Wednesday 13 August 2008

Sudah Terbang

Assalamualaikum!

Semalam kami bersama 1 bas anak-anak tahfiz kami pergi menghantar Yanna dan Ally ke KLIA. Kami bertolak jam 5.30 petang. Sampai sana jam 6.30 petang, Yanna dan Ally terus check-in. Alhamdulillah semua barang cek-in untuk kargo selamat di terima masuk 65 kg.

Sementara itu. anak-anak tahfiz di lepas bebas berkumpulan dalam kawasan balai berlepas. Seronoklah mereka boleh bebas merayau-rayau disitu. Kemudian kami berkumpul untuk solat maghrib di surau Ally menjadi Imam. Bergema bunyi suara anak-anak kami mengaminkan bacaan dalam solat di dalam surau KLIA itu. Selepas itu kami beramai-ramai menghantar mereka ke pintu sekatan masuk ke kawasan gate berlepas. Alhamdulillah jam 9.30 malam mereka selamat berlepas dengan pesawat Negara jiran.

Selepas melambaikan Ally dan Yanna aku pergi mengambil 23 biji burger yang telah ku pesan lebih awal tadi. Oleh kerana burger ini jenis yang mahal maka aku hanya boleh memberikan mereka seorang separuh burger. Setelah makan burger kami menaikki bas untuk pulang. Di dalam bas bekalan kami nasi goreng di edarkan sekotak seorang. Anak-anak yang kelaparan terus makan. Aku yang keletihan terlena sekejap dalam deruman enjin bas dan bunyi tenteram celoteh anak-anak. Kami tiba di asrama hampir jam 11.00 malam.

Pada masa ini aku sedang menanti SMS dari Yanna memberitahu mereka selamat sampai di bumi Mesir. Jadi aku berhenti di sini sekejap hingga aku dapat berita tersebut.....

..... sambung .... Alhamdulillah pada jam 1.20 tengah hari tadi aku telah dapat SMS dari Yanna memberitahu mereka telah selamat sampai ke Cairo. Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kediaman mereka di Haiyyu 'Asyir, Madinat Nasr ( seksyen 10, Bandar Nasr ) Aku melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT. Aku dan Pak haji sentiasa memohon kepada Allah untuk keselamatan anak-anakku yang jauh di bumi ambia' ( termasuk Lia yang di Jordan ), memohon kesihatan mereka, juga tidak lupa memohon dipermudahkan segala urusan mereka dan juga memohon agar mereka sabar dan kuat iman serta mereka dapat belajar dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang.

Aku harap mereka sihat dan tidak demam sebab siang semalam sebelum bertolak, aku telah membawa Ally pergi berjumpa Dr Lee. Dr Lee telah memberi Ally 4 jenis injection. Pertama suntikan untuk melindungi dari penyakit Hepatitis A dan B, injection kedua untuk typhoid , suntikan ketiga mencegah penyakit meningitis, keempat suntikan dari penyakit kancing gigi ( anti titinus ). Kemudian Dr Lee suruh aku panggil Yanna datang untuk mendapatkan suntikan-suntikan tersebut. Dr Lee sangat prihatin tentang kesihatan anak-anakku. Katanya Cairo tempat yang sangat bahaya kerana persekitaran yang kotor, jadi risiko mendapat penyakit tersebut sangat tinggi.

Yanna yang sedang buat last minute shopping terpaksa datang juga kerana di panggil oleh Dr Lee walaupun aku tahu dia tidak kerana sangat takut akan suntikan. ( dari awal lagi dia cuba mengelak ). Yanna kemudian di beri 3 jenis suntikan kerana suntikan Hepatitis A and B dia telah buat 2 tahun lalu. ( suntikan itu tahan 5 tahun ) Oleh kerana semua suntikan tersebut dan 1 puff untuk Ally aku telah membayar rm 780.

Di sebabkan kesibukan mendapatkan semua barang-barang yang mereka nak bawa maka aku tak sempat menggoreng 'mee mamak ' salah satu permintaan Yanna. Namun aku puas hati kerana semua permintaanya yang lain telah dapat aku tunaikan!

Selamat belajar untuk Ally and Yanna.

2 comments:

  1. dah pergi Yana dan Ally ya.. semoga beroleh kejayaan disana..
    banyak juga ye.. 65 kg!! neeza 1 family pun tak sampai banyak tu hari tu hehehee..

    Makteh.. neeza ni kan kalau hantar sesape pergi airport, mesti nak nangis.. lagi2 pulak hantar family terdekat. entahlah.. tak tahu kenapa..

    ReplyDelete
  2. Neeza, mereka bawa banyak bekalan makanan Malaysia kononnya untuk masakan bulan puasa dan di Hari raya.

    Alhamdulillah keluarga kami tak menangis bab hantar kat airport ni mungkin perasaan kami suka walaupun dalam hati terasa juga.

    ReplyDelete