Saturday 16 August 2008

Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum!

Cuaca dipagi ini kelihatan mendung. Hari ini ada jemputan kahwin untuk kami dan anak-anak tahfiz. Alhamdulillah jadi tak payah lah kami sediakan makan tengah hari. Namun ada perkara yang membuat hatiku berkocak. Patutkah aku tunaikan jemputan ini. Yang menjemput anak-anak tahfiz kami kawan baik anakku. Kad menjemput untuk aku dan Pak haji telah 2 minggu kami terima. Anda tentu hairan kenapa aku berkeadaan begini sedangkan anak tuan rumah itu kawan baik anakku!

Kisahnya begini: Lebih 10 tahun yang lalu aku sedang menjalankan tugas di pejabatku. Ada panggilan telefon , orang yang memanggil itu marah-marah padaku menggunakan bahasa agak kesat dan menuduh-nuduh yang bukan-bukan. Akupun menjawab dengan menjemputnya ke pejabatku kalau ada perkara yang dia tidak puas hati. Namun dia tidak muncul ke pejabatku hanya menarik balik kerja ( yang aku telah selesai lakukan tanpa membuat apa-apa bayaran ) dengan alasan tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatanku. Sejak dari peristiwa itu kami tidak lagi bertegur sapa.

Masa berlalu ditakhdirkan Allah SWT anak-anak kami pergi belajar ke sekolah yang sama. Mereka menjadi kawan rapat, walaupun mereka tahu ibubapa mereka tidak bertegur sapa, mereka sentiasa saling berkunjung. Kami ibubapa buat tak tahu sahaja. Aku kasihan melihat si-anak itu kalau malam rayapun ikut bertakbir bersama anakku di kawasan kami. Masa bercutipun akan ikut bercuti bersama anakku. Sedangkan si bapa tidak pernah datang meminta maaf padaku, si emak pula walaupun tidak bergaduh denganku, tidak pernah tegur mesra bila bertemu. Adalah sekali disuatu ketika ( mungkin tahun lepas ) di masjid si bapa datang bersalaman dengan Pak haji.

Oleh kerana yang menjemput anak-anak tahfiz kami adalah kawan baik anakku, mak kami akan tunaikan undangan itu. Bagi diri aku pula buat masa ini aku masih tidak dapat buat keputusan akan memenuhi jemputan itu atau tidak. Pak haji tidak pergi kerana ada majlis lain yang memerlukan kehadirannya. Jadi aku kenalah buat keputusan sendiri. Tengoklah nanti, apabila jiran datang mengajakku pergi, kalau pada masa itu hatiku tenang, maka aku akan pergi. Kalau pada masa itu hatiku masih berkocak maka eloklah aku tidak pergi. Aku ini jenis orang yang tidak boleh bermuka-muka. Kalau manis dalam hatiku bolehlah aku senyum kalau masih kelat bagaimana nak senyum?

Kalau aku berdosa kerana tidak menunaikan jemputan ini aku pohon keampunan dari Allah SWT. Aku hanyalah manusia biasa!

4 comments:

  1. bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak.. susah nak buat keputusan kan makteh..
    kalau neeza jadi makteh, mungkin ikut instinct juga.
    by the way, nak jugak neeza tahu, makteh pergi tak kenduri tu?

    ReplyDelete
  2. Ada juga terkena macam ini dalam kariah kami. Tapi entahlah...demi ukkhuwwah ... saya buat muka selamba... akhirnya 'si dia' datang memohon maaf...pulakkkkkk

    ReplyDelete
  3. Neeza, masa tengah hari itu, hati masih berbelah bagi. Jiran tidak munculpun yang janji nak bawa mak teh bersamanya. Pak haji pulang selepas itu dah lewat jadi tak pergilah.

    ReplyDelete
  4. abang long, kami bukan satu kariah tetapi satu bandar. Saya tidak pernah bergaduh dengan dia cuma tak pernah bercakap sejak peristiwa itu dia tidak jumpa datang jumpa saya lagi.

    ReplyDelete