Assalamualaikum!
Hari ini kami menerima 2 pelajar baru berupakan sepasang kembar. Mereka akan lapur diri di asrama selasa ini. Dengan ini asrama lelaki di kira penuh tahap maksimum! Ada dua lagi tempat yang di researvekan untuk seorang pelajar yang telah daftat tetapi sedang bercuti sakit. satu lagi tempat telah di researve untuk seorang pelajar yang akan balik dari Jepun. Maka selepas ini kalau nak ambil pelajar baru lagi kami terpaksa mencari bangunan asrama yang baru. Bangunan sesuai untuk di sewa telah berbulan kami cari tetapi tidak dapat. Ada satu bangunan yang agak sesuai untuk tujuan asrama kami tetapi ia tidak di sewa hanya di tawar untuk di jual. Dan harga yang di minta ialah Rm 1.2 M . Inilah yang memeningkan kepala kami sekarang, mana nak cari dana yang sebegitu banyak untuk tujuan tersebut.
Jadi kami sekarang mempunyai 2 pasang kembar, 2 pasang adik-beradik dan 3 set 3 beradik. Nampaknya di masa hadapan akan ramai lagi yag datang dari sekeluarga. Kami sudah nampak trend ini akan berlaku kerana ramai adik-adik kepada pelajar yang ada sekarang menyuarkan hasrat mereka untuk datang ke sekolah kami. Alhamdulillah!
Disini ingin mak teh ceritakan mengenai aksi 2 orang ibu apabila mendapati kami tidak dapat menawar tempat di sekolah ini kepada anak mereka. (Mereka datang berasingan ). Kedua-dua anak itu tidak mendapat keputusan UPSR yang bagus dan begitu juga dengan keputusan PSRA. Oleh kerana mereka mempunyai keputusan minima yang boleh ditemuduga, maka mak tehpun bersetuju menemuduga mereka. Namun apabila di test bacaan al-qurannya mereka tidak dapat membaca dengan baik. So apabila mak teh memberitahu tidak dapat menerima anaknya seorang ibu itu terus mengeluarkan air mata. Seorang ibu lagi mula-mula terbeliak matanya kerana tidak menyangka yang kami tidak akan terima anaknya sedangkan dia mempunyai kemampuan untuk membayar semua yuran dan bayaran-bayaran yang perlu. Dia sebelum itu telah menceritakan anaknya seorang budak yang pandai. Dia berkata keputusan anaknya yang tidak berapa bagus itu adalah kerana dia dan suaminya sibuk berkerja dan tidak dapat memantau pelajaran anak itu dengan baik. Dari keadaan fizikal dan air muka anak itu sememangnya nampak anak yang tak di jaga. Sebenarnya mak teh kasihan melihat anak itu. Oleh kerana kasihan naluri keibuan mak teh pada mulanya nak juga mengambil anak itu tetapi apabila di tanya dia berkata dia tidak berminat belajar di sekolah tahfiz iaitu dia tidak berminat kepada al-quran!
Oleh itu mak teh ingin menasihat ibu-ibu muda sekiranya ingin memasukkan anak ke sekolah tahfiz, hendaklah memupuk minat anak-anak terhadap al-quran sejak dari kecil lagi. Kita tidak boleh last minit teringat nak membawa anak ke jalan ini.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
aik! ada jugak udak yang boleh cakap tak minat dengan Al-Quran ke Mak Teh? Nauzubillah... takut pulak neeza dengar..
ReplyDeletemungkin jarang dengar bacaan Quran di rumah kot..
maklumlah sekarang ni macam2 computer games ada kan..
tapi di hati parents tu masih lagi nakkan anak sekolah tahfiz kan.. susah juga ya..
Setuju dengan makteh , kena pupuk minat belajar al Quran sejak kecil sebab itulah yang sebaik-baiknya yang mseti ada dalam diri anak-anak , jangan sampai bila nak masuks ekolah agama dan belajar al quran mereka boleh kata tak minat.
ReplyDeleteTrend adik-beradik di sekolah sama memang biasa sebab memasing dah tau persekitaran sekolah tersebut yang diceritakan oleh abang yang tua, pada saya lagi mudah buat guru juga sebab kita dah mula kenal keluarga tersebut.