Assalamualaikum! Seperti yang anda lihat telah lama mak teh menyepi dari dunia blogging. Terlalu banyak yang mak teh nak ceritakan hingga sukar nak menyusun kata-kata. Jadi kita ikut rentak jari jemari ini apa saja lagu yang nak keluar mak teh keluarkanlah.
Berita utama, pak haji semakin sihat. Alhamdulillah Pak haji telah mula memandu kenderaan kecil di kawasan berdekatan sahaja. Amal yang telah selamat mendirikan rumah tangga telah berpindah tinggal di rumah mertuanya. Tak jauhpun BJ sahaja.
Sekolah kami telah mula sesi persekolahan 09 tarikh pendaftaran pelajar baru pada 1 Januari. Kami juga telah membuat pengambilan pelajar sekolah rendah untuk darjah 1 & 2. Populasi sekolah kami meningkat hampir 60 orang. Kami sedang berusah untuk mendapatkan bangunan untuk asrama kami memandangkan kedua-dua asrama banan dan banat sangat padat. Usaha yang bersegera ialah membuat rennovation kepada asrama banat (perempuan). Usaha kedua ialah untuk menyewa atau membeli sebuah bangunan untuk asrama baru banan (lelaki). Sudah pasti kosnya tidak sedikit, jadi mak teh sedang memikirkan cara untuk mengutip dana untuk tujuan pembangunan sekolah.
Alhamdulillah pada tahun ini kami mempunyai kakitangan yang mencukupi. Mereka berkelayakan dan berminat serta amat berdedikasi. Rasa lapang dada Pak haji dan mak teh awal tahun ini di kurniakan Allah SWT tenaga pengajar sedemikian rupa. ( bukan mudah nak dapat macam tu tau!)
Perkara yang amat menekan mak teh sekarang ialah mengenai nasib Palestin. Mak teh dah berminggu tak berani baca surat khabar, tak sanggup melihat kezaliman yang di buat keatas orang-orang islam terutama kanak-kanak. Maka mak tehpun teringat kisah burung kecil yang menolong padam api yang membakar nabi Ibrahim AS. Si burungkecil takut di tanya Allah apa yang dia buat membantu nabi Ibrahim. Jadi dia telah mengambil air dengan paruhnya dan mencurah ke api yang membara. Jadi sayapun berbuatlah sesuatu yang kecil iaitu berazam memboikot barang-barang keluaran syarikat yang membantu Israel musuh kita itu. Mak teh juga telah membuat salinan yang perlu di boikot itu dan menyebarkannya. Kecil saja perkara yang mak teh buat tetapi nanti apabila Allah bertanya kepada mak teh, InsyaAllah bolehlah jawab. Mak teh harap anda pun sekurang-kurangnya bolehlah buat begitu atau lebih dari itu.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Baru tadi masa nak balik rumah dari hospital neeza teringat makteh.. lama menyepi.. tak update blog.. balik2 ni bukak internet.. tengok ada blog makteh update..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. makteh sihat dan Pak haji pun sihat..
betul lah kan makteh.. kalau kita tak buat apa, nanti kita bakal disoal di sana.
Jom kita buat sesuatu untuk membantu.
Semoga pertolongan kecil kita boleh juga membantu walaupun sikit.. Insyaallah..
Alhamdulillah Makteh..semuanya berjalan lancar..Lama tak baca cerita-cerita dari Makteh. Semoga boleh terus menulis!
ReplyDelete