Tuesday 21 October 2008

Operation - By-pass

Assalamualaikum!

Semalam awal pagi aku telah mendapat panggilan dari IJN. Mereka hendak aku segera kesana kerana Dok telah periksa Pak haji dan menasihatkan agar Pak haji segera menjalani Engiogram. Aku dan Kin bergegas ke hospital. Kami membuat urusan pembayaran pembayaran wang perlu yang di minta oleh pihak hospital. Pada jam 2.00 pm Engiogram di lakukan ke atas Pak haji. Kami tunggu di luar operation theatre. Sejam kemudian Dok panggil aku masuk kedalam untuk menerangkan results Engiogram itu.

Kelihatan gambar scan itu banyak blockages, jadi Doc explain apa yang harus dilakukan. Aku faham dan mengangguk-ngangguk. Pendek cerita Pak haji mesti melakukan operation By-pass. Sekejap lagi aku akan ke IJN. Kami semua melakukan solat hajat dan berdoa agar Pak haji selamat menjalankan pembedahan ini.

Nanti later aku akan cuba update.

11 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Teh.. Harap dapat bersabar dan sentiasa berdoa agar kesihatan Pak Haji sentiasa bertambah baik..
    Saya doakan semoga Pak Haji selamat menjalini operation.

    Banyak-banyak bersabar ye Makteh.

    ReplyDelete
  2. Semuga denagn ujian ini akan terangkat dosa-dosanya. Saya tau , Makteh sabar dan redha. Doa saya dari jauh.

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah, mak teh...
    Elisa doakan semoga pak haji selamat dan sembuh secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. moga selamat semuanya InsyaAllah...

    selamat hari raya mak teh and keluarga..maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  5. Salam Mak Teh, dapat tau pasal Pak Haji from OO.

    Semoga Pak Haji selamat menjalani pembedahan, insya allah.

    *hugs*

    ReplyDelete
  6. salam,

    kami doakan agar Pak Aji selamat menjalani pembedahan by-pass , InsyaAllah.

    salam buat semua.

    ReplyDelete
  7. Kami doakan Pak Haji selamat menjalani By-pass.

    Mak Teh, take care of yourself!!!

    ReplyDelete
  8. Salam MakTeh,
    saya doakan agar MakTeh sabar dan dikurniakan Allah kekuatan dalam menghadapi semua dugaan ini dan semoga Pak Haji selamat menjalani pembedahan tersebut dan semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik utk Pak Haji.

    ReplyDelete
  9. Salam Mak teh, moga operation pak Haji selamat semuanya dan dia kembali sihat. Mak Teh & family jaga diri ok..saya doakan dari jauh & minta maaf x dpt nak ziarah buat masa ini krn alisa masih di hospital chemo ke-4.Kirim salam utk Pak Haji dari kami suami isteri.

    ReplyDelete
  10. Salam Mak Teh. My prayers are with Pak Haji. Please take care. Both of you have been my inspiration!

    ReplyDelete
  11. Salam untuk semua, terima kasih kerana mendoakan keselamatan dan kesihatan Pak haji. Terima kasih juga kerana mengiringi kami sekeluarga dengan doa kesejahteraan semasa kami dalam kesusahan. Hanya Allah SWT akan membalas kebaikkan Anda semua.

    ReplyDelete