Showing posts with label Our family. Show all posts
Showing posts with label Our family. Show all posts

Sunday, 6 December 2009

Dah Jadi Nenek !

Assalamualaikum !

Alhamdulillah, mak teh dah jadi nenek. Gelaran terbaru bagi mak teh dan Pak haji ialah Mak tok dan Tok wan. Seronoknya perasaan jadi nenek lain sedikit dari seronok jadi parents dahulu. Sekarang mak teh bolehlah join kelab Sarina. Hehe!

Baby boy selamat di lahirkan petang semalam dengan weight 3.98 kg. Masya-Allah! Namanya belum lagi di umumkan oleh parents dia. Namun sebelum nama itu di umumkan mestilah mendapat kelulusan cop sirim Tok Wan dahulu. Hehehe!

Insya-Allah dalam doa Tok Wan dan Mak tok kali ini akan termsuklah doa untuk cucunda agar menjadi seorang yang soleh dan seorang ulamak di masa hadapan. Ameen!

Sudah tentu mak teh akan dodoikannya dengan
lagu :

Timang Tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Dah pandai baca kitab.

Mak Tok akan agah dia dengan rangkap begini:

Tumbuk-tumbuk emping, ( jari akan mencucuk tapak tangannya )
Emping dalam gantang,
Mana tikus keting,
Lari bawah ketiak ! ( sambil jari akan menggeletek ketiaknya, hehehe! )

Macam-macam lagilah perkara yang akan Mak tok lakukan bersama cucunda. Tidak lupa Mak tok akan ceritakan sejarah bangsa dan keluarga kita. Insya-Allah akan ku hidupkan segala budaya warisan kita selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat agama.

Selamat sejahtera cucuku !

Thursday, 26 November 2009

Perjumpaan Keluarga Besar Satu Moyang

Assalamualaikum !

Apa rancangan mak teh untuk cuti Hari Raya Aidil Adha ?

Sekolah kami bercuti 4 hari ( Hari khamis hingga Ahad ). Pada Hari raya ke 2, Aidil Adha keluarga besar sebelah ibuku akan mengadakan perjumpaan keluarga. Hatiku ingin balik turut serta tetapi keadaan mungkin tidak mengizinkan. Maka akupun telah berdoa kepada Allah demi sillaturrahim, kalau elok aku balik menyertai perjumpaan itu, izinkanlah aku balik.

Dari pihak keluarga ibuku, nampaknya ramai yang tidak dapat hadir ( macam-macam sebab, abang sulungku dah meninggal, abang ke2 sedang menunaikan ibadah Haji, kakakku, anak-anak tak dapat cuti, adikku, anak sedang SPM dan seorang lagi adik sedang dlam kesibukan bekerja ).

Kalau dipanjangkan umur ibuku yang merupakan anak tunggal nenekku akan turut serta perhimpunan itu. Insya-Allah, ibuku akan menjadi the Star or the gathering sebab dia adalah waris yang tertua masih hidup dari keturunan moyang kami Haji Salleh dan Umi kalsom.

Kepada sepupu- sepupu ibuku yang seangkatan sepermainan denganku pada zaman kita muda-muda dahulu, aku masih merindui kalian. Jadi, Pak Uneng, Mak Tam, Mak Long Nor, Pak Anjang, Mak Andak Solehah, Mak lang, Mak Cik Zah, sorilah kalau kami tak dapat balik. Kita hanya merancang Allah yang menentukan!

Kepada saudara-saudaraku dari satu moyang, bersyukurlah kita semua diatas kejayaan anak cucu Haji Salleh ! Janganlah kita mengukur kejayaan itu dari segi keduniaan sahaja. Akhir kata, berilah nasihat kepada anak-anak cucu kita agar mereka sedar dan beringat-ingat bahawa kita adalah dari keturunan orang alim, tok guru, pendakwah dan ketua masyarakat. Oleh itu hendaklah segala tindak-tanduk kita mengembirakan arwah nenek moyang kita tersebut. Walaupun kata orang, keimanan & ketakwaan tidak boleh di peturunkan, kita mengharapkan berkat doa tok-nenek kita untuk anak-cucu mereka, kita semua menjadi orang yang beriman dan bertakwa.

Semoga kita semua di rahmati Allah SWT. Ameen!

Sekian, Wassalam !

Friday, 31 July 2009

" Bercuti "

Salam Semua!

Sudah lebih 10 hari mak teh tak berblog. Otak dan tanganpun menjadi kaku dan sangat lambat untuk menyatakan sesuatu kedalam computer ini. Mak teh telah "bercuti" atau berehat selama 1 minggu di hospital. Tekanan darah mak teh naik tinggi dan ada yang tidak kena dengan badan ini. Anyway, Rabu petang mak teh kembali semula ke rumah dan cuba meneruskan tugas-tugas mak teh.

On a happier note, anak mak teh dari Mesir semua dah kembali ke rumah, hanya seorang lagi dari Jordan yang mak teh sedang tunggu akan turut kembali hujung minggu hadapan. Dengan maidpun dah berjanji dia akan kembali ke Negaranya dalam bulan puasa ini dan kembali semula ke sini apabila sekolah buka selepas 10 Hari Raya. Mak teh berdoa untuk keimanan dan peningkatan ibadah kepada sahabat-sahabat terdekat dan semoga mak teh di sembuhkan dari gangguan kesihatan. Ameen!

Alhamdulillah! sekolah kami nampaknya semakin di kenali ramai. Pertama, permohonan untuk kemasukan tahun hadapan bagi tahun 2010 semakin ramai. Kedua, sedekah dan zakat orang ramai dan dari badan korperat ada juga kami terima baru-baru ini. Ketiga, Anak-anak Tahfiz kami sudah mendapat perhatian masyarakat setempat dengan betalu-talunya permintaan untuk bacaan-bacaan al Quran dan doa-doa serta solat hajat mereka. Terima kasih! Kepada tuan-tuan yang kami tidak dapat memenuhi permintaan di harap dapat memaafkan kami dan memahami keadaan kami. Apa-pun terima kasih di atas sokongan anda semua!

Saturday, 4 July 2009

Anak-anakku Pulang Bercuti

Salam Semua !

Sekarang ini mak teh berasa seronok kerana anak-anakku akan pulang bercuti. Ada seorang iaitu Yanna sudah pulang 3 hari lepas dari Cairo, Mesir.

Sejak anak mak teh Yanna balik, kaki mak teh kuranglah terasa sakit. Tiap malam Yanna mengurut kakiku sambil memberitahu bahawa urat-uratku banyak yang masuk angin. Dalam keluargaku ada 2 orang yang pandai mengurut iaitu Yanna dan Kin. Besar kemungkinan kepandaian mengurut ini mereka warisi dari kebolehan tok-nenek kerana mereka tidak pernah mempelajari ilmu mengurut. Apabila mereka mengurut pesakit siap dengan sendawanya sekali, menunjukkan urutan mereka itu berkesan mengeluarkan angin dari badan pesakit.

Aku menunggu kepulangan Aly pada akhir bulan ini dan kepulangan Lia pada awal bulan Ogos. Apabila Aly pulang dia dapat membantu kami sedikit sebanyak dalam mengendalikan hal-hal sekolah. Kepulangan Lia pula akan meringankan kerisauanku mengenai perkara-perkara kesihatanku.

Aku cuba mengumpulkan keluargaku di bulan Ramadhan ini. Huda yang sibuk bekerja siang dan malam telah aku suruh meletakkan jawatan agar dapatlah sama-sama kami ke masjid menunaikan solat-solat tarawih. Insya-Allah Huda akan join kami sebagai Pengurus Stable Ekuin dan Instructor. Namun Kin ( anak sulung ) yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke UK akan bertolak ke sana beberapa hari menjelang Syawal.

Terakhir kami sekeluarga bersama-sama pada bulan Ramadhan dan syawal adalah 14 tahun yang lalu dimana anak-anak belum keluar belajar ke merata-rata tempat di pelosok dunia. Selepas itu ada dua kali mereka pulang semuanya sempat bersama dalam 1 hari sahaja pada 2 kali, yang mana kesempatan itu kami rakamkan gambar sekeluarga. Begitulah susahnya nak bersama-sama sepenuhnya apabila anak-anak dah membesar terutama bagi kami yang mempunyai ramai ahli keluarga.

Sekian dulu untuk kali ini. Terima kasih kerana menjenguk blog mak teh.




Anak-anak Tahfiz Ting 3 sedang membuat experimen pendebungaan untuk subjek Sains di luar Kelas ( Pokok-pokok bunga itu Pak haji tanam bersama anak-anak Tahfiz )

Monday, 8 June 2009

Majlis Perkahwinan Meriah

Salam Semua !

Semalam kami pergi majlis perkahwinan 2 pupuku di Damansara Utama. Ibuku yang sedikit uzur kerana baru pulih dari sakit pun pergi juga. Seronok di majlis itu kerana dapat berjumpa dengan ramai saudara mara. Tambahan pula pasangan pengantin agak istimewa. Ada 2 pasang pengantin, yang kakak seorang doktor berkahwin dengan mat saleh Irish, yang adik seorang dental surgeon, berkahwin dengan jejaka Indian muslim. Lupa pula aku nak bertanya apa pekerjaan pasangan mereka. Tetapi aku agak dari bidang yang sama.

Nampaknya dah menjadi antrabangsalah keluarga sepupu ibuku ini yang aku panggil Mak Lang. Mak langpun hasil dari campuran yang unik, ibunya keturunan Melayu Sumatera yang moyang kami berdarah arab. Bapa Mak Lang berketurunan Melayu Thailand. So tak dapatlah aku nak bayangkan bagaimana wajah cucu-cucu Mak Lang nanti. Insya-Allah akan mendapat generasi baru yang comel-comel dan bijak. Namu kami doakan semoga akan menjadi orang-orang yang soleh dan solehah.

Nampak kepuasan dan keceriaan diwajah ibuku kerana telah bertemu kebanyakkan sepupunya yang telah lama beliau tidak bersua. Aku juga berasa begitu kerana telah bertemu pupu-poyang yang kami dulunya adalah satu geng berkawan semasa di kampung.Aku telah bertemu Pak Uneng, Pak Anjang, Mak Long, Mak Cik, Mak Teh, Mak Ndak dan ramai lagi. Apa lagi punya seronok bersembang sampai rasa tak mahu beredar dari majlis itu. Oh ya! makanan yang di hidangkanpun sangat sedap dan memuaskan.

Sekian dulu , terima kasih !

Saturday, 21 March 2009

Mencanai , Membentuk dan Melorong

Salam Semua!

Beberapa tahun dahulu ( dah lama dah ) seorang pekerjaku bertanya, " Puan, bagaimana puan mendidik anak-anak hingga mendapat keputusan cemerlang ?" Masa itu salah seorang anakku mendapat keputusan SPM cemerlang.

Aku memandangnya, berfikir, kemudian sambil tersenyum berkata, " Nantilah suatu hari saya akan ceritakan " Aku tidak mahu bercerita semasa itu kerana memikirkan masih ramai anak-anakku yang masih kecil. Kejayaan seorang anak tidak bermakna kami berjaya sebagai ibubapa melainkan yang lain juga turut cemerlang.

Kemudian baru-baru ini anakku yang ke 8 telah mendapat keputusan yang mengembirakan kami walaupun tidak secsmelang keputusan orang lain. Kami telah lama sedar bahawa tiap anak mempunyai tahap dan kebolehan masing-masing. Insya-Allah rasanya anak ini juga boleh menjejakki sebuah Universiti. Anak-anak yang lain ( kecuali yang bongsu )semua telah menjejakkan kaki ke Universiti, ada yang sudah bekerja dan ada 3 orang lagi yang masih menuntut.

Anak yang bongsu sedang dalam Ting 2 sekolah kami. Insya-Allah selain jadi seorang Al-Hafizoh, dia juga akan ke menara gading di suatu hari nanti. Minat dia adalah dalam bidang Sains Astronomy. Dengan kedudukan anak-anak dan pencapaian mereka sekarang, bolehlah aku bercakap sedikit tentang bagaimana kami mendidik anak-anak dalam pelajaran dan melorongkan mereka agar tercapai matlamat yang di tuju.

Semasa anak-anak masih di sekolah rendah lagi kami sudah dapat mengukur tahap kecerdasan dan kecenderongan mereka. Galakan di beri kepada mereka dalam semua perkara dan bidang. Kami mengikuti perkembangan pembelajaran mereka di sekolah. Ada anak yang suka subjek matematik dan sains. Ada anak yang lebih minat subjek seni lukisan dan kraftangan. Apapun minat mereka kami menggalakan mereka dan menambah minat dan pengetahuan dalam perkara itu dengan membeli buku-buku dan alat-alat yang berkaitan dengannya. Namun kami tidak memaksa mereka mengambil sesuatu jurusan.

Boleh dikatakan kesemua anak-anak kami dapat menyatakan dengan tegas, mereka akan mengambil sesuatu jurusan itu di penghujung Tingkatan 3. Ini disebabkan kami telah menyediakan mereka dan minda mereka lebih awal dari sekolah rendah lagi untuk membolehkan mereka membuat pilihan. Jadi apabila masuk Tingkatan 4 dengan mudah anak-anak dapat memilih jurusan mereka ( Arts atau Sains ) Dari situ kami akan membantu mereka membuat pilihan subjek yang bersesuaian. Subjek-subjak yang yang di pilih akan di padankan dengan syarat-syarat perlu untuk memasuki Universiti dan fakulti pilihan mereka. ( Ininlah point yang sangat penting yang ibubapa abaikan. Ibubapa selalunya mengikut arus sahaja dan menunggu keputusan cemerlang anak-anak. Ini merupakan kesilapan yang besar! )

Misalnya anak pertama bercadang mengambil jurusan undang-undang. Jadi semasa naik Tingkatan 4 kami tidak menggalakan dia mengambil subjek Add Maths dan Subject Pure Science. Mula-mula dia protes mengatakan kawan sekelas ( top students ) semua mengambil subjek-subjek tersebut. Puaslah kami menerangka kepadanya tidak perlu mengambil subjek-subjek tersebut kalau nak masuk jurusan undang-undang. Akhirnya dia bersetuju dan sejarah telah membuktikan anak ini dapat keputusan yang cemerlah dalam subjek-subjek relevant untuk tujuan jurusan yang dipilih. Pernah anak ini bercerita bagaimana seksanya seorang sepupunya yang mengambil aliran sains ( yang dipaksa ibubapa )kemudian mendapat keputusan kurang cemerlang dan akhirnya memilih jurusan undang-undang juga. ( kami selalu berkata kenapa ibubapa nak susahkah hidup anak ! Oramg Melayu suka mengikut arus dan malu mengambil jalan lain daripada orang lain ). Anak kami ini sedang bekerja sebagai Pegawai Undang-undang di sebuah Institusi Kewangan Negara.

Anak kedua telah menunjukkan kecemerlangannya dalam subjek-subjek sains di Ting 1 hingga 3. Dia telah mendapat tempat ke 3 dalam Ujian Physics seluruh Malaysia ( semasa di Ting 3) Perkara ini membuat kami berangan dan mengandaikan dia akan mengambil bidang Kedoktoran atau Kejuruteraan. Agak terkejut kami apabila naik Ting 4, dia telah menyuarakan mahu menjadi seorang arkitek. Maka kamipun menyediakan dia untuk mengambil mata pelajaran Seni Lukisan di samping subjek-subjek sains yang semestinya perlu. Di pendekkan cerita dia telah mendapat keputusan cemerlang SPM dan telah kami hantarkan ke U.K untuk buat A level dan kemudiannya masuk Universiti di U.K dan sekarang bekerja sebagai seorang Arkitek.

Anak ketiga, merupakan ujian kesabaran kami dalam mendidik anak-anak untuk mencapai tahap pembelajaran yang tinggi. Pada permulaan alam persekolahan dia lambat membaca kerana mengalami sedikit sindrom dyslexia ? Semasa sekolah menengah gurunya tidak mempercayai kebolehannya. Dengan usaha gigih Pak haji dan anak ini akhirnya dia berjaya mencapai tahap Masters in Buisness Management UiTM. Sedang membantu kami mengurus sekolah kami.

Kerana menghadapi cabaran berat semasa mengandung, Anak ke-4, di lahirkan dengan sifat mahu banyak tidur. Kebolehan awal yang yang di tunjuknya ialah bakat modelling dan kraftangan. Tentu saja hadiah-hadiah yang diberi padanya adalah jenis bahan-bahan melukis dan seni kraftangan. Habis kain diguntingnya buat baju barbie dolls. Sangat jelas perjalanannya masa depannya menghala ke modelling dan fashion designer kalau kami tidak menarik perhatianya kearah lain. Mula-mula Kami ikut rentak dia tetapi setelah naik Sekolah menengah secara perlahan-lahan dan hati-hati Pak haji telah mengalih minatnya supaya di lorongkan ke arah seni yang lebih sesuai. Walaupun sekolahnya pada mulanya tidak menyediakan kelas seni lukisan, ( Ni sebuah sekolah cemerlang aliran Sains ) Pak haji telah memujuk Pengetua sekolah itu mengadakan kelas itu. Akhirnya anak ini dapat memasukki UiTM mengambil bidang arkitek interior dan sekarang sedang bekerja di firma yang sama dengan abangnya.

Anak ke-5 masih menuntut di Jordan sememangnya telah berazam hendak menjadi seorang doktor sejak darjah 5 lagi. Sejak itu, buku-buku, barang-barang permainan yang di hadiahkan kepadanya semua berkait dengan minatnya. Sebutir tengkorak plastik menjadi permainannya, di letakkan dalam biliknya. Semasa di asrama, kami telah membekalkannya sebuah Kotak First Aid. Kami bekalkan panadol, vitamins, ubat-ubat keperluan dia, minyak sapu, cream, dan segala bahan farmasi yang tidak berbahaya dan dia tahu menggunakannya. Dia juga ada sebuah stethescope, thermometer, dan torchlight kecil. Jadi di asrama, kawan-kawan yang sakit akan datang mengadu kepadanya dahulu sebelum dia suruh report pada guru bertugas untuk di bawakna ke hospital atau kelinik sekiranya kes itu bukan tahap panadol dan vitamin. Kawan-kawan suka datang kepadanya kerana, panadol, vitamin dan krim sapu di beri secara percuma, sedangkan mereka kena bayar 20 sen untuk sebiji panadol dari guru bertugas. Begitulah cara kami mengambil serious memupuk minat anak-anak.

Kami telah mendapat hidayahNYA untuk membawa anak yang ke-6 dan 7 ke jalan agama. Awal-awal lagi anak-anak ini telah di hantar belajar Al-Quran, bahasa arab dan agama kesebuah negara yang jauh. Pengembaraan kami membawa anak-anak ini ke jalan yang berbeza dari anak-anak yang terdahulu terlalu panjang untuk di ceritakan disini. Mungkin disuatu hari aku akan menulis sebuah buku mengenai perjalanan kami ini. Kerana anak-anak ini juga kami telah di "tarik" untuk membuka sebuah Maahad Tahfiz, sekolah kami sekarang ini. Alhamdulillah kedua-dua anak ini sedang menuntut di Al-Azhar Mesir dalam bidang Usuluddin dan Qiraat.

Itulah kisah bagaimana kami berusaha mencanai, membentuk dan melorong anak-anak dalam pendidikan mereka. Ada orang melahirkan sedikit kehairanan bagaimana anak-anak kami mendapat jurusan yang dipilih apabila membuat permohonan masuk ke Universiti?Mereka selalunya dapat memasuki fakulti yang menjuruskan kepada cita-cita mereka dalam sesuatu bidang. Apa yang telah aku ceritakan itulah ringkasan caranya dalam usaha-usaha kami membantu melorongkan anak-anak ke matlamat yang mereka ingin capai.

Alhamdulillah! Semua kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT.

Friday, 20 March 2009

Kalau Hendak Melentur Buluh ....Sambungan

Salam Semua!

Hari ini mak teh nak sambung perkara yang mak teh tuliskan semalam. Mungkian akan berfaedah untuk sesetengah pengikut blog mak teh.

5) Untuk Melatih Mereka Pemurah Dan Prihatin

Setiap kali keluar shopping atau ke pasaraya anak-anak di latih memberi sedekah terutama kepada orang-orang buta. Bermula anak-anak itu berumur 4 tahun kami akan berikan wang dan menyuruh mereka memberi sendiri wang kepada peminta sedekah. Kerana latihan begitu, mereka sendiri yang akan minta wang untuk diberikan setiap kali ternampak peminta sedekah.

6) Untuk Melatih Mereka Suka Belajar

Tiap anak yang telah masuk Tadika mempunyai meja masing-masing di ruang study mereka. Mereka di beri pujian berpatutan kalau mendapat markah yang bagus. Kemudian semua orang digalakan belajar penuh minat. Melainkan membaca buku cerita sebelum tidur semua kerja sekolah atau membaca untuk pelajaran tidak di galakkan dibuat dalam bilik atau atas kati. ( Apabila mereka dah pringkat Diploma atau dah masuk Universiti barulah meja study didalam bilik mereka )

Mereka tidak dibenarkan menonton tv malainkan 1 atau 2 rancangan sehari sebelah petang yang telah di luluskan oleh Bapa mereka.

Kami memberi banya buku tambahab atau peralatan yang sesuai mengikut perkara yang mereka minati.

7) Untuk Menjadikan Mereka Orang Berani Dan Positif

Kami selalu membawa anak-anak keluar melawat atau melancung. Kami tidak tumpukan kepada Bandar dan hotel-hotel besar. Kami juga telah membawa mereka ke kampung, dusun dan hutan, laut tasik dan bukit. Anak-anak enjoy semua jenis outing tanpa memilih tempat atau jenis outing. Di hotel besar atau berkhemah sama saja mereka enjoy. Mereka suka adventure dan tahu kepelbagaian situasi yang di tempuh. Kalau kami cemas, merekapun cemas dan tidak buat banyak kerenah dan kalau kami suka merekapun tahu caranya.

Sukan berenang dan berkuda di antara sukan yang baik untuk anak-anak kami. Mereka boleh kami lepaskan berenang di swimming pool dan laut yang tidah merbahaya. Manakala sukan berkuda pula memberanikan diri mereka menghadapi pelbagai situasi.

8) Untuk Melatih Mereka Merendah Diri ( Humble )

Untuk melatih anak-anak merendah diri dalam ertikata humble, janganlah ibubapa bercakap bersar di hadapan mereka. Janganlah menunjuk kepada anak-anak bahawa kita lebih dari orang lain. Kalau betul ada keadaan yang menampakkan kita lebih hendaklah mengajar mereka bersimpati. Kalau anak-anak pulang menceritakan ada kawannya berkata anak kita itu orang kaya, maka kami ajarkan mereka berkata kapada kawan bahawa kami orang sederhana, tidak kaya dan tidak miskin. Itulah juga yang di suruh jawab kalau ada kawan-kawan yang bertanya demikian. ( Budak-budak memang pandai bertanya begitu sesama mereka )

9) Untuk Kasih Sayang Dan Bertoleransi Sesama Mereka

Mereka di ajar memberi pakaian yang sudah tidak muat kepada adik-adik. Dan Adik-adik di ajar mau menggunakan pakaian itu.

Mereka diajar boleh kongsi bilik dengan adik-adik dan membenarkan adik-adik mengguna barang-barang mereka kalau di minta kebenaran berbuat demikian. Mereka di larang sama sekali mengambil dan menggunakan barang adik-beradik lain tanpa kebenaran.

10) Menjalinkan Silaturrahim

Semasa anak-anak kecil kami selalu membawa anak-anak ke rumah saudara-mara. Kami juga selalu membuat majlis, party. makan-makan dan kenduri menjemput ramai saudara-mara. Permulaannya dan contoh merapatkan silaturrahim telah kami tunjukkan. Namun apabila nak-anak besar mereka sendiri tahu menilaikan mana sanak-saudara yang ikhlas dan rapat dengan mereka.

Sekian dulu untuk hari ini dan besok mak teh akan cuba tunjukkan bagaimana kami membentuk lorong untuk career anak-anak yang masing-masing bebeza kebolehan dan minatnya. Terima Kasih.

Thursday, 19 March 2009

Kalau Hendak Melentur Buluh

Salam Semua !

Apabila melihat anak-anak kecil, teringat akan anak-anak kami semasa mereka kecil dahulu. Masa kami muda dan anak-anak masih kecil dan belum ramai lagi, kami merupakan ibubapa muda yang kurang berpengalaman. Setelah beberapa tahun dan anak semakin ramai kami telah develope cara semdiri mendidik anak-anak seperti berikut:

1. Apabila Anak Buat Peranagi Atau Meragam

Kalau anak kecil ( belum bersekolah ) membuat ragam kami akan cuba memujuknya. Kalau yang dah besar sikit membuat ragam atau perangai, mula kami bercakap dulu dengannya bertanyakan sebabnya dia menunjukan ragam. Kemudian di perbetulkan apa yang tidak kena yang munasabah. Kalau dia membuat perangai yang kami tidak boleh terima, maka anak itu akan kena marah. Pernah juga Pak haji rotankan anak atau beri penangan.

2. Apabila Anak Susah Makan

Apabila anak tidak mahu makan, kami akan pujuk dengan makanan kegemarannya dan memberitahu khasiat makanan. Anak-anak tidak di benarkan makan merata-rata tempat melainkan di meja makan untuk hari-hari biasa. Sedaya upaya kami akan makan bersama-sama termasuk anak yang kecil sekali ( baby ) akan di suapkan makanannya berhampiran meja makan kami.

Anak-anak juga tidak di benarkan membeli makanan jajan di dalam dan luar sekolah. Apa yang mereka ingin makan kami kan belikan. Ini akan memastikan mereka makan makanan berkhasiat dan berkualiti agar tidak menumpulkan selera makan mereka.

3. Untuk Mendidik Mereka Berkerjasama ( tidak mementingkan diri sendiri )

Kami galakkan mereka kongsi makanan terutama bila makan di luar. Semua makanan kesukaan mereka di order, mereka akan kongsi satu jenis makanan dan dengan cara itu mereka akan dapat merasa semua jenis makanan bersama-sama.

Apabila makan buah-buahan juga seperti pear, dan epal tidak dibenarkan memakannya
sebiji seorang melainkan dikupas dan dipotong untuk makan bersama-sama. Begitu juga dengan minuman botol dan jus dalam paket.

4. Untuk Mendidik Mereka Berdikari

Apabila hendak keluar melancung atau balik kampung, mereka di latih pack beg sendiri. Meraka di ajar buat senarai barang-barang perlu kemudian pack sendiri. Anak-anak belum bersekolah beg mereka dikemas oleh pengasuh mereka. Manakala anak-anak sudah bersekolah yang masih kecil dibantu oleh kakak dan abang.

5. Untuk Keselamatan Mereka

Apabila berjalan bersiar-siar atau melintasi jalan raya, tiap yang besar akan memegang seorang adik. Anak yang kecil sekali akan di dukung oleh Bapa dan anak yang kedua kecil akan di pegang ibu. Yang besar itu bertanggung jawab pada yang kecil supaya tidak ada kes " home alone "

Alhamdulillah anak-anak kami semasa kecil senang di bawa berjalan kemana-mana. Mereka tidak bergaduh, tidak buat bising kalau bawa keluar outing atau berjalan ke rumah orang. Pendek kata mereka tahu behave atau membawa diri.

Wednesday, 18 March 2009

Sembang-sembang

Salam Semua !

Selalunya apabila mak teh berjumpa kawan lama, atau berkenalan dengan orang-orang baru bertemu kami bersembang-sembang. Maka tak boleh larilah dari soalan-soalan ini.

Kawan bertanya " Berapa orang anak ? "

Mak teh jawab " 9 orang "

" Wow! ramainya! " atau " Alhamdulillah! Kaya awak! " exclaimation yang terkeluar.

Alhamdulillah! Itulah rezeki kurniaan Allah limpahkan kepada kami. Kebelakangan ini apabila orang tahu mak teh dan Pak haji menubukkan sekolah kami sebuah Maahad Tahfiz. Ada pula orang berkata, " Tak penatkah? Dulu membesarkan dan mendidik anak-anak sendiri, sekarang jaga dan mendidik anak-anak orang pula? " Pak haji dan mak teh selalunya tersenyum mendengar soalan itu.

Ada lagi satu jenis soalan yang kami tidak mampu menjawabnya, " Banyakkah untung buka sekolah Tahfiz ? " bertanya seseorang, selalunya jenis orang-orang yang hanya faham diniawi.

Apakah yang kami harus jawab kepada soalan begini? Kami hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah! Allah menduga kita bila membuat ke jalanNya dan dia juga memberi ganjaran pelbagai cara yang kita sendiri tidak tahu. Yang jelas kita akan dapat merasa nikmat dan kebahgiaan hidup seolah-olah amat besar dan rugilah sekiranya kita tidak menjalankan aktiviti ini.

Bagaimana caranya kami mendidik anak-anak tahfiz kami? Sebaik mungkin yang kami mampu seperti menjaga dan memdidik anak-anak kami sendiri. Malahan lebih dari itu sebab kami menanggung harapan ibubapa mereka dan kami juga sudah lebih berpengalaman berbanding semasa kami menjaga dan mendidik anak-anak kami sendiri.

Kami amat bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada kami menjalankan tugas-tugas ini. Besarnya harapan ibubapa dan beratnya tugas kami amatlah kami sedari. Kami sentiasa berdoa agar dapat kami mejalanakan tugas-tugas ini dengan baik dan kami dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak tahfiz kami. Ameen!

Hanya masa yang akan menentukan!

Tuesday, 27 January 2009

Kisah Seorang Yang Sangat Tabah

Assalamualaikum!

Hari ini mk teh buka blog, terperanjat (lebih tepat teruja) melihat ada tambahan kepada pengikut-pengikut blog mak teh. Jadi rasa bertanggug-jawab untuk mencoretkan sesuatu yang berfaedah untuk tatapan pengikut-pengikut blog mak teh.

Ok! cerita mak teh yang pertama ialah kisah mak teh pulang ke kampung hari khamis lalu. Mak teh pulang dengan Zed sahaja disebabkan tidak mahu membawa Pak haji yang sedang beransur pulih ( takut pula gegaran travelling membantut pemulihannya ). Tujuan kami pulang ke kampung menghantar seorang maid yang tamat kontraknya. Peluang balik ke Kedah itu mak teh gunakan untuk bertemu dan menziarahi seorang kawan blogger yang sedang menghidap penyakit barah mulut. Apabila bertemu di wad Hospital Sultanah Bahiyah, mak teh sungguh terharu melihat kawan kita itu seorang yang sangat tenang dan kuat semangat serta kuat imannya. Melihat apa yang beliau alami dan telah lalui, mak teh terasa segala penyakit dan dugaan yang mak teh lalui ini amatlah kecil berbanding dengan apa yang beliau lalui. Setelah berkenalan dan berbual mesra didapati nenek-nenek kami kenal diantara satu sama lain dan keluarga beliau juga berasal dari kampung yang tidak jauh dari kampung asal mak teh. Maka cerita-cerita lamapun keluarlah apabila bapa, ibu dan ayah beliau datang ke wad melawat beliau dan bertemu mak teh. Ayah beliau amat mengenali arwah ayah mak teh. Jadi tak dapatlah mak teh nak berselindung lagi dengan mereka siapa mak teh ni. ( Sebelum ii mereka hanya mengenali mak teh sebagai mak teh sahaja.

Selepas 2 hari berada di kampung mak teh segera pulang kerana bimbang bertembung dengan Jam orang cuti hari raya cina. Kami bertolah pagi sabtu sebelum subuh. Maka sepanjang perjalanan kami tersenyum melihat jam di jalan bertentangan arah. Rasa legalah perjalanan kami tidak mengalami apa-apa kesesakan. Selamat sampai di Shah Alam 10 a.m. Kan bagus kalau rancang perjalanan kita supaya tidak perlu bersesak-sesak dengan umat lain.

Balik rumah mak teh hanya tinggal seorang pembantu rumah. Sudah puas mak teh berpesan kesana-sini nak seorang pembantu tak kisah local ke import ke. Sampai hari ini belum dapat lagi, maka bertambahlah lagi tugas mak teh selain pergi pasar, mengajar, admin tambah lagi jadi penolong bibik kat dapur! Kesian pulak kalau nak biarkan dia sorang-sorang sedangkan mulut nak makan ada lebih 60 orang!

Mak teh nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca-pembaca blog mak teh termasuk kawan-kawan kin yang telah bermurah hati menderma kepada sekolah kami. Ramai yang suruh mak teh masukkan akaun number sekolah ini supaya mereka dapat terus menderma on-line. Mak teh rasa tak sedap nak letak kat sini tetapi kalau ada yang ingin menderma tu silalah layari web sekolah www.mtaqsa.com. Terima kasih, Jazakallah!

Monday, 12 January 2009

Lama menyepi

Assalamualaikum! Seperti yang anda lihat telah lama mak teh menyepi dari dunia blogging. Terlalu banyak yang mak teh nak ceritakan hingga sukar nak menyusun kata-kata. Jadi kita ikut rentak jari jemari ini apa saja lagu yang nak keluar mak teh keluarkanlah.

Berita utama, pak haji semakin sihat. Alhamdulillah Pak haji telah mula memandu kenderaan kecil di kawasan berdekatan sahaja. Amal yang telah selamat mendirikan rumah tangga telah berpindah tinggal di rumah mertuanya. Tak jauhpun BJ sahaja.

Sekolah kami telah mula sesi persekolahan 09 tarikh pendaftaran pelajar baru pada 1 Januari. Kami juga telah membuat pengambilan pelajar sekolah rendah untuk darjah 1 & 2. Populasi sekolah kami meningkat hampir 60 orang. Kami sedang berusah untuk mendapatkan bangunan untuk asrama kami memandangkan kedua-dua asrama banan dan banat sangat padat. Usaha yang bersegera ialah membuat rennovation kepada asrama banat (perempuan). Usaha kedua ialah untuk menyewa atau membeli sebuah bangunan untuk asrama baru banan (lelaki). Sudah pasti kosnya tidak sedikit, jadi mak teh sedang memikirkan cara untuk mengutip dana untuk tujuan pembangunan sekolah.

Alhamdulillah pada tahun ini kami mempunyai kakitangan yang mencukupi. Mereka berkelayakan dan berminat serta amat berdedikasi. Rasa lapang dada Pak haji dan mak teh awal tahun ini di kurniakan Allah SWT tenaga pengajar sedemikian rupa. ( bukan mudah nak dapat macam tu tau!)

Perkara yang amat menekan mak teh sekarang ialah mengenai nasib Palestin. Mak teh dah berminggu tak berani baca surat khabar, tak sanggup melihat kezaliman yang di buat keatas orang-orang islam terutama kanak-kanak. Maka mak tehpun teringat kisah burung kecil yang menolong padam api yang membakar nabi Ibrahim AS. Si burungkecil takut di tanya Allah apa yang dia buat membantu nabi Ibrahim. Jadi dia telah mengambil air dengan paruhnya dan mencurah ke api yang membara. Jadi sayapun berbuatlah sesuatu yang kecil iaitu berazam memboikot barang-barang keluaran syarikat yang membantu Israel musuh kita itu. Mak teh juga telah membuat salinan yang perlu di boikot itu dan menyebarkannya. Kecil saja perkara yang mak teh buat tetapi nanti apabila Allah bertanya kepada mak teh, InsyaAllah bolehlah jawab. Mak teh harap anda pun sekurang-kurangnya bolehlah buat begitu atau lebih dari itu.

Saturday, 6 December 2008

The Excitement Begins

Assalamualaikum!

Today, I woke up early in the morning with feeling of excitement in the air. The house soon start to buzz with activities. This in the first weekend where all the children are at home ready to do chores with their father and me. Yes! we are stepping up our preparation for the Big Day, akmal's wedding which will be on the 12th December for the Akad nikah and 13th December, reception on girl's side and 14th december reception on our side.

Lia flying back from Jordan will arrive in Klia at 2.30 pm today and Yanna from Cairo will arrive at 9.00 pm today. We are a little bit sad that Ally is not able tobe with us, he is in Cairo attending to his studies. Yanna reported that Ally was feeling down when he realized he could not come back for amal's wedding. Nevertheless I had promised him that after his exam in late January, he may come back to be with us for 2 weeks.

Meantime I have assigned duties to all my children. That has been the way with our family when facing with important events. Zed will fetch Lia from tha airport, Amal will fetch Yanna. Zed is incharge of housekeeping and presentation, amal will take care of the sign boards and lightings. Kin and Ude will take care or Barang Hantaran and the Pelamin and bridal chamber, bunga telur ang clothings for all members of the family. My duty will be the guests list, the canopy and the food. Pak haji's duty due to his present health condition, will be the Director and chief-supervisor for all activities. You could hear his voice now and then directing us to do this and that! Not that we follow everything he says! Hehehe!

Today starting at 10 am, we are expecting applicants to arrive for the interview for our school new intake for year 2009. I do not know how many will turn up but I do expect quite a number. So I must go and get ready now before they turn up. Bye for now.........

Thursday, 4 December 2008

Maaf ! Lama Tak Blog

Assalamualaikum! Sudah agak lama mak teh tak blog. Terlalu banyak perkara yang harus dilakukan, terlalu banyak hal yang hendak di fikirkan. Anyway petang rasalah ada mood sikit nak ber blogging. Walaupun anda tak nampak kelibat mak teh dalam blogging world, mak teh sentiasa ditemani oleh member bloggers melalui SMS.

Berita dari mak teh ialah pak haji sudah bertambah sihat dan kuat, Alhamdulillah! Esok pertamakali dia akan ke IJN setelah keluar hospital itu selepas operation. Bekas luka didadanya yang di bedah hanya kelihatan satu line yang bersih dan cantik tidak ada bonjol-bonjol. Bekas jahitan di kakipun kelihatan lukanya sudah sembuh. Namun parut panjang di kaki kirinya ada sedikit gelembung.

Majlis perkahwinan atau menyambut menantu bagi pihak mak teh akan berlangsung tidak lama lagi. Kesibukan agak terasa tetapi kebanyakan perkara yang perlu di uruskan telahpun dibuat. Ada beberapa perkara lagi yang aku perlu lakukan. Pertama baju mak pengantin belum siap, baru nak hantarkan kain ke tailor. Kedua bunga coklat yang akan menggantikan bunga telur belum di bungkus. Ketiga aku nak masak sendiri acar buah utara untuk hidangan di majlis nanti, esok baru nak carikan bahan-bahannya. Ada satu jenis lagi lauk yang akan di hidangkan bukan dari caterer. Mula aku cadang nak masakannya, tetapi kemudian jiran-jiran pula offer nak bantu tolong masakkan. Alhamdulillah kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan! Hehehe, untung juga ada jiran yang baik hati.

Sekolah kami telah mula bercuti pada 1 Disember. Itulah sebabnya mak teh, pak haji dan tenaga pekerja kami dapat berehat sedikit. Sekolah kami akan buka semula pada 1 Januari 2009 untuk pendaftaran pelajar-pelajar baru. Dalam pada itu sejak kebelakangan ini Pak haji dan aku tak putus-putus menjawab panggilan telefon dari mereka-mereka yang berminat akan memohon untuk masukkan anak-anak mereka ke sekolah kami. Kami menetapkan hari Sabtu dan Ahad untuk interview pemohon dan ibubapa mereka. Kami amat bersyukur kerana ramai diantara pemohon-pemohon dari kalangan yang mendapat 4A dan 5A UPSR. Namun kami juga bersetuju menemu duga pemohon-pemohon yang amat berminat untuk menghafal dan mempelajari ilmu al-quran walaupun keputusan mereka hanya 3A, 2B atau 2A, 3B. Kami juga akan menemuduga pemohon-pemohon yang ada C English sekiranya mereka datang dari sekolah luar bandar dan memenohi criteria yang lain.

Sekian dahulu, selamat bercuti mak teh ucapkan kepada yang sedang bercuti dan Selamat Hari Raya Haji kepada semua muslimin dan muslimat.

Thursday, 13 November 2008

Peperiksaan dan Persiapan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum!

Hari ini sudah masuk hari keempat pelajar-pelajar kami menduduki peperiksaan. Kertas bagi subjek yang aku ajar juga berakhir hari ini ia-itu BM kertas 2 untuk Ting 2. Nampaknya kebanyakkan mereka boleh membuat peperiksaan tersebut dengan baik. Insya-Allah nanti kita tengok apabila kertas-kertas itu di tanda.

Anakku yang ke-8, Alan juga sedang menduduki peperiksaan SPM. Alan seorang anak yang bertuah lain sedikit dari anak-anak yang lain. Aku sentiasa berdoa agar dia dapat melakukan peperiksaannya dengan baik. Namun aku percaya bahawa Allah SWT amat penyayang akan setiap hambanya, jadi aku tidak terlalu bimbang akan masa depannya, rezeki Alan tentunya ada, Insya-Allah!

Hari ini juga keputusan UPSR akan keluar. Ramai pelajar-pelajar yang memohon untuk masuk ke MTAQSA menanti keputusan ini untuk terus berurusan dengan kami. Kami akan menerima pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 3A dan 2B. Permintaan untuk di tempatkan ke sekolah kami semakin meningkat termasuk untuk sekolah rendah. Alhamdulillah, ramai ibubapa muda telah sedar akan kebaikan sekolah jenis aliran integrasi ini.

Dari sudut persediaan untuk perkahwinan amal pula, kad jemputan akan mula di edarkan hari ini. Order untuk pemasangan khemah dan katerer makanan telah di uruskan. Cuma order untuk cenderahati ganti bunga telur belum siap lagi. Dari awal aku bercadang tidak mebuat bunga telur kerana aku nampak ia-nya satu pembaziran. Jadi aku bercadang menggantikannya dengan sesuatu yang orang akan makan dan tidak membuangkannya. Namun untuk tidak terus mengabaikan adat aku akan buat bunga telur untuk bunga pahar hiasan di pelamin. Aku telah fikir perkara ini masak-masak sebab aku juga menganggap diriku seorang budayawan.

Pak haji sudah beransur pulih, cuma kudratnya belum kuat dan suaranya masih perlahan. Selain dari itu dia sudah boleh berjalan melewati empat buah rumah jiran dan kemudian berpatah balik. Kasmi lakukan senaman berjalan ini awal pagi dan petang.

Lia yang sedang buat clinical ( medic ) di Irbid, Jordan sudah bersiap-siap untuk pulang bercuti untuk hari raya haji dan kenduri perkahwinan amal. Yanna dan Ally di Cairo masih meninjau-ninjau tiket yang murah untuk pulang juga. Aku tidak berjanji kepada mereka tetapi kalau ada rezeki insya-Allah dapatlah mereka bersama kami di hari raya haji dan kenduri amal. Tiket pergi balik mereka mungkin mencecah rm 4,000 seorang. Semoga Allah murahkan rezeki kami. Ameen!

Friday, 7 November 2008

Kelamkabut

Assalamualaikum!

Telah sekian lama mak teh tidak menjenguk blog. Ini adalah kerana mak teh amat kesuntukan masa dan juga ada masaalah dengan streamyx. Hari ini ada sedikit masa lapang dapatlah mak teh menjenguk kawan dan membuat posting ini.

Berita baik dari kami ialah Pak haji telah seminggu berada di rumah sejak keluar dari IJN hari khamis lalu. Keadaan Pak haji beransur pulih, sudah boleh makan, berjalan dan ke tandas sendiri. Dia juga sudah bolih bangun dan tidur sendiri. Sebelum ini mak teh atau anak-anak terpaksa membaringkan dan mendudukkannya di atas katil. Luka-luka pembedahan Pak haji di kaki dan di dada nampak mula sembuh. Alhamdulillah ! Pak haji tidak lagi mengadu sakit kepala, cuma pergerakannya masih lemah dan aku tidak boleh membincangkan perkara-perkara berat dengannya. Maka terpaksalah aku memikirkan dan melakukan sendiri banyak perkara.

Anak-anak tahfiz sibuk menyediakan diri untuk peperiksaan akhir tahun. Tiap waktu lapang mereka di hantar ke perpustakaan untuk mntuk mencari maklumat atau mengulang pelajaran masing-masing. Peperiksaan mereka akan bermula pada hari Isnin ini 10hb November dan akan berakhir pada 26 hb November. Mereka akan pulang bercuti pada hujung bulan ini.

Persiapan untuk kenduri perkahwinan amal sedang berjalan walaupun kami dalam keadaan kelamkabut sedikit. Aku sentiasa berdoa agar kenduri itu berjalan dengan lancar, sederhana dan memuaskan hati. Semua anak-anak tahfiz dan ibubapa mereka kami jemput untuk kenduri ini, namun kad jemputan hanya akan di beri kepada mereka yang mengesahkan akan hadir.Kad untuk semua telah di lekatkan di papan kenyataan di asrama lelaki dan perempuan. ( Nak jimatkan kad. Hehe! )

Lagi sekali mak teh ucapkan kepada semua rakan dan kenalan bloggers yang telah sama-sama mendoakan kesihatan pak haji dan kesejahteraan keluarga kami. Allah SWT sahaja yang akan membalas kebaikan anda!

Monday, 27 October 2008

Pemulihan Setelah Pembedahan

Assalamualaikum!

Oleh kerana hari ini cuti umum Deepavali, sekolah kamipun bercuti. Pelajar-pelajar berada dalam asrama mengulangkaji untuk peperiksaan mereka yang akan bermula pada 12 November ini. Nampaknya mereka sedang tekun mengulangkaji. Sejak Pak haji sakit ni, anak-anak tahfiz tidaklah menunjuk kenakalan mereka. Merekapun telah banyak melakukan solat hajat untuk Pak haji. Zed kata mereka berkelakuan baik dan mudah di kontrol.

Pagi ini dapatlah aku rehat sedikit kerana Kin dan Cik Su bertugas menjada Pak haji di hospital malam tadi hingga ke tengah hari ini. Mak teh akan mengambil alih tugas itu dari tengah hari hingga jam 10.00 malam. Shif tugas begini telah kami jalankan sejak Pak haji di masukkan ke wad selepas keluar dari ICU. Shif begini sesuai dengan aku yang tak tahan sejuk malam ( air-cond ) dan di pagi hari aku mengurus hal-hal sekolah.

Semalam Pak haji sudah boleh bangun berjalan perlahan-lahan dalam bilik ke tandas di temani ( tak boleh lepas sendirian bahaya takut jatuh ). Dia masih mengadu sakit kepala yang agak kuat ( di beri panadol ) Kata doc ini perkara biasa selepas operation. Sejak selepas pembedahan suhu badan menunjukkan dia demam sedikit, juga perkara biasa kata doc dan juga doc peribadi dari Jordan ( Dr Lia ). Alhamdulillah semalam lapuran medical Pak haji lebih baik, suhu badan sudah normal, tekanan darah bagus, hertbeat normal, gula dalam darah 9 dan oxygen dalam darah bagus! Gembiranya Dr Lia mendapat lapuran itu dari nurse pribadai Pak haji ( mak teh lah ). Yang masih ada ialah sakit kepalanya, aku suruh dia bersabar sajalah sambil beristighfar.

Ramai sahabat handai dan ibubapa pelajar telefon ingin melawat Pak haji. Aku berterima kasih kepada keprihatinan dan niat baik mereka,namun aku meminta mereka supaya datang menziarah apabila Pak haji kami bawa pulang ke rumah. Ada dua sebab kenapa aku meminta demikian, pertama kami takut jangkitan kuman kerana Pak haji masih lemah, kedua kerana Pak haji perlu rehat dan tirak sesuai menerima pelawat. Lagi beberapa hari dia boleh pulang dan barulah sesuai menerima pelawat. Aku harap kawan-kawan dan sahabat handai faham akan keadaan ini.

Pak haji amat bersyukur dan berterima kasih atas semua solat-solat hajat dan doa yang di lakukan oleh semua orang. Setiap kali aku memberi tahunya ada kumpulan itu atau ini yang telah melakukan solat hajat untuknya Pak haji akan menunjukkan wajah seperti hendak menangis kerana menahan sebak di dada dan kelihatan sebutir dua air mata keluar dari kelopak matanya! Ramainya orang yang prihatin dan mengasihi Pak haji ( dia tidak sangka ! )

Sekarang aku nak masak makanan pukul 10 untuk anak-anak tahfiz. Kemudian aku akan ke pasar basah, kemudian nak memberi kerja latihan untuk pelajar-pelajar ting 1 & 2. Selepas itu mak teh akan ke IJN menjaga Pak haji. Oh ya! IJN telah menjadi seperti rumah kedua kami. ( Kan beberapa bulan lalu mak teh masuk IJN dan 3 tahun lepas Pak haji juga telah masuk IJN ). Di sana aku ada ramai anak-anak angkat yang memperdulikan hal kami. Pertama ada Dayana , ketua nurse OT kawan Zed yang sangat mengambil berat hal Pak haji dari mula masuk hingga pembedahan hinggalah pemulihan. Kedua kami ada nurse Ju kawan Lia ( dulunya selalu melepak atau study dengan Lia kat rumah kami di Alor Setar) yang selalu menjenguk dan ambil tahu pemulihan Pak haji. Ketiga aku ada Syima ( front office )yang sentiasa menyambut kedatanganku dengan senyuman manis dan sapaan mesra. Keempat aku ada En Zan pegawai perhubungan yang sentiasa mendengar akan masaalahku apabila di IJN.

Saturday, 25 October 2008

Di PermudahkanNYA

Assalamualaikum!

Alhamdulillah! Pak haji telah selamat menjalani pembedahan coronary by-pass pada hari khamis ( dua hari lepas ). Pembedahan mengambil masa 4 jam setengah merangkumi 4 pintasan 'flyover'. Pak haji di sorong ke OT jam 7.30 pagi, kami di fahamkan proses surgery akan bermula jam 9.00 am. Selepas itu kami sekeluarga menunggu di bilik menunggu di Tingkat 1 IJN dengan keresahan di hati sambil berdoa atas keselamatan orang yang di kasihi. Jam 1.30 aku mendapat panggilan dari ketua nurse OT memberitahu bahawa pembedahan sudah selesai dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kelegaan yang kami rasakan tidaklah terkata hanya aku melafazkam kesyukuran kepada Allah SWT. Kami di benarkan masuk melihat Pak haji di dalan ICU jam 2.15 petang. Sedih melihat Pak haji dalam keadaan tidak sedar lagi di lekatkan dengan beberapa talian saluran ubat, darah, pernafasan dll dengan mesin alat pemantau di sebelah kepala katil. Namun aku telah tabah bersedia akan keadaan begini kerana tahun lepas aku juga telah menghadapi major surgery bagi anakku Lia.

Keadaan Pak haji bertambah baik, petang semalam dia telah di bawa keluar dari ICU ke wad HDU di wad Cempaka. Dia telah sedar sepenuhnya tanpa talian yang ada semalam. Hanyan talian alat pernafasan kecil sahaja yang di lekatkan ke hidungnya. Pak haji dapat berbual perlahan dan minum sedikit air. Di sebelah petang dia boleh sit up untuk makan makanan malam. Kami sekeluarga amat bersyukur melihat pulihnya Pak haji dari pembedahan yang major itu.

Aku percaya berkat doa dan solat hajat ramai orang termasuk anak-anak tahfiz kami, beratus-ratus kawan-kawan anak-anak kami di Syubro dan rumah Selangor di Mesir, para jemaah masjid negeri dan sahabat handai dan kawan-kawan bloggers juga, Allah telah perkenankan laluan yang cepat dan mudah untuk Pak haji. Semua urusan berjalan dengan pantas dan lancar, Alhamdulillah! Semuga Allah berikan kesihatan dan panjangkan umur Pak haji. Ameen!

Monday, 20 October 2008

Bumi Di Timpa Hujan

Assalamualaikum!

Sekarang di bumi Shah Alam sedang mengalami musim hujan. Ada sebuah peribahasa berbunyi ' mana bumi tak di timpa hujan ' yang bermaksud tiap manusia mesti menghadapi dugaan dalam hidupnya. Begitulah juga dalam hidup kami dugaan sentiasa ada.

Di pendekkan cerita Pak haji kurang sihat sejak hari Jumaat lepas. Dia mengadu sakit dada dan lenguh leher hingga ke rahang. Mula-mula aku sangkakan angin dari perut yang kosong sebab dia sedang berpuasa ketika mula mengadu sakit. Apabila makan ubat angin masih tidak hilang sakitnya maka kami telah menhantarnya ke hospital SMJC. Setelah melakukan ECG ada sedikit pembacaan di carta menunjukkan kemungkinan masaalah jantung. Mereka hendak melakukan second test dan hendak wardkan Pak haji.

Oleh kerana Pak haji adalah pesakit yang telah berdaftar dengan IJN, kamipun minta nak di bawa ke IJN. Kami pulang ke rumah dengan harapan Pak haji tidak akan jadi bertambah teruk. Kami tak terus ke IJN sebab malan sabtu ada majlis berhariraya kami. Malam tadi kami telah membawa Pak haji ke IJN dan telah di masukkan ke ward pada jam 2.00 am. Pak haji tidak mahu di temani kerana kami semua banyak kerja masing-masing.

Hari ini selepas aku mengajar aku akan ke IJN untuk menjenguk Pak haji. Amal dan Kin telah mengambil cuti agar dapat membantu pergerakkan kami di rumah dan hospital. Kami doakan semoga Pak haji akan sembuh dan sihat semula.

Saturday, 18 October 2008

Hari Raya Puasa Enam

Assalamualaikum!

Hari ini adalah hari raya warga MTAQSA. Semalam kami tamat berpuasa enam, sunat Syawal. Untuk mendapatkan bonus pahala berpuasa setahun kami galakkan semua warga MTAQSA melakukan puasa ini. Tak habis-habis kisah hari rayakan? Namun mak teh nak ceritakan kisah hari raya kami kerana kami akan jadikan puasa enam dan majlis berhari raya ini sebagai tradisi kami setiap tahun. Malam nanti selepas maghrib kami akan merayakannya.

Aku telah pergi ke pasar membeli barang-barang perlu. Selepas tengah hari nanti kami akan mula memasak. Menu kami termasuk ayam panggang ( B-b-Q ), coleslaw, kentang putar, nasi beriyani, darca, daging masak hitam, mee kuah MTAQSA spesial, blue berry muffin dan sirap limau. Selepas ini mak teh nak marinate ayam dahulu sebanyak 10 ekor. Tugas-tugas lain telah di bahagikan kepada anak-anak dan anak-anak tahfiz.

Anak-anak tahfiz banan akan mengemaskan halaman dan mendirikan khemah serta mengatur meja dan kerusi. Anak-anak tahfiz banat berebut-rebut nak membantu di dapur menyediakan coleslaw dan kentang putar. Menyediakan muffin pula akan di juarai oleh Ude dan 2 orang anak-anak tahfiz. Mereka juga akan mengangkat dan menghidangkan makanan. Ayam panggang akan di bakar oleh anak-anak banan. Kalau mereka tak pandai bakar kami akan goreng sahaja bersalut tepung special. Rasanya nanti lebih sedap dari yang di beli dari outlet makanan segera ayam yang terkenal tu.

Tugas mak teh pula adalah memasak nasi beriani, darca, kuah mee MTAQSA spesial dan marinate ayam. Kelihatan mudah dan sedikit sahaja kerja mak teh kan! Itu lah beruntangnya mak teh kerana mempunyai anak-anak yang ramai. Kami akan menyediakan makanan untuk 100 orang termsuk untuk kami semua dan tetamu yang di jemput.

Semalam Pak haji tidak berapa sihat. Hari ini mak teh tak benarkan dia buat apa-apa kerja berat. Tapi dia masih sibuk juga membuat kelas tambahan dengan pelajar-pelajar. Aku tak boleh nak kata apa sebab jenis Pak haji ni tak boleh di larang. Pak haji juga akan menemu duga seorang ustazah untuk diambil sebagai tenaga pengajar kami.

Setakat ini dahulu mak teh dah terpaksa nak masuk dapur. Nanti tak manjadi pula masaka-masakan tu. Hehehe!

Saturday, 11 October 2008

Kembali Ke Asrama

Assalamualaikum!

Hari ini hari sabtu bermakna aku dan Pak haji akan mula sibuk sangat. Selepas asar petang ini anak-anak tahfiz akan kembali ke asrama. Maka bermulah jadual sibuk aku dan Pak haji.

Semalam Pak haji dan pembantu telah kemaskan asrama lelaki. Semalam juga aku telah ke pasar membeli bekalan segar untuk makanan hari ini. Mengikut pelan kami, seluruh warga sekolah akan berpuasa sunat Enam mulai esok hingga jumaat depan. Maria, pembekal makanan kami untuk makanan sahur telah di beri tahu mengenai pelan kami. Selepas tamat puasa Enam, kami akan membuat majlis hari raya pada hari sabtu malam. Ini telah menjadi tradisi sekolah kami. Selalunya kami sediakan menu ayam panggang istemewa ( B-b-Q resepi kami ). Namun kali ini, orang yang mahir memanggangnya Ally sedang berada di Cairo, Mesir. Jadi belum tentu siapa nak buat kerja membakar itu. Ada beberapa orang tetamu istemewa yang akan bersama merayakan majlis itu bersama kami. Mereka termasuk penderma-penderma, ibubapa angkat anak-anak tahfiz dan jiran-jiran terdekat.

Selepas ini aku akan pergi ke pasar segar, ke kedai borong di kelang dan pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan kami. Tengah hari sedikit aku nak pergi menziarah seorang anak kecil pesakit kanser di sebuah hospital di PJ. Selepas tengah hari ada beberapa pasang ibubapa yang akn datang untuk bertanayakan mengenai sekolah kami. Selepas asar kami tunggu kepulamgan anak-anak tahfiz untuk bertemu ibubapa mereka. Mulai hari ini habislah sesi rehat aku dan pak haji.

Persiapan untuk Sekolah Rendah Tahfiz Al Hanna juga berjalan serentak. Tahun 2009 kami akan mula mengambil pelajar-pelajar untuk Darjah 1, 2 dan 3. Tugas-tugas berkaitan sekolah ini telah di beri kepada Guru Besarnya Puan Wani. Kami membuat sekolah ini kerana permintaan dari ibubapa dan kami berpendapat lebih elok di lentur buluh sewaktu rebungnya. Sekolah ini adalah sekolah harian dari jam 7.30 am hingga 5.00 pm. Format pembelajarannya adalah sama dengan MTAQSA cuma penekanan kepada hafazan Al-Quran itu tidaklah terlalu keras.

Di samping kesibukan di atas, kami juga sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan amal yang akan berlangsung awal bulan disember ini. Aku berdoa semoga semua akan berjalan dengan lancar. Kepada sesiapa yang rasa dia patut di jemput tetapi mak teh tak jemput dia bolehlah hubungi mak teh. Sebenarnya kami akan buat majlis yang sederhana sahaja. Kalau anda tidak termasuk senarai kali ini mak teh ada lagi lapan orang anak yang Insya-Allah kita akan buat majlis seperti itu juga bolehlah menjemput yang ketinggalan kali ini.

Dalam membangunkan sekolah kami masaalah utama ialah dana. Kami belum mendapat apa-apa bantuan besar dan tetap. Oleh itu dari segi kewangan kami sentiasa kekurangan kerana sumbangan dari ibubapa tidak dapat menampung semua kos perbelanjaan. Oleh yang demikian kami memerlukan bantuan orang persendirian dan syarikat-syarikat. Kami ada wawasan untuk pendidikan aliran integrasi tahfiz/agama/akademik ini, namun tak mungkin kami dapat melakukanya tanpa bantuan.

Semoga terbuka hati anda dan ramai lagi untuk membantu kami dengan pelbagai cara dan semoga kita mendapat rahmat Allah SWT. Ameen!