Saturday 9 August 2008

Persediaan ke Luar Negara

Assalamualaikum!

Kesibukan membuat aku tidak dapat update blog selalu. Kebelakangan ini bukan saja sibuk kerana sekolah kami tetapi juga sibuk mempersiapkan anak-anakku yang akan melanjutkan pelajaran ke Al Azhar. Yang nak berangkat kali ini ialah Ally dan Yanna. Bagi Ally yang akan baru mula menuntut kesana persediaan nya lebih sedikit. Kami telah siapkan passport, visa dan tiket kapalterbangnya. Kemudian kami pergi buka akaun dengan bank H*** untuk mempermudahkan urusan masuk dan keluar duit. Ally merupakan anakku yang ke 7 membuka akaun dengan bank ini untuk tujuan urusan pengeluaran duit di luar negara. Memang bank ni bagus untuk tujuan itu. Kalau ibubapa tanya memang aku rekomen bank itu. Selalunya apabila anak-anakku di luar negara meminta duit dalam masa kurang 1 jam dari aku memasukkannya di ATM disini, mereka boleh mengeluarkannya disana.

Kemudian bapanya telah menempah baju kot baru berwarna hitam bersama sepasang seluar ( sedondon )sebagai hadiah untuk pemrgiannya. Dia hanya perlu beberapa helai baju kemeja and kemeja T dengan 2 pasang seluar slack dan 2 pasang jeans. Dia juga memerlukan sepasang kasut jalan yang tahan lasak dan sepasang sliper. ( Kasut dan sliper tidak ada yang bagus di Mesir ). Ada lagi satu persiapan pakaian yang perlu untuk ally iaitu baju dalam untuk musim sejuk bernama 'long john'. Baju ini amat perlu kerana musim sejuk di Mesir akan bermula bulan September dan suhunya amat sejuk. Angin sejuk di sana menggigit hingga ke tulang. Kalau tak ada baju ini pelajar kita disana selalunya memakai berlapis-lapis baju. Baju ini boleh dibeli di sebuah kedai jual pakaian winter di jalan TAR. Harga nya untuk yang cotton ialah rm 100 lebih sepsang. Yang nylon murah sikit tetapi yang cotton itu lebih bagus.

Selain dari itu Ally perlu berjumpa dengan Dr Lee Subang Jaya Medical Centre( paediatrician semua anak-anakku sejak mereka lahir lagi ) untuk mengambil bekalan ubat puff dia dan untuk suntikan yang perlu untuk menghindari penyakit Hepatitis A, B, C ( aku pun tak tau tapi tahu ianya perlu ). Ally juga telah pergi dentist repair semua giginya ( disana dentist kurang bagus ). Sepasang cermin mata baru juga perlu dibuat disini.

Akhirnya bekalan yang perlu di bawa Ally ialah 1 periok kecil eletrik masak nasi, 1 blender, 1 set plug adaptor, dan 1 set multiple sockets. Sedikit barang-barang dapur yang perlu pula ialah chili kering, rempah ratus, udang kering, ikan bilis, sup kimball tepung, santan kering , milo 3 in 1, mee segera, pes nasi goreng, pes tom yam, rempah kari pelbagai dll. ( antara barang-barang yang susah dapat disana )

Lagi barang yang perlu ialah personal toiletaries, ubat ubatan seperti panadol, minyak angin, minyak panas,( minyak kapak ke harimau ke ), other personal medication. Beberapa alat tulis juga elok dibawa. ( misalnya ballpen kita lebih bagus, di sana tak ada jenis yang bagus )

Bagi Yanna pula tidak perlu banyak persiapan kerana dia sudah hampir 5 tahun berada disana. Peralatan dapur Yanna sudah lengkap termasuk kuali besar, periuk besar, periuk pengukus, lesung batu tumbuk dll. Yanna telah pergi ke Mesir semasa umurnya 14tahun. Dia telah melalui pendidikan arab sepenuhnya di Bouuth iaitu sekolah menengah Al Azhar untuk orang luar( bukan orang Mesir ). Insy-Allah, September ini Yanna akan ke Universiti Al Azhar mengambil bidang Usuluddin dan Ally akan mengambil bidang Al-Quran ( Qiraat ). Yanna telah membeli segala barang dapur, toiletaries dan ubat-ubat yang dia nak bawa. Hanya akau perlu siap serondeng daging, acar buah dan goreng kering ikan bilis petai. Harap aku dapat siapkannya dalam masa dua, tiga hari ini. Hehehe!tak banyak kan?

8 comments:

  1. tak banyak Mak teh?? kalah neeza yang 1 family ni.. hehehe.. cukup lengkap tu. memang Ally dah tak yah fikir nak beli2 dan cari2 lagi rempah2 tu.. senang ada Mak yang prihatin ni.. :)

    Yana duduk Mesir since form 4 ye.. berani ya dia.. kalau Neeza boleh didik anak2 neeza gitu, best jugak rasanya..

    ReplyDelete
  2. Tak banyak?????
    baca pun dah penat!!!!!!

    Hopefully semua preparation berjalan lancar dan semoga pemergian Ally (dan Hanna melanjutkan pelajaran) dapat menyemarakkan semangat anak2 sekolah untuk belajar lebih tekun!!

    ReplyDelete
  3. Neeza, alhamdulillah kerana ally anak yang ke 7 dan yang ke lima belajar ke luar negara ( 2 lagi anak, iaitu kakak dan abangnya belajar dalam negeri tetapi pun telah pernah ke luar negara ) maka emaknya lebih sikit prihatin.

    Yanna telah belajar di Mesir sejak umurnya 14 tahun. Semasa Yanna umur 11 tahun dan Ally 10 tahun kami telah menghantar mereka ke Sudan selama 1 tahun untuk mempelajari Al Quran dan Bahasa Arab.

    Boleh Neeza boleh didik anak begitu dengan cara ajarkan mereka berdikari ( apa yang patut sesuai dengan umur mereka ) sejak kecil lagi.

    ReplyDelete
  4. OO, tak lah banyak sangat. Mungkin serunding daging tu beli saja. Yang lagi 2 perkara tu kira mak teh ok je, Insya-Allah boleh buat.

    Yes, itulah antara tujuan nak bawa anak-anak tu. Kita nak naik bas sesiapa nak ikut boleh gak. Hehe !

    ReplyDelete
  5. aduish Mak teh... penat baca... tak banyak mak teh kata?

    teringat pulak semasa Asma' nak pergi Jordan dulu... sbb itulah first timekan... kalau Mak Teh kira dah expert sbb dah anak yg ke-7...

    ReplyDelete
  6. Salam mak teh,
    Banyak persiapan utk anak mak teh tu... lengkap segala....
    Tahniah buat Yanna dgn Ally,,,, juga buat ibunya... kerana kejayaan menyambung belajar hingga ke University Al-Azhar.

    ReplyDelete
  7. Salam Umie, begitulah setiap kali anak pergi melanjutkan pelajaran ke luar negari, mak teh siapkan satu persatu keperluan mereka.

    Terima kasih diatas ucapan tahniah tersebut. Mereka baru sahaja berlepas malam ini.

    ReplyDelete
  8. Nurazzah, memang penat jugalah! Nak buat macamne anak balik setahun sekali. Untuk anak yang pertama kali pergi persiapannya lebih teliti. Yang sudah lama kat sana tu ikut apa dia nak je lah.

    ReplyDelete