Sunday 17 August 2008

Beri Peluang Kepada Mereka

Assalamualaikum!

Hari ini hari ketiga anak-anak tahfiz yang belum pulang bercuti membuat kelas Al-Quran tambahan mereka. Kadang-kadang aku rasa penat juga dan menyoal kenapa Pak haji nak buat kelas tambahan untuk budak-budak ni? Akupun nak rehat, biarlah mereka pulang bercuti. Namun Pak Haji dan Ustaz Nizam ada jawapan masing-masing.

Pak haji mahu anak-anak tahfiz ini tamat hafazannya awal, kalau boleh di akhir Tingkatan 3 mereka dah tamat, walaupun mengikut sukatan mereka akan tamat di akhir Tingkatan 4 ( 6 juzu' ting 1, 8 juzu' ting 2, 8 juzu' ting 3, 8 juzu' ting 4 ). Di akhir Tingkatan 3 kami bercadang akan mula 'step up preparation' iaitu akan mula pecut untuk SPM. Kalau boleh kami nak anak-anak tahfiz kami score semua As dalam subjek yang mereka akan ambil nanti.

Bagi Ustaz Nizam pula, beliau mahu semua muridnya lulus subjek Al-Quran. Katanya, oelh kerana sekolah ini core subjeknya ialah Al-Quran, maka mereka harus diberi peluang untuk lulus subjek ini. Yang demikian, beliau sanggup tunggu anak-anak yang lambat sikit ni sehingga mereka mencapai tahap yang di kehendaki. Beliau nampak puashati dengan usahanya apabila ada yang boleh hafaz ( tasme') 2 muka sehari semasa kelas tambahan ini. Jenis yang macam ini adalah jenis yang boleh hafaz tetapi tidak serius atau tidak tekun melakukannya. Ada juga yang jenis slow sikit tu dah dapat menghafaz 3/4 muka sehari. Anak dari Sarawakpun sudah boleh membaca al-Quran dengan lancar. Namun yang bagusnya ada yang telah capai lebih dari sukatan tetapi tak mau pulang sebab nak 'pulun' supaya meningkat cepat, jenis inilah patut tabik untuk dia.

Sebelum ini ada juga ibubapa yang tidak faham matlamat kami. Mereka upset ( tak suka ) kalau anak mereka di arahkan pulang lewat masa time cuti. Mereka tidak mahu ambil tahu bahawa performance anak mereka itu slow. Ada juga jenia ibubapa yang ingat anak mereka pandai, hanya ingin menyalahkan sekolah apabila anak mereka tidak menunjukan prestasi yang bagus. Maka tanpa berbincang atau memberitahu kami mereka menarik anak mereka ke sekolah lain. Alhamdulillah! Berkuranganlah beban kami kerana sememangnya anak itu tidak sesauai dengan sekolah kami dari segi dia lemah dalam pelajaran atau dia tidak boleh di disiplinkan.

Apapun, kami membela dan mendidik anak-anak ini seperti anak-anak kami semdiri. ( Adalah juga rasa sakitnya kalau di rentap oleh ibubapa macam itu ) Kami juga sentiasa berdoa semoga anak-anak sekolah kami dan ibubapa mereka adalah jenis orang yang 'berbaloi' segala pengorbanan kami keatas mereka. Allah SWT jua yang amat mengetahui.

Pengalaman telah banyak mengajar kami. Jadi untuk kemasukan 2009, kami bersedia lebih awal. Bagi calon yang datang lebih awal menunjukkan minat mereka, maka priority akan diberi kepada mereka. Kami akan confirm tempat untuk mereka yang datang temuduga awal dari sekarang dengan membawa keputusan peperiksaan percubaan UPSR. Mereka harus menunjukkan minat terhadap AL-Quran dan berpotensi mendapat As dan Bs untuk UPSR.

Bagi Sekolah Rendah Tahfiz Al Hanna pula, kami bersama gurubesarnya,Cik Gu Wan sudah mula sesi temuduga anak-anak dan ibubapa dari sekarang. Sekolah rendah ini akan di tempatkan di seksyen 3 Shah Alam. Format pembelajarannya adalah sama dengan sekolah menengah kami ( MTAQSA ) bersesuaian dengan tahap dan subject mengikut kurikulmnnya. Anak-anak akan didedahkan lebih awal kepada ilmu Al-Quran, hafazan dan agama dengan lebih mendalam dari sekolah biasa tanpa meninggalkan akademik. Target hafazan mereka ialah Juzu' 30 dan surah-surah amalan. Namun mereka boleh terus meningkat ikut prestasi sendiri.

Semoga dengan membaca blog ini anda akan terbuka hati untuk membawa anak-anak ke jalan ini. Berilah kepada anak-anak kita pembelajaran ilmu dunia dan akhirat yang secukupnya. Ini adalah pelaburan yang amat bagus dimana hasilnya juga dapat anda kecapi di dunia dan akhirat. Walau apapun pendapat anda dalam hal ini, berdoalah kepada Allah SWT kerana apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

2 comments:

  1. pelaburan duit dalam bank boleh habis. pelaburan duit dalam mendidik anak-anak mengikut syariat Islam akan kekal selama-lamanya.. sehinggalah ke akhirat esok..
    kalau boleh rasanya semua parents nak kan anak2nya pandai dalam bidang agama tapi ramai yang tak faham jalan2 untuk ke situ.
    Segala pengorbanan yang perlu dilakukan.. especially, anak2 perlu lebih usaha sikit..

    beruntunglah sape yang ada di m'sia tu.. banyak sekolah tahfiz.. di saudi ni, susah nak cari..

    ReplyDelete
  2. Neeza, ada juga ibubapa yang tidak sanggup membawa anak kejalan ini dengan alasan tidak cukup keewangan sedangkan mereka boleh pakai kereta mewah!

    ReplyDelete