Thursday 18 September 2008

Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga ( Bahagian Ke- 2 )

Assalamualaikum!

Pagi ini mak teh nak sambung mengenai adab sopan dan budi bahasa orang Melayu. Minta maaflah kalau ada di antara anak-anak buah mak teh yang tersinggung. Bukan tujuan nak menyinggung perasaan sesiapa tetapi ingin memberitahu beberapa perkara mengenai adab sopan bangsa kita turun temurun. Perkara-perkara ini telah di praktikkan dalam masyarakat kita tetapi tidak ada tertulis di mana-mana agar anak-anak buah mak teh dapat mempelajarinya.

Jadi di sini mak teh tuliskan beberapa perkara yang telah menarik perhatian mak teh bahawa ada perkara-perkara yang anak-anak tidak tahu mengenainya:

1) Apabila tetamu datang kerumah kerana kenduri, menziarah orang sakit atau kematian, yang memerlukan tetamu itu duduk di atas lantai maka hendaklah lantai itu di alaskan dengan tikar atau permaidani. Janganlah biar tetamu duduk atas lantai walaupun lantai anda bersih dan diperbuat dari marble Italy. Kadang-kadang rumah kita tidak ada tikar bagus atau permaidani, maka pergilah beli tikar plastikpun ok.

2) Sekiranya ada tetamu menziarah kita tiba di waktu makan hendaklah bertanya samaada dia dah makan atau belum, sekiranya belum hendaklah berusaha memberinya makan dengan apa saja yang ada.

3) Sekiranya tetamu datang bukan waktu makan, hendaklah di hidangkan minuman dan sesuatu makanan, kalau tidak ada apa-apa makanan hendaklah berkata " Maaf saya hidangkan air bujang sahaja ! "

4) Kadang-kadang tetamu yang datang membawa makanan, maka hendaklah di hidangkan juga makanan itu kepada tetamu.

5) Sekiranya semasa tetamu ada di rumah kita telah masuk waktu solat, maka hendaklah di pelawa tetamu bersolat dan di beri kemudahan untuk melakukannya.

6) Sekiranya tetamu datang dari jauh hendaklah juga kita mempelawanya bermalam di rumah kita. Zaman sekarang terdapat banyak hotel, jadi besar kemungkinan dia akan menolah pelawaan itu.

7) Menghidang makanan hendaklah di alaskan dengan kain alas ( dahulunya kain ini di panggil sapera ) Zaman sekarang meja makan sudah ada kain alasnya tetapi boleh juga di alaskan lagi ( lebih manis ).

8) Menganggkat hidangan dan minuman ke meja di ruang tamu hendaklah menggunakan dulang, tiap cawan dan gelas hendaklah di gunakan piring lapiknya.

9) Kalau makanan yang di hidangkan memerlukan guna tangan untuk makan maka sediakan tempat air basuh tangan dan kain tuala tangan nya sekali atau tissu sudah mencukupi.

10) Apabila tetamu hendak pulang ( terutama saudara-mara dari jauh ) seeloknya berikan sesuatu sebagai hadiah atau buah tangan.

6 comments:

  1. Makteh, bab ni kan, neeza memang puji orang Kelantan hehee.. (neeza nampak contoh kelantan sebab ayah neeza orang kelantan). Kalau tetamu datang, tak kira lah pukul berapa, mesti akan dijamu nasi. Dia tak tanya dah, dah makan ke belum. Sebab kadang2 tetamu tu segan lah nak cakap tak makan lagi kan hehee..
    Pas tu, kalau nak balik, penuh la 1 boot kereta tu ole2.. sampaikan terpaksa tolak.. mereka mungkin tak kaya duit tapi kaya dengan barang2 makan tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Neeza, kalau ikut dalam Islam memang tak perlu tanyapun hidangkan sahaja. Tetapi adat melayu boleh bertanya tak salah.

    Betul kebanyakkan orang kampung tidak kaya tetapi kaya dengan budi bahasa. Itulah yang kita cuba nak terapkan kepada anak-anak kita.

    ReplyDelete
  3. bagus kalau boleh di-compilekan ni, mak teh...

    ReplyDelete
  4. Mak Teh,

    Mak mertua saya selalu alas kain masa hidang. Tak sangka ini adalah adat dan sopan turun temurun. Selama ni saya ingatkan mak mertua saya old-fashioned tetapi sekarang saya sedar kepentingannya.

    Saya akan cuba mengikut adab sopan yang mak teh telah kemukakan, insya'Allah.

    AMM

    ReplyDelete
  5. Elisa, ada juga teringat dihati nak compilekan perkara adab sopan dan adat resam orang Melayu ini. Nanti bila mak teh dah tulis banyak lagi bolehlah mak teh compilekan.

    ReplyDelete
  6. Anon, Itulah yang mak teh perhatikan ramai orang-orang muda walaupun berpelajaran tinggi tidak tahu adab sopan orang Melayu.

    Mak teh akan cuba tulis lagi dan mungkin di suatu hari akan compilekan dalam sebuah buku.

    ReplyDelete