Thursday 13 November 2008

Peperiksaan dan Persiapan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum!

Hari ini sudah masuk hari keempat pelajar-pelajar kami menduduki peperiksaan. Kertas bagi subjek yang aku ajar juga berakhir hari ini ia-itu BM kertas 2 untuk Ting 2. Nampaknya kebanyakkan mereka boleh membuat peperiksaan tersebut dengan baik. Insya-Allah nanti kita tengok apabila kertas-kertas itu di tanda.

Anakku yang ke-8, Alan juga sedang menduduki peperiksaan SPM. Alan seorang anak yang bertuah lain sedikit dari anak-anak yang lain. Aku sentiasa berdoa agar dia dapat melakukan peperiksaannya dengan baik. Namun aku percaya bahawa Allah SWT amat penyayang akan setiap hambanya, jadi aku tidak terlalu bimbang akan masa depannya, rezeki Alan tentunya ada, Insya-Allah!

Hari ini juga keputusan UPSR akan keluar. Ramai pelajar-pelajar yang memohon untuk masuk ke MTAQSA menanti keputusan ini untuk terus berurusan dengan kami. Kami akan menerima pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 3A dan 2B. Permintaan untuk di tempatkan ke sekolah kami semakin meningkat termasuk untuk sekolah rendah. Alhamdulillah, ramai ibubapa muda telah sedar akan kebaikan sekolah jenis aliran integrasi ini.

Dari sudut persediaan untuk perkahwinan amal pula, kad jemputan akan mula di edarkan hari ini. Order untuk pemasangan khemah dan katerer makanan telah di uruskan. Cuma order untuk cenderahati ganti bunga telur belum siap lagi. Dari awal aku bercadang tidak mebuat bunga telur kerana aku nampak ia-nya satu pembaziran. Jadi aku bercadang menggantikannya dengan sesuatu yang orang akan makan dan tidak membuangkannya. Namun untuk tidak terus mengabaikan adat aku akan buat bunga telur untuk bunga pahar hiasan di pelamin. Aku telah fikir perkara ini masak-masak sebab aku juga menganggap diriku seorang budayawan.

Pak haji sudah beransur pulih, cuma kudratnya belum kuat dan suaranya masih perlahan. Selain dari itu dia sudah boleh berjalan melewati empat buah rumah jiran dan kemudian berpatah balik. Kasmi lakukan senaman berjalan ini awal pagi dan petang.

Lia yang sedang buat clinical ( medic ) di Irbid, Jordan sudah bersiap-siap untuk pulang bercuti untuk hari raya haji dan kenduri perkahwinan amal. Yanna dan Ally di Cairo masih meninjau-ninjau tiket yang murah untuk pulang juga. Aku tidak berjanji kepada mereka tetapi kalau ada rezeki insya-Allah dapatlah mereka bersama kami di hari raya haji dan kenduri amal. Tiket pergi balik mereka mungkin mencecah rm 4,000 seorang. Semoga Allah murahkan rezeki kami. Ameen!

10 comments:

  1. Alhamdulillah... nampaknya semuanya berjalan lancar..

    seronoknya majlis kawin tu..
    seronok dapat makan nasi pengantin.. lain kan rasa nasi minyak pengantin ni.. :)

    ReplyDelete
  2. salam, seronok dapat baca perkembangan di sini. mak teh, anak-anak tahfiz semuanya balik ke rumah masing-masing ke cuti raya haji nanti?ada perancangan utk buat doa selamat(kecilan saja) masa cuti raya haji nanti tapi belom confirm. nanti saya telefon Mak Teh kalau sudah confirm, boleh?

    Teringin nak melawat mak Teh..Alisa alhamdulillah sudah sihat cuma minggu depan start final chemo. Harapnya dia akan kuat semangat hingga habis rawatan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Tambah sibuk lah Mak Teh sekarang ni. Semoga dipermudahkan segala urusan...

    Alhamdulillah, Pak Haji dah beransur sembuh.

    ReplyDelete
  4. salam,

    Makin dekat dengan majlis semakin sibuk makteh pastinya, nak bantu pun jauh sangat saya ni, apapun saya doakan agar persiapan berjalan lancar dan semoga Pak Haji bertambah sihat , InsyaAllah.

    rindu kat Alia, sure pesakit rindu kedatangan Doktor alia dan mesti ada yang ingat dia mak arab , salam pada dia bila dia call ye.

    ReplyDelete
  5. Vimmiyasmin, selamat datang ke blog mak teh dan terima kasih atas doa anda!

    ReplyDelete
  6. Neeza, itulah yang mak teh doakan. Terima kasih!

    ReplyDelete
  7. Mamalisa, anak-anak tahfiz akan mula bercuti 1 disember.

    Boleh bawa alisa datang bila dia sihat tak demam. Kan mak teh janji dengan alisa haritu. Sila call untuk masa yang sesuai.

    ReplyDelete
  8. Sarina, thank you! Please call me when you are free. I lost your number.

    Mak teh akan sampaikan salam you pada Lia. Betul kata you orang sana dah merisik Lia. Hehe dia marah ni kalau dia tahu.

    ReplyDelete