains pada mulanya kami mengharapkan dia akan mengambil bidang kedoktoran. Namun apabila naik tingkatan 4 terus dia menyatakan akan mengambil bidang architecture. Maka kamipun beri galakan kepadanya untuk melakar lukisan-lukisan.
Anak ketiga Zed, mudah tersenyum dan ada perwatakan yang di senangi orang, maka kami alirkan kelebihannya ke bidang hospitality industry. Dia telah masuk UiTM dan setelah mendapat Masters in Buisness Management sedang membantu kami.
Anak keempat ialah Ude, semasa kecilnya ude suka dreaming atau lebih tepat suka tidur. Dia seorang yang kreatif, pandai melukis dan buat sendiri baju-baju anak patung barbie. Kelihatan jelas dia akan ke fashion design atau modelling kalau tak di tarik perhatiannya ke arah lain. Kemudian kami telah menghantarnya belajar ke sekolah yang sama di Alor Setar. Dengan cara berhati-hati Pak haji telah berjaya mengalirkan bakatnya ke arah architecture. Sekarang dia telah mendapat degree dan berkerjaya dalam bidang architect interior.
Anak kelima, Lia mempunyai perwatakan yang tegas. Dari darjah 4 dia telah berkata hendak menjadi seorang doktor. Dia suka mengambil berat kesihatan orang, ahli keluarga mahupun rakan-rakannya. Kami juga telah menghantar dia bersekolah ke utara, sekolah yang samalah dengan kakak-kakaknya. Malangnya pada masa itu ada seorang pelajar yang sama nama dengan Lia ( anak saudara P.......) bersaing dengannya. Maka pelbagai perkara berlaku menyebabkan kebolehan Lia tidak di beri galakan ). Masa itu aku dan Pak haji tidak menyedari hal itu sehinggalah Lia selesai SPM nya. Untuk pendekkan cerita Lia sekarang di Jordan mengambil bindang yang dia suka sangat... kedoktoran. ( Alhamdulillah! Semoga tercapai cita-citanya )
Keenam dan ketujuh ialah Yanna dan Ally, merka dari kecil menunjukkan minat dan perwatakan baik dari segi agama. Bermula dari kelahiran Yanna, Pak haji telah menjadi seorang Pak haji. Telah mendapat taufiq dan hidayah dari Allah SWT. Telah berkata kedua-dua anaknya ini mestilah di sekolahkan jalan agama. Hendaklah mereka di alirkan menjadi alim ulama'. Akkupun dalam hati tersenyum lega kerana itulah kehendakku, tetapi kalu aku menyuarakan tentu tidak dapat berbuat begitu. ( Nanti akau akan menulis sebuah buku mengenai pendidikan Yanna dan Ally ini sebab ceritanya panjang ) Alhamdulillah sekarang mereka sedang berada di Mesir menuntut di University Al Azhar.
Kelapan ialah Alan, anak yang sedikit istemewa dari yang lain-lain. Alhamdulillah sedang dalam Ting 5 akan menduduki SPM. Hanya doaku sentiasa bersamanya, usaha yang kuat adalah dari Pak haji. Bakatnya ialah musik yang juga kami beri galakkan agar dapat membantunya dimasa hadapan. Dia ahli penting band pancaragam sekolahnya dan bermain alat saxaphone. Doaku semoga Alan akan berjaya dalam SPMnya dan dapat masuk school of music UiTM.
Kesembilan ialah Cik Su, di kurniakan Allah SWT minda yang cerdas. Sedang dalam Ting 1 sekolah kami minatnya agama dan sain terutama bidang astronomy. Kami telah memberi ruang kepadanya boleh membuat apa bidang yang dia suka asalkan dia menamatkan hafazan Al Quran dan menjadi seorang Al Hafizoh.
Semoga Allah makhbulkan doa kami agar anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Masya-Allah, Mak Teh... all I can do is wish that I am as good a parent to my kids as you.
ReplyDeleteTengok perwatakan Yanna masa jumpa di Cairo dulu (and how she could live on her own at such a young age..) memang kagum dengan Mak Teh and Pak haji :)
Looking forward to reading more parenting tips from you!
seronok neeza baca kisah setiap anak Makteh.. tapi neeza tahu pelbagai dugaan sudah Makteh tempuh dengan tabah kan.. maklumlah bukan senang nak besarkan anak.. ini pula ramai.. Neeza yang baru 3 ni pun rasa macam letih sangat.. nangis pun pernah.. cuma Neeza berdoa agar Neeza diberi kekuatan macam Makteh untuk didik anak2 neeza.. :)
ReplyDeleteElisa, Isya-Allah you can be a good parent to your kids. The education that you have and the strong faith ( keimanan ) that you strive to have will make you a good parent.
ReplyDeleteBerdoalah selalu kearah itu. Allah SWT akan memberi taufiq dan hidayahNYA.
Neeza, mustahillah hidup ini tidak ada dugaan. Kalau nak cerita kisah itu maka jadilah sebuah buku. ( Keluarga mak teh ) hehehe!
ReplyDeleteIngatlah apa yang neeza sedang buat melahirkan, memdidik dan membesarkan anak-anak adalah di kira ibadah. Kalau kita tidak dapat ke masjid kerana menjaga anak-anak, atau menyediakan makanan, tetapi suami pergi ke masjid maka pahala suami pergi ke masjid itu dapat juga pada kita.
Mak teh pernah dengar tazkirah kata macamtu. Wallahu'alam!
Mak Teh,
ReplyDeleteSalam Ramadan...
Alhamdulillah, anak2 Mak Teh menjadi.. Perjalanan saya jauh sangat lagi. Baru nak merasa pening seorang ibu yg ada anak remaja. Pening ibu dgn anak kecil, InsyaAllah dah lepas..
MasyaAllah!
ReplyDeleteSaya kagum pada ibubapa yang kental iman dan amal macma Makteh dan Pak haji. Doakan kami juga...
Mamamia, Alhamdulillah!
ReplyDeleteSetiap ibubapa mesti melalui pengalaman membesar dan mendidikan anak-anak.
Insya-Allah anda seorang yang beriman dan seorang ibu yang matang, anda akan dapat menangani setiap situasi apabila anak-anak yang meningkat remaja.
Cikmilah, terima kasih diatas pandangan baik anda terhadap kami. Semoga Allah SWT makhbulkan.
ReplyDeleteInsya-Allah anda juga akan menjadi seorang ibu yang baik. Sama-samalah kita berdoa kearah itu.
salam perkenalan mak teh, kita yg baca ni pun sejuk hati..apatahlagi perut ibu mengandung..pasti mak teh bangga yer segala susah payah membersarkan anak sudah menjadi dan akan menjadi hasil yg berguna.Semoga menjadi contoh utk saya :=) insyaALLAH.
ReplyDeleteMamalisa, salam perkenalan anda di sambut! Selamat datang ke blog mak teh!
ReplyDeleteKami bersyukur diatas kurniaan Allah SWT anak-anak yang ramai kepada kami. Mereka di amanahkan Allah kepada kami. Sememang susah payah kami berusaha membesarkan mereka. Perjalanan dan perjuangan kamipun belum selesai lagi.
Insya-Allah sekiranya cara kami mendidik anak-anak itu elok pada pandangan anda bolehlah anda membuat contoh.
Saya juga telah melawat blog anda tetapi tidak berani nak komen kerana apa yang anda lalui amat mencabar dan satu dugaan yang besar.
Terima kasih kerana sudi datang ke sini.