Monday 8 September 2008

Anak-anakku Semasa Kecil

Assalamualaikum!

Oleh kerana anak-anakku ramai, Pak haji dan aku ada cara tersendiri mendidik dan membesarkan mereka. Diantarnya adalah seperti berikut:

1) Kalau nak pergi berjalan atau kemana-mana, mereka di ajar berdikari dengan cara mereka di latih pack bag mereka sendiri. Hanya anak yang belum masuk sekolah sahaja baragnya di pack oleh pengasuhnya. Mereka di latih membuat list barang-barang perlu dibawa untuk berapa hari yang kami akan di kampung atau tempat percutian. Jadi kalau anak itu lalai dia akan menerima padah sendiri misalnya tak cukup underwear ke atau baju main, baju tidur etc. Jadi semasa packing mereka akan ingat mengingati sesama sendiri. Tiap seorang dari mereka mempunyai beg luggage sendiri.

2) Kalau nak keluar shopping atau keluar ke bandar, mereka di latih seoarang yang besar menjaga seorang adik. Anak yang kecil sekali dan yang kedua kecil akan di jaga olehku dan Pak haji. Namun aku akan sentiasa membilang mereka supaya tidak ada yang ketinggalan apabila kami bergerak. Apabila melintas jalan mereka akan tunggu arahan Pak haji untuk melintas, tiap orang akan memegang tangan adik dalam jagaannya. Tabiat ini melekat pada mereka sehingga sekarang. Kata anakku Ude sampai sekarang dia akan memegang tanagn kawannya apabila hendak melintas jalan.

4) Apabila order makanan mereka tidak order sorang satu malahan semua jenis makanan itu di kongsi diantara mereka walaupun order itu mengikut prefrence seseorang dari mereka. Begitu juga dengan minuman.

5) Kalau keluar untuk membeli pakaian raya, kami keluar semua orang nak ikut. Jadi janji hari ini beli pakaian untuk anak perempuan sahaja, hari lain untuk anak lelaki pula. Cara ini mengelak pening kepala semua orang nak beli yang dia punya serentak.

6) Kalau makan buah-buahan umpamanya jenis epal, orange dan pear, mereka tidak di benarkan mengongong sebiji seorang. Buah itu hendaklah di potong-potong kongsi makan untuk semua orang. Begitu juga kalau minum air botol, mereka mesti berkongsi walaupun kami beli beberapa botol.

7) Apabila keluar untuk shopping beli buku cerita ke, barang mainan atau sebagainya ( bukan barang keperluan atau pakaian ), tiap seorang dari mereka hanya boleh minta satu barang sahaja setiap kali keluar.

8) Mereka tidak boleh mengambil barang orang lain di antara mereka tanpa kebenaran tuan punya barang berkenaan.

9) Apabila seorang dari mereka demam maka yang lain hendaklah tolong merawat si pesakit itu misalnya tolong lapkan badan pesakit dengan air untuk menurunkan suhu panas, tolong ambilkan ubat, membancuh air minuman dan glucose dsbgnya. Aku dan Pak haji akan rasa peritnya apabila ramai atau semua mereka demam bergilir-gilir atau serentak.

10) Mereka di latih tidak boleh mengikut kami ke majli kenduri kalau di dalam kad jemputan hanya di sebut suami dan isteri tanpa perkataan sekeluarga.

11) Mereka juga di latih untuk memberi pakaian mereka yang sudah tidak muat kepada si adik. Dan si adik di ajar mahu memakai pakaian second hand yang di turunkan dari abang atau kakaknya.

12) Mereka di latih mencium ibu dan bapa setelah selesai solat berjemaah atau apabila hendak ke sekolah.

Alhamdulillah dengan latihan sedemikian mereka boleh membawa diri apabila keluar makan di restoran atau hotel, apbila berkunjung kerumah orang atau apabila tetamu datang. Semoga apa yang kami didik mereka akan di pegang berterusan sehingga mereka membina keluarga sendiri dan mereka pula akan mendidik anak-anak mereka.

8 comments:

  1. Alhamdulillah..suka saya dengar cara makteh mendidik anak-anak makteh..
    InsyaAllah bile saya sudah berkahwin dan ada anak nanti saya pun nak ikut cara makteh..

    ReplyDelete
  2. mak Teh,
    mintak maaf la.... malu saya sebab teringat anak kecil saya si Hana tu pepandai jek mintak nak makan spagetti apabila terbau masakan mak Teh semasa berkunjung ke rumah Mak Teh dahulu....!!!

    Ramadhan Kareem...

    Azzah8

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..
    ada yang elisa pun praktik kan juga..
    dan yang selebihnya, boleh elisa gunapakai untuk anak2 elisa.

    ReplyDelete
  4. terpegun kejap baca entry Makteh ni.. tak pernah pulak neeza terfikir nak buat cam tu (sesetengah tu..)

    Neeza akan ikut sebagai panduan. Insyaallah...

    ReplyDelete
  5. Mr Janggel Trekker, Alhamdulillah kalau ada nampak perkara yang elok ikutlah. Namun yang mustahak bagi anda sekarang kahwin lah dulu kemudian kita cakaplah macam mana nak mendidik anak-anak. Apabila kawin rezeki akan bertambah, so jangan lengah-lengah atau takut untuk berkahwin. Hehe jangan marah!

    ReplyDelete
  6. Nurazzah! Apa salahnya. Kalau datang hari mak teh buat speghetti lagi boleh tapaukan untuk dia. Dia anak kecil lagi cerdik dan petah. Mak teh tak nampakpun apa yang nak di malukan.

    ReplyDelete
  7. Elisa, bolehlah buat panduan kalau rasa sesuai sebab lain padang lain belalangnya.

    Alhamdulillah, Mak teh dan Pak haji boleh berbuat demikian sebab kami sealiran dalam mendidik anak-anak. ( pendapat kami selalu tidak bercanggah dalam hal mendidik anak-anak)

    ReplyDelete
  8. Neeza, kami old school, jadi mungkin berbeza pendapat dan cara berbanding orang muda macam Neeza.

    Kami sedikit conservative namun dari segi pencapaian kebolehn mereka kami nak mereka outstanding.

    Sebab itu walaupun anak perempuan kami bertudung, mereka di galakkan aktiviti menunggang kuda, berenang dan memanah. Cara pendidikan begini yang kami cuba terapkan kepada anak-anak tahfiz kami sekarang.

    ReplyDelete