Monday 18 August 2008

Ketenangan Di Pagi Isnin

Assalamualiakum!

Hari ini susana di luar nampak tenang ( tiada angin yang menggoyang pohon-pohon ) dan aku rasa juga hatiku dipagi ini setenang suasana di luar sana. Selepas tengah hari ini anak-anak tahfiz akan pulang kepada ibubapa mereka dan akan kembali semula pada petang sabtu nanti. Jadi aku dan Pak haji akan bercuti sehingga hujung minggu ini. Cadangan esok aku dan Pak haji berdua sahaja, (orang lain tak mau ikut ) nak pergi ke pantai timur. Insya-Allah akan bertemu blogger Mak lang dan Silver sarina.

Hari ini aku tak perlu ke pasar dan tak perlu terkejar-kejar. Kalau tidak pagi-pagi lagi mukaku dah ada kat pasar. Semua orang pasar seksyen 6 tu dah kenal aku. Akupun dah malu nak minta di kurangkan harga barang. Kerana kenaikkan harga barang yang terlalu tinggi aku buatlah penjimatan cara sendiri. Misalnya dahula harga ayam rm 6.00 sekilo, sekarang rm 7.00. Orang pasar beri aku harga rm 6.80. Bagi masakkan yang kami sediakan memerlukan 15 ekor ayam seminggu lebihkurang 30 kg, ( tak termasuk bagi masakkan yang di sediakan oleh Maria Caterer yang membekalkan makanan tengah hari setiap hari ). Oleh itu di hari yang menu utama ayam, kami sedilah menu kedua yang lebih ringan seperti, telor, ikan bilis, udang dicampurkan ke sayur. Kebiasaannya menu kami ialah nasi bersama 1 masakan lauk utama, 1 jenis lauk kedua, dan sayur dan air sirap.

Untuk hidangan waktu rehat selalunya kami sediakan makanan yang mengeyangkan seperti bihun goreng, mee kuah, cucur udang, roti jala, nasi goreng, nasi lemak, koay teow. Jadi untuk menyediakan jenis kuah, kami selalunya menggunakan seekor ayam. Sekarang untuk penjimatan kami gunakan separuh ayam sahaja ditambah dengan rebusan stok ayam.
Cara begini tidak mengurangkan keenakan masakan.

Sayur-sayuran juga adakalanya sangat mahal. Jadi aku akan bertanya kepada penjual, sayur jenis manakah yang murah sedikit berbanding yang lain pada hari itu. So aku adjust menu mengikut harga sayuran. Menu daging hanya seminggu sekali sebab aku beli daging fresh, harganya rm 20 sekilo ( tak suka daging kotak ). Harga ikan juga sangat mahal. Jadi aku berjimat dengan cara kalau ikan yang biasa di hidangkan ialah kembung sedang, rm 10 sekilo. Dua kali seminggu ikan jenis mahal sangat iaitu, siakap, bawal hitam, tenggiri, kerapu, kami potong kecil atau tak potong mereka share sehidang. Untuk masakan kari aku belikan bahagian ekor ( rm 10 sekilo )dari ikan jenis mahal kalau isinya rm 30 sekilo. Aku tidak pernah membeli ikan jenis murah sedikit iaitu ikan sadin dan ikan keli kerana tidak sesuai untuk makanan anak-anak tahfiz kami.

Untuk menjaga pemakanan yang seimbang dan bagus, kami berikan susu fresh untuk sarapan seminggu sekali. Roti, butter, kaya, telur dan kismis di beri setiap pagi, kurma di beri untuk tiap berbuka puasa. Minuman adalah teh, fresh juice dan sirap dan kami tidak pernah memberi kordial murahan ( tidak sesuai kerana kordial murahan mengandungi perasa dan pewarna tiruan.)

Begitulah sedikit sebanyak usaha kami untuk menjaga dan mendidik anak-anak tahfiz agar mereka sihat dan dapat menimba ilmu yang banyak supaya menjadi manusia yang pertumbuhannya sihat dan seimbang ( mental, rohani dan jasmani ). Kami sentiasa doakan semoga anak-anak tahfiz kami akan menjadi manusia baik untuk diri dan keluarga, agama dan negara serta mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Ameen!

4 comments:

  1. InsyaAllah mak teh...usaha makteh dan pak aji diberkati olehNya...Amin...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mak Teh,
    2 perkara saya nak mita izin dari mak teh;
    1) Bolehkah saya minta alamat sekolah @ rumah mak teh? Ingin beri sdikit sumbangan pada anak2 tahfiz
    2) Bolehkah saya mengambil (cpy and paste) beberapa panduan serta amalan harian yang boleh menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa ntuk ditambah dalam blog saya? (kredit kepada mak teh)
    Diharap mak teh memberi izin;
    maz.hamzah@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah! Semoga Allah memberkati segala usaha kami.Thank you mak lang.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Mazrah! Permintaan anda itu nanti mak teh jawab dalam e-mail.

    ReplyDelete